Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday 22 August 2009

Selamat Datang

Ana dengan ini menjemput sahabat2 sekalian ke laman blog http//:masyayikh.blogspot.com/. Sama2 kita berkongsi ilmu dan belajar secara online melalui blog. Program ini khas dari bumi Mesir, iaitu ilmu dari cendekiawan2 Islam yang berada di Mesir.

InsyaAllah, blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam kehidupan seharian, dengan mendengar kalam2 dari alim ulama maka pasti di sana ada barakahnya yang tidak dapat kita lihat namun memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan kita. Sama2 kita ikuti….

Diari Peribadi

Tahniah buat sahabat2ku

Kamal, Naqiu, Wais, Faris, Fahim, Izzuren, Syed, Ubai adalah 8 orang sahabat. Persahabatan kami selama menempuh STAM di sekolah tercinta, itulah yang mampu ana ungkapkan, dan kami sudah nekad untuk datang ke Mesir. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok itulah nama sekolah tercinta kami.

Namun, apabila kami dapat keputusan STAM, kumpulan kami berpecah, satu group ke Universiti Sains Islam Malaysia dan satu lagi ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Yang datang ke Mesir hanyalah 6 orang iaitu Kamal, Naqiu, Wais, Faris, Fahim dan ana sendiri. Kami dah sepakat untuk tinggal bersama di Kaherah, namun salah seorang sahabat kami bertukar ke Dumyat.

Walaubagaimanapun kami tetap 6 orang sahabat. Dan baru2 ini keputusan peperiksaan tahun 1 keluar. Semua sahabatku dapat naik tahun, tapi ana terpaksa bertapak di tahun 1 lagi sekali. Kalau diperhatikan, ana sentiasa pelik dan ganjil berbanding sahabat2 ana, ketualah katakan. Jadi sukalah ana ungkapkan di sini khas buat sahabat2ku. Tahniah diucapkan atas kejayaan kalian.

Meskipun Jayyid Jiddan yang ana targetkan tapi Rasib Jiddan. Astaghfirullah. Mungkin ada sesuatu yang telah ana lakukan sehingga Allah menguji ana sedemikian rupa, kalau masa STAM dulu ana bajet tak dapat datang ke Mesir, tiba2 dapat Jayyid, itu yang dapat datang ke Mesir ni. Apa yang ana rasa tidak baik Allah beri baik, dan bila ana rasa dapat baik Allah beri sebaliknya, pasti ada hikmahnya.

Kepada semua pembaca blog, andaikata ana ada melakukan kesilapan dengan sahabat2 sekalian, mohon jutaan kemaafan, dan halalkanlah makan minum yang pernah kalian hidangkan @ belanjakan. Dan kalau ana ada hutang mohon tuntut segera, agar segala halangan untuk terima ilmu hilang. Buat keluarga, sentiasalah doa buat anakanda di sini agar diberkati Allah selalu.

Diari Peribadi

Terima kegagalan dengan redha

Mohd Ubaidillah bin Deraman, anda gagal untuk naik ke Tahun 2 Kuliah Usuluddin, dan anda sangkut 6 subjek,” itulah yang diumumkan oleh Tuan Misbah. Pada awalnya ana terkejut juga mendengar keputusan tersebut kerana tidak pernah aku jangkakan, namun apa yang boleh ana buat, keputusan dan keluar, redha dan pasrah sahajalah yang mampu ana lakukan buat masa sekarang.

Dan ana akur terhadap kegagalan yang ana perolehi itu adalah daripada kelemahan diri sendiri, dan bukan daripada sebab2 yang lain. Ana tidak akan cipta sebab yang membuatkan ana gagal tanpa jadikan ia sebagai satu strategi untuk cipta kejayaan mendatang, sebagaimana orang2 kebanyakan yang hanya mencari punca kegagalan demi mengatakan bahawa bukan dia sebab utama kegagalan tersebut.

Orang hanya tahu kata soalan susah, syeikh syadid, syuun buat keje kalut, syeikh tak beri muqarrar, muqarrar terlalu banyak dan lain2. Kalau nak cari sebab, 1000 boleh beri, jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Tidak lain dan tidak bukan, perbaiki diri kita mulai sekarang, itu yang lebih baik, jadikan kegagalan itu medan untuk cipta kejayaan. Mungkin Allah akan memberikan kejayaan untuk ana pada masa akan datang.

Kegagalan ini sudah ditentukan oleh Allah, dan ana yakin bahawa di sebalik kegagalan tersebut pasti ada hikmah yang tersirat. Mungkin Allah mahu menyedarkan diri yang lalai ini agar sentiasa ingat bahawa pentingnya usaha, doa dan tawakkal dalam setiap keputusan. Menjaga hubungan dengan Allah adalah suatu kewajipan dan bukan ketika ada hajat sahaja. Belajar bukan untuk peperiksaan, tapi bersedia untuk hadapi peperiksaan.


Ana juga mohon jutaan kemaafan kepada teman2 yang begitu mengharapkan kejayaanku, tidak dilupakan juga senior2 yang sentiasa bersangka baik terhadap keputusan yang bakal ana perolehi, dan terlebih lagilah buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diriku. Inilah hasil yang ana perolehi.

Maafkanlah daku wahai ibu(arwah), ayah, Kak Long, kakak2, abang2, dan Pa & Ma(keluarga angkat) serta keluarga sekalian. Apa yang Mie(nama glamourku) harapkan ialah doa kalian, maklumlah di Bumi Mesir ni terlalu banyak ujian, cubaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi, moga2 Mie dikurniakan kesabaran dan ketabahan.

Duhai sahabat2, apa yang mampu ana harapkan daripada sahabat2 sekalian adalah tidak menyisihkan ana daripada kehidupan kalian, dan kalian dapat terima kelemahan yang ada pada diriku yang dhaif ini. Dan apa yang kurang itu akan ana cuba perbaiki mulai sekarang, sedikit demi sedikit, moga Allah permudahkan.

Akhirnya, apa yang ana nak kata di sini, sijil tetap penting walau apa yang bakal menimpaku, tapi sijil bukan matlamatnya. Sijil hanya sebagai wasilah untuk berhadapan dengan dunia intelektual hari ini dan ilmulah matlamat yang utama untuk berhadapan dengan masyarakat dan musuh2 agama. Ana juga bercita2 untuk belajar bukan setakat B.A sahaja bahkan sampai PHD. Tapi apa yang dilalui sekarang bererti makin lambatlah ana pulang untuk berjuang di Malasysia.

Apa2 pun, ana juga mengharapkan agar sahabat2 sekalian doakan ana agar terus istiqamah dalam “dunia ilmu” ini. Semoga kegagalan yang ana dapat ini tidak menghalang ana untuk terus belajar dengan lebih tekun, untuk beribadat pada Allah, untuk terus berdakwah dan sebagainya. Apa yang ana tahu cuma satu sahaja, hidupku adalah untuk Islam, dan matiku juga untuk Islam. Aamin…

Thursday 20 August 2009

Diari Peribadi

Hilangnya 2 permata

Berdamping dengan guru atau ulama adalah suatu nikmat yang sangat indah. Barakah yang dijanjikan Allah dan RasulNya menjadikan lebih yakin untuk berdamping dengan mereka. Ucapan, nasihat dan teguran yang keluar dari mulut mereka adalah mutiara yang harus kita kutip, jika tidak kita akan terus lalai dengan warna-warni dunia. Kini kami kehilangan 2 permata yang sangat berjasa terutama sebagai rujukan dalam bidang Fiqh iaitu Syeikh Khairul Anuar dan Syeikh Syed Abdul Kadir Al-Joufrey.

Hilangnya kedua-dua tokoh di atas sedikit menyedihkan kami selaku pelajar2 yang belajar dengan mereka berdua. Tak sanggup melepaskan pemergian tuan guru berdua, namun kami terpaksa redha dengan ketentuan Tuhan. Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, Al-Fadhil Syeikh Al-Joufrey telah pulang ke Malaysia pada 16 ogos lalu. Beliau yang telah tamat pengajian di Universiti Maftuh, Mesir dalam bidang Fiqh di peringkat Master pulang untuk berkhidmat di Malaysia sebagai pejuang Islam.

Begitu juga dengan Ustaz Khairul Anuar yang telah menamatkan pengajaran beliau di dalam Madrasah Imam Syafie. Beliau terpaksa berhenti untuk bersiap sedia menghadapi imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bagi ana, pengajaran yang disampaikan oleh mereka berdua amatlah mantap kerana masing2 mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas. Teramat rugilah bagi mereka yang tidak menghadiri kelas mereka berdua.

Terima kasih banyak2 atas jasa guru2 kerana mencurahkan ilmu kepada kami semua. InsyaAllah, kami akan paterikan segala pesanan, nasihat dan pengajaran yang diberikan dalam kehidupan kami seharian. Hanya doa dan ucapan syukran sahajalah yang mampu kami ungkapkan kepada guru berdua, semoga diberkati Allah selamanya. Dan secara peribadi, tarikh 16 ogos ini adalah tarikh keramat yang tidak dapat ana lupakan, kehilangan 2 buah permata berharga, moga kita dipertemukan lagi satu hari nanti.

Monday 17 August 2009

Tazkirah

Muhyiddin Hina Tok Guru

Hari ini kita melihat Muhyidin Yasin lebih ke hadapan dalam menghina Tuan Guru Nik Aziz apabila ada isu yang membabitkan Tok Guru. Bahkan dia sanggup menghina martabat seorang ulama demi kepentingan diri dan politik, dan bukan kerana nak pertahankan agama. Mendedahkan keaiban Tok Guru kerana mahu mendedahkan siapa tok guru yang sebenar adalah sandiwara Muhyiddin Yasin yang jahil agama.

Maka percayalah kita di sini bahawa Muhyiddin dan konco2 nya takut kepada pengaruh tok guru yang banyak memberi kesan kepada dunia politik tanahair Malaysia, maklumlah keindahan Islam yang dibawa dan yang ditunjukkan oleh beliau telah menyentuh banyak jiwa2 orang bukan Islam iaitu Cina dan India, tidak kurang juga orang Melayu di kawasan pedalaman.

Meskipun Najib dan Muhyiddin berjaya merosakkan masyarakat kota dengan pelbagai kemajuan yang melalaikan sehingga meninggalkan amar ma’ruf dan nahi munkar. Berhati-hati dengan kata2 dan tindakan kalian yang kurang adab dan kurang ajar itu, takut makan diri satu hari nanti. Awas! seorang ulama pernah bermimpi bahawa dia telah melihat Tuan Guru Nik Aziz berada bersama Nabi Muhammad dalam satu khemah. Subhanallah....

Berbalik kepada masalah mengenai Muhyiddin yang tangkas dalam isu mengutuk dan menghina tok guru, tidak lain dan tidak bukan adalah satu teknik kotor untuk menghilangkan pengaruh tok guru, maklumlah Muhyidin pun nak rasa jadi Perdana Menteri. Kalau tidak dibuat begitu, nanti bila kalah dalam pilihan raya ke-13, dah tak dapat merasa azab sebagai Perdana Menteri.


Maka kita kata kepada mereka, bahawa Islam tidak pernah dikalahkan bahkan Islam akan terus menang dan berada di atas puncak. Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam, kalau PAS yang perjuangkan Islam maka PAS akan ditinggikan dan kalau UMNO yang perjuangkan Islam pasti UMNO yang ditinggikan. Allah s.w.t. itu Maha Mengetahui.

Friday 7 August 2009

Al-Mauizoh Min Akhy

1)Niat yang ikhlas

Ikhlaskan dirimu kerana Allah dalam segala ibadat dan amalanmu
- demi mendapat keredhaan Allah


Niat merupakan elemen yang paling penting daripada elemen2 yang lain, bahkan nasihat ulama yang mula2 pasti niat yang ikhlas, begitu juga kalau kita teliti, kebanyakan kitab2 para alim ulama, mereka meletakkan hadith tentang niat dan kalam2 mereka pasti menyuruh kita mengikhlaskan diri kerana Allah. Ini menunjukkan kepada kita betapa niat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita untuk sampai kepada Allah s.w.t. Kita semua mengetahuinya, lawan kepada ikhlas adalah riya’.

Riya’ menjadikan amalan kita kosong seolah2 kita tidak pernah mengerjakannya. Umpama orang yang tekun bekerja, tiba masa untuk terima gaji majikan tidak memberinya. Macam mana agaknya perasaan kita ketika itu, sudah tentu kecewa yang teramat sangat. Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki bilaman dia dibangkitkan oleh Allah di padang mahsyar, dia dimasukkan ke dalam neraka sedangkan di dunia dahulu dia tekun dalam mengerjakan ibadat kepada Allah. Oleh sebab dia riya’ maka amalannya itu jadi sia2.

Persoalan ikhlas ini dibahas oleh banyak alim ulama. Namun ana berkenan dengan ungkapan yang diungkap oleh ahli sufi dari Negara Mesir iaitu Zunnun Al-Misyri. Untuk mengenal diri kita ini ikhlas atau tidak, beliau menyebut bahawa tanda2 kamu ikhlas adalah:

1)Kamu merasa sama ketika dipuji mahupun dikeji.
-jangan kita harapkan pujian dan jangan pula kita bersedih tatkala kita dikeji

2)Kamu lupa akan kebaikan yang telah dilakukan.
-kita tidak mengungkit kebaikan yang kita lakukan melainkan untuk menggalakkan orang lain

3)Kamu tidak mengharapkan ganjaran melainkan di akhirat.

-kita tidak mengharapkan dunia atau popularity sebaliknya pahala dan syurga semata-mata

Motivasi

PeperiksaanSebenarnya peperiksaan mengajar kita suatu perkara supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika kita bersedia, peperiksaan akan menjadikan kita lebih matang terhadap apa yang kita telah pelajari. Berlainan pula sekiranya kita tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan, akan menjadikan kita lemah dan mudah putus asa.

Sebagai seorang yang beriman kita mestilah berbekalkan usaha, doa dan tawakkal. Ketiga-tiga elemen tersebut tidak dapat dipisahkan. Usaha adalah suatu ikhtiar yang dilakukan sebelum menjelang peperiksaan, adapun doa setelah selesai peperiksaan. Selagi mana keputusan belum jelas di hadapan kita, maka peluang yang diberikan oleh Allah iaitu doa hendaklah dimanfaatkan selagi mana kita mampu.

Namun sahabat2 sekalian, apabila keputusan telah zahir keluar maka hendaklah kita tawakkal dan redha terhadap segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kita kena tahu, bahawa di sebalik apa yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya, yang mana tujuannya tidak lain dan tidak mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah baik kita sedar mahupun tidak.

Oleh yang demikian, ana menyeru sahabat2 sekalian agar sama2 kita muhasabah diri kita masing2 untuk membentuk peribadi seorang mukmin yang sejati.

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner