Kelebihan Hari 'Asyura sempena Peristiwa 10 Muharram
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mencipta kita dari sekecil-kecil makhluk, sehingga sempurnanya kejadian kita dengan pelbagai jenis afrad, supaya digunakan sebaik-baiknya dalam mengabdikan diri kepada Allah, segala puji juga bagi Tuhan yang telah menjadikan masa, di tangannya segala kekuasaan dan kehendak, dan Dia jualah yang menguasai siang dan juga malam.
Seterusnya, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, pengutusannya membawa rahmat kepada sekalian alam, dialah penyebab kepada terjadi alam ini dan kewujudan makhluk di alam ini, kerana risalahnya juga kita dapat menikmati cahaya Islam, kerana syafaatnya jugalah nanti kita akan memasuki syurga Allah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah, sekali lagi sama2 kita ucapkan berbanyak kesyukuran kepada Allah, kerana diberi kesempatan berada pada hari yang penuh barakah ini, iaitu hari 10 Asyura, di mana hampir semua ummat Islam menyambutnya, bahkan dituturkan oleh sekian alim ulama. Ada juga yang menyambutnya dengan dengan memperingati perang karbala yang jatuh pada tanggal 10 Muharram.
Masing-masing menyambut dengan cara yang berbeza, sedangkan kita sebagai pendokong ahli sunnah dan pencinta agung Rasulullah menyambutnya dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah. Tidak salam memperingati peristiwa Karbala dan hari kematian Saidina Hussain, namun jangan sesekali berlebihan sehingga membakar semangat permusuhan dan memburuk-burukkan nama sahabat nabi yang lain.
Bahkan, kita semua menyayangi Imam Hussain, namun biarlah sayang kita itu dengan cara yang diredhoi Allah. Kerana tidak dikatakan cinta terhadap seseorang, sehinggalah orang itu melakukan amalan orang tersebut. Cukuplah ucapan tadi sebagai muqaddimah Al-Faqir sebelum memulakan perbicaraan mengenai Hari Ayura dan kelebihannya. Sepanjang pengamatan saya, terlalu kurang para blogger mmebicarakan tentang Asyura, WHY?
Ayuhlah sahabat2 sekalian, kita meneliti sebuah hadith yang masyhur membicarakan tentang hari Asyura. 'Asyura bermaksud hari ke-10 daripada bulan Muharram. Bahkan di sana terdapat suatu hadith yang menceritakan kelebihan bulan Muharram dan berpuasa di dalam bulan tersebut. Hadithnya berbunyi:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ
وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
Maksudnya:
"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat lima waktu adalah solat malam." (Imam Muslim-dari Abu Hurairah)
Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kelebihan mengerjakan ibadat puasa di bulan Muharram. Bahkan di sana, ada lagi hadith yang menjelaskan hari yang paling afdhol untuk kita menghidupkan bulan Muharram iaitu pada tanggal 10 Muharram. Kerana itu baginda berpuasa & memerintahkan para sahabat untuk melakukannya, kerana pada hari tersebutlah terselamatnya Nabi Musa dan pengikutnya drp Firaun dan tenteranya.
Diriwayatkan bahawa, tatkala Nabi s.a.w. diberitakan tentang orang Yahudi berpuasa pada hari 'asyura kerana Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran setelah selamat daripada kezalimat Firaun dan bala tenteranya, lalu baginda s.a.w. pun bersabda:
)نَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ(
Maksudnya:
"Kami lebih berhak dan terlebih utama mengikuti Musa berbanding kamu."
Oleh itu, sambutlah seruan Nabi wahai pencinta Habibullah (Muhammad s.a.w.) dengan melaksanakan ibadat puasa pada 10 Muharram, dan perbanyakkan amalan soleh pada hari tersebut dengan banyakkan berzikir, selawat, membaca Al-Quran, sedeqah dan sebaginya. Bahkan Nabi s.a.w. menjanjikan kelebihan bagi sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura sebagaimana hadith yang berbunyi:
سمعت وحفظت من شيخي شيخ أسامة الأزهري بيوم عاشوراء في جامع الأزهر، أنه سمع من مشايخه أجمعين، فقد روى مسلم في صحيحه عن أبي قتادة أن رجلاً سأل النبي محمد صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء فقال: أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله.
Maksudnya:
Tatkala datang seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. dan menanyakan tentang puasa hari ‘Asyura, lalu baginda s.a.w. menjawab: “Aku mengira Allah s.w.t. akan menghapuskan segala dosa kamu yang lalu.”
Alangkah lebih mulia dan baik sekiranya puasa 'Asyura itu digandingkan atau disertakan dengan puasa pada 9 Muharram mahupun 11 Muharram, yang kuat dan sahih adalah 9 Muharram yang dinamakan dengan nama Tasu'a. Sebagaiman hadith yang berbunyi:
فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ
Maksudnya:
“Kalau aku masih hidup tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram).” (Riwayat Muslim)
Maka, sukalah saya katakan di sini bahawa teramat rugilah orang yang tidak mengambil peluang yang sangat "emas" ini. Sesuatu yang hanya datang setahun sekali, dan semoga Allah menerima amalan2 kita yang lalu semuanya. Dan semoga hidup kita dipenuhi dengan segala syiar2 sunnah sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w., bermula daripada bangun kita sampai kita tidur dan begitulah selanjutnya sampai kita dijemput Allah menghadapnya.
Di antara sunnah2 yang menjadi syiar yg seharusnya kita ikut:-
1)Bangun malam
2)Solat Berjemaah Fardhu
3)Banyakkan bersedeqah
4)Mulakan dgn anggota kanan
5)Langkah kaki kanan ke masjid
6)Pakai sepatu dimulai kanan
7)Sebarkan salam
8)Baca Al-Mulk
9)Solat sunat Dhuha
10)Tidur dalam keadaan berwudhu'
dan banyak lagi...
Alhamdulillah, hari ini menjadi suatu kegembiraan di hati saya tatkala dapat menghadiri majlis pembacaan hadith tasalsul mengenai kelebihan hari 'Asyura yang menjadi tradisi para alim ulama, apatah lagi diberi peluang menatap wajah para alim ulama yang ramai, yang datang sama2 memeriahkan majlis pembacaan hadith tersebut, "hadith" yang merupakan yang paling saya minati sehinggakan saya sanggup bersengkam mata demi menghafaz dan menghadam ilmu hadith ini namun saya masih lagi di tahap yang lemah.
Majlis hari ini disempurnakan oleh Syeikh Usamah Al-Azhari, ulama' muda yang luar biasa ilmunya dan sangat terkenal di Mesir, dan diserikan lagi dengan kehadiran Syeikh Yusri Ar-Rushdy Al-Jabr, seterusnya murid kana Syeikh Al-Imam Abdullah Al-Haddad dan Syeikh Jamal Farouq murid murabbiku Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani. Majlis yang dihadiri oleh ratusan yang terdiri daripada pelajar2 Al-Azhar mahupun orang awam bertempat di Masjid Azhar.
Namun suatu perkara yang sedikit mengecewakan, setelah selesai pembacaan hadith tasalsul dan pengijazahan sanad hadith oleh Syeikh Usamah, Syeikh Yusri dan Syeikh Jamal, masing2 bersikap seperti anak2 kecil, dan langsung tidak menggambarkan pendokong syiar sunnah, Baik dari kalangan orang2 Mesir ataupun bukan Mesir. Apa lagi orang Malaysia. Masing2 tidak tahu untuk bersabar dan bertenang, sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan buku ijazah hadith tasalsul, sungguh memalukan.
Terkadang saya terfikir, kalaulah mereka bersabar, beratur dan tidak berebut, adakah mereka tidak akan dapat kertas tersebut. Kertas punyalah banyak. Ya, memang benar sebahagian akan dapat dan sebahagian lagi tidak akan dapat. Makanya, orang yang tidak dapat fotostatlah daripada yang dapat. Dengan itu, barulah tergambar akhlak Rasulullah, iaitu syiar sunnah. Ini tidak, yang pangkat Tuan Guru pun macam budak kecil, sungguh mengaibkan. Saya henti di sini dahulu perbicaraab tentang hari 'Asyura.
Semoga puasa kita diterima Allah, begitu juga dengan amalan kita. Sama2lah kita menjadi pendokong dan penegak syiar sunnah Rasulullah. Masih banyak sunnah Rasulullah yang belum kita laksanakan, maka saya menyeru sahabat2 sekalian untuk sama2 kita cuba untuk mengetahui dan mengenali yang mana lagi sunnah Rasulullah yang belum terlaksana, dan kita laksanakan. Semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan syiar agung ini.
Sebagai tambahan, izinkan saya sertakan kelebihan2 lain pada hari Asyura, yg sempat saya terima daripada teman akrab saya dari Indonesia, Imran, terima kasih banyak2 sahabatku:
1) Nabi Musa terselamat dari kejaran Firaun dan bala tenteranya
2) Nabi Nuh terselamat daripada badai besar
3) Diterima Taubat Nabi Adam
4) Nabi Isa diangkat ke langit
Kalau x silap saya, semua ini bolehlah diperolehi dalam kita Latoiful Ma'rifah...
Sekian, w'salam...
Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Usuluddin, Kaherah (Mesir),
Universiti Al- Azhar.
0 comments:
Post a Comment