Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday 31 December 2010

Ziarah Maqam

Di Sebalik Ziarah Maqam bersama Teman2

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang memiliki nama2 indah, dan yang menguasai hari pembalasan, dan Dialah Raja kepada sekalian raja, tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Baginda s.a.w., yang semoga kecintaan kita terhadap beginda menjadikan kita dikalangan orang yang bakal memperoleh syafaatnya di akhirat kelak, dan sejahteralah ke atas roh2 Auliya' Allah.

Kali ini Al-Faqir akan membicarakan tentang ziarah maqam, biasalah sekarang musim mahasiswa/wi khususnya daripada Malaysia dan Indonesia sibuk dengan ziarah maqam baik yang dianjurkan oleh oraganisasi2 atau ataupun sendiri2. Masing2 bertawassul semoga dipermudahkan imtihan dan diberikan kejayaan, amin. Mereka bertawassul kepada mereka2 yang benar jalan taqarrubnya dengan Allah.

Namun ada suatu yang silap pada sahabat2 kita, tatkala mereka mendatangi perkuburan auliya', mereka menganggap orang yang di dalam qubur dapat memberi manfaat. Ketahuilah bahawa orang yang di dalam qubur langsung tidak dapat memberi manfaat dan mudharat kepada kita melainkan Allah semata-mata. Itulah wujudnya golongan yang tidak ke kuliah, malas baca buku, tidur pekerjaanya, namun mengharapkan kejayaan dengan ziarah ini, silap2.

Terus kepada maqam2 yang berada di Kaherah, sebagai perkongsian dengan sahabat2 sekalian, sekadar maklumat yang Al-Faqir tahu, di sebalik tabir tokoh2 Auliya' pilihan Al-Faqir. Baru2 ini Al-Faqir pergi Jaulah maqam bersama family daripada Johor, kemudian bersama adik2 baru, dan terakhir pada 28/12/2010 hari Isnin bersama teman2 Indonesia. Beza bangat jaulah bersama teman2 Indonesia, dan rasanya inilah yang paling spesial. Nanti ana ceritaka di ziarah maqam II.

Apakah yang harus dilakukan tatkala menziarahi maqam Auliya' dan Ahli Bait Rasulullah?
1. Memberi Salam
2. Membaca Fatehah dan disedeqahkan kepada penghuni qubur
3. Membaca التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.
4. Membaca قل هو الله أحد sebanyak 11 kali (paling sedikit 3 kali)

*Itulah sebagaimana yang diajar oleh Syeikh Yusri Sayyid Al-Azhari

5. Tidak bercakap perkara yang mengaibkan
6. Tidak gelak-ketawa atau bergurau senda
7. Menutup Aurat
8. Banyakkan berselawat

Di Mesir ini terdapat banyak maqam Ahli Bait Rasulullah daripada keturunan Saidina Hussain. Setelah peristiwa "Karbala", mereka2 ini dijemput oleh rakyat Mesir yang begitu menyintai dan menghormati keturunan Rasulullah, demi menjaga kesinambungan keturunan Rasulullah, merekapun berhijrah dan disambut dengan penuh penghormatan oleh rakyat Mesir ketika, sampai hari ini kecintaan orang Mesir terhadap Ahli Bait sangat luar biasa. Antaranya ialah maqam Saidina Hussain, Sayyidan Zainab, Saiyyidah Sukainah, Sayyidah Aisyah, Yahya As-Syabih dan banyak lagi.

Begitu juga dengam maqam2 Auliya', tidak terhitung bilangannya. Malahan berhampiran rumah Al-Faqir pun ada maqam Auliya'. Sebagaimana yang kita tahu, ulama' dan Auliya' terbahagi kepada dua:-

1. Ulama' atau Auliya' Mastur
-mereka yang tersembunyi kehebatannya, tidak diketahui sirahnya, padahal mereka sangat hebat, dan tidak pernah diriwayatkan kisah mereka meskipun ada. dan mungkin kerana kurangnya pergaulan mereka dengan masyarakat.

2. Ulama' atau Auliya' Masyhur
-mereka terkenal namanya, disanjung dan dihormati, banyak terzahir karamah2nya, dan banyak diriwayatkan kisah2 hidup atau sirah mereka, sering bersama masyarakat dalam dakwahnya.

Antara maqam2 Auliya' & Ulama' di Kaherah ini:-
1. Imam Hussain (cucu Rasulullah)
2. Syeikh Solah Jaafari (Keturunan Rasulullah)
3. Ibnu Hisyam (Ulama' Nahu yg lebih hebat dr Sibawaih)
4. Sultan Hanafi (Ulama segala bidang)
5. Imam Sya'rani (Ulama segala bidang)
6. Syeikh Ibrahim Ali Khowwas (Ulama Ladunni)
7. Imam Ar-Ramli (Ulama' Feqah)
8. Imam Ad-Dardir (Syeikh Al-Azhar)
9. Imam Hassan Al-Banna (Pengasas Al-Ikhwan)
10. Rabiatul Adawiyyah (Sufi Wanita versi Mesir)
11. Imam Zun-Nun Al-Mishri (Ulama' Sufi Terkenal)
12. Uqbah bin 'Amir (Pembantu Gabenor Mesir)
13. Saidina Amru bin Al-'Asr (Gabenor Mesir dan sahabat Nabi)
14. Imam As-Syafie (Pengasas Mazhab Syafie)
15. Imam Laith bin Said (Sezaman Imam Jaafar As-Sodiq)
16. Syeikh Ahmad Badwi (Bukan Ayah Pak Lah)
17. Ibnu Hajar Al-AsQolani (Pengarang Fathul Bari)
18. Syeikh Zakaria Yahya Al-Ansori (Murid Imam Syafie)
19. Ibnu Athaillah As-Saqandari (Pengarang kitab Al-Hikam)
dan lain2...

Nantikan cerita2nya berserta foto maqamnya di posting akan datang...
Sekian, wassalam...

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Thursday 23 December 2010

Tentang Dato' Fadhilah dan Dato' Ibrahim

Dua Orang Dato' yang Toda'

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang di sisiNya lah terletaknya masa, Dialah yang menguasai siang dan malam, selawat dan salam juga buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., kerana dengan selawat itulah membuktikan bahawa kita mencintai baginda lebih2 lagi dengan mengikuti segala sunnah baginda, apa lagi pada hari jumaat yang penuh keberkatan sehingga digelar "sayyidul ayyam" (penghulu segala hari).

InsyaAllah, kali ini al-faqir ingin membicarakan tentang beberapa perkara yang terjadi di Malaysia, hanya sebagai suatu perkongsian. Tidak salah, sebagai suatu keprihatinan bahawa meskipun berada jauh daripada tanahair tercinta, namun keprihatinan terhadap isu2 di Malaysia tidak pernah pudar, apatah lagi sekiranya ia berkait langsung dengan perjuangan Islam dan agama Islam itu sendiri. Pertama mengenai Dato' Fadhilah Kamsah, kedua mengenai Dato' Ibrahim Ali.

Dato' Fadhilah Kamsah
Pakar Motivasi yg kalian kagumkan...

Agaknya apa sahabat2 sekalian. Baru2 ini, dalam akhbar Metro yang bertarikh 11/12/2010 Dato' Fadhilah Kamsah ada diajukan satu soalan oleh perempuan GRO. Perempuan yang sarat mengandung tersebut mendakwa bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan melainkan menjadi seorang pelacur. Namun apa yang anehnya, jawapan yang diberikan oleh Dato' ini, ialah silakan melacur setelah bersalin untuk menyara kehidupan tetapi dalam keadaan tidak redha dengan kelakuan tersebut.

Pandai pula keluar fatwa. Ulama dahulu nak keluar fatwa, terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk mengkaji sesuatu perbahasan ataupun dalil, bukan keluar ikut sedap mulut. Kalau tidak tahu, katakan "tidak tahu". Kalau bukan bidang kita, jangan kita menyibuk. Konon2 nak tunjuk hebat, bahawa kita tahu dalam semua bidang. Jangan takabbur dengan ilmu yang kita miliki, sebaliknya hiasilah dengan sifat zuhud dan tawadhu'.

Janganlah mengulang kesilapan yang pernah dilakukan oleh Dr. Masyitah, yang menghalalkan perbuatan yang haram, yang sampai sekarang dia belum menarik balik fatwa tersebut, apakah dia mampu menjawabnya dihadapan Allah kelak. Dalam Al-Quran Tuhan sebut: "jangan kamu hampiri zina", apatah lagi berzina, lebih2 lagi haram. Sekarang anda pula mengikut jejak Dr. Masyitah. Kenapa mahu menempah tiket neraka "gratis".

Saya risau, sekiranya Dato' Fadhilah tetap dengan ucapan tersebut tanpa meminta maaf secara umum, kredibeliti anda di sisi masyarakat akan jatuh, apa lagi di sisi Allah. Ini kerana anda telah mempersendakan atau merendahkan Islam dan hukum Islam yang telah lama ulama perbahaskan. Saya tidak berani mengatakan, adakah ucapan anda itu dalam keadaan jahil atau tahu. Kalau jahil, terimalah ini sebagai satu teguran, kalau memang sudah tahu, berubahlah, semoga Allah mengampuni diri anda.

Maklumlam, anda orang yang popular, banyak pengaruh, kata2 anda akan memberi kesan kepada masyarakat, dan sebahagian daripada mereka tidak akan segan silu mengambilnya sebagai hujah untuk menghalalkan perbuatan haram mereka itu, dan sudah tentu anda akan menanggungnya, dan itu akan menjadi "amal jahat jariyah" yang berterusan, dan apakah mungkin kebaikan yang anda lakukan selama ini diterima oleh Allah atau ianya menjadi seperti tompokan air, sekali sapuan telah mengeringkan air tersebut.

Dato' Ibrahim Ali
Presiden Perkasa yg tidak sedar diri...

Satu lagi Dato' Ibrahim Ali ini. Sekarang sudah menunjukkan belangnya, mungkin kerana sudah lama tidak dihidangkan makanan yang enak, sehinggakan taringnya mula tumbuh. Elok2 sebelum ini, sehingga mendapat tempat yang selesa, tidak tahu menghargainya, bagai kera mendapat bunga, tidak tahu memanfaatkannya. Mana tidak, lupakah beliau bahawa beliau menang kerana berada di atas tiket PAS, kalau bebas semata-mata mana mungkin anda menang. Rasanya ada cermin di rumah anda, cerminlah sikit.

Kenapa sekarang beriya sangat nak Tuan Guru Nik Aziz berundur dan letak jawatan. Apa motif anda samapai nak tubuhkan gerakan mendesak perletakan jawatan Nik Aziz. Semoga orang PAS tidak terjerat dengan perangkap Dato' Ibrahim Ali, yang hanya bersifat peribadi dan bukan suara daripada masyarakat Islam di Kelantan khususnya. Boleh jadi, ini juga agenda Dato' Ibrahim dan UMNO, yang sekarang kelihatan permainannya semakin licik.

Saya benar2 yakin, begitu juga sahabat2 sekalian, bahawa kita sekarang selesa berada di bawah pemerintahan Tuan Guru yang bersungguh2 mengekalkan kedaulatan Islam di Kelantan, dan kita tidak mahukan perubahan, bahkan kita tidak pernah jemu, apatah lagi untuk menuntut supaya berundur, tiada yang lebih layak kalau dibandingkan dengan Tuan Guru, dan ajal maut itu di tangan Tuhan. Biarlah Tuan Guru teruskan dakwah di kedudukannya sekarang supaya tidak ada orang dapat ambil kesempatan.

Ayuh sahabat2 sekalian, sama2 kita contohi sirah sahabat Rasulullah, bagaimana para sahabat tidak pernah menggasak Rasulullah agak letak jawatan sebagai ketua negara atau berundur, meskipun baginda sakit, bahkan mereka mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda, bahkan tatkala Nabi wafat, mereka seolah-olah tidak percaya, begitu cepat baginda pergi meninggalkan mereka. Begitu jugalah dengan kita, sama2 doakan kesihatan Tuan Guru.

Alasan Ibrahim, yang kononnya Kelantan mundur semenjak berada di bawah pemerintahan Tuan Guru kerana kesihatan beliau yang terjejas menyebabkan beliau tidak dapat berfikir dengan baik, lebih2 lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Pembangunan seperti apa yang Ibrahim impikan, KLCC di Kelantan, Putrajaya di Kelantan, Tandas Bergerak, Hospital Bawah Tanah, apalah sangat kemajuan yang seperti itu kalau hendak dibandingkan dengan pembangunan insaniah dan kesedaran agama.

Kalau tanya kepada orang UMNO, memanglah mereka nak Tuan Guru turun takhta, dan istirehatlah, tapi kalau ditanya kepada orang PAS, orang Cina, orang India, jawapannya pasti akan mengharukan Ibrahim Ali yang buta pemandangan, pasti akan melelehkan airmata darah, kerana tidak percaya, jangan bandingkan rakyat Kelantan dengan rakyat negeri lain, dan jangan fikir material jer, kalau tidak anda sama jer dengan UMNO, yang anda kata teruk, teruk, rupanya anda adalah sebahagian daripadanya.

Khulasahnya, hentikanlah segala sandiwara wahai dua orang Dato' terhormat, yang tidaklah saya begitu hormati anda kerana tiada suluk2 Ulama' untuk saya ikuti. Meskipun anda adalah orang profesional yang elit atau pintar, bagi saya masih banyak contoh ulama2 yang boleh saya ikut dibandingkan dengan kamu, bahkan mereka lebih hebat daripada kamu. Pada kamu, apa sangatlah yang ada, yang ada cuma ini, untuk merosakkan pemikiran ummat Islam. Insaflah...dan ayuh Membangun Bersama Islam.

Sekian, wassalam...
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Al-Azhar, Kaherah, Mesir,
Kuliah Usuluddin.

Tahniah Adikku (Fauzi)

Coretan Khas Buat Seorang Adik

Assalamualaikum w.b.t.

Biodata Adikku:
Muhammad Fauzi, lahir pada 2/1/1995, berusia 15 tahun, belajar di sekolah Maktab Rendah Sains Kota Putra, Besut, Terengganu (MRSM KOPU). Tinggal di Kg. Kilang Kelapa Sawit, Sungai Tong, Setiu, Terengganu.

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang di sisiNya lah segala ketentuan, yang baik mahupun yang tidak baik, demikianlah Allah s.w.t. menguji hamba2Nya, selawat dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w. yang telah mengajar kita semua erti syukur dan redha, melalui sirah hidup dan hadith baginda yang sampai kepada kita. Di kesempatan ini, ana meluangkan sedikit masa, khas untuk mengkalungkan tahniah kepada Si Adik yang telah berjaya dalam PMR dengan memperoleh 8A. Tahniah !!!

Buat adikku, yang telah bersungguh-sungguh dalam "study"nya, sekarang kamu telah perolehi hasilnya yang baik daripada penat-lelah kamu berusaha selama ini, begitu juga dengan doa dan sembahyang kamu, jangan kamu ingat bahawa kejayaan kamu adalah semata-mata datang daripada usaha kamu, sebaliknya semua itu adalah datangnya daripada Allah s.w.t. yang Maha Menyayangi hamba2Nya, itu yang perlu kamu ingat sampai bila2. Tiada kejayaan yang datang tanpa keredhaan atau keizinannya.

Seterusnya, janganlah kamu menganggap bahawa kamu adalah yang terbaik, sementara sahabat2mu yang gagal adalah rendah, hina dan sebagainya. Janganlah kamu membezakannya mahupun menyisihkannya daripada kehidupanmu, gara2 temanmu itu tidak setaraf kecemerlangannya berbanding kamu, padahal yang berjaya atau gagal itu hakikatnya sama sahaja di sisi Allah, yang membezakannya adalah iman dan taqwa kepada Allah.

Akhir sekali, jangan kamu lupa berterima kasih kepada kedua orang tuamu yang sangat banyak berjasa, sehingga kamu peroleh kejayaan sebesar ini, sudah tentu mereka tidak jemu, tidak penat dan tidak lelah mendoakan kejayaan untuk anak2nya termasuk kamu. Itu yang kamu harus pegang walau ke mana sekalipun kamu belajar, doa dan restu daripada orang tua. Kepada Pa & Ma, ubai ucapkan tahniah juga kerana adik Ji dapat 8A dalam PMR, semoga selepas ini Miyo pula yang dapat 9A1 dalam SPM bulan 3 ni, amin.

Tahniah buat semua di atas kejayaan Poji dalam PMR (8A). Tahniah buat Pa & Ma, Abang Nuar, Kak Nolah, Safwan, Amir, Miyo, Poji dan Adik Na.

Thursday 16 December 2010

Perbicaraan Hari 'Asyura

Kelebihan Hari 'Asyura sempena Peristiwa 10 Muharram

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mencipta kita dari sekecil-kecil makhluk, sehingga sempurnanya kejadian kita dengan pelbagai jenis afrad, supaya digunakan sebaik-baiknya dalam mengabdikan diri kepada Allah, segala puji juga bagi Tuhan yang telah menjadikan masa, di tangannya segala kekuasaan dan kehendak, dan Dia jualah yang menguasai siang dan juga malam.


Seterusnya, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, pengutusannya membawa rahmat kepada sekalian alam, dialah penyebab kepada terjadi alam ini dan kewujudan makhluk di alam ini, kerana risalahnya juga kita dapat menikmati cahaya Islam, kerana syafaatnya jugalah nanti kita akan memasuki syurga Allah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah, sekali lagi sama2 kita ucapkan berbanyak kesyukuran kepada Allah, kerana diberi kesempatan berada pada hari yang penuh barakah ini, iaitu hari 10 Asyura, di mana hampir semua ummat Islam menyambutnya, bahkan dituturkan oleh sekian alim ulama. Ada juga yang menyambutnya dengan dengan memperingati perang karbala yang jatuh pada tanggal 10 Muharram.


Masing-masing menyambut dengan cara yang berbeza, sedangkan kita sebagai pendokong ahli sunnah dan pencinta agung Rasulullah menyambutnya dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah. Tidak salam memperingati peristiwa Karbala dan hari kematian Saidina Hussain, namun jangan sesekali berlebihan sehingga membakar semangat permusuhan dan memburuk-burukkan nama sahabat nabi yang lain.


Bahkan, kita semua menyayangi Imam Hussain, namun biarlah sayang kita itu dengan cara yang diredhoi Allah. Kerana tidak dikatakan cinta terhadap seseorang, sehinggalah orang itu melakukan amalan orang tersebut. Cukuplah ucapan tadi sebagai muqaddimah Al-Faqir sebelum memulakan perbicaraan mengenai Hari Ayura dan kelebihannya. Sepanjang pengamatan saya, terlalu kurang para blogger mmebicarakan tentang Asyura, WHY?


Ayuhlah sahabat2 sekalian, kita meneliti sebuah hadith yang masyhur membicarakan tentang hari Asyura. 'Asyura bermaksud hari ke-10 daripada bulan Muharram. Bahkan di sana terdapat suatu hadith yang menceritakan kelebihan bulan Muharram dan berpuasa di dalam bulan tersebut. Hadithnya berbunyi:


أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ

وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

Maksudnya:

"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat lima waktu adalah solat malam." (Imam Muslim-dari Abu Hurairah)


Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kelebihan mengerjakan ibadat puasa di bulan Muharram. Bahkan di sana, ada lagi hadith yang menjelaskan hari yang paling afdhol untuk kita menghidupkan bulan Muharram iaitu pada tanggal 10 Muharram. Kerana itu baginda berpuasa & memerintahkan para sahabat untuk melakukannya, kerana pada hari tersebutlah terselamatnya Nabi Musa dan pengikutnya drp Firaun dan tenteranya.

Diriwayatkan bahawa, tatkala Nabi s.a.w. diberitakan tentang orang Yahudi berpuasa pada hari 'asyura kerana Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran setelah selamat daripada kezalimat Firaun dan bala tenteranya, lalu baginda s.a.w. pun bersabda:

)نَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ(

Maksudnya:

"Kami lebih berhak dan terlebih utama mengikuti Musa berbanding kamu."

Oleh itu, sambutlah seruan Nabi wahai pencinta Habibullah (Muhammad s.a.w.) dengan melaksanakan ibadat puasa pada 10 Muharram, dan perbanyakkan amalan soleh pada hari tersebut dengan banyakkan berzikir, selawat, membaca Al-Quran, sedeqah dan sebaginya. Bahkan Nabi s.a.w. menjanjikan kelebihan bagi sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura sebagaimana hadith yang berbunyi:

سمعت وحفظت من شيخي شيخ أسامة الأزهري بيوم عاشوراء في جامع الأزهر، أنه سمع من مشايخه أجمعين، فقد روى مسلم في صحيحه عن أبي قتادة أن رجلاً سأل النبي محمد صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء فقال: أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله.

Maksudnya:

Tatkala datang seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. dan menanyakan tentang puasa hari ‘Asyura, lalu baginda s.a.w. menjawab: “Aku mengira Allah s.w.t. akan menghapuskan segala dosa kamu yang lalu.”


Alangkah lebih mulia dan baik sekiranya puasa 'Asyura itu digandingkan atau disertakan dengan puasa pada 9 Muharram mahupun 11 Muharram, yang kuat dan sahih adalah 9 Muharram yang dinamakan dengan nama Tasu'a. Sebagaiman hadith yang berbunyi:

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

Maksudnya:

“Kalau aku masih hidup tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram).” (Riwayat Muslim)


Maka, sukalah saya katakan di sini bahawa teramat rugilah orang yang tidak mengambil peluang yang sangat "emas" ini. Sesuatu yang hanya datang setahun sekali, dan semoga Allah menerima amalan2 kita yang lalu semuanya. Dan semoga hidup kita dipenuhi dengan segala syiar2 sunnah sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w., bermula daripada bangun kita sampai kita tidur dan begitulah selanjutnya sampai kita dijemput Allah menghadapnya.

Di antara sunnah2 yang menjadi syiar yg seharusnya kita ikut:-

1)Bangun malam
2)Solat Berjemaah Fardhu
3)Banyakkan bersedeqah
4)Mulakan dgn anggota kanan
5)Langkah kaki kanan ke masjid
6)Pakai sepatu dimulai kanan
7)Sebarkan salam
8)Baca Al-Mulk
9)Solat sunat Dhuha
10)Tidur dalam keadaan berwudhu'
dan banyak lagi...

Alhamdulillah, hari ini menjadi suatu kegembiraan di hati saya tatkala dapat menghadiri majlis pembacaan hadith tasalsul mengenai kelebihan hari 'Asyura yang menjadi tradisi para alim ulama, apatah lagi diberi peluang menatap wajah para alim ulama yang ramai, yang datang sama2 memeriahkan majlis pembacaan hadith tersebut, "hadith" yang merupakan yang paling saya minati sehinggakan saya sanggup bersengkam mata demi menghafaz dan menghadam ilmu hadith ini namun saya masih lagi di tahap yang lemah.

Majlis hari ini disempurnakan oleh Syeikh Usamah Al-Azhari, ulama' muda yang luar biasa ilmunya dan sangat terkenal di Mesir, dan diserikan lagi dengan kehadiran Syeikh Yusri Ar-Rushdy Al-Jabr, seterusnya murid kana Syeikh Al-Imam Abdullah Al-Haddad dan Syeikh Jamal Farouq murid murabbiku Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani. Majlis yang dihadiri oleh ratusan yang terdiri daripada pelajar2 Al-Azhar mahupun orang awam bertempat di Masjid Azhar.

Namun suatu perkara yang sedikit mengecewakan, setelah selesai pembacaan hadith tasalsul dan pengijazahan sanad hadith oleh Syeikh Usamah, Syeikh Yusri dan Syeikh Jamal, masing2 bersikap seperti anak2 kecil, dan langsung tidak menggambarkan pendokong syiar sunnah, Baik dari kalangan orang2 Mesir ataupun bukan Mesir. Apa lagi orang Malaysia. Masing2 tidak tahu untuk bersabar dan bertenang, sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan buku ijazah hadith tasalsul, sungguh memalukan.

Terkadang saya terfikir, kalaulah mereka bersabar, beratur dan tidak berebut, adakah mereka tidak akan dapat kertas tersebut. Kertas punyalah banyak. Ya, memang benar sebahagian akan dapat dan sebahagian lagi tidak akan dapat. Makanya, orang yang tidak dapat fotostatlah daripada yang dapat. Dengan itu, barulah tergambar akhlak Rasulullah, iaitu syiar sunnah. Ini tidak, yang pangkat Tuan Guru pun macam budak kecil, sungguh mengaibkan. Saya henti di sini dahulu perbicaraab tentang hari 'Asyura.

Semoga puasa kita diterima Allah, begitu juga dengan amalan kita. Sama2lah kita menjadi pendokong dan penegak syiar sunnah Rasulullah. Masih banyak sunnah Rasulullah yang belum kita laksanakan, maka saya menyeru sahabat2 sekalian untuk sama2 kita cuba untuk mengetahui dan mengenali yang mana lagi sunnah Rasulullah yang belum terlaksana, dan kita laksanakan. Semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan syiar agung ini.

Sebagai tambahan, izinkan saya sertakan kelebihan2 lain pada hari Asyura, yg sempat saya terima daripada teman akrab saya dari Indonesia, Imran, terima kasih banyak2 sahabatku:

1) Nabi Musa terselamat dari kejaran Firaun dan bala tenteranya
2) Nabi Nuh terselamat daripada badai besar
3) Diterima Taubat Nabi Adam
4) Nabi Isa diangkat ke langit

Kalau x silap saya, semua ini bolehlah diperolehi dalam kita Latoiful Ma'rifah...

Sekian, w'salam...

Mohd Ubaidillah Al-Musawi

Usuluddin, Kaherah (Mesir),

Universiti Al- Azhar.


Monday 6 December 2010

Awal Muharram 1432H

Bingkisan Awal Muharram 1432H

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin...
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad wa 'ala Alih...

Salam pertemuan sahabat2 yang dimuliakan Allah sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih terus diberi nafas hidup di tahun baru ini yang disebut sebagai tahun baru hijriyyah 1432 atau Awal Muharram atau Tahun perubahan. Ianya pasti sinonim dengan peristiwa agung baginda s.a.w. dan ummat Islam tentang suatu penghijrahan besar-besar dari kota Makkah ke kota Madinah.

Maka bersempena dengan awal muharram ini, sudah tentu seluruh alam akan membicarakannya dengan cara masing-masing. Bahkan sekalian para alim ulama dari segenap bidang sedang menuturkannya dari pelbagai aspek. Namun yang pasti hikmah yang paling penting disebalik peristiwa agung itu dengan kondisi kita sekarang cumalah perubahan dari tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik.

Terkadang inilah perkara yang sulit untuk dilaksanakan. Namun teramat rugi sekiranya kita kurang peka terhadap hikmah agung ini. Ini kerana, makna hijrah itu sendiri untuk kita sebagai ummat yang mendatang mengaplikasikannya, iaitu penghijrahan daripada keadaan yang leka/alpa terhadap Allah kepada ingat/menyibukkan diri untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Bahkan hari ini kita dapati maksiat semakin menjadi-jadi di kalangan ummat Islam itu sendiri, hatta terhadap golongan yang mengaji ilmu agama. Maka bersempena peristiwa agung ini, sama-samalah kita melakukan perubahan yang ternyata manfaat itu untuk kita juga. Beruntunglah mereka berfikir dan menggunakan nikmat anggota yang Allah berikan dengan ibadah.

Sekian, wassalam...

Tuesday 16 November 2010

Bicara Al-Musawi di Lebaran IdulAdha

Perkongsian Ilmiyah sempena Lebaran


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pujian tidak terhingga ana lafazkan kepada Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Itulah zikir yang paling afdhol saat ini daripada zikir2 yang lain. Sama2lah kita mengucapkannya, moga terlimpah segala kebaikan dan rahmat daripada empunya alam yang fana' ini. Sama2lah juga ikuti sedikit bicara ilmiyyah yang ana nukilkan khas untuk kita semua.

Kita semua mengenali IdulAdha dengan erti pengorbanan. Pengorbanan yang sebenarnya adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah. Telah tercalit dalam lakaran sejarah pengorbanan yang cukup besar, iaitu pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s.. Semua dikalangan kita tahu cerita dan latar belakang peristiwa tersebut, saya kira.

Namun, saya cuma ingin menyentuh soal hikmah disebalik peristiwa tersebut yang wajar kita sebagai ummat yang mendatang atau terkemudian ini untuk mengambil iktibar daripadanya. Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya ajak sahabat2 sekalian untuk sama2 bermuhasabah, Apakah kita sanggup, sekiranya kita yang berada di posisi Nabi Allah Ibrahim?

Apa yang berlaku, semuanya kerana ketaatan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah. Ibrahim yang ingin menjadi hamba yang taat sanggup mengorbankan anak kesayangannya Ismail mestikan dengan hati yang berat, maka sekiranya kita juga ingin menjadi hamba yang taat, perlulah kita melakukan pengorbanan dengan tidak tunduk dan patuh kepada hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita melakukan kemaksiatan dan menghindari ketaatan.


Itulah erti perngorbanan yang sebenarnya, serti semarak IdulAdha yang sebenar-benarnya, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Janganlah kalimah takbir hanya di mulut, tapi anggota zahir mengingkarinya, jangan! jangan! jangan! kerana kelak diri kita juga yang binasa. Berusahalah untuk melakukan ketaatan dan cubalah melawan tuntutan hawa nafsu.

Berkorbanlah dengan harta benda, samada dengan bersedeqah atau sembelih binatang korban, itu hanya buat mereka yang berkemampuan, namun pengorbanan melawan kejahatan dalam diri adalah terbuka dan wajib ke atas semua yang mengaku bahawa Allah itu Maha Besar, yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya, dan yang mengucap kalimah tauhid "Lailahaillallah MuhammadurRasulullah."

Ya, setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan mahupun dosa. Namun amat malang, sekiranya ada dikalangan sahabat2 kita yang masih belum mengerti makna perayaan IdulAdha, hari kebesaran atau kemenangan yang besar bagi ummat Islam, bahkan hari yang mulia ini dicemari dengan dosa dan dosa dan dosa. Mohon perlindungan kepada Allah daripada menjadi golongan yang sedemikian.

Sedih apabila membayangkannya, apakah mereka melakukan ini semua kerana mereka jahil (tidak tahu), atau mereka melakukannya kerana lemahnya iman? Sekurang-kurangnya, jadilah hamba yang tahu menghormati hari kebesaran Islam. Terkadang maksiat yang dikerjakan itu langsung tidak ada rasa bersalah atau malu kepada diri sendiri, boleh jadi kerana hati itu telah terkunci.

Dikalangan kita masih boleh melayan cerita2 di malam hari raya daripada terus bertakbir dan terus bertakbir kepada Yang Esa. Tidak kiralah apa hujah kita atau apa cerita yang kita tonton, cerita islamik ke, cerita kartun ke, cerita melayu ke, bukan filem lucah ke (apatah lagi filem2 lucah-itu jelas2 haram). Tetap salah, kerana yang betul dan sebetulnya adalah perbanyakkan takbir yang tidak sunat lagi pada hari2 yang lain, sementara "nonton" masih punya waktu.

Sehinggakan kita sanggup tidur lewat semata-mata kerana ingin memenuhi keinginan nafsu kita yang ternyata ianya bertentangan dengan erti IdulAdha yang sebenarnya. Sudahlah malamnya tidak dihidupkan dengan qiamullail, yang hadith tentang kelebihan qiamullail di malam dua hari raya jauh lebih baik dan warid daripada Nabi Muhammad s.a.w., malahan tidur lewat lagi kerana acara2 yang tidak berfaedah.

Tidak cukup dengan itu, sahabat2 menambah lagi dengan bangun bagi melewati waktu subuh seperti yang diamalkan pada hari2 yang biasa. Terkadang kita tidak merasakan apa2 yang salah tentang perkara itu meskipun ianya jelas2 salah di mata Islam. Tidak cukup dengan solat subuh lewat (yang kita cukup tahu tentang ancaman melewatkan solat daripada Al-Quran dan Al-Hadith) kita tambah lagi dengan solat bersendirian dan tidak berjamaah.

Tidak berjamaah kita pada hari yang penuh berkat ini, padahal kita tahu fadhilat solat secara berjamaah yang melebihi pahala solat bersendirian tambahan lagi hari yang mulia dan bulan yang mulia ini. Kemudian kita ke masjid dan lupa untuk menampung kesilapan atau dosa tadi dengan amalan2 sunat seperti memakai bau-bauan, mandi sunat, mengenakan pakaian baru dan bersih, dan sebagainya.


Di masjid pula, orang sibuk bertakbir dan berkhutbah, kita sibuk bersembang, bace quran, dan ambil gambar sana sini, itu belum cerita yang datang lewat, yang tak datang langsung tak payah cakap lah, punyalah teruk perangai. Terkadang kita lupa untuk mengambil inti daripada lafaz takbir dan khutbah yang telah disampaikan. Tidak kurang juga ada yang tidur (perangai sama ketika dengar khutbah jumaat) dan ada juga yang langsung pulang tanpa mendengar khutbah, MasyaAllah.

Selepas selesai khutbah, kita lupa bersalam-salaman sesama kita, bahkan kita pulang tanpa menjalinkan hubungan silaturrahim. Kenapa kita perlu pulang terburu-buru, bukan ada hal yang mustahak pun, cuma nak sambung tidur, atau sambung tengok cerita best, nak main facebook, nak YM la, nak download citer la, nak tepon kekasih la, atau dengar lagu2 raya dan sebagainya (yang kurang faedah).

Astaghfirullah, banyaknya dosa yang kita lakukan sempena hari yang penuh mulia ini (IdulAdha) 1431 dan bulan yang mulia ini (Zulhijjah-bulan haram). Oleh itu, saya mengajak teman2 semua, marilah kita sama2 koreksi (muhasabah) kembali diri kita yang penuh hina ini, moga2 Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan ketaatan dan menjauhi segala bentuk kemungkaran.

Sekian, w'salam...
Nukilan Al-Faqir,
Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Kaherah, 16 Nov 2010

Monday 15 November 2010

Permulaan Bicara Jadid dr Mesir

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan Selawat buat junjungan besar baginda s.a.w. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap lagi di medan blog ini, alhamdulillah. Terima kasih juga kepada semua yang masih setia mengunjungi blog al-faqir ini, seorang insan yang mohon kekuatan kepada Allah agar terus thabat dalam thariq menuntut ilmu di bumi Anbiya' ini.

Alhamdulillah, buat pengetahuan sahabat2 sekalian, saya sekarang telah berada di bumi Mesir sejak sekian lama (hampir 3 minggu) setelah libur di Malaysia selama 4 bulan, berjuang dalam medan dakwah secara lisan (tazkirah, ceramah & kulian) dan juga penulisan (buku). Saya selamat sampai di Mesir tanggal 29 oktober 2010 tepat jam 4.15 petang waktu Mesir pada hari Jumaat yang lalu.

Ramai juga yang menghantar saya, bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala terengganu sehinggalah di Lapangan Terbang KLIA. Terima kasih saya ucapkan buat semua, terutama keluarga saya, keluarga angkat saya dan lain2. Begitu juga sekapur penghargaan jazakallahu khairan jaza' buat ayahanda tercinta, kakak tercinta Kak Long, abang tercinta Ustaz Mat Esa, Abang Yie, Abang Zul, Haji Mat, Haji Suhaimi, dan En.Hisyam sekeluarga.

Hanya Allah yang dapat membalasnya

Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan andaikata blog ini lembap diupdate, ini kerana kesempatan saya dihadapan laptop tidak kerap seperti dahulu, bukan bermakna saya telah jemu atau berhenti dari dunia dakwah alam cyber, tapi saya sekarang lagi sibuk dengan perjalanan hidup saya dengan ilmu, penulisan, penterjemahan dan pengamatan ilmiyah. Saya amat berharap sahabat2 dapat memahami dan terus menyokong dan mendoakan saya.

Segala pemberitahuan atau perkongsian, sahabat2 blehlah add YM saya ubaidillah_al_mishri@yahoo.com atau e-mail terus ke alamat e-mail saya al_musawi89@yahoo.com. Ini adalah e-mail baru saya, yang ID-nya tidak sama dengan ID YM, harap faham. Semoga kita bertemu lagi dalam bicara Idul Adha nanti, sekian w'salam...

Tuesday 19 October 2010

AL-QISAH 40 SIRI II

Hasil Karyaku yang ke-2


Alhamdulillah, pujian yg tdk terhingga krn akhirnya buku ke-2 berjaya diterbitkan dan dipasarkan. Buku yg ana tulis ini memuatkan kisah2 tauladan yg penuh dgn info2 ilmiyyah. Kisah2 tauladan ini berkisarkan tth para nabi, sahabt nabi, para wali, dan juga orang2 soleh pilihan Allah. Moga2 sedikit perkongsian ana dlm buku ini dpt m'beri manfaat buat diri ana & pembaca sekalian.

Buku ini bukan sekadar buku cerita, bahkan memuatkan nasihat dalam setiap tajuk cerita, bahkan ana sertakan sekali dengan pengajaran, jadi buku ini adalah 3 in 1. Ana sengaja mengambil kesempatan untuk memuatkan nasihat2 agama khusus buat remaja dalam buku tauladan ana ini, jadi inilah yg membezakan buku ana dgn buku2 cerita yg lain.

Ana baru sahaja selesai pelancaran buku di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin dan Sek. Men. Agama Sultan Ismail Dungun. Seterusnya promosi buku di Imtiyaz Dungun bawah & atas, Sek. Keb. Pusat Dungun. Sekalung penghargaan kepada semua pengetua dan guru2 yg bekerjasama spnjg ana b'program di tmpat t'sebut.

Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan pghargaan tdk terhingga kpd family saya yg byk memberi sokongan dlm penghasilan buku ke-2 ini. Tidak dilupakan juga teman2, baik di Mesir mahupun di Malaysia. Ana juga tdk lupakan jasa guru2 yg tidak jemu mendidik saya, kalau bukan disebabkan pengorbanan mereka, saya tdk mgkn akan jadi spt sekarang.

Tuesday 5 October 2010

"SyeikhUbaidillah" kembali lagiii

Syukur Pada Allah

Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan, dapat saya meluangkan kembali masa saya bersama dengan para sahabat sekalian, moga2 saya terus diberi kekuatan oleh Allah, kemudian selawat dan salam ke atas junjungan s.a.w. di atas rahmatnya yang tersebar ke seluruh alam sehingga saya dapat kecapinya, Alhamdulillah.

Pengumuman!!!
Ingin saya khabarkan di sini, bahawa saya belum berhenti dalam dunia blog ni, saya cuma tidak berkesempatan sebelum ini, jadi maafkan kelemahan diri saya yang telah sekian lama tidak mengupdate blog ini sehinggakan kalian semua merasakan bahawa saya telah pergi dan meninggalkan dunia blog ni.

Tidak sama sekali, dunia blog ini sungguh menarik, di sinilah medan dakwah yang sedikit sebanyak memberi kesan atau pengaruh kepada muda-mudi hari terutama untuk lebih dekat dengan Islam, kalau blog yang islamik lah, jadi sayanglah kalau saya tidak berkecimpung dalam bidang ni. Kini, saya kembali lagi dengan semangat yang baru.

Saya amat berharap, sahabat2 dapat terus menziarahi saya di sini. Kalau sebelum ini, tatkala sahabat2 memasuki ruang blog ini, sahabat2 hanya melihat posting yang sama jer, kali ni insyaAllah, saya akan terus memperbaharui posting saya, kerana pasti banyak perkongsian yang saya ingin kongsikan setelah sekian lama menyepi.

Kembali Berbicara
Sebelum saya berbicara dengan lebih panjang lebar dalam posting2 yang akan datang, saya hanya ingin meluangkan masa yang seketika di sini, hanya untuk menunjukkan rasa syukur saya atas kejayaan yang telah Allah anugerahkan, hanya sebagai suatu perkongsian dan bukan niat untuk berbangga.

Maklumlah saya lagi sibuk membuat persediaan untuk pelancaran buku saya yang ke-2, nota ekspress bahasa arab spm dan karya buku saya yang seterusnya. Apa yang saya harapkan adalah doa daripada sahabat2 sekalian supaya saya thabat dalam perjuangan hingga ke titisan nafas yang terakhir, amin.

Baru2 ini, saya telah berjaya dalam peperiksaan. Tiada kegembiraan yang mampu saya ungkapkan melainkan syukur yang tidak terhingga. Makanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada teman2 & family saya yang sering mendokong saya dan menunjuki ajar saya agar saya terus tekun dalam study.

Terima kasih sekali lagi kepada teman2 Arab saya, teman2 Indonesia, dan teman2 Malaysia yang turut membantu study saya. Tak sabar untuk study lagi bersama antum semua, doakan kepulangan saya 29/10 nanti ya. Temui saya dalam posting yang akan datang……

Wassalam…………..

Saturday 3 July 2010

KISAH DARI NERAKA 2

Assalamualaikum-Alhamdulillah-Selawat

Pertamanya jutaan kemaafan buat shbt2 blog sekalian kerana memungkiri janji untuk mengupdate blog sebelum pulang ke Malaysia. Buat makluman shbt2 sekalian, ana sekrang sudah berada di Malaysia, hari ini sudah masuk hari ke-4, seronok di kampung Terengganu ni, namun kerinduan pada suasana Mesir tetap m'buak-buak, tidak mengapalah, apa salahnya cuba berjuang di bumi sendiri sambil mencurahkan kepada orang yang telah banyak berjasa kepada kita, samada ibubapa, guru2 dan kerabat2.

Apa2 pun, alhamdulillah sekali lagi ana ucapkan, kerana akhirnya Allah memberi peluang kepada diri yang kerdil ini untuk menyambung kembali perbicaraan tentang "kisah dari neraka", apa yang penting adalah teladan daripada cerita yang cuba ana sampaikan, moga2 kita semua mendapat manfaat yang terbaik sebagai panduan hidup yang baik, insyaAllah, amin. Sama2 kita doakan yer.

bersambung...

Nabi s.a.w. kemudiannya sering menangis di dalam solat sambil berdoa meminta perlindungan untuk ummatnya, begitu juga sujud nabi begitu lama sebagai munajat kepada Allah. Pada hari ketiga, dtg Abu Bakar untuk menemui Nabi Muhammad, lalu diberi salam kemudian tiada jawapan,kemudian datang pula Saidina Umar, namun tiada juga jawapan, akhir sekali datang Salman Al-Farisi, bila tiada juga jawapan, menangis Salman kerana risaukan keadaan Nabi Muhammad lalu lari dalam keadaan lemah semangat kemudian jatuh-bangun menuju ke rumah puteri Rasulullah Saidatina Fathimah.

Setibanya di rumah puteri Rasulullah itu, Salman lalu menceritakan perihal Rasulullah yang cukup bersedih dan tidak diketahui apa sebabnya, ketika itu Saidina Ali tiada di rumah maka, Fathimah tidak menjemput Salman masuk ke dalam rumah, sebaliknya hanya bercakap di luar rumah sahaja. Fathimah dengan segera mengenakan pakaian yang lengkap dan kemas, lalu menuju ke rumah Rasulullah.Tatkala Fathimah mengetuk pintu, nabi bertanya siapa di luar? Jawab Fathimah, aku puterimu Fathimah, lalu baginda membuka pintu dalam mata baginda yang bengkak kesan daripada banyak menangis dan wajahnya pula kelihatan pucat-lesi serta lemah dan dalam keadaan tidak berdaya kerana lamanya sujud.

Fathimah lalu bertanya kepada Rasulullah, apa yang menimpamu sehingga keadaanmu seperti ini, Rasulullah lalu memberitahu Fathimah akan kedatangan Jibril kepada baginda, setelah itu Fathimah bertanya kepada bapanya, kali ini apa berita yang dibawa oleh Jibril kepadamu? Jibril datang mengkhabarkan kepadaku mengenai sifat2 neraka dan memberitahuku bahawa neraka yang teratas adalah untuk ummatku, Fathimah langsung bertanya kepada Rasulullah, bagaimana ummatmu akan masuk ke dalam neraka? Nabi pun menjawabnya: "mereka diiringi oleh malaikat tanpa dihitamkan wajahnya, tidak dibirukan matanya, tidak ditutup mulutnya, tidak digandingkan dengan syaitan serta tidak dibelenggu dan dirantai...

bersambung...

Sunday 30 May 2010

KISAH DARI NERAKA

SIFAT NERAKA & KEADAAN PENGHUNI NERAKA


Bismillah-Alhamdulillah-Selawat

Sekarang ana akan cuba tunaikan janji ana, untuk posting kisah dari neraka yang diceritakan oleh Imam Laith As-Samarqandi kepada kita semua. Sekali lagi ana memohon maaf kepada teman2 yang sempat mengikuti tazkirah ana ketika ingin membicarakan topik ini, namun apakan daya tiba2 ana tidak mampu berbicara dengan baik dan menyusun kalam dengan baik, sehinggakan sahabat2 tidak memahami apa yang cuba ana sampaikan, tapi waktu itu benar2 gelap, tidak tahu kenapa, mungkin ana ada clash dengan Allah.

Apa2pun ia adalah sebagai muhasabah buat diri yang kerdil lagi hina ini, yang sememangnya tidak dapat lari daripada dosa/maksiat, namun hamba ini tetap mengharapkan rahmat dan keampunanMu.Perbicaraan kali ana cuba karang sendiri untuk menguji kembali ingatan ana yang tidaklah sehebat ingatan sahabat2 sekalian. Kisah yang bakal ana bicarakan ini termaktub di dalam kitab Tanbihul Ghafilin yang telah ana terjemahkan, dan belum dibukukan kerana ana masih di peringkat kajian.

SIFAT NERAKA

Diceritakan oleh Imam Laith bahawa seorang tabiin yang bernama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi telah meriwayatkan suatu hadith daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Anas bin Malik r.a.. Anas bukan sahaja sahabat malah juga seorang khadam Nabi. Kita mungkin pernah mendengar kecintaan ibu kepada Ana iaitu Ummu Sulaim yang teringin memberi hadiah kepada Nabi namun beliau miskin dan tidak memiliki harta melainkan seorang anak yakni Anas, lalu diberikan Anas kepada Nabi untuk memberi khidmat kepada baginda.

Anas bin Malik bercerita: "Telah datang malaikat Jibril kepada baginda s.a.w. pada suatu masa yang mana malaikat tidak pernah datang pada waktu sedemikian, datangnya dalam keadaan wajah yang berubah daripada sebelumnya, muram seperti kesedihan/ketakutan, lalu Nabi bertanya kepada Jibril, wahai Jibril mengapa aku lihat wajah kamu berubah sampai begitu sekali, jibril kemudiannya menjawab, tidaklah aku datang kepada kamu wahai Muhammad, pada waktu sebegini dan dalam keadaan begini...

Tidak lain dan tidak bukan, aku datang setelah mana Allah memerintahkan aku meniupkan api neraka, dan tidak sepatutnya mereka yang tahu (bahawa neraka jahannam itu benar, kewujudan siksaan api neraka itu benar, siksaan azab kubur itu benar, dan azab Allah itu amat dahsyat) merasa aman daripadanya setelah menyaksikan dengan mata kepala sendiri, mendengarkan itu Nabi s.a.w. berminat lalu bertanya kepada Jibril: "wahai Jibril! gambarkan kepada aku seperti apakah neraka jahannam itu?"...

Jibril lalu menyifatkannya kepada Nabi, sesungguhnya, tatkala Allah selesai mencipta api neraka, dipanaskan api neraka itu selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut kemerah-merahan, kemudian dipanaskan lagi api selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut keputih-putihan, kemudian dipanaskan lagi selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut kehitam-hitaman, maka jadilah api tersebut hitam yang teramat sangat, hitamnya itu adalah hitam kegelapan, dan ianya tidak pernah terpadam bara kepanasannya sehinggalah sekarang...

Ketahuilah wahai Muhammad, andaikata bara api sebesar jarum dunia merencik keluar lalu tertimpa ke atas dunia nescaya akan hancur binasa dunia ini dek kerana kepanasan api, dan andaikata pakaian ahli neraka digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi kerana kepanasan wapnya, dan andaikata gari besi yang disediakan untuk ahli neraka diletakkan di atas puncak gunung yang paling tinggi, nescaya akan cair gunung tersebut sehingga menembusi bumi ketujuh bawah tanah...

dan andaikata seorang hamba yang berada di hujung barat terbakar disebabkan api neraka, nescaya yang berada di hujung timur juga akan terbakar disebabkan kepanasan api neraka. Neraka itu dahsyat dan hidangannya adalah air panas yang menggelegak dan nanah, tempatnya sempit, jijik dan kotor. Kelak, setelah mahkamah Allah memutuskan bahawa fulan bin fulan menjadi ahli neraka, maka mereka akan dibawa oleh malaikat Malik dan diserahkan kepada malaikat Zabaniyyah untuk diazab...

Disediakan bagi mereka gari dan juga rantai besi dari api neraka, dimasukkan rantai tadi ke dalam mulut mereka dalam keadaan kepala mereka didongakkan ke atas langit, lalu dimasukkannya sehinggalah menembusi dubur meraka, tangan kiri menjerut leher mereka dalam keadaan menyilang sedangkan tangan kanan menembusi dada mereka sehingga keluar melalui bahu, kaki mereka digari lalu mereka diseret oleh malaikat Zabaniyyah dalam keadaan muka tersembang ke lantai...

sambil dipukul dengan cemeti yang diperbuat daripada besi api neraka yang panas, tidak dapat dibayangkan keadaan sedemikian, diperlakukan seperti binatang, begitulah nasib bagi mereka yang memperlakukan diri mereka seperti binatang sewaktu hidup di dunia dahulu dengan mengikut hawa nafsu dan mengenepikan syariat Allah, yang ternyata akan menyelamatkan mereka daripada diperlakukan seperti itu, sesungguhnya Allah telah mencabut sifat kasih sayang pada malaikat Malik dan malaikat Zabaniyyah...

Dan sesungguhnya neraka itu mempunyai 7 pintu, dan setiap pintu2nya itu dibahagikan kepada kaum lelaki dan kaum perempuan, Nabi s.a.w. lalu bertanya kepada Jibril, adakah pintu2nya seperti pintu2 di dunia, tidak, jarak setiapnya itu adalah 1000 tahun perjalanan di dunia, begitu luas dan begitu azab.Nabi s.a.w. lalu bertanya lagi, siapakah yang bakal menghuni neraka tersebut?...

Adapun pintu pertama adalah yang paling bawah, bererti paling dekat dengan api atau betul2 atas api, kerana setiap pintu2 neraka itu bertingkat-tingkat. Nama pintu tersebut adalah neraka Al-Hawiyah dan para penghuninya adalah dikalangan orang2 munafiq yang menyembunyikan kekufuran meraka dan mereka2 yang kufur setelah menerima hidangan dari langit oleh Allah melalui nabi2 mereka, dan juga firaun dan kerabatnya melainkan isteri firaun yang bernama Asiah.

Adapun pintu kedua bernama Al-Jahim dan para penghuninya adalah sekalian mereka yang menyirikkan Allah yang dipanggil golongan musyrikun. Golongan musyrikun bukan sahaja yang hidup pada zaman nabi Muhammad bahkan bermula zaman nabi Nuh a.s. sehinggalah akhir zaman.

Adapun pintu ketiga bernama Saqar dan para penghuninya adalah golongan As-Sobiun. Disebut oleh Imam Ibnu Manzur dalam kitabnya "lisanul arab", apa yang dimaksudkan oleh Imam Laith dengan kalimah As-Sobiun adalah mereka yang keluar daripada agama kebenaran kepada agama kekufuran dengan kata nama lain mereka2 yang murtad daripada ajaran kebenaran yang dibawa oleh utusan2 Allah.

Adapun pintu keempat bernama Lazho dan penghuninya adalah Iblis laknatullah dan para pengikutnya serta golongan Majusi. Disebut oleh Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni, apa yang dimaksudkan dengan golongan Majusi bukan sahaja mereka2 yang menyebah api, cuma Majusi sinonim dengan mereka2 yang menyembah api, kerana termasuk juga Majusi mereka yang menyembah binatang2, pokok2, bulan, matahari dan lain2.

Adapun pintu kelima bernama Al-Huthomah dan penghuningya adalah orang2 Yahudi laknatullahi 'alaihim. Yahuni yang ada sekarang dikenali dengan Israel dan dan penggerak2 meraka bertebaran di negara2 Islam apatah lagi di negara2 kafir yang lain. Mereka memperlekehkan ajaran Allah yang dibawa oleh utusanNya, tidak cukup dengan itu, mereka selalu memperolok-olokkan nabi mereka, bahkan membunuh nabi2 mereka, sebagaimana kisah yang kita pernah dengan iaitu nabi Zakaria dan nabi Yahya, akibatnya mereka telah dikutuk oleh Allah sehingga hari kiamat dan diharamkan mana2 tanah di bumi ini menjadi tempat mereka berteduh.

Adapun pintu keenam bernama Sa'iir dan penghuninya adalah orang2 Nasrani (Kristian). Dikenali dengan nama Kristian setelah mana diangkat nabi Isa ke langit, namun mereka mendakwa nabi Isa telah disalib. Mereka mendakwa bahawa nabi Isa adalah anak Tuhan dan ibu nabi Isa (Maryam) sebagai isteri Tuhan. Mereka memperkenalkan konsep 3 tuhan dan ini adalah melampau kerana mendakwa bahawa Allah mempunyai isteri dan anak serta berhajat kepada perkara tersebut, Maha Suci Allah daripada apa yang disifatkan.

Malaikat Jibril lalu mendiamkan diri setelah menceritakan penghuni pintu keenam, malu kepada nabi s.a.w. Nabi Muhammad lalu bertanya kepada Jibril, "wahai Jibril, kenapa kamu tidak ceritakan tentang pintu ketujuh dan siapa yang bakal menghuninya?" Jibril lalu menyebutnya, mereka2 yang akan menghuni pintu ketujuh adalah ahli2 maksiat dikalangan ummatmu wahai Rasulullah. Mendengarkan itu nabi s.a.w. lalu pengsan, Jibril kemudiannya mengambil kepala nabi lalu diletakkan di pahanya sehingga nabi sedar...

Setelah nabi kita sedar, nabi kita bertanya kembali, benarkah? Jibril mengiyakannya, Nabi akhirnya segera pulang dalam keadaan hampa dan sedih dan mengunci pintu biliknya, berhari-hari nabi tidak keluar melainkan untuk solat kemudian nabi terus bangkit tanpa bercakap dengan sesiapapun. Lihatlah sahabat2 sekalian, di situ tergambar kasih sayang nabi kepada kita, kasih sayang yang tidak terhingga, sampaikan begitu sekali, disebabkan itulah nabi banyak meninggalkan nasihat berguna melalui hadith baginda untuk pedoman kita semua.

bersambung...

Sekian, maaf sahabat2 sekalian, ana sengaja tidak mahu membosankan sahabat2 sekalian dengan posting yang panjang, kita akan bersambung pada hari khamis nanti insyaAllah, episod kedua atau siri kedua, boleh dikatakan hari khamis nanti perbicaraan terakhir mengenai "kisah dari neraka" oleh Imam Laith. InsyaAllah, ana akan sambung dan semprnakannya, sekarang tiba masa untuk belek2 subjek tauhid yang akan ana tempuhi kertasnya pada rabu ni 2/6/2010. Wassalam...:)

SALAM IMTIHAN, DOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA...


SALAM IMTIHAN TEMAN2

REALISASIKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA

sampai masa nanti...kita akan...

Bismillah-Alhamdulillah-Selawat...

Sedar tidak sedar, sekarang telah masuk musim imtihan. Salam imtihan ana ucapkan kepada semua khusus buat teman2 di Mesir ni. Semoga diberi kelapangan hati oleh Allah untuk menghafal, ketenangan ketika menjawab soalan, dan kejayaan selepas imtihan nanti, insyaAllah. Semoga Allah memberi segala kemudahan kepada kita sepanjang sesi imtihan ini berlangsung, dan semoga Allah melihat segala usaha kita dan memperkenankan doa/munajat kita, amin.

Sebagai seorang pelajar, imtihan itu merupakan suatu lumrah yang tidak dapat lagi dielakkan, mesti dilalui, mungkin para ulama' dahulu ujian yang harus mereka tempuh tidak seperti kita bahkan lebih dahsyat lagi. Jadi imtihan itu mengikut peredaran zaman, cuma mungkin sekarang, sedikit sebanyak ada campur tangan pihak barat, sehingga peperiksaan itu tidak lagi mampu melahirkan generasi ulama yang benar2 mewarisi sifat nabi s.a.w. Oleh itu, jangan sesekali kita jayakan misi mereka...

Macam mana tu? Begini, biarlah kita belajar semata-mata kerana mencari redha Allah dalam ingin menaikkan nama Islam di mata dunia, dan bukannya belajar untuk peperiksaan, sebaliknya peperiksaan itu salah satu daripada kayu pengukur setakat mana ilmu yang kita telah kuasai dan sijil atau pangkat seperti B.A., M.A, P.H.D. dan sebagainya, itu hanyalah sebagai kunci atau kunci untuk kita berhadapan dengan masyarakat dan berhujah dengan musuh2. Kerana, dengan yang demikian, hujah kita akan jadi lebih mantop.


Dan biarlah, hasil daripada kita belajar akan lebih mematangkan diri kita khususnya dalam berfikir, bagaimana cara untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, bagaimana mahu mencari redha Allah dalam sekalian perkara, dan apakah apa yang aku kerjakan sekarang bertepatan dengan ciri2 ahli syurga atau bagaimana? Biar soalan2 itu sentiasa bermain di benak fikiran kita ini, barulah dikatakan yang kita ini berjaya. Kerana satu perkara yang kita perlu tahu bahawa hidup kita ini juga imtihan, imtihan yang paling besar kerana...


Kerana apa? Kerana bila kita faham bahawa hidup kita di dunia ini adalah imtihan, ia akan menentukan status kita di akhirat kelak, amat rugi sekiranya kita fail, kalau fail di dunia kita cuma mungkin tiada pekerjaan, tiada kekasih, malu berhadapan dengan masyarakat dan sebagainya, tapi fail di akhirat akan buat penyesalan kita tiada berguna kerana kita bakal masuk ke dalam neraka, na'uzubillh min zalik, mohon perlindungan drp Allah akan hal2 yang demikian.


Apa yang mengarut ni? Bukan mengarut, perbicaraan kali ni menyentuh perkara dunia dan akhirat, sebagai muhasabah bersama, ana cuma mahu beringat, bahawa matlamat sebenar kita belajar, dan juga matlamat sebenar kita hadapi imtihan, dan belajarlah dengan apa yang kita belajar, itu kata kekunci yang sangat ana ingin tekankan, untuk sama2 kita praktikkan, praktikkan apa yang kita belajar, bukan selepas imtihan semua yang telah kita belajar dilupakan, lebih2 lagi mereka yang belajar ilmu agama seperti Al-Azhar dan lain2...


Kerana semua yang kita belajar itu akan dipersoalkan di akhirat kelak, kalau teman2 kita bukan di bindang agama seperti medik mungkin ilmu mereka itu untuk maslahah dunia hari yang juga membawa kepada halatuju Islam dan akhirat. Jadi kita semua adalah pejuang, dan sama2 lah kita berjuang, tidak kira di bidang mana kita berada, baik perubatan, baik pengajian agama, baik kejuruteraan, baik kesasteraan dan sebagainya, dan terlebih lagi mereka2 yang belajar agama, semoga Allah memelihara kita semua, amin.


Tujuan penting...
Ingatlah kejayaan yang bakal kita kecapi juga bertujuan untuk membalas jasa guru2 kita yang berjasa, begitu juga ibubapa kita yang banyak berkorban harta/tenaga/kasihsayang semata-mata untuk melihat kejayaan kita akan datang, yang mana sedang kita perjuangkan sekarang. Kejayaan yang kita sedang usahakan ini juga untuk mendapatkan kehidupan yang baik bersama keluarga yang bakal kita dirikan, untuk isteri dan anak2 yang tercinta, dan yang paling besar untuk Islam yang kita junjung tinggi, untuk mengalahkan cendekiawan2 kafir. Sekian, wassalam...



SALAM IMTIHAN> SAMA2 REALISASIKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA- AMIN

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner