Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday, 30 May 2010

KISAH DARI NERAKA

SIFAT NERAKA & KEADAAN PENGHUNI NERAKA


Bismillah-Alhamdulillah-Selawat

Sekarang ana akan cuba tunaikan janji ana, untuk posting kisah dari neraka yang diceritakan oleh Imam Laith As-Samarqandi kepada kita semua. Sekali lagi ana memohon maaf kepada teman2 yang sempat mengikuti tazkirah ana ketika ingin membicarakan topik ini, namun apakan daya tiba2 ana tidak mampu berbicara dengan baik dan menyusun kalam dengan baik, sehinggakan sahabat2 tidak memahami apa yang cuba ana sampaikan, tapi waktu itu benar2 gelap, tidak tahu kenapa, mungkin ana ada clash dengan Allah.

Apa2pun ia adalah sebagai muhasabah buat diri yang kerdil lagi hina ini, yang sememangnya tidak dapat lari daripada dosa/maksiat, namun hamba ini tetap mengharapkan rahmat dan keampunanMu.Perbicaraan kali ana cuba karang sendiri untuk menguji kembali ingatan ana yang tidaklah sehebat ingatan sahabat2 sekalian. Kisah yang bakal ana bicarakan ini termaktub di dalam kitab Tanbihul Ghafilin yang telah ana terjemahkan, dan belum dibukukan kerana ana masih di peringkat kajian.

SIFAT NERAKA

Diceritakan oleh Imam Laith bahawa seorang tabiin yang bernama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi telah meriwayatkan suatu hadith daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Anas bin Malik r.a.. Anas bukan sahaja sahabat malah juga seorang khadam Nabi. Kita mungkin pernah mendengar kecintaan ibu kepada Ana iaitu Ummu Sulaim yang teringin memberi hadiah kepada Nabi namun beliau miskin dan tidak memiliki harta melainkan seorang anak yakni Anas, lalu diberikan Anas kepada Nabi untuk memberi khidmat kepada baginda.

Anas bin Malik bercerita: "Telah datang malaikat Jibril kepada baginda s.a.w. pada suatu masa yang mana malaikat tidak pernah datang pada waktu sedemikian, datangnya dalam keadaan wajah yang berubah daripada sebelumnya, muram seperti kesedihan/ketakutan, lalu Nabi bertanya kepada Jibril, wahai Jibril mengapa aku lihat wajah kamu berubah sampai begitu sekali, jibril kemudiannya menjawab, tidaklah aku datang kepada kamu wahai Muhammad, pada waktu sebegini dan dalam keadaan begini...

Tidak lain dan tidak bukan, aku datang setelah mana Allah memerintahkan aku meniupkan api neraka, dan tidak sepatutnya mereka yang tahu (bahawa neraka jahannam itu benar, kewujudan siksaan api neraka itu benar, siksaan azab kubur itu benar, dan azab Allah itu amat dahsyat) merasa aman daripadanya setelah menyaksikan dengan mata kepala sendiri, mendengarkan itu Nabi s.a.w. berminat lalu bertanya kepada Jibril: "wahai Jibril! gambarkan kepada aku seperti apakah neraka jahannam itu?"...

Jibril lalu menyifatkannya kepada Nabi, sesungguhnya, tatkala Allah selesai mencipta api neraka, dipanaskan api neraka itu selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut kemerah-merahan, kemudian dipanaskan lagi api selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut keputih-putihan, kemudian dipanaskan lagi selama 1000 tahun sehingga jadilah api tersebut kehitam-hitaman, maka jadilah api tersebut hitam yang teramat sangat, hitamnya itu adalah hitam kegelapan, dan ianya tidak pernah terpadam bara kepanasannya sehinggalah sekarang...

