Memang mudah menuturkan kalam nasihat dan teguran namun amat sukar untuk dilaksanakan. Kita melihat hari ini, ramai sahabat2 kita yang petah bercakap, kreatif membina kalam yang manis di dalam blog, bijak dalam memberi nasihat, dan rajin dalam bertalaqqi, namun bila diseru kepadanya agar berdakwah, berpersatuan atau bersama kita untuk berjuang, maka dia menolaknya.
Kita bimbang sahabat2 sekalian, kita bimbang kalau2 itu semua menjadi fitnah terhadap apa yang telah kita perkatakan suatu hari nanti, bagaimana mungkin masyarakat mahu menerima kita, bukankah tujuan kita belajar untuk menyelamatkan masyarakat kita yang jauh terpesong daripada manhaj Islam yang sebenar, kalau begitu sudah tentu masyarakat lari daripada kita.
Jadi, tidak dapat tidak, kita kena letakkan pada diri kita bahawa kitalah pejuang2 dan pendokong2 agama Allah. Jangan hanya tahu bercakap sahaja tapi tak beramal terhadap apa yang telah diperkatakan. Teramat rugilah kita sekiranya kita hanya tahu bercakap sahaja kerana yang demikian langsung tidak menguntungkan Islam.
Kita tidak menghina ilmuan2 Islam yang banyak, kita akur akan kehebatan ilmu mereka, namun kita sedih kerana mereka tidak mampu menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah, moga2 itu bukanlah kita. Bersamalah kita fikirkan sahabat2 sekalian dan
Maka, berubahlah kita daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, untuk apa sahabat2 sekalian, tidak lain dan tidak bukan untuk Islam yang kita cintai dan sanjungi. Bersamalah kita kembalikan maruah Islam itu dengan melibatkan diri dalam perjuangan Islam dan bukan hanya pandai bercakap soal perjuangan semata-mata. Dan berani dalam menghadapi segala ujian serta tidak gentar terhadap sebarang ancaman.
Pesanan!!!
Takziah ana ucapkan kepada mereka yang suka lontar batu kemudian sembunyi tangan kerana itulah manusia yang paling dayus atas muka bumi ni, dah tahu x betul, nak kata jugak kat orang lain, dan tahniah ana ucapkan kepada sahabat2 yang berani berkata meskipun menelan pahit. Kalau sahabat orang yang teliti, sahabat akan dapati, ada sejenis makhluk tu, kalau tangan tak kutuk orang dalam satu hari kat shoutbox ni tak sah hidupnya, semoga Allah campakkan hidayah kepadanya.
0 comments:
Post a Comment