Dua Orang Dato' yang Toda'
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang di sisiNya lah terletaknya masa, Dialah yang menguasai siang dan malam, selawat dan salam juga buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., kerana dengan selawat itulah membuktikan bahawa kita mencintai baginda lebih2 lagi dengan mengikuti segala sunnah baginda, apa lagi pada hari jumaat yang penuh keberkatan sehingga digelar "sayyidul ayyam" (penghulu segala hari).
InsyaAllah, kali ini al-faqir ingin membicarakan tentang beberapa perkara yang terjadi di Malaysia, hanya sebagai suatu perkongsian. Tidak salah, sebagai suatu keprihatinan bahawa meskipun berada jauh daripada tanahair tercinta, namun keprihatinan terhadap isu2 di Malaysia tidak pernah pudar, apatah lagi sekiranya ia berkait langsung dengan perjuangan Islam dan agama Islam itu sendiri. Pertama mengenai Dato' Fadhilah Kamsah, kedua mengenai Dato' Ibrahim Ali.
Dato' Fadhilah Kamsah
Pakar Motivasi yg kalian kagumkan...
Agaknya apa sahabat2 sekalian. Baru2 ini, dalam akhbar Metro yang bertarikh 11/12/2010 Dato' Fadhilah Kamsah ada diajukan satu soalan oleh perempuan GRO. Perempuan yang sarat mengandung tersebut mendakwa bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan melainkan menjadi seorang pelacur. Namun apa yang anehnya, jawapan yang diberikan oleh Dato' ini, ialah silakan melacur setelah bersalin untuk menyara kehidupan tetapi dalam keadaan tidak redha dengan kelakuan tersebut.
Pandai pula keluar fatwa. Ulama dahulu nak keluar fatwa, terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk mengkaji sesuatu perbahasan ataupun dalil, bukan keluar ikut sedap mulut. Kalau tidak tahu, katakan "tidak tahu". Kalau bukan bidang kita, jangan kita menyibuk. Konon2 nak tunjuk hebat, bahawa kita tahu dalam semua bidang. Jangan takabbur dengan ilmu yang kita miliki, sebaliknya hiasilah dengan sifat zuhud dan tawadhu'.
Janganlah mengulang kesilapan yang pernah dilakukan oleh Dr. Masyitah, yang menghalalkan perbuatan yang haram, yang sampai sekarang dia belum menarik balik fatwa tersebut, apakah dia mampu menjawabnya dihadapan Allah kelak. Dalam Al-Quran Tuhan sebut: "jangan kamu hampiri zina", apatah lagi berzina, lebih2 lagi haram. Sekarang anda pula mengikut jejak Dr. Masyitah. Kenapa mahu menempah tiket neraka "gratis".
Saya risau, sekiranya Dato' Fadhilah tetap dengan ucapan tersebut tanpa meminta maaf secara umum, kredibeliti anda di sisi masyarakat akan jatuh, apa lagi di sisi Allah. Ini kerana anda telah mempersendakan atau merendahkan Islam dan hukum Islam yang telah lama ulama perbahaskan. Saya tidak berani mengatakan, adakah ucapan anda itu dalam keadaan jahil atau tahu. Kalau jahil, terimalah ini sebagai satu teguran, kalau memang sudah tahu, berubahlah, semoga Allah mengampuni diri anda.
Maklumlam, anda orang yang popular, banyak pengaruh, kata2 anda akan memberi kesan kepada masyarakat, dan sebahagian daripada mereka tidak akan segan silu mengambilnya sebagai hujah untuk menghalalkan perbuatan haram mereka itu, dan sudah tentu anda akan menanggungnya, dan itu akan menjadi "amal jahat jariyah" yang berterusan, dan apakah mungkin kebaikan yang anda lakukan selama ini diterima oleh Allah atau ianya menjadi seperti tompokan air, sekali sapuan telah mengeringkan air tersebut.
Dato' Ibrahim Ali
Presiden Perkasa yg tidak sedar diri...
Satu lagi Dato' Ibrahim Ali ini. Sekarang sudah menunjukkan belangnya, mungkin kerana sudah lama tidak dihidangkan makanan yang enak, sehinggakan taringnya mula tumbuh. Elok2 sebelum ini, sehingga mendapat tempat yang selesa, tidak tahu menghargainya, bagai kera mendapat bunga, tidak tahu memanfaatkannya. Mana tidak, lupakah beliau bahawa beliau menang kerana berada di atas tiket PAS, kalau bebas semata-mata mana mungkin anda menang. Rasanya ada cermin di rumah anda, cerminlah sikit.
Kenapa sekarang beriya sangat nak Tuan Guru Nik Aziz berundur dan letak jawatan. Apa motif anda samapai nak tubuhkan gerakan mendesak perletakan jawatan Nik Aziz. Semoga orang PAS tidak terjerat dengan perangkap Dato' Ibrahim Ali, yang hanya bersifat peribadi dan bukan suara daripada masyarakat Islam di Kelantan khususnya. Boleh jadi, ini juga agenda Dato' Ibrahim dan UMNO, yang sekarang kelihatan permainannya semakin licik.
Saya benar2 yakin, begitu juga sahabat2 sekalian, bahawa kita sekarang selesa berada di bawah pemerintahan Tuan Guru yang bersungguh2 mengekalkan kedaulatan Islam di Kelantan, dan kita tidak mahukan perubahan, bahkan kita tidak pernah jemu, apatah lagi untuk menuntut supaya berundur, tiada yang lebih layak kalau dibandingkan dengan Tuan Guru, dan ajal maut itu di tangan Tuhan. Biarlah Tuan Guru teruskan dakwah di kedudukannya sekarang supaya tidak ada orang dapat ambil kesempatan.
Ayuh sahabat2 sekalian, sama2 kita contohi sirah sahabat Rasulullah, bagaimana para sahabat tidak pernah menggasak Rasulullah agak letak jawatan sebagai ketua negara atau berundur, meskipun baginda sakit, bahkan mereka mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda, bahkan tatkala Nabi wafat, mereka seolah-olah tidak percaya, begitu cepat baginda pergi meninggalkan mereka. Begitu jugalah dengan kita, sama2 doakan kesihatan Tuan Guru.
Alasan Ibrahim, yang kononnya Kelantan mundur semenjak berada di bawah pemerintahan Tuan Guru kerana kesihatan beliau yang terjejas menyebabkan beliau tidak dapat berfikir dengan baik, lebih2 lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Pembangunan seperti apa yang Ibrahim impikan, KLCC di Kelantan, Putrajaya di Kelantan, Tandas Bergerak, Hospital Bawah Tanah, apalah sangat kemajuan yang seperti itu kalau hendak dibandingkan dengan pembangunan insaniah dan kesedaran agama.
Kalau tanya kepada orang UMNO, memanglah mereka nak Tuan Guru turun takhta, dan istirehatlah, tapi kalau ditanya kepada orang PAS, orang Cina, orang India, jawapannya pasti akan mengharukan Ibrahim Ali yang buta pemandangan, pasti akan melelehkan airmata darah, kerana tidak percaya, jangan bandingkan rakyat Kelantan dengan rakyat negeri lain, dan jangan fikir material jer, kalau tidak anda sama jer dengan UMNO, yang anda kata teruk, teruk, rupanya anda adalah sebahagian daripadanya.
Khulasahnya, hentikanlah segala sandiwara wahai dua orang Dato' terhormat, yang tidaklah saya begitu hormati anda kerana tiada suluk2 Ulama' untuk saya ikuti. Meskipun anda adalah orang profesional yang elit atau pintar, bagi saya masih banyak contoh ulama2 yang boleh saya ikut dibandingkan dengan kamu, bahkan mereka lebih hebat daripada kamu. Pada kamu, apa sangatlah yang ada, yang ada cuma ini, untuk merosakkan pemikiran ummat Islam. Insaflah...dan ayuh Membangun Bersama Islam.
Sekian, wassalam...
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Al-Azhar, Kaherah, Mesir,
Kuliah Usuluddin.
0 comments:
Post a Comment