Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.
Jemput ziarah ke laman blog:
http://e-tazkiirah.blogspot.com/-mengenai perkongsian ilmiahhttp://abangbercerita.blogspot.com/-mengenai kisah2 tauladan
Kematian datang tanpa menduga
Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, pujian bagi Allah dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w., pengakhir sekalian para nabi, seterusnya sahabat2 yang setia sekalian. Setiap yang hidup pasti akan mati, seringkali kita dengar tapi masih lagi tidak faham, kalau kita faham mati itu sudah cukup untuk merubah seluruh manusia daripada jahat kepada baik, dan baik kepada yang lebih baik. Ini kerana mati itu sendiri merupakan tazkirah bagi mereka yang benar2 memikirkannya.
Dan kadang2 kematian itu datang tanpa kita duga. Dan sememangnya manusia itu tidak tahu bilakah mereka akan mati, tapi kenapa masih ada manusia yang masih sombong dan bongkak, kenapa masih ada manusia yang tamak dan haloba, kenapa masih ada manusia yang jahat dan zalim, kenapa dan kenapa? Sepatutnya kita kena muhasabah diri kita masing2, apakah kita termasuk di dalam golongan yang disebutkan tadi. Adakah kita juga tahu nasib kita selepas mati?
Persoalannya, apakah kita tahu bila kita akan mati, tidak sesekali sahabat2 sekalian, oleh yang demikian adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi detik dan saat itu, apakah cukup amalan dan ilmu yang kita miliki sekarang, apakah yang akan kita bawa nanti sebagai bekalan untuk kehidupan yang seterusnya? Hari ini kita mendengar pelbagai berita tentang kematian yang menimpa teman2 rapat kita, saudara seIslam kita bahkan keluarga kita sendiri.
Baru2 ini, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri dan yang bersejarah bagi negara Malaysia, iaitu kemalangan yang melibatkan bas Saniexpress yang memuatkan penumpang seramai 48 orang dan telah meragut nyawa seramai 1o orang. Apa yang lebih menakutkan adalah salah seorang mangsa yang terputus kepalanya, sungguh dahsyat kematian yang seperti. Apalah nasib mereka semua, dan apa pula nasib kita semua.
Yang terbaru pula sahabat2 sekalian, 3 orang mangsa kemalangan warga cina yang rentung dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 3 buat kenderaan. Ini menjadikan lagi sejarah kemalangan dan kematian ngeri di negara kita Malaysia. Siapa duga perkara tersebut berlaku, tidak ada sesiapa yang menduga yang pasti ada satu perancangan dan penetapan daripada yang berkuasa iaitu Allah.
Apakah kita mahu nasib kita berakhir dengan cara tersebut? Tidak sahabat2 sekalian, sama2-lah kita pohon supaya dijauhkan, dan memohon supaya Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik "husnul khatimah" dan bukan dengan cara yang tidak sepatutnya. Biarlah mati kita itu dalam keadaan ingat pada Allah, pada hari yang baik, waktu yang baik, tempat yang baik dan niat yang baik dengan dikekalkan iman dan Islam kepada Allah.Bersedialah untuk hari mendatang dengan amalan soleh dan jauhilah amalan yang keji.-Imam Laith As-Samarqandi-
sembang-sembang politik
Rasuah...
Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.
Apa pilihan saya?
Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
0 comments:
Post a Comment