Ketahuilah wahai Muhammad, andaikata bara api sebesar jarum dunia merencik keluar lalu tertimpa ke atas dunia nescaya akan hancur binasa dunia ini dek kerana kepanasan api, dan andaikata pakaian ahli neraka digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi kerana kepanasan wapnya, dan andaikata gari besi yang disediakan untuk ahli neraka diletakkan di atas puncak gunung yang paling tinggi, nescaya akan cair gunung tersebut sehingga menembusi bumi ketujuh bawah tanah...

dan andaikata seorang hamba yang berada di hujung barat terbakar disebabkan api neraka, nescaya yang berada di hujung timur juga akan terbakar disebabkan kepanasan api neraka. Neraka itu dahsyat dan hidangannya adalah air panas yang menggelegak dan nanah, tempatnya sempit, jijik dan kotor. Kelak, setelah mahkamah Allah memutuskan bahawa fulan bin fulan menjadi ahli neraka, maka mereka akan dibawa oleh malaikat Malik dan diserahkan kepada malaikat Zabaniyyah untuk diazab...

Disediakan bagi mereka gari dan juga rantai besi dari api neraka, dimasukkan rantai tadi ke dalam mulut mereka dalam keadaan kepala mereka didongakkan ke atas langit, lalu dimasukkannya sehinggalah menembusi dubur meraka, tangan kiri menjerut leher mereka dalam keadaan menyilang sedangkan tangan kanan menembusi dada mereka sehingga keluar melalui bahu, kaki mereka digari lalu mereka diseret oleh malaikat Zabaniyyah dalam keadaan muka tersembang ke lantai...

sambil dipukul dengan cemeti yang diperbuat daripada besi api neraka yang panas, tidak dapat dibayangkan keadaan sedemikian, diperlakukan seperti binatang, begitulah nasib bagi mereka yang memperlakukan diri mereka seperti binatang sewaktu hidup di dunia dahulu dengan mengikut hawa nafsu dan mengenepikan syariat Allah, yang ternyata akan menyelamatkan mereka daripada diperlakukan seperti itu, sesungguhnya Allah telah mencabut sifat kasih sayang pada malaikat Malik dan malaikat Zabaniyyah...

Dan sesungguhnya neraka itu mempunyai 7 pintu, dan setiap pintu2nya itu dibahagikan kepada kaum lelaki dan kaum perempuan, Nabi s.a.w. lalu bertanya kepada Jibril, adakah pintu2nya seperti pintu2 di dunia, tidak, jarak setiapnya itu adalah 1000 tahun perjalanan di dunia, begitu luas dan begitu azab.Nabi s.a.w. lalu bertanya lagi, siapakah yang bakal menghuni neraka tersebut?...

Adapun pintu pertama adalah yang paling bawah, bererti paling dekat dengan api atau betul2 atas api, kerana setiap pintu2 neraka itu bertingkat-tingkat. Nama pintu tersebut adalah neraka Al-Hawiyah dan para penghuninya adalah dikalangan orang2 munafiq yang menyembunyikan kekufuran meraka dan mereka2 yang kufur setelah menerima hidangan dari langit oleh Allah melalui nabi2 mereka, dan juga firaun dan kerabatnya melainkan isteri firaun yang bernama Asiah.

Adapun pintu kedua bernama Al-Jahim dan para penghuninya adalah sekalian mereka yang menyirikkan Allah yang dipanggil golongan musyrikun. Golongan musyrikun bukan sahaja yang hidup pada zaman nabi Muhammad bahkan bermula zaman nabi Nuh a.s. sehinggalah akhir zaman.

Adapun pintu ketiga bernama Saqar dan para penghuninya adalah golongan As-Sobiun. Disebut oleh Imam Ibnu Manzur dalam kitabnya "lisanul arab", apa yang dimaksudkan oleh Imam Laith dengan kalimah As-Sobiun adalah mereka yang keluar daripada agama kebenaran kepada agama kekufuran dengan kata nama lain mereka2 yang murtad daripada ajaran kebenaran yang dibawa oleh utusan2 Allah.

Adapun pintu keempat bernama Lazho dan penghuninya adalah Iblis laknatullah dan para pengikutnya serta golongan Majusi. Disebut oleh Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni, apa yang dimaksudkan dengan golongan Majusi bukan sahaja mereka2 yang menyebah api, cuma Majusi sinonim dengan mereka2 yang menyembah api, kerana termasuk juga Majusi mereka yang menyembah binatang2, pokok2, bulan, matahari dan lain2.

Adapun pintu kelima bernama Al-Huthomah dan penghuningya adalah orang2 Yahudi laknatullahi 'alaihim. Yahuni yang ada sekarang dikenali dengan Israel dan dan penggerak2 meraka bertebaran di negara2 Islam apatah lagi di negara2 kafir yang lain. Mereka memperlekehkan ajaran Allah yang dibawa oleh utusanNya, tidak cukup dengan itu, mereka selalu memperolok-olokkan nabi mereka, bahkan membunuh nabi2 mereka, sebagaimana kisah yang kita pernah dengan iaitu nabi Zakaria dan nabi Yahya, akibatnya mereka telah dikutuk oleh Allah sehingga hari kiamat dan diharamkan mana2 tanah di bumi ini menjadi tempat mereka berteduh.

Adapun pintu keenam bernama Sa'iir dan penghuninya adalah orang2 Nasrani (Kristian). Dikenali dengan nama Kristian setelah mana diangkat nabi Isa ke langit, namun mereka mendakwa nabi Isa telah disalib. Mereka mendakwa bahawa nabi Isa adalah anak Tuhan dan ibu nabi Isa (Maryam) sebagai isteri Tuhan. Mereka memperkenalkan konsep 3 tuhan dan ini adalah melampau kerana mendakwa bahawa Allah mempunyai isteri dan anak serta berhajat kepada perkara tersebut, Maha Suci Allah daripada apa yang disifatkan.

Malaikat Jibril lalu mendiamkan diri setelah menceritakan penghuni pintu keenam, malu kepada nabi s.a.w. Nabi Muhammad lalu bertanya kepada Jibril, "wahai Jibril, kenapa kamu tidak ceritakan tentang pintu ketujuh dan siapa yang bakal menghuninya?" Jibril lalu menyebutnya, mereka2 yang akan menghuni pintu ketujuh adalah ahli2 maksiat dikalangan ummatmu wahai Rasulullah. Mendengarkan itu nabi s.a.w. lalu pengsan, Jibril kemudiannya mengambil kepala nabi lalu diletakkan di pahanya sehingga nabi sedar...

Setelah nabi kita sedar, nabi kita bertanya kembali, benarkah? Jibril mengiyakannya, Nabi akhirnya segera pulang dalam keadaan hampa dan sedih dan mengunci pintu biliknya, berhari-hari nabi tidak keluar melainkan untuk solat kemudian nabi terus bangkit tanpa bercakap dengan sesiapapun. Lihatlah sahabat2 sekalian, di situ tergambar kasih sayang nabi kepada kita, kasih sayang yang tidak terhingga, sampaikan begitu sekali, disebabkan itulah nabi banyak meninggalkan nasihat berguna melalui hadith baginda untuk pedoman kita semua.

bersambung...

Sekian, maaf sahabat2 sekalian, ana sengaja tidak mahu membosankan sahabat2 sekalian dengan posting yang panjang, kita akan bersambung pada hari khamis nanti insyaAllah, episod kedua atau siri kedua, boleh dikatakan hari khamis nanti perbicaraan terakhir mengenai "kisah dari neraka" oleh Imam Laith. InsyaAllah, ana akan sambung dan semprnakannya, sekarang tiba masa untuk belek2 subjek tauhid yang akan ana tempuhi kertasnya pada rabu ni 2/6/2010. Wassalam...:)

SALAM IMTIHAN, DOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA...


0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner