Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday 31 July 2009

Wahai sahabatku!!!

Masihku ingat...Kalau pakai baju, mesti pakai seluar itulah yang dapat ana kaitkan dengan kehidupan kita dalam berkawan. Pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita. Ana cuba mengimbau tentang seorang sahabat lama yang kini sudah berjauhan dari kehidupan namun tetap bersemi dalam sanubari. Kini kerinduan untuk menemuinya bagai menunggu buah yang masak ranum dari pohonan, harap2 bila gugur jatuh tidak mengecewakan.

Nama sebenar Ahmad Amiruddin bin Ibrahim atau panggilan manjanya Amir. Tinggal di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Sekarang sedang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan dalam bidang pengajian Islam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bercita-cita tinggi untuk menjadi pendakwah yang berjaya, semoga dapat direalisasikan ketika pulang ke tanah air nanti. Ingin sekali ana nukilkan kalam ini khas buatmu teman sejati:

Walau kita jauh di perantauan
Semoga sentiasa dalam ingatan
Walau kita berlainan dataran(Jordan-Mesir)
Namun tetap dalam satu perjuangan

Engkaulah sahabat pencetus perjuangan
Agar aku turut bersamamu dalam perjuangan
InsyaAllah, tiba masa turun padang
Bersama-sama untuk berjuang

Rasanya giliranmu sudahpun tiba
Semoga tabah menempuh ujian
Sahabatmu di sini sedang menanti
Harap2 istiqamah dalam perjuangan…aamin

Tahniah!!!
Kini giliranmu sudah sampai, cabaranmu sudah mendatang semoga redha Allah sentiasa bersamamu. Ana ucapkan sekalung tahniah di atas perlantikan sebagai Presiden yang baru. Walau di mana engkau duduk pastikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi tungjang dan asas kepada perjuangan atau persatuan. Jika benar ia menjadi asas kepadamu, sudah tentu sejuta rintangan yang perlu engkau hadapi, namun letaklah pergantungan 100% kepada Allah s.w.t. dengan sentiasa menjaga hakmu dengan Allah, nescaya Allah akan menunaikan hakmu. Ini disebut oleh Ibrahim bin Adham kepada seorang lelaki yang datang bertanya kepadanya mengenai sebab Allah tidak menunaikan hakku. Di samping itu, engkau mengingati prinsip iaitu usaha, doa dan tawakkal.

Sememangnya, ana tidak layak menasihati seorang lebih alim, hebat dan bijak daripadaku, namun ia hanya sebagai peringatan kerana kita sentiasa lalai. Ingatlah sahabat, Imam Ghazali pernah menyebut bahawa, “musibah akan menimpa kepada manusia yang lalai”. Satu lagi sahabat, masihkah engkau ingat akan nasihat ayahanda kita Luqmanul Hakim kepada anaknya, lakukanlah pekerjaan selagi mana kamu rasakan apa yang kamu kerjakan itu benar, betul dan diredhai Allah dan jangan kamu peduli komen, teguran daripada manusia yang jahil kerana sudah menjadi lumrah manusia yang suka komen sana dan sini. Dalam masa yang sama, terimalah cadangan atau cetusan idea meskipun dari orang bawahan kerana perkara yang demikian turut dilakukan oleh baginda Rasulullah ketika dalam peperangan Khandaq.

Al-Mauizoh Min Akhy

Muqaddimah Al-Mauizoh Min Akhy

Salam sahabat2 ziarah sekalian. Kali ini dan akan datang insyaAllah, ana akan bincang mengenai Al-Mauizoh Min Akhy pengajaran daripada saudaraku. Ana merasakan sangat penting kita membincangkannya kerana nasihat2 tersebut dihimpun daripada sekalian para alim ulama dan dihimpun menjadi satu yang ana namakan Al-Mauizoh Min Akhy. Semuanya mengandungi 15 nasihat, dan setiap nasihat ana akan cuba sentuh, bincang dan berkongsi dengan sahabat2 sekalian secara bersiri. Oleh yang demikian nantikan 15 siri di ruangan blog ini, insyaAllah.
1)Ikhlaskan dirimu kerana Allah dalam segala ibadat dan amalanmu
- demi mendapat keredhaan Allah

2)Berkawanlah dengan sahabat yang baik akhlaknya dan banyak ilmunya
- supaya engkau mendapat manfaat daripadanya
3)Jangan biarkan dunia mempengaruhi hidupmu daripada akhirat
- kerana dengan akhirat pasti dikau akan mendapat dunia

4)Dekatkanlah dirimu dengan majlis ilmu dan orang yang berilmu
- supaya kamu terlepas daripada belenggu kejahilan
5)Pastikan dirimu sentiasa dalam keadaan berwudhu'
- agar hidupmu berkat dengan adanya wudhu'

6)Lakukanlah ibadat solat dengan khusyuk dan sempurna
- kerana solat merupakan kunci kepada ibadat dan kehidupan

7)Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa
- untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat
8)Hargailah setiap masa yang ada
- agar dikau tidak menyesal di kemudian hari
9)Jagalah lidahmu agar dirimu tidak binasa
- kerana lidah tidak bertulang dan ianya bebas bergerak

10)Perbanyakkanlah ibadat sunat dalam kehidupanmu
- untuk menampung kekurangan ibadat fardhumu

11)Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan biarkan ianya berterusan
- demi mendekatkan dirimu dengan Allah
12)Elakkanlah daripada berselisih faham yang memutuskan silaturrahim
- kerana syaitan akan cuba sedaya upaya untuk memisahkanmu
13)Hindarilah perbuatan yang sia-sia
- kerana ia adalah maksiat kepada Allah
14)Jangan lihat pada kekurangan orang lain tetapi lihatlah pada kelebihannya
- supaya kamu tidak berasa riya' dan putus asa
15)Perbanyakkanlah sedeqah dalam urusan agamamu
- kerana ia menyucikan dirimu daripada dosa

Tasawwuf

مقدمة في التصوف

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين حمدا حامدين حمدا شاكرين حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك الكريم وعظيم سلطانك، اشهد ان لا اله الله واشهد ان محمدا عبده ورسوله، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين، اما بعد

ايها المقرؤون الكرام
الآن ساشرح لكم قليلا عن التصوف لأن التصوف مهم في حياتنا. أن حكمه فرض عين على ما ذهب اليه الإملم الغزالي من الوجوب العيني للتصوف على تصوف المبتدئين او على تصوف العوام فان التصوف ليس على درجة واحدة بل هو على درجات بحسب ترقي السالكين في مدارج التجربة الصوفية نحو الغاية المثلي وهي الإتصال بالله

وقال ألإمام الغزالي إذ لا يخلو احد من عيب من عيوب النفس او مرض من امراضها الا الأنبياء عليهم السلام ومن ثم وجوبا عيننا مجاهدة النفس ومراقبة عللها وامراضها والتصدي لتقديم انجع علاجاتها. واشفي ادويتها. وقال ايضا، فهناك تصوف العوام وتصوف الخواص وتصوف خواص الخواص. لذلك لا بد علينا بالتصوف

قال شيخي أن التصوف ليس الثقافة الكسبي ولكن التصوف هو الطريق لمراقبة الله. أن شيخي هو الدكتور في جامعة الأزهار الشريف واسمه الدكتور سامي عفيفي الحجازي حفظه الله وهو عالم في التسوف، واسأل الله ان ينفعني بعلومه آمين. من كلامه يوضح لنا أن التصوف هو الطرق لمراقبة الله لوصول الرحمة والرضا من الله عز وجل

كان التعريفات التصوف متعددة ومنها


ابي بكر الشبلي: التصوف منقطع عن الخلق ومتصل بالحق
الجنيد البغدادي: ان تكون مع الله بلا علاقة
سمنون المحب: أن لا تملك شيئ ولا يملكك شيئ
ابي محمد رويم: التمسك بالفقر والإفتقار والتحقق بالبذل والإيثار وترك التدبير والإختيار


وغير ذلك. فإن هذه التعريفات الكثيرة التي وردت فيه انما هي راجعة الى الفهم الخاص لكل صوفي. فالتصوف بتعريف المشهور اي يتخلى من اخلاق المذمومة والباطلة بالتحلي على اخلاق المحمودة والحسنة، هكذا يقول شيخي الدكتور سامي عفيفي عندما حضرت الى المحاضرة. جزاكم الله خيرا جزاء يا مولانا

قال ابن عجيبة ان اول من تكلم فيه واول من ينسب اليه الكلام فيه هو النبي صلى الله عليه وسلم. والتصوف مستمد من الكتاب والسنة والهامات الصالحين وفتوحات العارفين. ومن ثمرته فهي تزكية النفس وطهارتها وسلامتها من الآفات. ومعرفة الله او
الوصول اليه وهي الغاية التي لا تدانيها غاية، والثمرة التي لا تعدوها ثمرة

واخيرا يا اخوة الأحباء واخوات الأعزات، هيا معي لنتعرف عن رجال الصوفة ومنهم

معروف الكرخي
فضيل بن عياض
حسن البصري
جنيد البغدادي
ربيعة العدوية
ابو الحارث المحاسبي
ابو يزيد البسطامي
ابو سهل التستري
ذو النون المصري
سمنون المحب

Wednesday 29 July 2009

Islam Truth

What is Islam religion?

Why we must like Islam? My teacher was said in the classa and I forgoted his name, thats not important, but what he said is more important. He said, Islam is the religion truth and righteouness. They worship God alone and believe that "There is no God except Allah". The traditions of Muhammad(Hadith) are practical interpretations of the Quran. Islam is a peace. We know that all peoples want to peace.

The word "Islam" is an Arabic word which means "submission to the will of God". This word comes from the same root as the Arabic word "salam", which means "peace". As such, the religion of Islam teaches that in order to achieve true peace of mind and surety of heart, one must submit to God and live according to His Divinely revealed Law. The most important truth that God revealed to mankind is that there is nothing divine or worthy of being worshipped except for Almighty God, thus all human beings should submit to Him.

The word "Muslim" means one who submits to the will of God, regardless of their race, nationality or ethnic background. Being a Muslim entails willful submission and active obedience to God, and living in accordance with His message. Some people mistakenly believe that Islam is just a religion for Arabs, but nothing could be further from the truth. Not only are there converts to Islam in every corner of the world, especially in England and America, but by taking a look at the Muslim World from Bosnia to Nigeria, and from Indonesia to Morocco, one can clearly see that Muslims come from many various races, ethnic groups and nationalities.

...

It is also interesting to note that in actuality, more than 80% of all Muslims are not Arabs - there are more Muslims in Indonesia than in the whole Arab World! So though even though it is true that most Arabs are Muslims, the large majority of Muslims are not Arabs. However, anyone who submits completely to God and worships Him alone is a Muslim.

...

Fasting

Hello my friends, do you know about fasting, its will be come, I can tell and explain to you what I learned. The fast of Ramadhan, the ninth month of the Muslim year is observed by adult Muslims, men and women except the aged and the sick. Those on a journey may pospone the fast. For the whole of the month of Ramadhan, believers must abstain from sunrise till dusk from food, drink and sexual relations. Fasting is an act of pure submission to God's command. Fasting has many benefits but its true significance is to develop a sense of physical and spiritual needs and the means to fulfill the needs.



I' ampologise to all friend if I wrong in writing this essay because I'm not so good in english but I want to try, that's not wrong, it's that true???



By: Daniel Masters, Isma'il Kaka, AbdurRahman R. Squires & Mohd Ubaidillah Deraman

Hebatnya Engkau Wahai Guruku

Muqaddimah

Pertamanya sudilah ana mempernalkan tokoh yang disegani lagi masyhur ini, yang juga merupakan guru kesayangan ana yang mengajar ana dan sahabat2 di ruangan Al-Atrak di Masjid Al-Azhar setiap hari khamis tepat jam 9.30 pagi sehingga zohor. Bukan senang untuk istiqamah dalam pengajian Syeikh Hassan ini, hanya orang2 yang terpilih sahaja diberi kekuatan oleh Allah. Moga2 kita termasuk dikalangan tersebut, insyaAllah. Kenapa ana mengatakan demikian, sebab pertamanya adalah pagi itu sendiri, nikmat tidur pada waktu ini tidak dapat dipertikaikan, ijma’ ulama An-Naimun lah katakan.

Yang ke-2, lamanya tempoh pengajian Syeikh, bayangkan 3jam 30minit tanpa henti dan rehat. Yang ke-3, muhasabah diri kita sendiri, sudah penuhkah jadual talaqqi kita dengan masyayikh atau ilmu kita sudah cukup di dada, atau nikmat tidur itu mengatasi nikmat menatap wajah alim ulama atau macam mana? Sama2 lah kita renung dan fikirkan, ana tak maksudkan sahabat2 sekalian, sahabat2 sekalian semestinya lebih baik daripada ana, tapi ana fokuskan kepada diri ana sendiri sebagai peringatan buat diri yang dhaif ini.

Sekilas pandang biodata “Syeikh”

Nama sebenar Tuan Guru Prof. Dr. Hassan Mahmud Abdul Latif As-Syafie. Beliau lahir pada 19 desember pada tahun 1930. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin takhassus Aqidah dan Falsafah pada tahun 1963. Aqidah dan Falsafah merupakan takhassus yang paling sukar dan rumit dalam bidang usuluddin. Pada tahun 1963 beliau memulakan pengajaran di Kuliah Darul Ulum dalam Bahasa Arab dan Sains Islamiah dan mendapat kebenaran serta pengiktirafan daripada pihak universiti.

Seterusnya mendapat Phd pada tahun 1977 di Universiti London dalam bidang falsafah. Pada tahun 1981 beliau dihantar ke Pakistan kerana terlibat dalam Gerakan Ikhwanul Muslim dan menjadi antara orang kuat dalam Ikhwan Muslim. Di sana beliau menjawat jawatan yang begitu banyak dalam bidang pengajian antaranya sebagai salah seorang tenaga pengajar dalam bidang falsafah, kemudian sebagai ketua. Yang paling tertinggi adalah sebagai Amid Kuliah dan Ketua Majlis Anggota Universiti Antarabangsa di Islamabad Pakistan.

Pada tahun 2005 beliau dibenarkan kembali ke bumi tercinta Mesir Al-Kinanah untuk menyebarkan dakwah kepada pejuang2 dan anak2 Mesir. Beliau sekarang mengajar di ruangan atrak di Masjid Al-Azhar dalam bidang aqidah. Cita-cita beliau untuk memantapkan aqidah pelajar2 Azhar, kerana Azharlah yang akan melahirkan pemuda2 yang akan menentang musuh2 Islam khususnya Yahudi laknatullah dan sekutu kuatnya Amerika. Perjuangan Syeikh dan rakan2 seperjuangan lah yang akan menjayakan misi Al-Azhar untuk memenangkan Islam.

Tuan Syeikh merupakan sahabat kepada Syeikh Ali Jumah dan orang kanan kepada Imam Hassan Al-Banna. Beliau merupakan guru kepada masyayikh Al-Azhar. Antara anak muridnya adalah Syeikh Jamal Faroq, Syeikh Abdul Salam, Syeikh Asyaf, Syeikh Ibrahim Amru Shu dan ramai lagi. Kesemua yang ana sebutkan mengajar di Masjid Al-Azhar dan kadang-kadang duduk bersama ana dan sahabat2 lain dalam pengajian “aqidah nasfiyyah”. Majoriti yang menghadiri pengajian Syeikh adalah dari kalangan Master dan Phd, bukan sahaja dari Universiti Al-Azhar bahkan dari universiti yang lain.

Secebis luahan hati

Pada tanggal 23 Julai bersamaan hari khamis, ana berasa begitu bertuah kerana ramainya pelajar2 lepasan Master dan Phd yang menghadiri pengajian Syeikh. Seolah-olah hari tersebut hari berhimpunnya pelajar Syeikh dari pelosok Kaherah hatta dari muhafazah lain pun ada. Rasanya itulah kehadiran yang paling ramai sepanjang ana menghadiri pengajian Syeikh. Dan hari ini juga merupakan hari yang paling lewat syeikh pulang sekitar setengah jam selepas solat zohor kerana ramainya orang yang mengerumuni Syeikh untuk bertanyakan soalan.

Alhamdulillah, Tuhan juga memberi kesempatan kepada ana untuk bertanya kepada Syeikh, soalan pertama semasa dalam pengajian dan soalan kedua selepas pengajian. Inilah kali pertama ana memberanikan diri dengan membuka mulut untuk bertanya kepada Syeikh setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertanya tentang apa2 yang tidak faham, Alhamdulillah. Dan Syeikh menunjukkan reaksi yang baik terhadap soalan yang ana ajukan dan mendoakan kejayaan untukku, amin ya maulana.

Kelebihan “Syeikh”

Tuan Guru Syeikh juga merupakan ulama tasawwuf, dan terzahir pada perwatakan yang ditunjukkan Syeikh sebagai ahli tasawwuf dan keaktifan beliau dalam penulisan kitab2 tasawwuf. Dan barangsiapa yang melihat wajah Syeikh pasti akan mengatakan bahawa Syeikh memang ahli tasawwuf. Sebahagian orang mengatakan bahawa Syeikh memiliki ilmu kassyaf, wallahu a’lam. Tapi perkara tersebut pernah dialami oleh sahabat ana dan ana sendiri. Syeikh juga merupakan seorang yang suka meraikan para pelajarnya meskipun meskipun diajukan dengan soalan2 yang pelik, remeh dan kadang2 keluar dari topic perbincangan.

Satu perkara lagi yang ingin kongsikan dengan sahabat2 sekalian, bila melihat wajah syeikh rasa nikmat, tak dapat nak dibayangkan nikmat ketika melihat Allah kelak, kerana Allah itu cantik dan tidak sama seperti cantik makhluk, cantik makhluk sudah buat kita terpesona inikan pula Tuhan yang menjadikan kita. Namun bila melihat tubuh Syeikh yang menggeletar menambahkan benci ana kepada undang2 sekular dan semakin kuat untuk ana berjuang menentang undang2 jahat ini sehingga Islam menjadi undang2 utama di atas muka bumi.

Tahukah kalian kenapa tubuh Syeikh menggeletar, kerana semasa beliau ditangkap sekitar tahun 80-an beliau diseksa dalam tahanan dengan kejutan elektrik. Namun begitu iai tidak menjadi penghalang buat Syeikh terus berdakwah semuanya kerana kami semua. Itulah yang membuatkan ana bersemangat untuk terus istiqamah dalam pengajian Syeikh. Terkadang ana melihat Syeikh seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi, baik dari segi suaranya, kepetahan percakapannya dan kedalaman ilmunya. Sepanjang pengamatan ana, Tuan Guru adalah orang yang paling faqih dalam bidang aqidah masakan tidak, majority masyayikh di Azhar adalah pelajar kepada beliau.

Jangan salah faham

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, ana bukan taassub dengan Tuan Guru Syeikh, namun berkongsi tentang sirah kehidupan Syeikh dan sebagai renungan kita semua. Mungkin di sana ada manfaat yang kalian boleh ambil dari celotehan saya di ruangan ini kali ini. Kerana tidak salah kita memperkenalkan para auliya’ dan alim ulama, mana tahu kalau2 sahabat2 ingin menemui beliau suatu hari nanti dan bertanya masalah, boleh jadi dan tidak mustahil. Semua itu dalam ketetapan Allah s.w.t. Bahkan kita semua dituntut untuk mencintai ulama. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mencintai ulama, maka dia mencintaiku, barangsiapa yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah dan barangsiapa mencintai Allah, maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga".



"Sesungguhnya Ulama adalah pewaris kepada para Nabi, dan tidaklah para Nabi mewariskan sesuatu melainkan ilmu".



Friday 24 July 2009

Ungkapan guru2ku tentang Isra’ & Mi’raj

Pujian kepada Allah

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Kematian Khadijah Maksudnya: Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadaNya sebahagian tanda2 (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Alhamdulillah, ana cukup bertuah pada minggu ini kerana Allah s.w.t. memberi kekuatan untuk saya menghadiri majlis2 ilmu yang kesemuanya membicarakan tentang isra’ dan mi’raj yang menjadi suntikan kepada ana untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian pada kesempatan kali ini, insyaAllah. Memang suatu kebetulan dan menjadi rezeki kepada ana yang hina lagi dhaif ini, Alhamdulillah seterusnya diberi kefahaman yang baik sepanjang duduk bersama mereka kerana kesungguhan untuk memahami apa yang diungkap oleh syeikh.

Begitu juga ana rafa’kan kesyukaran kepada Allah s.w.t. kerana mempertemukan ana dengan ulama2 yang memang ana ingin temui kerana mendengar kisah2 kemasyhuran mereka daripada senior2 kat Mesir ni iaitu Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani dan Syeikh Fathy Muhammad Al-Hijazi. Allah telah mempertemukan dalam majlis “ceramah isra’ dan mi’raj. Begitu juga istiqamah dalam kelas Syeikh Mahmud Hassan As-Syafie yang turut membincangkan topik isra’ mi’raj dalam kelasnya. Oleh itu, akan akan cuba gabungkan kalam2 ketiga-tiga tokoh tersebut yang merupaka guru ana, insyaAllah.

Konsep Isra’ & Mi’raj

Pertamanya marilah sama2 kita memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan konsep Isra’ dan Mi’raj. Isra’ adalah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di malam hari dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menaiki Buraq. Adapun Mi’raj bermaksud perjalanan Nabi s.a.w. dari bumi Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah s.w.t. Guruku As-Syeikh Fathy Muhammad Al-Hijazi cuba menimbulkan persoalan, kenapa Allah menaikkan Nabi s.a.w. ke langit untuk bertemu dengan Allah, kenapa tidak di bumi sahaja?

Telah menjawab As-Syeikh Fathy Al-Hijazi: kerana di langit semua makhluk taat dan patut kepada Allah, berbeza dengan bumi kerana ada makhluk yang taat dan ada yang ingkar, dan selayaknya kemulian Allah itu di langit dan sebagai suatu kemuliaan kepada Nabi s.a.w.

Perjalanan Isra’ dan Mi’raj ini adalah sebagai suntikan semangat Rasulullah selepas menghadapi kesedihan demi kesedihan. Sehinggakan tahun tersebut dikenali sebagai “Tahun Kesedihan”.

Antara kesedihan yang menimpa Nabi s.a.w. ialah:

Telah berkata guruku, Fadhilah Doktor Mustafa Imarah, yang merupakan pengarang terkenal di bumi Mesir ini, yang turut berada pada majlis ceramah bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani, beliau menyebut antaranya: kematian Khadijah, kematian Abu Thalib dan yang terakhir tentangan orang kafir musyrikin.

1) Kematian Khadijah
- kematian isteri kesayangan baginda Khadijah yang menjadi tongkat kepada perjuangan baginda s.a.w. Khadijah sentiasa memberi semangat dan bantuan kewangan kepada Rasulullah untuk membantu perjuangan Islam pada ketika itu. Khadijah adalah orang terawal yang memeluk Islam di saat manusia ramai menolaknya, dia yang membenarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah di saat manusia mendustakannya, dialah segala-galanya bagi Rasulullah.

2) Kematian Abu Thalib
- Abu Thalib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah, beliau diamanahkan oleh Abdul Muttalib(datuk Nabi) untuk menjaga baginda s.a.w. Abu Thalib sangat menyayangi Muhammad berbanding anak kandungnya sendiri, ini kerana peribadi Rasulullah yang sangat cantik sehingga digelar Al-Amin. Beliau sentiasa melindungi Rasulullah daripada orang kafir musyrik. Beliau mati dalam keadaan kafir, dan inilah yang membuatkan Rasulullah amat sedih.

3) Tentangan orang kafir musyrik
- Kedegilan dan kebencian orang kafir quraisy terhadap dakwah Nabi s.a.w. membuatkan Nabi sedih dan kecewa. Sehingga diceritakan oleh guru2ku As-Syeikh Al-Kattani dan juga As-Syeikh Al-Hijazi bahawa, peristiwa membawa kepada kedatangan malaikat yang tidak tahan melihat penghinaan dan penyiksaan terhadap Nabi s.a.w., apa yang Jibril ucapkan kepada Nabi s.a.w.: Adakah kamu mahu aku himpitkan mereka yang menyakiti kamu ini dengan dua bukit sehingga jadilah mereka di bawah timbunan bukit tersebut? Apa yang Nabi jawab, jangan! Lalu Nabi berdoa: “Wahai Tuhanku keluarkan mereka daripada kesyirikan mereka kepada menyembahmu Yang Esa”, subhanallah.

Bertemu dengan segala para anbiya’

Di Masjidil Aqsa, Nabi s.a.w. disambut oleh sekalian para anbiya’ sejak Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Isa a.s. Berkata guruku As-Syeikh Al-Hijazi, “Allah telah menghimpunkan segala para Nabi tanpa ada yang tertinggal seorangpun, dan ia merupakan satu mukjizat bagi Nabi s.a.w.” Ada juga ulama yang mengatakan bahawa bukan para anbiya’ sahaja yang Nabi temui bahkan sekalian daripada para malaikat. Sekalian para malaikat mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad dalam keadaan tersenyum kecuali Malik, ini membuatkan Nabi bertanya kepada Jibril, lalu Jibril menjawab, kalau Allah cipta Malik mampu senyum nescaya dia akan senyum kepada engkau seorang sahaja wahai Muhammad.

Sekali lagi bertemu dengan para anbiya’ di langit2

Diceritakan oleh guruku, As-Syeikh Al-Hijazi, adalah Nabi Muhammad diperjalankan dari bumi di Masjidil Aqsa ke langit2, yang mana setiap langit dijaga oleh malaikat2 dan baginda bertemu dengan nabi2 seperti:


Langit Pertama:
- bertemu dengan Nabi Adam a.s. yang merupakan bapa kepada sekalian manusia.

Langit Kedua:
- bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya yang hidup sezaman, mereka dari kalangan orang2 yang soleh dan diburu oleh Yahudi laknatullah.

Langit Ketiga:
- bertemu dengan Nabi Yusof yang merupakan lelaki yang paling kacak. Syeikh berkata bahawa kekacakan yang dimiliki oleh Yusof dan Muhammad adalah berbeza, masing2 sangat kacak cuma berbezanya adalah, kekacakan yang dimiliki Yusof padanya fitnah kepada perempuan, tapi kekacakan yang dimiliki Muhammad dicabut padanya fitnah.

Tak faham ke?- begini, kacaknya Nabi Yusof menyebabkan perempuan yang melihatnya lupa diri kerana kagum dan terpesona sehingga terputus jari perempuan yang melihatnya kerana tersangan cantik, tapi berbeza dengan Nabi Muhammad kerana, orang yang melihat kekacakan yang dimiliki Rasulullah cuma berasa kagum sehingga terpesona, itu sahaja, kerana Allah telah menarik segala yang boleh menimbulkan fitnah sebagai suatu kemuliaan kepada junjungan kita Muhammad s.a.w.

Langit Keempat:
- bertemu dengan Nabi Idris a.s. yang merupakan orang pertama yang hidup di alam ghaib. Ikutilah kisah Idris di ruangan kisah2 tuladan di bawah sekali…

Langit Kelima:
- bertemu dengan Nabi Harun yang merupakan saudara kepada Nabi Musa.

Langit Keenam:
- bertemu dengan Nabi Musa yang diutuskan kepada Firaun dan Bani Israil. Nabi Musa terpaksa menghadapi kerenah2 kaumnya sendiri selain daripada terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada firaun dan tenteranya.

Langit Ketujuh:
- bertemu dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada kaum Muslimin.

Di Sidratul Muntaha

Berkata Syeikh lagi, Nabi pergi menemui Allah di Sidratul Muntaha seorang diri tanpa ditemani Jibril sebagaimana ketika merentasi langit pertama sampai langit ketujuh. Kerana, “kalau aku merentasi lebih daripada sempadan ini nescaya hancurlah aku” ujar Jibril kepada Nabi. Di sana Nabi bertemu dengan Allah s.w.t. dan menerima perintah solat(sembahyang).

Namun di sana timbul satu persoalan, adakah bagaimanakah Nabi melihat Allah s.w.t. Berkata Syeikh Al-Hijazi bahawa Nabi melihat Allah dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Begitu juga ungkapan Syeikh Hassan As-Syafie, beliau menyebut bahawa segala peristiwa yang berlaku Nabi lihat dengan mata kasar melainkan lihat Allah, adalah Nabi Muhammad melihat Allah dengan mata hati dan ini pendapat yang sahih kata Syeikh Hasan. Adapun melihat Allah dengan mata kasar hanya berlaku pada hari akhirat kerana ia merupakan nikmat yang paling besar di akhirat, iaitu melihat Allah s.w.t.


Isra’ Mi’raj sebagai ujian
Sekembalinya Rasulullah ke Mekkah, baginda menceritakan kepada sekalian manusia yang berkumpul tentang apa yang telah dilaluinya malam tadi. Di sinilah membuktikan siapakah yang benar2 beriman kepada Allah dan RasulNya. Syeikh Hijazi bercerita bahawa Abu Jahal menghasut dan mengatakan bahawa Muhammad gila, lalu dia bertanya kepada Abu Bakar As-Sidiq, apa yang telah menimpa sahabat karibmu itu, adakah kamu percaya? Abu Bakar menjawab, adakah ia daripada Rasulullah, kalau benar, Muhammad cerita lebih daripada itupun aku percaya. Terkejut Abu Jahal dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Bakar.

Adakah Isra’ Mi’raj mukjizat?

Berkata guruku As-Syeikh Al-Kattani bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukannya mukjizat mengikut jumhur ulama sebagaimana dakwaan sebahagian ulama kerana mukjizat mestilah perkara yang mencarik adat dan disaksikan oleh manusia. Adapun peristiwa ini tidak disaksikan oleh mana-mana manusiapun. Dan ia hanyalah satu kemuliaan dan kelebihan kepada Nabi Muhammad. Bahkan kalau kalian membaca kita mengenai kelebihan Nabi s.a.w. pasti akan membicarakan tentang isra’ dan mi’raj.

Memang benar setelah diteliti, ana mendapatinya di dalam kitab “syamail Mustafa” oleh Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili terdapat bab isra’ dan mi’raj.

Berlainan pula dengan ceramah bersama Syeikh Al-Hijazi, dan beliau memberitahu bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah mukjizat. Beliau menyebutkan takrifan mengenai mukjizat iaitu sesuatu yang tidak mampu dilakukan melainkan dengan kekuasaan Allah. Syeikh mendatangkan contoh bahawa Allah memperjalankan Nabi dalam peristiwa ini hanya sebahagian daripada malam dan bukannya satu malam. Yang mana kalau diteliti, mana masuk akal perjalanan yang memakan masa selama sebulan kalau mengikut ukuran sekarang hanya sebahagian daripada malam ditambah lagi dengan naik ke langit yang tidak boleh ditembusi oleh mana2 manusia.

Syeikh mendatangkan satu contoh lagi iaitu telah ana terangkan di atas iaitu pada bab “Bertemu dengan segala para anbiya”. Jadi semua perkara yang tidak masuk akal dianugerahkan kepada Nabi Muhammad, maka iai dinamakan sebagai mukjizat.

Pertembungan 2 pendapat

Kalau dilihat kepada kalam 2 orang guru ana, sahabat2 akan dapati pertembungan pendapat di situ. Ana akan terangkan kepada sahabat sekalian mengenai pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Hassan As-Syafie kepadaku: “kita meraikan semua pandangan mereka, mereka yang kata mukjizat menamakan peristiwa isra’ mi’raj sebagai mukjizat hissi iaitu tidak dapat dilihat, adapun mereka yang mengatakannya sebagai bukan mukjizat menamakannya sebagai kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. Semua itu betul belaka dan hanya permasalahan pada nama sahaja. Apa yang penting ialah beriman dengan perkara tersebut kerana ianya datang daripada Allah dan juga RasulNya. Mengingkarinya pula adalah haram.

Itulah lunasnya jawapan yang diberikan oleh Syeikh Hassan As-Syafie ketika ana bertanya kepadanya. Menjawab dengan penuh taqwa dan ilmu dan beliau sangat mengenali Syeikh Al-Kattani. InsyaAllah, pada masa yang akan datang ana akan menyambung perbicaraan tentang peristiwa2 yang berlaku sepanjang perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan Hina Ulama’

Berhati-hati, jangan sampai kita menghina mereka

Ketahuilah barangsiapa yang menghina ulama maka dia telah menghina Nabi s.a.w. Ulama adalah pewaris para anbiya’, kerana tugas mereka meneruskan perjuangan Nabi s.a.w. iaitu menyebarkan dakwah Islam agar mengesakan Allah s.w.t. Maka terkutuklah manusia yang bermain-main dan mempersendakan ulama kerana merekalah yang membawa sinar cahaya Islam selepas kewafatan baginda s.a.w.

Kedudukan ulama’ sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Oleh itu, jangan sesekali kita memperkecilkan kewibawaan mereka apatah lagi menghina, mengutuk dan mencerca mereka dengan tuduhan yang tidak berasas. Bahkan termaktub di dalam hadith bahawa Nabi s.a.w. melarang kita daripada menyakiti hati orang kafir zimmi, inikan pula alim ulama kita. Tidak dinafikan bahawasanya mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, kesalahan dan juga dosa, tapi semua itu tidak boleh kita ukur dengan batang tubuh kita.

Ilmu dan ibadat kita setara mana kalau nak dibandingkan dengan mereka, setakat tahu basuh berak boleh la, itupun nasib baik tahu, kalau tidak, berlumuranlah dengan najis, panggil engkau “tahi”(najis) lagi bagus, tak sedar diri. Maafkan ana sahabat2 sekalian sebab menggunakan kalam yang agak kasar sedikit, bukan apa sahabat2 sekalian, ana geram dan rasa nak naik angin jer bila teringat dekat blog ni, masih panas di telinga ni http://pasvspas.blogspot.com/

Mana tak marahnya sahabat2 sekalian, tak berhati perut langsung tuan punya blog ni, tak ada rasa hormat dan adab dengan para alim ulama, agaknya dia tak belajar, boleh jadilah. Dalam blog ni dian hina ulama kita iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-dua tokoh tersebut bukan sembarangan orang, bahkan dunia mengiktiraf ketokohan mereka sebagai ulama, begitu juga dengan guru2 di Al-Azhar dan ulama2 lain, senang2 pula dia tuduh ulama kita sesat dan kafir. Siapa kita???

Tok Guru tidak pernah memusuhi sape2 hatta parti lawan sekalipun, tapi mereka hanya memperjuangkan kebenaran sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Rasulnya sahaja. Kalau parti lawan telah melaksanakan segala tuntutan tersebut tiada guna kita melawan mereka sebaliknya kita akan menyokong mereka, ini yang ana dengan daripada dua orang Tok Guru kita. Bahkan Tok Nik merasa hairan kenapa UMNO tidak mahu ikut Islam seluruhnya, itu sahaja yang kita nak tahu…kenapa dan kenapa dan kenapa???

Lagipun Tok Guru tak pernah bermaksudkan sedemikian tentang Allah turun dari langit. Sebenarnya kita tak faham secara menyeluruh dan apa yang dimaksudkan Tok Nik yang sebenarnya, dan kita terlalu cepat membuat andaian lalu menghukum mereka dengan tidak seadilnya. Kita bimbang kalau suatu hari nanti Allah tunjuk balasan atas perbuatan kita menghina mereka, kerana kita perlu tahu bahawa ulama adalah pewaris para anbiya’ dan orang yang paling dekat dengan Allah s.w.t.

Doa mereka maqbul


Adalah doa alim ulama ini lebih dimaqbulkan Allah daripada hamba yang sentiasa lalai seperti kita ni. Dan kasih sayang serta rahmat Allah lebih hampir kalau nak dibandingkan dengan kedudukan kita sekarang, itu perlu diakui, kerana itulah hakikat yang sebenarnya. Jadi sedarlah sahabat2 sekalian dan bertubatlah sebelum terlambat kerana azab Allah itu tiada dapat diduga, tapi yang pasti ia akan datang kepada mereka2 yang fasiq lebih lagi fasiq kepada ulama.

Satu lagi sahabat2 sekalian, kita bimbang kalau2 ulama tidak redha terhadap apa yang kita sebarkan atau fitnahkan samada melalui kata2 atau tulisan2, mudharat datang tanpa kita mampu mengatasinya melainkan penyesalan yang tiada berkesudahan. Oleh itu, sama2 lah kita menjaga adab kita dengan alim ulama kita agar hidup kita sentiasa di bawah rahmat Allah dan redhaNya.



Monday 20 July 2009

Palestin Hari ini

Bangkit untuk Palestin

Ramai mana saudara kita di sana yang masih dibelenggu huru-hura peperangan. Jihad mereka berterusan walaupun tidak mempunyai kekuatan tentera mahupun senjata. Tetapi mereka mempunyai kekuatan iman yang jitu untuk melawan musuh dan mempunyai matlamat yang satu iaitu syahid fi sabilillah. Kalau tidak mati sekalipun, biar dapat lihat Islam itu tertegak di atas ardhillah. Sebab itu Palestin masih tidak dapat ditawan oleh Israel laknatullah, tambahan pulak Palestin di bawah pemeliharaan Allah. Kalau bukan kerana orang Islam sendiri yang menjadi duri dalam daging sudah tentu Israel tidak mempunyai tanah sampai hari ini. Itu semua sudah ketentuan Allah, dan Allah telahpun menyedarkan mereka sekarang. Peperangan yang mereka lalui sekarang adalah ujian daripada Allah kepada mereka.

Kita sebagai saudara seIslam bukan sahaja perlu melihat dari jauh tangisan dan tumpahnya darah mereka, sebaliknya kita kena selalu berdoa untuk mereka dan juga pemimpin2 dunia Islam agar terbuka hati untuk membantu perjuangan rakyat Palestin. Ini tidak pemimpin dunia Islam sendiri yang menentang Palestin dan membantu Israel. Bangkitlah sebagaimana bangitnya Imam Ahmadinejad dalam menentang Amerika dan Israel. Iran adalah tempat bergantungan Islam yang terakhir sebelum jatuhnya Iran pada suatu masa yang dijanjikan Allak s.w.t. Kejatuhan Iran suatu masa nanti adalah suatu pengajaran kepada ummat Islam yang berpecah pada hari ini. Biasalah manusia, selagi tidak ditimpa musibah, selagi itulah mereka berterusan dalam melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Palestin menangis

Setiap hari boleh dikatakan seramai 10 orang pejuang Islam yang mati di Palestin, kita hanya mendengar dari jauh, ooo mati, itu sahaja yang kita mampu ucapkan, takder ape2. Sebaiknya kita doakan semoga lebih ramai pejuang Islam yang akan lahir hari ini, esok dan seterusnya atau kitalah salah seorang daripadanya.

Kediaman mereka diserang, dibom sehingga mereka hidup melarat. Berlari menyelamatkan diri dan yang tersayang, itupun ada yang terkorban dan tercedera, dalam suasana yang gawat mencari tempat perlindungan dan persembunyian yang kekejaman yang sedang memburu sehingga mereka ketakutan yang tak berkesudahan.

Setiap hari rakyat Palestin menangis
Perginya seorang pejuang di depan mata
Ditinggalkan semua kekayaan, jawatan dan keluarga
Demi menuju Tuhan Sang Pencipta
Apakah kita masih curiga sedang mereka sedang bertempur
Melawan musuh yang paling laknat di muka bumi
Mengaku hak milik orang lain sebagai hak miliknya
Tidak sedar bahawa mereka tidak ada tempat di atas muka bumi
Kini mendakwa sebagai kuasa asing besar di dunia
Melakukan keganasan di sana sini
Sedang kita lalai dengan jawatan yang tidak kekal
Sehingga bergaduh sesama sendiri

Bilakan ummat Islam mahu bersatu
Adakah ummat Islam mahu melihat sahaja Islam ditindas
Bangkitlah demi Al-Aqsa kiblat pertama ummat Islam
Bersatulah untuk hancurkan Israel
Musuh Islam hanya dapat ditewaskan dengan kesatuan
Dan bukannya dengan ketenteraan mahupun senjata yang canggih
Jangan jual maruah Islam dengan nilai yang sedikit
Islam tidak terhingga nilainya di sisi Allah
Perjuangkanlah walau di mana kalian berada

Program Q, Matruh & Siwah dan Jaulah Maqam

Assalamualaikum w.b.t….

Saya memohon kemaafan daripada sahabat2 sekalian kerana sudah lama tak update blog ni, hampir seminggu rasanya. Sebenarnya saya terlalu penat dan malas setelah menempuh 3 program yang bakal saya kongsi dengan sahabat2 sekalian. Hampir 3 hari saya tidak buka kitab, pergi kelas talaqqi bersama syeikh, mengaji dan juga muhasabah diri. Rasa seperti tidak amanah pada diri sendiri. Macam mana sekalipun, alhamdulillah kerana Allah yang Maha penyayang telah mengembalikan kekuatan untuk saya kembali berjuang dengan Islam yang suci ini. Kini saya kembali kepada aktiviti saya yang biasa iaitu buka kita, tulis kitab, kelas talaqqi, hafaz matan, baca dan hafaz quran serta muhasabah diri.

Program Q (12 & 13 Julai)

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 12 Julai, saya mewakili pelajar2 negeri Terengganu Tahun 1 ke Program Q yang dianjurkan oleh PMRAM bertempat di Kem Tentera Haiyyu Sadith. Hampir 100 orang yang menyertai program Q ini dari semua negeri. Program ini berlangsung selama 2 hari termasuk hari isnin bersamaan 13 Julai. Program Q ni boleh kita kata macam kem jati diri atau minggu orientasi di bawah PMRAM khas buat pelajar2 baru samada pelajar medik mahupun pengajian Islam.

Program ini merupakan siri yang ke-3 dan ke-4, tak tahu pulak ana ada siri yang pertama dan kedua, rasa seolah-olah rugi kerana tidak menyertai Q yang pertama dan kedua. Ini kerana terlalu banyak pengisian dalam Q yang tidak mungkin kita peroleh dalam mana-mana kelas talaqqi mahupun program yang lain. Apa salahnya kita korban untuk bersama dengan sahabat2 kita dari negeri lain, untuk tahun ini sahaja.

Antara pengisian yang menarik yang saya boleh kongsi dengan sahabat2 sekalian adalah daurah kitab dan pembentangan kertas kerja oleh ahli panel yang tersohor kat Mesir ni antaranya Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Joufrey dan Ustaz Naszrul Nasir Al-Kedahi. Masing-masing membincangkan topik yang menarik iaitu Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar dan kitab حتى يعلم الشباب oleh Syeikh Fathi Yakan.

Antara lain ialah program isu semasa yang tidak sesekali akan kita perolehi dalam kelas talaqqi. Terlalu banyak perkara yang dibincangkan. Ana berpendapat ada benarnya kata2 salah seorang pengisi program tersebut bahawa antara kelemahan pelajar Azhar adalah tidak menguasai isu semasa. Bila ditanya isu2 hukum hakam yang berkait dengan isu semasa mereka terus menjawab tanpa mengikut keadaan yang sebenar tapi guna ilmu semata-mata.

Mana tak penatnya, hari ahad tu hampir 100 kali kena pumping lepas tu berlari pulak, dahlah satu hari tak minum air, cuaca pulak panas Ana dekat setahun dah tak kena pumping, ni baru kena. Lepas ni kena hari2 lah test pumping kat kompleks. Kesan lenguh2 badan yang masih tak hilang2 terpaksa ana pikul ke Matruh dan Siwah.

Jaulah(Lawatan) Matruh & Siwah (14,15 & 16 Julai)

Hari selasa, rabu dan khamis pula, ana pergi ke Matruh dan Siwah di bawah Keluarga Penuntut2 Terengganu(KPT). Antara tempat-tempai yang menarik adalah Pantai Ajibah(Matruh) dan Hammam Cleopatra, Bukit Mati, kebun kurma(Siwah).

Keletihan terpaksa diteruskan dengan Jaulah ke Matruh dan Siwah ditambah pula dengan tugas sebagai Ketua Keselamatan dan Kecemasan sempena jaulah ini, sampai ana sendiri tak selamat dan cemas. Apalah nasib badan, agaknya itulah ujian yang terpaksa ana tempuh sepanjang berada di Bumi Mesir ini, Subhanallah.

Walaupun kita bukan driver namun penat memang penat sebab berjam-jam duduk dalam bas sebelum sampai ke rumah penginapan di Matruh. Sesampainya di sana, banyak pula kena bergerak, sekejap ke sana, sekejap ke situ, tak berhenti-henti, maklumlah Ketua Keselamatan dan Kecemasanlah katakan. Kalau tadi asyik duduk saje, sekarang asyik kerja saje, serba tak kena, Astaghfirullah.

Di Siwah lagi penat, sebab cuaca terlalu panas macam duduk di bawah sianaran matahari, nak terbakar rambut2. Tapi tak mengapalah, terpaksalah tempuh walau panas macam mana sekalipun. Yang seronoknya semasa beli kurma jer, borong sakan. Banyak juga yang ana ambil tapi tak tahu beli untuk sape, ikut orang jer, orang ambil banyak, kita pun ambil banyak.

Hari Selasa kami pulang ke Kaherah dalam pukul 5 petang. Keseronokan yang bercampur kebosanan bersamaaan seronok memcatitkan 1001 kenangan. Paling kurang ada pengalaman yang kita timba dalam jaulah kali ini di samping manfaat2 yang lain. Antaranya dapat eratkan silaturrahim sesame dengan pelajar2 yang lain maklumlah pelajar dari negeri lain turut sama dengan KPT dalam jaulah kali ini. Itulah kelainan yang amat best sekali.he3…

Jaulah Maqam (17 Julai)

Yang lagi memenatkan, duduk sekejap tapi berjalan banyak. Tak macam yang Matruh dan Siwah, berjalan sekejap tapi duduk banyak. Program ini dicadangkan oleh Ustaz Salman dari Shubra yang juga merupakan salah seorang ahli usrah kami. Ustaz Salman mahu menjadikan program ini sebagai program Usrah yang semestinya bertujuan baik iaitu menziarahi Para Auliya dan Ahli Bait Nabi s.a.w. Mereka semua tidak mati bahkan hidup sepertimana kita hidup Cuma berlainan alam sahaja. Program ini disertai oleh semua pelajar Tahun 1 pengajian Islam yang dipimpin oleh Tuan Guru Ustaz Fahmi dan juga Tuan Guru Ustaz Shukri. Semoga jasa kalian menerangkan tokoh yang diziarahi beroleh keredhaan InsyaAllah.

Ketika menziarahi maqam ahli keluarga Nabi s.a.w. ana rasa tidak sabar2 untuk menziarahi maqam Nabi s.a.w. di Madinah. Agaknya bila boleh sampai ah. Kami turut menziarahi maqam para wali Allah, terlalu banyak untuk disebut di sini, ana akan ceritakan secara mendalam pada masa akan datang. Cuma di kesempatan ini ana ingin menyeru sahabat2 sekalian untuk pergi ke maqam2 mereka untuk mengambil semangat juang mereka yang tinggi baik dalam ilmu mahupun perjuangan.

Ana sebenarnya tak berapa suka nak tulis blog, sebab ada sahaja benda yang kita nak tambah. Maaflah kalau perbicaraan kali ini membosankan. Sekali lagi ana mohon kemaafan dari sahabat sekali kalau ada yang tersilap dan mohon tunjuk ajar. Ana masih lagi baru dalam dunia blog. Sebelum ni ana berada dalam bidang penulisan melalui pelbagai proses bukannya copy and paste.

Saturday 11 July 2009

Wahai Palestin

Syeikh Ahmad Yassin

Jarang orang membicarakan tentang tokoh ini dan asal negara tokoh ini (Palestin). Ana mengambil insiatif ini untuk berbicara dan berkongsi info dengan sahabat sekalian tentang Palestin, dan ana mohon tunjuk ajar.

Nama sebenar beliau adalah As-Syahid As-Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dilahirkan pada 1938 di Desa Juroh Asqolan. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah pada tahun 1948, ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas Palestin, beliau dan keluarganya terpaksa berhijrah ke semenanjung Ghaza.

Pada tanggal 1964 beliau berangkat ke Universiti Ain Shams, Mesir untuk menyambung pelajarannya tetapi tidak sampai ke hujungnya apabila beliau dipenjarakan oleh kerajaan Mesir atas penglibatan beliau dalam Ikhwanul Muslim selama sebulan pada tahun 1966. Disebabkan itu, beliau dihantar pulang ke Ghaza.

Sekembalinya di sana, beliau bergerak aktif sebagai pejuang tanah air bagi memperjuangkan kemerdekaan Al-Aqsa sehingga tertubuhnya Gerakan HAMAS yang berjaya menakutkan dan menggentarkan musuh Islam iaitu rejim zionis laknatullahi alaihim.

Kehebatan beliau membawa kepada cubaan membunuh oleh Israel yang ketika itu diperintah oleh Ariel Sharon. Cubaan bunuh ke atas beliau pada kali pertama gagal namun dicubanya pula pada kali yang ke-2 selepas beberapa bulan. Kali ke-2 taqdir Allah telah menentukan segala-galanya, beliau dijemput oleh Allah pada hari isnin, 22 Mac 2004 ketika beliau keluar dari Masjid Al-Mujama’ Al-Islami setelah selesai solat subuh.

Walaupun jasad beliau sudah tidak ada, roh semangat juang itu tetap terus mengalir dalam jiwa kaum Muslimin. Gugurnya beliau akan lahir 100 semangat Syeikh Ahmad Yassin dalam jiwa bayi-bayi yang baru lahir. InsyaAllah…

Rakyat Palestin terkorban

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja saudara kita Palestin yang mati syahid. Tidakkan kita semua merasa sedih dengan matinya saudara kita di sana. Mereka hidup dalam keadaan tidak pernah aman sedangkan kita pula yang berada di zon yang selesa lalai dengan kenikmatan hidup yang sementara. Serendah-rendah martabat kita untuk membantu ummat Palestin ialah dengan mendoakan kemenangan mereka yang akan menjadi kemenangan ummat Islam seluruhnya. Walaubagaimanapun syurga sudah pasti buat mereka semua, kita yang tidak tahu ke mana bakal dituju hendaklah sama-sama melakukan perubahan diri kita.

Tangisan mereka (kanak-kanak Palestin)

Tidakkah kalian mendengar suara tangisan mereka. Tidakkah kalian merasa seolah-olah mendengar tangisan seorang adik yang pilu kesedihan. Dia berkata:

Ayah! Mereka kata engkau adalah penjenayah(penjahat),
Padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
Ayah! Mengapa mereka jauhkan aku darimu,
Mereka menangkapmu tanpa beri kesempatan kepadamu untuk menciumku meskipun hanya sekali atau mengusap air mata ibu,
Ibu! Aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
Apakah Palestin tidak berhak diberi pengorbanan?
Setiap hari aku bertanya kepada matahari,
Ibu! Apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
Ataupun dia akan pergi buat selamanya sampai hari qiamat,
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus meniti setiap hari?
Wahai ayah! di manakah engkau?
Oooh...bayi-bayi yang dijajah,
Kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
Dan bayi-bayi baru pun terlahir setelah bayi yang itu lahir,
Dan para syuhada' berguguran setelah gugurnya syahid-syahid yang lalu,
Sedangkan ayah masih disembunyikan di sebalik jeruji besi,
Dalam sel penjara mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
Manakah hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu?

Malulah kalian(3x)...Aku mahu ayah pulang....

Berdebar rasanya....

Keputusan peperiksaan makin dekat, debaran hati pun makin kuat seolah-olah tak sanggup nak menghadapi saat tersebut. Itulah yang berlaku dan seringkali menyelubungi kita yang bergelar sebagai pelajar yang telah selesai menghadapi peperiksaan. Itu jugalah yang berlaku bilamana kita tidak menjawab dengan baik atau jawapan kita tidak begitu memuaskan atau sekadar biasa-biasa sahaja, lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan kesungguhan rakan-rakan kita yang lain.

Kalau kami di sini(Universiti Al-Azhar) sangat malu dengan kesungguhan adik-adik medic yang sangat mengambil berat tentang apa yang mereka pelajari sehingga memperoleh keputusan yang sangat cemerlang baru-baru ini. Kesemua daripada mereka berjaya untuk naik tahun, macam mana pula nasib kita. Semoga nasib kita sama seperti mereka yang berjaya….amin

Kita sebagai pelajar pengajian Islam patut malu dengan kesungguhan mereka berbanding kita semua dan mencontohi apa yang ada pada mereka dan sama-samalah kita aplikasikan dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Keseriusan dalam belajar itu penting, bukan semata-mata untuk peperiksaan dan untuk mencapai kejayaan hendak usaha itu dimulakan dari awal lagi dan bukannya menjelang peperiksaan.

Berlainan pula dengan mereka yang sememangnya menjawab dengan bersungguh dalam peperiksaan yang lalu. Sememangnya mereka sudah bersedia dan tidak sabar-sabar untuk menanti keputusan tersebut. Ini menunjukkan bahawa keyakinan mereka terhadap apa yang telah mereka usahakan tapi awas, jangan terlalu overconfident, nanti timbul permasalahan lain pula. Sebab itu pentingnya tawakkal sebagai maqam yang terakhir.

Secara kesimpulannya, jika kita muhasabah diri kita semua, kita akan dapati seolah-olah kita sebagai pelajar pengajian Islam tidak beramal dengan apa yang kita pelajari. Kita kena akui bahawa usaha adalah kunci untuk berjaya, bukan tawakkal semata-mata. Usaha hendaklah dengan segala kesungguhan, kemudian disertai dengan doa yang penuh keikhlasan dan akhirnya tawakkal dengan penuh kesabaran terhadap apa bakal Allah s.w.t. kurniakan kepada kita. Itulah jalan-jalan ulama kita gariskan dan bukan tawakkal semata-mata tanpa pernah ada usaha.

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner