Isu Kutub Sittah berjaya didendangkan di Parlimen
Bismillah...Alhamdulillah... Assalamualaikum w.b.t.Pertamanya ana ingin ucapkan tahniah sebesar-besarnya kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), kerana akhirnya isu kutub sittah berjaya didendangkan (oleh pemimpin yang benar2 memperjuangkan suara rakyat) di parlimen. Tak sanggka pula isu ini jadi makin besar, namun kami PMRAM melihat bahawa isu ini sangat besar meskipun sesetengah pihak merasakan masalah ini kecil, sebab yang menanggungnya adalah kami...
Pada mulanya, saya merasakan sakit hati apabila mendengarkan isu kutub sittah, namun setelah membaca isu yang didedahkan oleh DESAK sedikit membuatkan hati ini rasa gembira. Dewan Parlimen bergegar apabila Zulkifli Nordin bangkit bersuara mengenai kutub sittah, tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana berani membawa suara ribuan mahasiswa Mesir.
Saya tidak tahu, apa sebenarnya motif JPMK ni, kalau memang mahu menjatuhkan PMRAM dan menggantikan dengan persatuan lain, kenapa mahu menggunakan teknik yang kotor ini, sudahlah di Malaysia dalam pilihanraya penuh dengan taktik kotor, di bumi penuh barakah pun nak guna cara yang sedemikian juga ke???Tak patut...Tak patut... Sepatutnya JPMK menjaga kebajikan mahasiswa di bumi Mesir ni dan bukannya menjadikan mahasiswa sebagai musuh.
Kalau seorang bapa menjadikan anaknya sebagai musuh, sampai bila2pun masalah tidak akan selesai, namun bila anak buat masalah kepada bapanya, seorang bapa kena tegur dengan cara berhemah, kalau guna cara yang tidak cerdik, pasti anak tadi makin benci pada ayahnya. Benci pada tindakan jahat ayah adalah wajar tapi tidaklah sampai memutuskan hubungan antara ayah dengan anak.
Begitu juga dalam masalah "kutub sittah". Rasanya PMRAM tidaklah sampai mahu memutuskan hubungan dengan JPMK yang merupakan pihak yang bertanggungjawab yang diwakili oleh Kerajaan Malaysia. Namun salahkah kalau kami mahu bersuara, bahawa kami tidak setuju dengan tindakan JPMK terhadap isu kutub sittah tersebut. Kami cuma benci dengan tindakan JPMK yang tidak wajar untuk membatalkan program kutub sittah.
Disebabkan itulah, PMRAM memohon 3 tuntutan daripada JPMK. Bagi saya tuntutan tersebut wajib dipenuhi oleh JPMK selaku seorang bapa yang berhati perut. Jika tidak, ayah(JPMK) tersebut akan hilang kepercayaan anaknya(PMRAM). Tuntutan tersebut adalah:
1)membersihkan nama PMRAM di peringkat Azhar City Center(ACC)
2)mengadakan dialog dengan mahasiswa Malaysia Mesir
3)meminta maaf secara terbuka kepada peserta2 kutub sittah & ahli2 PMRAM
Apa yang saya lihat, tindakan orang JPMK telah membuatkan nama JPMK itu sendiri t'calar baik di peringkat ahli2 PMRAM, masyayikh Azhar dan juga pemerhati2 dari Malaysia. Bahkan kesungguhan pelajar Malaysia dalam menjayakan program yang besar dan bermakna ini dipandang tinggi oleh pelbagai pihak, namun dipandang sinis oleh pihak yang dengki kepada PMRAM sehingga sanggup membatalkannya tanpa peduli apa yang akan orang kata.
Dengan beraninya saya ingin menasihati pihak2 yang terbabit ni supaya muhasabah, apakah tindakan yang telah kalian lakukan itu betul, sebab saya rasa tindakan kalian kurang cerdik dan menyusahkan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir. Banyakkan solat sunat istikharah yer, lepas tu solat sunat taubat. Selepas selesai apa yang saya cadangkan, pihak JPMK yang diketuai Prof Jamil bolehlah turun berjumpa PMRAM, tunaikan haq kamiiiiiii.....Tunaikan !!!
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada PMRAM khususnya DESAK dan khusus lagi Ustaz Alang dan tidak lupa juga kepada ahli2 PMRAM yang bertungkus lumus dalam menjayakan misi "menuntut 3 tuntutan daripada pihak JPMK yang mendakwa dirinya sebagai bapa". Bagi saya mereka memang bapa tapi bukan bapa kandung, cuma bapa tiri sahaja. Janganlah nak ikut watak dalam filem2 melayu, bapa tiri mesti berperwatakan jahat.
Kenapa saya kata JPMK cuma bapa tiri, sahabat2 boleh merujuk kepada sejarah tamadun PMRAM dan JMPK di Mesir ni. PMRAM dulu ke lahir, JPMK dulu???

0 comments:
Post a Comment