Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday 10 June 2011

ISU PALESTIN

PALESTIN & YAHUDI

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang sering memerhatikan pergerakan hamba2Nya, yang Maha Berjaga, dan tidak pernah tidur walau sesaatpun, di sisiNya lah segala ketentuan baik dan buruk, seterusnya selawat dan salam buat utusanNya yang agung Muhammad s.a.w., moga2 dengan selawat dan mahabbah kepada baginda, sama2 kita perolehi syafaat baginda di hari perhimpunan Mahkamah Allah s.w.t..


Pertamanya, sukalah saya memaklumkan di sini, bahawa perbicaraan kali ini tentang Yahudi adalah hasil ilham adik saya yang berada nun jauh di sana, di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Malaysia, iaitu Muhammad Fauzie yang masih di tingkatan 4, semoga terus ‘success’ adikku dalam pelajaranmu. Rindu betul abang akan senyuman, gurauan dan ketawamu di saat abang bersamamu, doakan abang dan kakak di sini sentiasa dirahmati Allah.


APA ITU YAHUDI ???

-Perlu untuk kita mengetahui, siapa itu Yahudi, dan kenapa Islam memusuhi agama Yahudi?

Yahudi adalah agama yang benar sebagaimana agama Islam kerana ia adalah agama wahyu atau dikenali sebagai agama samawi. Tapi itu dahulu, sebelum mereka melakukan pengkhianatan terhadap agama mereka sendiri dengan membunuh para Nabi mereka dan penyelewengan kitab besar mereka iaitu Taurat.


Sebelum zaman Nabi Musa, Yahudi pernah juga hidup pada zaman Nabi Daud dan Sulaiman a.s. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Yahudi atau Bani Israel dikenali sebagai Keturunan Yaakub a.s. Disebabkan itu juga ada sebahagian Ulama’ yang melarang kita daripada berdoa laknat ke atas Israel kerana ia bermaksud Keturunan Yaakub a.s. Ketaatan Bani Israel dapat dibuktikan saat Sulaiman a.s. memerintahkan para jin & kaum Yahudi untuk melakukan pembinaan Masjid Al-Aqsa sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Sulaiman.


KENAPA YAHUDI INGINKAN AL-AQSA ???

-Memang itu soalan yang sering bermain di fikiran kita, apa perkara yang menyebabkan mereka terlalu inginkan BaitulMaqdis. Namun perkara yang paling utama yang memang tidak dapat dinafikan adalah hasad dengki yang tinggi terhadap ummat Islam, yang tidak selesa melihat ummat Islam tenang melakukan ibadat khususnya ummat Muhammad. Kalau dahulu Yahudi dianggap sebagai ummat teragung di sisi Allah, namun tidak lagi setelah apa yang telah mereka lakukan.


Bahkan kita pernah mendengar kisah isra’ Nabi Muhammad, tatkala baginda bertemu dengan Nabi Musa a.s., tergambar sedikit iri hati Nabi Musa terhadap Nabi Muhammad, kerana kelak, yang akan memenuhi syurga Allah adalah ummat Nabi Muhammad yang mengatasi bilangan ummat Nabi Musa. Apalagi Allah telah memilih nabi akhir zaman bukan dikalangan bangsa Yahudi, bertambah hasadlah kaum Yahudi laknatullah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Allah telah mendedahkan kejahatan mereka.


Bahkan Yahudi telah diharamkan mana2 tempat menjadi penempatan mereka. Dari itulah, bermulanya perancangan jahat mereka untuk merampas Palestin dan menjadikan Palestin sebagai bumi untuk mereka berteduh. Kemudian, mulalah mereka memperbanyakkan zuriat2 mereka. Di antara beberapa tujuan utama mereka ingin merampas Al-Aqsa yang dahulunya telah dibebaskan oleh Sultan Salauhuddin Al-Ayyubi adalah sebagaimana berikut:-


1. Timbunan emas yang berada di bawah binaan Al-Aqsa

2. Ingin membina semula Solomon Temple

3. Di situlah tempat pertabalan Raja Agung Yahudi yang bakal muncul nanti iaitu Al-Masih Ad-Dajjal sebagaimana yang terdapat dalam Taurat Palsu mereka.


PROPAGANDA YAHUDI LAKNATULLAH


1.Memusnahkan system pemerintahan yang wujud

-buktinya telah berlaku, apabila satu persatu Negara yang mempunyai system beraja akhirnya lenyap dan tidak lagi berfungsi, kalau ada sekalipun hanyalah sebagai boneka sahaja. Apabila system beraja tidak berfungsi maka pemerintahan secara warisan tidak akan wujud, dan ini mudah bagi menjatuhkan mana2 pemimpin yang tidak disenangi mereka.


2.Golongan lain tidak boleh menjadi pemerintah

-Mereka beranggapan bahawa golongan selain mereka tidak pandai memerintah Negara, dan tidak mampu membawa kebaikan mahupun kemajuan bagi sesebuah Negara tersebut. Mereka juga beranggapan bahawa golongan lain cumalah layak menjadi golongan kelas ke-2 yang layak ditindas dan diperkotak-katikkan dengan sesuka hati mereka.


3.Selain drp mereka, kesemuanya adalah “binatang”

-Itu tanggapan mereka terhadap manusia lain, iaitu binatang yang halal dibunuh. Mereka juga bertujuan supaya golongan lain tidak berani bangkit menentang mereka pada masa akan datang dan juga sebagai balas dendam terhadap apa yang pernah menimpa kaum mereka suatu saat dulu, apabila mereka diusir keluar daripada Rusia secara beramai-ramai sehelai-pinggan kira2 600,000 dan 50,000 yang dibunuh tanpa belas-kasihan. Ini berlaku setelah Pemerintah Rusia pada ketika itu mengetahui rancangan jahat Yahudi.


4.Melalaikan manusia dengan budaya x bermoral

-Inilah yang dipanggil taktik menyerang pemikiran dan juga budaya2 yang mampu meruntuhkan ketamadunan anak2 muda dan pelapis2 masa akan datang supaya mereka terus mandul dengan keseronokan yang telah dirancang oleh mereka dengan kekuasaan yang mereka miliki. Ini juga agar pemimpin2 tidak dapat memfokuskan tentangan dan juga serangan2 yang sedang mereka lancarkan, sebaliknya sibuk dengan permasalahan social remaja di dalam Negara.


bersambung….

Saturday 4 June 2011

Ziarah Maqam 2011 versi INDO


Sekitar Ziarah Maqam


Teman2 Indonesia sewaktu ziarah maqam bareng fasa ke-II 2011


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang sering memerhatikan pergerakan hamba2Nya, yang Maha Berjaga, dan tidak pernah tidur walau sesaatpun, di sisiNya lah segala ketentuan baik dan buruk, seterusnya selawat dan salam buat utusanNya yang agung Muhammad s.a.w., moga2 dengan selawat dan mahabbah kepada baginda, sama2 kita perolehi syafaat baginda di hari perhimpunan Mahkamah Allah s.w.t..


Alhamdulillah, pujian tidak terhingga kepada Tuhan yang Maha Meliki terhadap segala yang kita miliki, Tuhan yang Maha Pemurah kerana member segala pinjaman kepada kita agar digunakan untuk sampai kepada-Nya, Tuhan yang mengurniakan segala nikmat dunia untuk kita kecapi, nikmat tiada terhingga dan tidak sama sekali kita dapat menghitungnya, DIA-lah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, pada-Nya lah segala ketetapan yang baik mahupun tidak.


Tidak lupa juga selawat dan salam buat baginda s.a.w., kerana rahmatnya yang telah tersebar ke seluruh alam dan zaman, yang meninggalkan mutiara2 yang berharga untuk kita semua, iaitu ilmu daripada bibir2 ulama, yang merupakan pewaris unggul Nabi Muhammad, khotamul nabiyyin, selamat sejahtera ke atas anda, kaum kerabat dan juga para sahabatmu yang mulia, serta sekalian para pengikutmu yang setia.


Sudah menjadi tabiat kita menziarah orang2 soleh yang masih hidup untuk meminta doa daripada mereka, kerana mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t. Orang yang dekat/hampir dengan Allah, adalah doa mereka lebih dimakbulkan Allah. Apalagi orang yang soleh itu telah meninggal dan sudah jelas kesolehannya melalui perjanan hidup mereka dan pujian daripada orang yang masih hidup, mereka ini lebih hampir di sisi Allah, jadi terlebih aula untuk kita menziarahi mereka.


Saya kurang setuju dengan mereka yang mempertikaikan tawassul/ziarah maqam para wali yang telahpun meninggal dunia, padahal kita mempunyai dalil dan hujah yang kuat. Maka, saya lebih cenderung kepada ‘boleh’ kerana dalil2 kuat yang banyak. Apa2 pun, kita tetap beri’tiqod bahawa tiada sesuatupun yang mampu member manfaat atau mudharat selain daripada Allah azza wajalla, dan mereka itu tidaklah lain dan tidak bukan hanya menjadikan wali2 itu sebagai wasilah untuk sampaikan hajat kita kepada Allah.


Inilah perkara biasa saya dan sahabat2 Indonesia lakukan tatkala menjelang musim peperiksaan, segala kitab agama yang tidak bersangkutan dengan imtihan dihentikan hanya belek2 je, fokus hanya pada talkhisan2 teman2 study group seterusnya ziarah maqam dari Hussain sampailah ke Muqottom, iaitu silaturrahim dengan para wali yang telahpun menghadap Allah s.w.t Alhamdulillah usaha telah ditunjukkan, sedikit atau banyak, yang tinggal hanyalah doa & munajat kepada-Nya.


Gimana-lah rasanya tahun hadapan, tahun setelah ini, adakah kita masih bisa bareng key kelmarin. Bagi ana perjalan yang key gini amatlah menyeronokkan, moga2 tahun hadapan kita masih bisa bareng ziarah maqam, dan salam imtihan ya buat teman2 semua, baik Malaysia mahupun Indonesia. Moga2 kita najah, allahumma amin. Selamat menempuh imtihan syafawi tanggal 6/6 ari isnin.


*Maqam yang sempat diziarahi adalah maqam s.a. Imam Hussain r.a., s.a.t. Aisyah r.a., Imam Waqi’, Imam Syafie, Abu Zakaria Yahya Al-Ansori, Imam Laith, s.a. Uqbah bin ‘Amir, s.a. Amru bin Al-‘Asr, Ibnu ‘Athoillah dll.



Monday 25 April 2011

Foto Perkahwinan Saya


Gambar Sekadar Perkongsian


Family Isteri saya


Family Saya


Terima kasih sahabat2 sekalian, mohon doanya agar kami berdua kekal bahagia di dunia dan akhirat, serta dilimpahkan rahmat yang luas daripada Allah, rahmat terhadap usia, rezeki, zuriat, dan juga pelajaran, amin.


Nama Pasangan:

Mohd Ubaidillah bin Deraman &

Aisyah Karimah binti Ahmad


Tarikh Tunang/Pernikahan:

Tanggal 31 Julai 2010 (Tunang)

Tanggal 1 April 2011 (Nikah)


Seterusnya, ana ingin ucapkan salam Rejab buat semua, banyakkan doa dan amalan sunat di bulan haram yang mulia ini. Bahkan Nabi sendiri pernah mengucapkannya setelah solat kepada para sahabat baginda “Allahumma Bariklana Fi Rajabin Wasya’ban Wa Ballighna Fi Ramadhan”. Nantikan keistimewaan peristiwa penting di bulan Rejab iaitu Isra’ Mi’raj.


*Maaf kerana lambat posting gambar untuk teman2, masih banyak foto2 nikah saya, tapi rasanya cuma ini yang cocok untuk dikongsi.


Saturday 12 March 2011

PENGUMUMAN PENTING

Majlis Pernikahan Saya,

Ubaidillah Al-Musawi & Aisyah Karimah


Kini Kami (Ubai & Aisyah) bakal memijakkan kaki ke alam perkahwinan,

memenuhi tuntutan sunnah s.a.w. dan syariat Islam, Doakan kebahagian

kami dan kebaikan kami terus mengalir dalam bidang dakwah.


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pujian tidak terhingga buat Tuhan sekalian alam, Dialah yang Maha Tunggal (Esa), Dialah yang menciptakan manusia, daripada satu jiwa (Adam), kemudian dijadikan satu jiwa lagi (Hawa) daripada jiwa yang satu, kemudian berkembang biaklah manusia daripada dua jiwa, jadilah mereka itu berbilang bangsa dan agama, dan Dia jualah yang menciptakan tiap sesuatu itu berpasangan, iaitu lelaki dan perempuan, masing2 saling memerlukan, dan segala jodoh pertemuan di tanganNya, begitu juga dengan murah rezeki dan panjang umur.


Tidak saya lupakan selawat dan salam berserta junjungan ke atas Nabi Muhammad di atas cahaya Islam dan Iman yang tersebar dan tersegam indah di atas muka bumi, yang tersemai di dalam lubuk sanubari diri yang kerdil ini, dialah Muhammad Utusan Allah, yang membawa Rahmat ke seluruh alam, dialah juga pemberi syafaat di hari manusia bimbang yang teramat sangat akan diri mereka, moga2 selawat dan salam kita yang diiringin kecintaan hakiki membolehkan kita mendapat syafaat baginda s.a.w.


Posting kali ini berhubung pengisytiharan Majlis Akad Nikah saya yang bakal berlangsung pada 1 April 2011 bersamaan 27 Rabiul Akhir bertempat di Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. Majlis Sambut Menantu pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabiul Akhir bertempat di Kg. Bukit Chatak, Dungun Terengganu. InsyaAllah saya akan dinikahkah dengan keturunan orang Mesir, Aisyah Karimah bt. Ahmad yang juga belajar di Mesir dalam jurusan hadith di Kuliah Banat, Kaherah.


Mungkin ada teman2 yang terkejut dengan tajuk posting saya pada kali ini. Saya juga terkejut. Perkahwinan yang tidak dijangka secepat ini, mungkin sudah menjadi ketentuan Illahi, dan Allah itu Maha Mengetahui di sebalik perkara yang berlaku. Saya tidak mengharapkan kritikan dan kutukan daripada sahabat2 sekalian, hati2 tatkal membicarakan tentang orang, bimbang mengguris perasaan orang lain, bukankah menyakiti hati orang lain itu ditegah oleh Nabi, bila kita nak mohon maaf kalau buat jahat sesame manusia.


Apa yang ana harapkan doa dan sokongan daripada teman2 sekalian. Kita berkahwin bukan atas nafsu semata-mata, tapi atas dasar agama yang sebenarnya, cukuplah Rasulullah sebagai ikutan yang sempurna. Saya amat berharap agar saya dan bakal isteri saya dapat menjadi persis seperti Rasullah dan siterinya, dalam menyampaikan dakwah. Tidak salah saya melatih isteri saya pandai bercakap supaya di boleh memikat hati para belia muslimat dan ibu dengan pidato2 dakwahnya.


Saya amat sedih bila ada guru, ustaz2, ustazah2, kawan2, yang masing2 memberi tanggapan negatif terhadap perkahwinan di alam belajar. Tatkala mereka datang meminta restu, lain yang mereka terima, di mana kata2 yang baik sebagai sokongan kepada mereka, sebaiknya nasihat dan dorongan supaya berlaku baik apabila sudah berumahtangga diberikan kepada mereka. Itu yang seharusnya diungkapkan oleh guru2, ustaz2, ustazah2 dan kawan. Di manakah nasihat2 yang baik dan yang indah, yang pernah kami dengar sewaktu di alam persekolahan dahulu.


Bahkan saya pernah ditanya sedemikian tatkala saya menemui cikgu2 untuk mengedarkan kad2 kahwin, lalu saya jawab, kami datang untuk minta restu dan harap cikgu2 dapat doakan kebaikan untuk kami dan bukannya menyebut perkara yang melemahkan kami, seperti, bila dah kahwin sukar untuk berjaya, nanti sijil x dapat tapi dapat anak, nanti mengandung susah nak belajar, duit nak cari kat mana, bila nak balas jasa mak ayah kalau dah kahwin, dan macam2 lagi. Bukankah anak2 juga suatu kebaikan, bukankah kahwin itu suatu nikmat dan padanya keberkatan, bukankah mengandung itu urusan Tuhan, bukankah soal rezeki Allah dah tetapkan, mana keyakinan kita pada Allah.


Dahulu kami berdua bujang, tidak mengenali antara satu sama lain,
bahkan tidak pernah bersua, akan datang semuanya bakal berakhir.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada teman2 andaikata sebelum ini saya banyak khlilaf terhadap anda sekalian, saya bakal menamatkan zaman bujang terlebih awal daripada kawan2, harap kawan2 dapat doakan kebaikan untuk saya. Buat kawan2 saya dari Indonesia khususnya Imron & Yudi, kawan2 Malaysia Wais, Fahim, Faris, Kamal, Amir dan lain, terima kasih banyak kerana setia menjadi teman bujang saya dan melayani kerenah bujangku, moga2 hubungan ukhuwwah persahabatan kekal sampai bila2, meskipun saya kahwin dulu daripada kalian.


Bagi saya, doa kalian sudah cukup, meskipun tanpa kehadiran kalian ke majlis perkahwinan saya, maklumlah masing2 ada komitmen yang harus dikomitkan. Sampai di sini sahaja jentikan jari-jemari saya kali ini, akhir sekali saya dan bakal isteri saya sekali lagi memohan kemaafan dan harapan kami semoga bahagia dunia akhirat, dan dapat mencontohi sepenuhnya sirah dan sunnah Rasulullah dalam segenap aspek, amin. Tema perkahwinan kami, HIJAU. InsyaAllah, kami akan membuat sedikit majlis di Mesir khas buat teman Malaysia & Indonesia di sana.


Sekian, wassalam…


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah


Friday 4 February 2011

MUNGKIN LAPORAN TERAKHIR

JAM 12 TELAH BERLALU

MasyaAllah, sedikit pun tidak ada perasaan belas kasihan terhadap rakyat bawahannya, itulah dia pemimpin zalim yang zalim sezalim-zalimnya, Husni Mubarak, Perdana Menteri Mesir. Jam 12 tgh malam telah menamatkan hari jumaat tapi tidak sama sekali menamatkan intifadha Mesir yang diketuai oleh Ikhwan Muslimin Syeikh Badie. Tahniah rakyat Mesir. Oleh kerana jam 12 telah berlalu, sebarang kemungkinan akan berlaku, dan bukan kerja kita cari syahid di sini, hanya orang yang malas berfikir sahaja akan terus di sini setelah tahu bahaya.


Islam tidak pernah menyuruh kita mencari bahaya, apalagi meminta bahaya datang menguji kekuatan kita. Maaf, itu pandangan secara peribadi, ini mungkin laporan terakhir, dan Al-Faqir terpaksa pulang mengikut perancangan kerajaan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bukan melarikan diri daripada perjuangan sebaliknya meneruskan lagi perjuangan. Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan untuk pulang ini. Saya terpaksa meredah bahaya atau waktu dharurat untuk tiba di kawasan pengumpulan student Malaysia awal pagi.


Selepas fajar sahaja, sekitar 12 tgh hari waktu Malaysia, Al-Faqir terpaksa berangkat. Setibanya di tempat pengumpulan, Al-Faqir dan semua student Terengganu yang berbaki akan terus dibawa ke Airport Mesir untuk dibawa ke Jeddah sebelum pulang ke Malaysia. Segala kesulitan sepanjang menjadi wartawan dari Mesir ini, Al- Faqir mohon jutaan kemaafan. Apa2 pun, jauh di sudut saya yang tidak akan pernah terpadam, untuk kembali ke sini lagi pada waktu yang Allah tetapkan.


*Mungkin Mesir akan jadi lebih teruk selepas ini, dan kebangkitan rakyat akan lebih kuat.




SELAMAT TINGGAL MESIR, SELAMAT TINGGAL SEMUA





Student Malaysia Dibawa Pulang

PELAN PIRAMID Terus Berjalan


Alhamdulillah, sebahagian pelajar Malaysia, berangkat lagi tadinya ke Lapangan Terbang Mesir untuk ke Jeddah malam ini. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Semua muslimat hampir kesemuanya sudah bertolak termasuk orang yang sudah berkahwin. Terus kami yang belum berkahwin ni macam mana? Kemungkinan yang berbaki akan pulang esok sebagai penerbangan yang terakhir, tapi saya masih tersumbat di kawasan Al-Azhar, sementara waktu keluar jam 8 pagi, moga2 saya sempat dengan trip tersebut.


Rancangannya memang x mahu pulang, tp kalu Azhar paling minimum cuti sebulan, kelas2 talaqi ditutup, perintah berkurung x tahu sampai bila, dan pelbagai kemungkinan akan terjadi, apakah saya sanggup membiarkan keluarga saya terus risau dan bimbangkan keadaan saya. Meskipun saya sudah tenangkan mereka, namun belum tentu politik Mesir dapat bertahan kalau Husni semakin angkuh dalam mengeluarkan kenyataan.


Sekarang rakyat terus marah, dan terus marah, macam mana kalau sesuatu yg buruk terjadi, minta dijauhkan. Apa2 pun saya akan cuba keluar dari kawasan bahaya tempat yang saya duduki selepas subuh waktu Mesir esok, moga2 semuanya aman. Bimbang juga kalau hari ini yang sepatutnya kemuncak berubah menjadi perhimpunan berdarah dan kebangkitan yang lebih parah.


Jujur saya katakan kepada sahabat2 sekalian, tempat kita berjuang adalah Negara kita sendiri, sementara kita di sini cumalah sebagai penuntut ilmu, tiba masa untuk kita pulang, kita harus bersiap-sedia untuk pulang. Melainkan di sini berlaku peperangan, tapi sekarang bukan peperangan yang sebenar. Tapi boleh dikatakan perang jugalah, dan mereka yang mati dibunuh oleh orang2 jahat, ditembak oleh askar2, mereka tetap syahid….


FATWA DEMO-MESIR (KRISIS MESIR)

TENTANG DEMONSTRASI MESIR


Saya sokong 100% demo intifadha Mesir dalam menggesa HUSNI MUBARAK meletak jawatan dan berundur daripada Mesir. Ini kerana seluruh rakyat Mesir sudah muak dan jemu dengan kediktatoran PM Mesir itu. Dan saya amat setuju dengan kenyataan Syeikh Yusof Qardhowi dan juga Syeikhul Azhar, yang menyokong penuh tindakan demontrasi besar-besaran ini bagi melenyapkan kebatilan dan menyerlahkan ‘haq’. Allahu Akbar.


Tapi apakah kondisi seterusnya akan lebih baik, atau lebih parah, setelah Husni berkeras daripada undur diri kononnya ini bumi saya, saya rela mati di Mesir dan tidak akan berganjak ke mana. Husni berkata demikian di dalam kaca TV Mesir, dalam ucapan ringkas beliau sebagai menjawab keluhan rakyat yang jutaan itu untuk mengundurkan beliau daripada Mesir.


Demontsrasi semakin parah apabila semakin ramai rakyat yang turun, diiukuti dengan puak2 penyokong Husni dan polis2 preman pengganas. Terbesar adalah di kawasan ibu kota Mesir, Kaheran (2juta) yang melibatkan 10 bandar besar seperti Tahrir, Majlis As-Sya’b dll. Seterusnya di Alexandria (1juta lebih), di Mansourah (1juta), di Zaqaziq (200ribu), di Terusan Suez (10ribu), dan beberapa lagi negeri yang lain. Penduduk Mesir berjumlah 70juta semuanya.


Di Mana Pelajar2 Terengganu???

Mahasiswa Terengganu Terkandas


Macam mana cuma student Terengganu yang terkandas di Lapangan Terbang Mesir, dari jam 9 pagi kelmarin sampai 9 pagi tadi waktu Mesir mereka kelaparan. Kenapa student2 lain sudah di Jeddah. Diharap keluarga mereka dapat bersabar dan bertenang, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh mereka2, dan saya tidak berani komen tentang ape yang berlaku di Airport, sebab saya tiada di sana. Cuma persoalannya, adakah mereka masih di sana sekarang? Terus bila mereka akan berlepas?


*Mereka termasuklah adik2 baru, tok Imam, dan muslimat2.


Hebatnya-KRISIS MESIR

PERISTIWA JUMAAT (Hari Ini)


"Hari ini, Husni harus undur dan keluar dari Mesir." Itulah kehendak rakyat sebagaimana yang bergema di kaca TV Mesir, Al-Jaziera dan di tempat DEMO seluruh Mesir. Meskipun penyokong HUSNI ramai yang turun hari ini, suara penentangnya lebih kuat dan bergema. Adakah sesuatu akan berlaku selepas ini. Kita tunggu dan lihat. Apa yang kita tidak mahu lihat dan tunggu, sama2 kita doakan semoga semuanya kembali pulih dan aman. Tapi keamanan hanya akan dikecapi dengan pengunduran HUSNI.


Rakyat bukan seperti lembu, selepas dihalau langsung pulang. Meskipun sejuta janji yang ditabur oleh HUSNI, rakyat tetap tidak mahu berganjak, mereka akan terus maju dan berdemo. Mereka berlapar, berjaga malam, berkawal dan bertakbir, selama seminggu lebih itu semua berlangsung. Takkan mahu pulang begitu sahaja sementara “ZALIM” tidak mahu undur. Hebatnya semangat rakyat Mesir, semoga Allah memperkuatkan dan mempersatukan ikatan ukhuwwah dan semangat mereka, dan memberi kemenangan kpd Mesir, amin.


Tolong Jangan Mengganas

Kasihankan Mereka


Betul tu, rayuan daripada seluruh ulama dunia, termasuk Syeikh Yusof Qardhowi agar pihak tentera tidak memulakan sebarang keganasan terhadap rakyat Mesir yang sedang berdemo, sebaliknya berikanlah keamanan kepada mereka, mereka hanya inginkan hak mereka sebagai rakyat terpelihara, tidak lebih daripada. Bayangkanlah ibu2, anak2, gadis2, pemuda2, orang2 tua yang berada di kawasan itu, mereka tidak bersenjata, sudah satu minggu lebih mereka bertahan semata-mata untuk perjuangan ini.


Semoga saudara kita semuanya selamat, meskipun tidak seteruk di Palestin tapi ianya mirip di Palestin, apa lagi puak2 HUSNI yang preman tidak dikenali, dan mereka menggunakan senjata dan bahan letupan buatan tangan. Kasihankanlah mereka….Laungan takbir dan hidup Mesir bergema di seluruh kawasan DEMO, di kawasan saya kelihatannya masih aman dan tidak ada riuh dan bunyi tembakan, serta pantau kenderaan udara.


Apa ini???

GAME OVER & GET OUT MUBARAK

Salam semua. Rakyat mengisytiharkan ‘game over’. Permainan kamu sudah tamat HUSNI, berambus dari bumi MESIR. Kami tidak perlukan kamu, itulah laungan yang bergema di Alexandria dan Tahrir selepas sahaja selesai solat Jumaat. Keadaan di Husain tidak dapat saya saksikan, begitu juga di Azhar, jadi beritanya kurang jelas, apalagi polis melata, bagaikan semut menenangkan keadaan DEMO yang parah itu. Meskipun kawasan itu hanya 10-20 meter dari rumah saya.


Tambahan pula amaran tangkap kepada Ajnabi di kawsan DEMO membuatkan saya jadi takut untuk melihat atau memerhati kawasan DEMO. Apa2 yang jelas, akan diberitahu oleh orang Mesir di kawsan ini kepada saya.


Khutbah di medan PERANG

KHUTBAH JUMAAT DI TAHRIR


Alhamdulillah, khutbah Jumaat tetap berlangsung meskipun di kawasan DEMO. Semangat JIHAD di kawasan DEMO terus membara di kalangan mujahid2 DEMO. Khutbah yang disampaikan oleh khatib antaranya di Tahrir, menyemai semangat untuk meneruskan intifadha ini dan menjatuhkan kezaliman HUSNI, dan hari ini hari terakhir kamu dan kezaliman kamu di bumi Mesir ini. “Berundurlah sebelum kamu diundurkan”.


Antara isi khutbah yg disampaikan ikhwan muslimin di TAHRIR (kawsan DEMO)

Kami mahukan keamanan, tidak lebih daripada itu, kami mahu kebebasan hak rakyat, kami tidak mahu ditindas, kami mahu keadilan. Kami Cuma mahu kamu berundur, kenapa kamu harus tetap di tempat kamu, tempat kamu bukan di sini. Kami mahu kamu mendengar suara kami, kenapa susah sangat untuk menunaikan hak kami.

Orang kerajaan hanya mendengar sahaja khutbah daripada penentang HUSNI, sambil bersorak-sorak.


AZHAR dikawal ketat

TERKINI JAM 12.00tgh ari, masuk ZOHOR

Al-Faqir barusan pulang dari kawasan Husain, meskipun dihalang oleh beberapa orang Mesir dan dinasihati agar tidak ke sana. Tetapi setakat tinjauan Al-Faqir, ternyata polis berkawal ketat di kawasan Husain, dan Ajnabi, warga selain Mesir tidak dibenarkan masuk, mereka diminta pasport, dan diancam untuk ditangkap. Oleh itu, saya langsung pulang, kerana tentera telah mengeluarkan perintah untuk menangkap ajnabi yang keluar waktu sekarang gara tuduhan sebahagian yg menyertai rusuhan adalah drp Ajanabi.


Solat Jumaat, tetap ada, tapi dalam keadaan tidak aman, kerana pelbagai kemungkinan, yang tidak boleh dijangka. Tunggu selepas solat Jumat sahaja. Internet sering putus, maaf kalau tidak terupdate.


KALAM SYEIKH YUSOF QARDHOWI

Beliau menyeru rakyat Mesir meneruskan intifadha MESIR ini, begi menegakkan haq dan menjatuhkan ‘batil’. Beliau member amaran kepada ulama’2 kerajaan, yang menyuarakan pandangan yg kononnya menyokong HUSNI dan sebagainya, Al-Qardhowi mengecam tindakan ulama’2 Kerajaan yg cuba menghalang intifadha ini dengan kenyataan2 buruk dan tidak islamik dan lebih kepada politik dunia smeata-mata.


Thursday 3 February 2011

Fatwa Syeikh Ali Jumaah

PANDANGAN SOLAT JUMAAT


Selepas ini terserah kepada semua untuk pergi atau tidak solat jumaat. Sekiranya merakan tidak aman, harus begi sesiapa sahaja untuk tidak menghadiri solat Jumaat. Apa lagi dijangkakan perhimpunan “giant” akan diadakan selepas solat jumaat di seluruh Mesir, termasuk di kawasan masjid Azhar dan masjid Hussain, yang mana hari terakhir untuk HUSNI MUBARAK undur telah tiba. Sekiranya dia tidak undur rakyak akan undurkan.


BERITA BARU

SEBENTAR LAGI...


Percayalah sahabat2 sekalian yang kemenangan bagi bumi Mesir dan rakyatnya adalah kemenangan bagi ummat Islam seluruh dunia khususnya PALESTIN. Ini akan memberi tamparan yang hebat dalam sejarah dunia khususnya buat ISRAEL dan AMERIKA.


Rakyat Mesir akan teruskan DEMO sekiranya HUSNI berkeras untuk tidak undur dan tidak sesekali akan meninggalkan bumi DEMO melainkan HUSNI undur tanpa sebarang tempoh yang perlu dirunding, bukankah 30 tahun sudah cukup sebagai tempoh yg sangat lama.


Tunggu berita sensasi selepas solat jumaat di Mesir, ada x tahu solat JUMAAT hari ini. Dan belum tentu saya panjang umur untuk sambung menulis, mohon doanya dr smua. WAktu Malaysia jam 7.00 mlm…Semoga dpt berita baik, amin ya Robb…


KRISIS DI MESIR

SAYA MASIH DI MESIR


Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu, Dialah yang memuliakan seseorang dan manjadikan seseorang itu hina, semuanya atas kehendakNya, Dialah yg menaikkan kedudukan seseorang dan menjatuhkan seseorang, selawat dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w., kerana risalah kenabiannya yang benar telah sampai kepada kita dan bersinar sampai hari ini, Alhamdulillah.


Alhamdulillah, Al-Faqir berada di tempat bermulanya perhimpunan DEMO menuju ke kawasan DEMO yang semakin parah sekarang di TAHRIR. Apa2 pun, Alhamdulillah, saya selamat sahaja di kawasan Husain ni, tempat saya menginap bersama-sama Mahasiswa Indonesia. Kali ini, mungkin saya tidak berkesempatan untuk menulis artikel yang panjang, sekadar melaporkan berita dari kawasan ini sahaja, dari bumi Mesir.


Hari ini sampai jam 12.00 adalah waktu perdana bagi rakyat Mesir, dan penduduk asing seperti kami, untuk menikmati keamanan, tapi setelah selesai solat Jumaat, tidak tahu apa yang akan berlaku. Ini bukan untuk menakutkan siapa2, tapi hakikat yang perlu ditelan oleh semua, mungkin kawasan anak2 Tuan dan Puan duduki sekarang aman2 jer, insyaAllah, jadi janganlah terlalu risau, cuma mungkin di kawasan Bandar/kerajaan ini akan lebih parah.


Terbaru, saya melihat orang Mesir merampas sebuah beg berisi bahan letupan di belakang masjid Azhar, saat saya yang bersendirian waktu itu keluar dari Majid Azhar kerana solat zohor. Dan keadaan ini menjadi rumit.


Maaf, tujuan saya melaporkan berita ini, kerana saya lihat akhbar2 di Malaysia lembap menyampaikan mesej kepada rakyat di Malaysia khususnya, yang risau tentang keadaan anak2 dan saudara2 mereka di Mesir ini. Maafkan saya beritahu sedemikian, hatta akhbar HARAKAH sendiri, maaf sebab terlalu jujur, tp itu hakikat yang membuatkan saya tulis selagi sempat menulis, kalu yg lain tu memang x boleh dipercayai langsung, lebih2 (Berita Harian, Utusan dll).


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi

Kuliah Usuluddin, Mesir
Mohon doanya dr semua dan selamat pulang

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner