Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatnya akhirnya saya diberi lagi peluang untuk terus menulis di alam maya ini, alhamdulillah. Rasanya dah seminggu tidak menulis, terlalu banyak perkara yang ingin saya kupas dan sentuh di ruangan ini namun apakan daya kesempatan masa bersama komputer tidak banyak kerana banyak perkara yang ingin dibuat, ingatkan duduk kat rumah belakang Azhar ni bolehlah kerap menulis artikel blog tapi tidak kerana banyak masa difokuskan untuk buku terbitan ana yang baru dan juga study.
Apa2 pun, alhamdulillah sebab dikurniakan ilham untuk berbicara topik yang tidak pernah dibicarakan oleh siapa2 pun sebelum ni. Ana bentangkan khas untuk sahabat2 sekalian, harap2 ia menjadi suatu perkongsian yang menarik dan bermanfaat, insyaAllah. Bila kita sebut simbol itu semua sudah mengetahui bahawa setiap sesuatu itu ada simbol sebagai contoh, batu hajarul aswad simbol kaabah, kaabah pula simbol haji, masjid Al-Aqsa simbol Palestin, begitu juga apa yang bakal ana sentuh iaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Nik Aziz sebagai simbol PAS, PAS pula simbol Islam di Malaysia, natijahnya TG Nik Aziz simbol Islam di Malaysia.
Sekarang umum telah melihat bahawa TG Nik Aziz adalah sebagai Ulama' yang agung di Malaysia dan tidak asing lagi dalam negara Malaysia, begitu juga dalam dunia politik, dikenali baik kawan mahupun lawan, kewibawaan beliau digeruni dan dikagumi sehingga beliau dapat membawa pengaruh yang besar di Malaysia khususnya di Kelantan. Perubahan bukan hanya pada orang melayu Islam bahkan India dan Cina samada Islam mahupun tidak.
Contoh yang terdekat boleh kita dapati pada negeri serambi Makkah itu sendiri. Keindahan Islam di Kelantan khususnya dilihat pada batang tubuh dan keperibadian TG Nik Aziz sendiri sehinggakan ramai yang masuk Islam dan sampaikan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS, itu adalah suatu petanda yang baik bagi pembentukan sebuah negara Islam pada masa yang akan datang. Bukan saya sahaja yang melihat isu dan perkembangan semasa ini bahkan para pemerhati politik sendiri berpandangan yang sama sebaga contoh Prof. Aziz Bari, Prof Agus dan ramai lagi.
Tambahan pula, baru2 ini kita mendapat berita bahawa Dato' Seri Tuan Guru Nik Aziz telah tersenarai dalam Top Muslim paling berpengaruh di tempat yang ke-42 daripada 500 tokoh, Subhanallah, sampai begitu sekali hebatnya karamah yang Allah anugerahkan pada TG Nik Aziz. Sehinggakan dunia mengiktiraf kewibawaan beliau, satu rekod sejarah yang mengejutkan dunia dan masyarakat di Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya. Ini membuktikan kemantapan TG Nik Aziz menjadi Menteri Besar lebih 20 tahun dalam mentadbir Kerajaan Islam Kelantan.
Sebab itu kita melihat bahawa orang yang benci kepada Islam menghentam dan memainkan satu persatu isu yang berkait TG Nik Aziz. Mereka menyerang dari pelbagai sudut baik televisyen, radio, akhbar2, internet dan sebagainya. Kerana mereka berpendangan untuk menjatuhkan Islam atau PAS di Malaysia dengan memburuk-burukkan TG Nik Aziz sehingga hilang populariti dan akhirnya pengaruh TG Nik Aziz akan lenyap. Namun mereka silap, tindakan mereka ini akan membuatkan pengaruh TG makin meluas.
Mereka berpandangan apabila TG Nik Aziz jatuh atau rosak imejnya, maka secara automatik PAS akan hilang kuasa dan kerajaan Islam Kelantan akan tumbang. Ini kerana PAS kuat di Kelantan yang terkenal sebagai kubu kuat di Malaysia. Kelantan pula kuat kerana dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz yang terus-menerus menaburkan sinar Islam yang indah di bumi Kelantan. Ingatlah, Islam akan digeruni sehingga akhir zaman sebab itu Islam digugat dan terus digugat. Yang penting kita bersatu dalam pertahankan ulama yang membawa Islam.
Disebabkan itulah kita lihat pada hari ini, sesetengah pihak sengaja mencari peluang lalu cepat2 memainkan isu tersebut supaya masyarakat dapat membuat penilaian. Isu tersebut dimainkan serta merta dan diputarbelitkan. Masyarakat pun silap juga, kita kenal TG Nik Aziz, kita tahu ciri2 ulama2 macam mana, jadi jangan cepat melatah dan buat kesimpulan, biar kebenaran itu diperjelaskan terlebih dahulu, dan jangan mudah percaya berita2 orang munafiq kerana orang2 munafiq dan jahat ini sentiasa menunggu peluang untuk menerkam mangsanya.
Tahniah di atas istiqamah TG dalam melalui ujian Allah yang getir selama ini, kalau saya di tempat Tuan Guru, entahlah macam mana, tapi luka dalam perjuangan itu pasti sangat sakit, engkau memang kental kerana telah berjaya melepasinya. Kita lihat satu persatu isu ditepis oleh Tuan Guru dengan penuh hikmah dan tenang. Bermula dengan isu EGM, Perdana Menteri PR, rasuah, doa laknat, isu royalti dan banyak lagi.
Kesimpulannya, sahabat2 di Malaysia khsusnya tidak perlu merasa hairanlah apabila Dato' Seri Tuan Guru diserang bertubi-tubi, dihentam habis-habisan, diambil kesempatan oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan, yang kerjanya menjatuhkan orang sahaja, apa yang penting bak kata wonderpad adalah kerjasama. Maksudnya kita hendaklah bersatu dalam menyokong kepimpinan Tuan Guru kesayangan kita, jangan sesekali biar orang lain ambil kesempatan ke atas TG kita semua.

Pertahankan Tok Guru... Pertahankan ISLAM...
drp:
Anak Muda PAS Ubaidillah Al-Mishri
Anak Muda PAS Ubaidillah Al-Mishri
2 comments:
salam saudara
semoga Tok Guru sentiasa dalam keredhaan-Nya.
Tok Guru nadi kekuatan PR di Malaysia
Salam ziarah,selamat tahun baru..
Post a Comment