Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Monday, 21 December 2009

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431

Hijrah membawa sejuta makna


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan rahmatNya yang luas, masih lagi kita diberi kesempatan untuk menghirup udara dan terus mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. pada hari yang baru, tahun yang baru dan azam yang baru. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Datuk kepada Imam Hassan dan Imam Hussai r.a. yakni baginda Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda yang tercinta.

Sekali lagi saya ingin melafazkan syukur kepada Tuhan yang telah menjadikan saya dengan sebaik-baiknya, dan telah memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan hari ini serta kekuatan untuk terus berada di dunia cyber ini(blog) bagi menyebarkan dakwah dan risalah yang dibawa oleh para Nabi dan alim ulama'. Meskipun saya bukan di kalangan mereka, namun dapat cebisan2 dan tempias2 daripada merekapun cukuplah, namun jauh di sudut hati kecil saya mengatakan ingin menjadi dan mengikut jejak langkah mereka.


Rasanya belum terlewat untuk saya berbica serba sedikit sempena kedatangan tahun baru ini dan di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H dengan slogan @ tema "tahun ini lebih baik daripada tahun lepas". Bila bercakap soal tahun baru pasti orang akan bercakap tentang soal azam baru dan dikaitkan juga dengan suatu sirah yang sangat masyhur dan tidak asing lagi bagi kita iaitu mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.


Sebelum saya menyentuh tentang hijrah membawa sejuta rahsia buat ummat Islam masa kini, sudilah saya berbicara secara ringkas tentang sejarah penting penghijrahan baginda s.a.w. dari kota Makkah ke kota Madinah. Sebelum itu sudah berlaku 2 kali hijrah para sahabat iaitu ke Habsyah dan juga peristiwa penting yang dilalui oleh Rasulullah iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj dalam tempoh sebahagian malam sahaja, subhanallah...Setelah itu, kita lihat pula apakah sebab Rasulullah dan ummat Islam berhijrah?

Maka di sana ulama' membincangkan tujuan Rasulullah berhijrah meninggalkan Makkah sebagai tanahair tercinta, apakah hukumnya? Di dalam tafsir Al-Qurtubi ada menyebut bahawa hukum meninggalkan tanahair ada 3 yaitu wajib, harus dan haram. M
aka penghijrahan Nabi s.a.w. adalah wajib demi menegakkan Islam, ini kerana Islam terhalang di tanahair dan disiksa dengan teruk. Maka penghijrahan Nabi adalah bersebab antaranya, siksaan yang amat teruk ke atas Nabi dan ummat Islam, jemputan penduduk Madinah, wahyu dan perintah daripada Allah.

Syeikh Ramadhan Al-Buty ada menyebut bahawa bermula penyiksaan yang teruk dan ujian yang dahsyat ini khususnya kepada baginda s.a.w. adalah setelah kewafatan bapa saudaranya Abu Thalib bin Abdul Muttalib dan isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Ini kerana, mereka berdua adalah tempat bergantung Rasulullah dalam perjuangannya. Maka di sana ulama' saling berbincang, kenapa Rasulullah bersedih dan mengadu kepada Tuhan di saat ditimpa ujian dengan kerenah masyarakat kaum Makkah pada ketika itu?

Maka, jawab Syeikh Ramadhan, ini adalah kerana Allah sengaja mematikan Abu Thalib dan Khadijah yang merupakan tempat pergantungan Rasulullah untuk membuktikan bahawa Allah bersama Nabi Muhammad dan untuk memastikan supaya Nabi Muhammad sentiasa meletakkan pergantungannya kepada Allah dan bukan kepada makhluk yang lain. Jadi, musuh Islam tidak boleh menyebarkan fitnah dengan mengatakan bahawa Rasulullah berjaya kerana adanya Abu Thalib yang sentiasa melindungi baginda dan Khadijah yang banyak hartanya.

Ada satu lagi perbahasan yang dibawa oleh ulama' kenapa Allah harus menguji hambanya Muhammad s.a.w., ummatnya dan kita semua, sedangkan Allah mampu untuk memenangkan terus Islam? Sebelum menjawab persoalan itu, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa tidak Allah terus masukkan sahaja hambanya ke dalam syurga atau neraka tanpa perlu bersusah payah menghidupkan kita di dunia ini? Kata guru saya Syeikh Ruhy Al-Murabbi, persoalan kedua itu sudah memadai sebagai jawapan.

Namun begitu, saya tetap juga ingin menjawabnya dengan jawapan ulama' yang lain sebagai renungan dan perkongsian kita bersama. Tujuannya adalah kerana ingin menguji manusia manakah baik amalannya dan supaya mengabdikan diri kepada Allah serta memperlihatkan kehebatan dan kekuasaannya kepada ciptaannya. Dan Allah sengaja berbuat demikian supaya manusia tidak berdalih dan meminta hujah kelak terhadap apa yang Allah laksanakan kerana Allah sendiri memberi pilihan kepada hambanya. Ini juga dapat membuktikan keadilan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluk ciptaannya.

Nabi, para sahabat dan ummat keluar senyap2 pada malam peristiwa hijrah bagi mengelakkan sekatan daripada kafir Quraisy. Pada malam tersebut juga Abu Jahal mengupah setiap wakil kota yang berjumlah 12 kota semua sekali untuk membunuh jasad yang mulia baginda s.a.w. Namun, sehebat-hebat perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah, benarlah firmanNya, Allah yang tidak pernah membiarkan kekasihnya keseorangan, lalu beritahu akan perancangan busuk Abu Jahal itu kepada Nabi s.a.w.

Apa itu 2 firman Allah?
1. Mereka merancang tipu daya, dan Allah juga merancang tipu daya, dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah
2. Sesungguhnya Allah memelihara Rasulnya

Kemudian baginda s.a.w yang bijak ini menyuruh Ali yang ketika itu masih kecil untuk menggantikan tempat tidur baginda lalu baginda dan Abu Bakar berangkat secara perlahan-lahan menuju ke Gua Thur. Bersembunyilah mereka di sana selama 3 malam dengan dihantar makanan oleh Aisyah dan juga Asma'. Namun berlaku satu peristiwa ajaib di mana labah-labah telah menyelamatkan nyawa Rasulullah dengan membina sarangnya di muka pintu gua sehingga menyebabkan orang kafir Quraisy yang sudah berada di situ tidak merasakan bahawa Rasulullah berada di dalam gua tersebut dek sarang labah2 itu tadi.

Ketika berlakunya hijrah, Nabi dan ummat Islam sampai di Quba' lalu Nabi mengarahkan supaya membina masjid di situ. Maka terbinalah masjid yang pertama dalam sejarah Islam, maklumlah kewajipan solat baru sahaja difardhukan, kerana Isra' dan Mi'raj berlaku sebelum berlakunya peristiwa hijrah Nabi dan ummat Islam. Kemudian baginda dan ummat Islam tiba di perkampungan Bani Salim bin 'Auf pada hari Jumaat. Maka Nabi dan ummat Islam membina sebuah masjid lagi untuk dikerjakan solat Jumaat yang pertama.

Akhirnya Nabi dan ummat Islam telah tiba ke Madinah dan disambut dengan meriah oleh orang Ansar. Mula2 yang Rasulullah buat setelah tiba ke Madinah adalah membina masjid sebagai pusat ibadat, pusat pergerakan dakwah dan juga sebagai pusat kemasyarakatan. Kemudian Rasulullah telah mempersaudarakan golongan Ansar(Madinah) dan Muhajirin(Makkah). Selepas daripada itu terbinalah sebuah empayar Islam yang hebat di Madinah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Makkah, subahanallah. Tidak benarkan janji Allah: Sesungguhnya kemenangan itu sudah hampir.

Namun Allah tidak memberi kejayaan dengan percuma atau dengan mudah2, melainkan Allah akan uji dengan ujian yang selayaknya kita tanggung. Lihat Rasulullah, dimaki, dihina, dicaci, dicederakan namun tetap sabar dalam perjuangan Islam sehingga Islam menang sebelum kewafatan baginda. Namun sudah menjadi rutin perjuangan mesti melalui penderitaan dan jerih payah dalam menegakkan kebenaran. Kemenangan Islam bukannya datang bergolek melainkan dengan pengorbanan jiwa, harta dan tenaga.

Oleh sebab itu, perjuangan yang tiada padanya pengorbanan dan kesusahan maka tidak dinamakan perjuangan. Kalau kekasih Allah Muhammad s.a.w. diuji dengan sedemikian rupa, apatah lagi kita, lebih2 lagi patut diuji apakah kita ini benar2 sayang akan perjuangan Islam atau kerana kebendaan. Maka suka ana sebut di sini, bahawa Allah tidak memenangkan Islam kesemuanya, negara yang peroleh kemenangan diuji oleh Allah dengan kekalahan, melainkan kemenangan di akhir zaman iaitu kemenangan Islam secara besar-besaran yang diketuai oleh Imam Mahdi.

Oleh sebab itu, ada 3 kemenangan bagi orang Islam:
1. Kemenangan akhir hayatnya(mati sebagai muslim)
2. Kemenangan akhir zaman(bersama kepimpinan Imam Mahdi)
3. Kemenangan di akhirat(syurga yang abadi)

Namun penghijrahan tersebut telah berakhir setelah berlakunya pembukaan Kota Makkah. Dan Islam sudah bertebaran di merata dunia. Dahulu Islam masih lagi asing dan perlu diperkenalkan sehingga terjadinya dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terang-terangan selama 10 tahun, kemudian penghijrahan, kemudian peperangan demi peperangan. Apa yang tinggal sekarang dan disebut oleh baginda s.a.w. adalah "tiada lagi hijrah selepas kemenangan, yang tinggal hanyalah hijrah dari segi niat dan jihad".



1 comments:

UstazCahaya said...

Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner