Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday, 24 July 2009

Ungkapan guru2ku tentang Isra’ & Mi’raj

Pujian kepada Allah

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Kematian Khadijah Maksudnya: Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadaNya sebahagian tanda2 (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Alhamdulillah, ana cukup bertuah pada minggu ini kerana Allah s.w.t. memberi kekuatan untuk saya menghadiri majlis2 ilmu yang kesemuanya membicarakan tentang isra’ dan mi’raj yang menjadi suntikan kepada ana untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian pada kesempatan kali ini, insyaAllah. Memang suatu kebetulan dan menjadi rezeki kepada ana yang hina lagi dhaif ini, Alhamdulillah seterusnya diberi kefahaman yang baik sepanjang duduk bersama mereka kerana kesungguhan untuk memahami apa yang diungkap oleh syeikh.

Begitu juga ana rafa’kan kesyukaran kepada Allah s.w.t. kerana mempertemukan ana dengan ulama2 yang memang ana ingin temui kerana mendengar kisah2 kemasyhuran mereka daripada senior2 kat Mesir ni iaitu Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani dan Syeikh Fathy Muhammad Al-Hijazi. Allah telah mempertemukan dalam majlis “ceramah isra’ dan mi’raj. Begitu juga istiqamah dalam kelas Syeikh Mahmud Hassan As-Syafie yang turut membincangkan topik isra’ mi’raj dalam kelasnya. Oleh itu, akan akan cuba gabungkan kalam2 ketiga-tiga tokoh tersebut yang merupaka guru ana, insyaAllah.

Konsep Isra’ & Mi’raj

Pertamanya marilah sama2 kita memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan konsep Isra’ dan Mi’raj. Isra’ adalah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di malam hari dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menaiki Buraq. Adapun Mi’raj bermaksud perjalanan Nabi s.a.w. dari bumi Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah s.w.t. Guruku As-Syeikh Fathy Muhammad Al-Hijazi cuba menimbulkan persoalan, kenapa Allah menaikkan Nabi s.a.w. ke langit untuk bertemu dengan Allah, kenapa tidak di bumi sahaja?

Telah menjawab As-Syeikh Fathy Al-Hijazi: kerana di langit semua makhluk taat dan patut kepada Allah, berbeza dengan bumi kerana ada makhluk yang taat dan ada yang ingkar, dan selayaknya kemulian Allah itu di langit dan sebagai suatu kemuliaan kepada Nabi s.a.w.

Perjalanan Isra’ dan Mi’raj ini adalah sebagai suntikan semangat Rasulullah selepas menghadapi kesedihan demi kesedihan. Sehinggakan tahun tersebut dikenali sebagai “Tahun Kesedihan”.

Antara kesedihan yang menimpa Nabi s.a.w. ialah:

Telah berkata guruku, Fadhilah Doktor Mustafa Imarah, yang merupakan pengarang terkenal di bumi Mesir ini, yang turut berada pada majlis ceramah bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani, beliau menyebut antaranya: kematian Khadijah, kematian Abu Thalib dan yang terakhir tentangan orang kafir musyrikin.

1) Kematian Khadijah
- kematian isteri kesayangan baginda Khadijah yang menjadi tongkat kepada perjuangan baginda s.a.w. Khadijah sentiasa memberi semangat dan bantuan kewangan kepada Rasulullah untuk membantu perjuangan Islam pada ketika itu. Khadijah adalah orang terawal yang memeluk Islam di saat manusia ramai menolaknya, dia yang membenarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah di saat manusia mendustakannya, dialah segala-galanya bagi Rasulullah.

2) Kematian Abu Thalib
- Abu Thalib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah, beliau diamanahkan oleh Abdul Muttalib(datuk Nabi) untuk menjaga baginda s.a.w. Abu Thalib sangat menyayangi Muhammad berbanding anak kandungnya sendiri, ini kerana peribadi Rasulullah yang sangat cantik sehingga digelar Al-Amin. Beliau sentiasa melindungi Rasulullah daripada orang kafir musyrik. Beliau mati dalam keadaan kafir, dan inilah yang membuatkan Rasulullah amat sedih.

3) Tentangan orang kafir musyrik
- Kedegilan dan kebencian orang kafir quraisy terhadap dakwah Nabi s.a.w. membuatkan Nabi sedih dan kecewa. Sehingga diceritakan oleh guru2ku As-Syeikh Al-Kattani dan juga As-Syeikh Al-Hijazi bahawa, peristiwa membawa kepada kedatangan malaikat yang tidak tahan melihat penghinaan dan penyiksaan terhadap Nabi s.a.w., apa yang Jibril ucapkan kepada Nabi s.a.w.: Adakah kamu mahu aku himpitkan mereka yang menyakiti kamu ini dengan dua bukit sehingga jadilah mereka di bawah timbunan bukit tersebut? Apa yang Nabi jawab, jangan! Lalu Nabi berdoa: “Wahai Tuhanku keluarkan mereka daripada kesyirikan mereka kepada menyembahmu Yang Esa”, subhanallah.

Bertemu dengan segala para anbiya’

Di Masjidil Aqsa, Nabi s.a.w. disambut oleh sekalian para anbiya’ sejak Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Isa a.s. Berkata guruku As-Syeikh Al-Hijazi, “Allah telah menghimpunkan segala para Nabi tanpa ada yang tertinggal seorangpun, dan ia merupakan satu mukjizat bagi Nabi s.a.w.” Ada juga ulama yang mengatakan bahawa bukan para anbiya’ sahaja yang Nabi temui bahkan sekalian daripada para malaikat. Sekalian para malaikat mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad dalam keadaan tersenyum kecuali Malik, ini membuatkan Nabi bertanya kepada Jibril, lalu Jibril menjawab, kalau Allah cipta Malik mampu senyum nescaya dia akan senyum kepada engkau seorang sahaja wahai Muhammad.

Sekali lagi bertemu dengan para anbiya’ di langit2

Diceritakan oleh guruku, As-Syeikh Al-Hijazi, adalah Nabi Muhammad diperjalankan dari bumi di Masjidil Aqsa ke langit2, yang mana setiap langit dijaga oleh malaikat2 dan baginda bertemu dengan nabi2 seperti:


Langit Pertama:
- bertemu dengan Nabi Adam a.s. yang merupakan bapa kepada sekalian manusia.

Langit Kedua:
- bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya yang hidup sezaman, mereka dari kalangan orang2 yang soleh dan diburu oleh Yahudi laknatullah.

Langit Ketiga:
- bertemu dengan Nabi Yusof yang merupakan lelaki yang paling kacak. Syeikh berkata bahawa kekacakan yang dimiliki oleh Yusof dan Muhammad adalah berbeza, masing2 sangat kacak cuma berbezanya adalah, kekacakan yang dimiliki Yusof padanya fitnah kepada perempuan, tapi kekacakan yang dimiliki Muhammad dicabut padanya fitnah.

Tak faham ke?- begini, kacaknya Nabi Yusof menyebabkan perempuan yang melihatnya lupa diri kerana kagum dan terpesona sehingga terputus jari perempuan yang melihatnya kerana tersangan cantik, tapi berbeza dengan Nabi Muhammad kerana, orang yang melihat kekacakan yang dimiliki Rasulullah cuma berasa kagum sehingga terpesona, itu sahaja, kerana Allah telah menarik segala yang boleh menimbulkan fitnah sebagai suatu kemuliaan kepada junjungan kita Muhammad s.a.w.

Langit Keempat:
- bertemu dengan Nabi Idris a.s. yang merupakan orang pertama yang hidup di alam ghaib. Ikutilah kisah Idris di ruangan kisah2 tuladan di bawah sekali…

Langit Kelima:
- bertemu dengan Nabi Harun yang merupakan saudara kepada Nabi Musa.

Langit Keenam:
- bertemu dengan Nabi Musa yang diutuskan kepada Firaun dan Bani Israil. Nabi Musa terpaksa menghadapi kerenah2 kaumnya sendiri selain daripada terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada firaun dan tenteranya.

Langit Ketujuh:
- bertemu dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada kaum Muslimin.

Di Sidratul Muntaha

Berkata Syeikh lagi, Nabi pergi menemui Allah di Sidratul Muntaha seorang diri tanpa ditemani Jibril sebagaimana ketika merentasi langit pertama sampai langit ketujuh. Kerana, “kalau aku merentasi lebih daripada sempadan ini nescaya hancurlah aku” ujar Jibril kepada Nabi. Di sana Nabi bertemu dengan Allah s.w.t. dan menerima perintah solat(sembahyang).

Namun di sana timbul satu persoalan, adakah bagaimanakah Nabi melihat Allah s.w.t. Berkata Syeikh Al-Hijazi bahawa Nabi melihat Allah dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Begitu juga ungkapan Syeikh Hassan As-Syafie, beliau menyebut bahawa segala peristiwa yang berlaku Nabi lihat dengan mata kasar melainkan lihat Allah, adalah Nabi Muhammad melihat Allah dengan mata hati dan ini pendapat yang sahih kata Syeikh Hasan. Adapun melihat Allah dengan mata kasar hanya berlaku pada hari akhirat kerana ia merupakan nikmat yang paling besar di akhirat, iaitu melihat Allah s.w.t.


Isra’ Mi’raj sebagai ujian
Sekembalinya Rasulullah ke Mekkah, baginda menceritakan kepada sekalian manusia yang berkumpul tentang apa yang telah dilaluinya malam tadi. Di sinilah membuktikan siapakah yang benar2 beriman kepada Allah dan RasulNya. Syeikh Hijazi bercerita bahawa Abu Jahal menghasut dan mengatakan bahawa Muhammad gila, lalu dia bertanya kepada Abu Bakar As-Sidiq, apa yang telah menimpa sahabat karibmu itu, adakah kamu percaya? Abu Bakar menjawab, adakah ia daripada Rasulullah, kalau benar, Muhammad cerita lebih daripada itupun aku percaya. Terkejut Abu Jahal dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Bakar.

Adakah Isra’ Mi’raj mukjizat?

Berkata guruku As-Syeikh Al-Kattani bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukannya mukjizat mengikut jumhur ulama sebagaimana dakwaan sebahagian ulama kerana mukjizat mestilah perkara yang mencarik adat dan disaksikan oleh manusia. Adapun peristiwa ini tidak disaksikan oleh mana-mana manusiapun. Dan ia hanyalah satu kemuliaan dan kelebihan kepada Nabi Muhammad. Bahkan kalau kalian membaca kita mengenai kelebihan Nabi s.a.w. pasti akan membicarakan tentang isra’ dan mi’raj.

Memang benar setelah diteliti, ana mendapatinya di dalam kitab “syamail Mustafa” oleh Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili terdapat bab isra’ dan mi’raj.

Berlainan pula dengan ceramah bersama Syeikh Al-Hijazi, dan beliau memberitahu bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah mukjizat. Beliau menyebutkan takrifan mengenai mukjizat iaitu sesuatu yang tidak mampu dilakukan melainkan dengan kekuasaan Allah. Syeikh mendatangkan contoh bahawa Allah memperjalankan Nabi dalam peristiwa ini hanya sebahagian daripada malam dan bukannya satu malam. Yang mana kalau diteliti, mana masuk akal perjalanan yang memakan masa selama sebulan kalau mengikut ukuran sekarang hanya sebahagian daripada malam ditambah lagi dengan naik ke langit yang tidak boleh ditembusi oleh mana2 manusia.

Syeikh mendatangkan satu contoh lagi iaitu telah ana terangkan di atas iaitu pada bab “Bertemu dengan segala para anbiya”. Jadi semua perkara yang tidak masuk akal dianugerahkan kepada Nabi Muhammad, maka iai dinamakan sebagai mukjizat.

Pertembungan 2 pendapat

Kalau dilihat kepada kalam 2 orang guru ana, sahabat2 akan dapati pertembungan pendapat di situ. Ana akan terangkan kepada sahabat sekalian mengenai pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Hassan As-Syafie kepadaku: “kita meraikan semua pandangan mereka, mereka yang kata mukjizat menamakan peristiwa isra’ mi’raj sebagai mukjizat hissi iaitu tidak dapat dilihat, adapun mereka yang mengatakannya sebagai bukan mukjizat menamakannya sebagai kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. Semua itu betul belaka dan hanya permasalahan pada nama sahaja. Apa yang penting ialah beriman dengan perkara tersebut kerana ianya datang daripada Allah dan juga RasulNya. Mengingkarinya pula adalah haram.

Itulah lunasnya jawapan yang diberikan oleh Syeikh Hassan As-Syafie ketika ana bertanya kepadanya. Menjawab dengan penuh taqwa dan ilmu dan beliau sangat mengenali Syeikh Al-Kattani. InsyaAllah, pada masa yang akan datang ana akan menyambung perbicaraan tentang peristiwa2 yang berlaku sepanjang perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner