Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday, 9 January 2010

Isu Penggunaan Nama Allah

Bukankah Allah untuk semua ???


Bismillah, Alhamdulillah, ke hadrat Allah saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas pelbagai nikmatNya, dan terbentangnya ilmu yang luas di atas muka bumi ini, namun luas lagi ilmu Allah, subhanallah, selawat dan salam saya hulurkan Nabi junjungan mulia, para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda yang tercinta.

Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi saya kelapangan untuk berbicara tentang isu kalimah Allah ini oleh agama lain, saya ingin bercakap atas dasar fakta dan kalam2 ulama, bukan daripada keterbatasan ilmu saya, jadi saya hanya berkongsi atas apa yang saya belajar dan sepanjang bersama para ulama' yang ramai di Mesir ini. Di sini juga, saya menyeru agar para blogger khususnya Azhari, agar tidak mengulas isu penggunaan kalimah Allah ini oleh agama lain atas status blogger namun namun atas dasar ilmuwan @ pendakwah. Kalau tidak tahu, jangan gatal2 beri pendapat atau pandangan, nampak sangat kejahilan agama.

Baru-baru ini. hangat diperkatakan di Malaysia, apabila Mahkamah memenuhi tuntutan akhbar Herrald dalam menggunakan nama Allah di dalam akhbarnya bagi tujuan pebyebaran agama Islam. Ummat Islam bangkit menyatakan kemarahan dan ketidaksetujuan mereka dalam isu ini, dan perkara ini menjadi kontroversi dan ummat Islam di Malaysia secara hakikatnya tidak boleh menerima penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Kalau sebelum ini, mereka boleh terus menyebarkan agama mereka meskipun tanpa menggunakan nama Allah, dan isu ini tidak pernah wujud dan bangkit, namun kenapa tiba2 sahaja isu ini dibangkitkan, seolah-olah mereka sengaja mencari pasal dengan ummat Islam di negara Malaysia, atau ada sesuatu yang cuba mereka rancangkan. Mereka seolah-olah mahu mencabar sensitiviti orang Islam.

Akibatnya, apa yang berlaku, sebuah gereja telah dibakar. Sesuatu perkara yang hendak dilakukan mestilah difikir berulang-ulang, maklumlah Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang agama. Biarlah sesuatu tindakan atau pandangan itu saling meraikan antara satu sama lain. Supaya negara kita terus kekal dalam suasana yang aman, harmoni dan damai sentiasa.

Sikap terburu-buru dan tindakan tidak cerdik, telah mencetuskan kemarahan orang Islam yang fanatik. Golongan ini lebih bersikap terburu-buru tanpa fikir apa2 risiko, kita sangat risau dengan golongan ini yang akhirnya menimbulkan permusuhan kedua-dua belah pihak. Orang Kristian akan menyangka bahawa ini semua perancangan orang Islam, kemudian akan muncul pula tindakan daripada orang Kristian yang fanatik, hasilnya tidak membawa tuah kepada negara.

Mereka(kristian) mendakwa bahawa mereka membuat tuntutan atas dasar hak kebebasan beragama sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, jangan kita lupa bahawa dalam perlembagaan negara juga termaktub hak keistimewaan agama Islam dan orang Melayu. Kalimah Allah ini adalah keistimewaan bagi orang Melayu dan agama Islam dan perkara ini sudah menjadi sinonim, maka wajar dihormati oleh agama2 lain.

Satu lagi, kenapa isu ini dibincangkan di mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah, bukankah isu ini berkaitan agama. Perkara inilah yang membuatkan kita bertambah curiga bilamana isu ini tidak dibincang di mahkamah yang sepatutnya. Ini kerana mahkamah sivil tidak berhak atau layak langsung membicarakan soal ini kerana ia berkaitan soal agama dan bukan soal jenayah atau yang sewaktu dengannya.

Kalimah Allah adalah tidak wajar digunakan oleh agama lain apabila melihat kepada realiti kehidupan di Malaysia. Kalau di Mesir memang kalimah Allah digunakan oleh semua penganut agama lain dan menjadi sebutan harian mereka. Namun ibarat di Mesir dan Malaysia tidak boleh dijadikan hukum atau hujjah, kerana suasana di Malaysia adalah berlainan dengan keadaan di negara2 lain kerana "Allah" adalah sinonim untuk orang Islam sahaja.

Allah bermaksud Tuhan yang layak disembah. Dalam ajaran Kristian, mereka mengamalkan konsep 3 Tuhan, maka kalimah Allah tidak sesuai untuk agama Kristian dan tidak akan sama atau akan sampai maksudnya sekiranya ada penyembahan selain daripada Allah. Ini kerana Allah itu satu dan tidak ada dua atau tiga, tidak ada suatupun yang dapat menyainginya kerana Dia adalah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Maka adakah layak mereka menggunakan nama Allah sedangkan mereka mengtigakan Allah. Pantas atau layakkah kalimah Allah digunakan sedangkan tidak memenuhi langsung kriteria sebagai Tuhan. Sebagai contoh, adakah api yang panas boleh dinamakan "ais" sedangkan ia sememangnya bersifat panas? Tidak mungkin sama sekali, maka ia akan mengelirukan orang lain, begitu juga dengan kalimah Allah ini, ia akan mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.

Akhirnya, adakah patut kita membiarkan agama Kristian merebak atau tersebar dengan luas di negara ini. Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Islam, maka ia adalah hak milik orang Islam, maka kita tidak boleh sama sekali membiarkan mereka memijak kepala kita atau mengambil kesempatan ke atas kita, itu tidak bermakna kita menindas atau menyekat kebebasan mereka.

Namun, mereka perlu hormat dan rai kita sebagai pemilik negara dan masyarakat majoriti yang beragama Islam, yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Oleh itu, kita perlu menyekat penyebaran agama lain seperti, menambahkan bilangan rumah ibadat, menyebar risalah memburukkan agama Islam dan banyak lagi. Kita tetap menjaga kebajikan mereka dalam masa yang sama kita memelihara kesucian agama Islam daripada dicemari.

Sebenarnya, erkait tentang isu penggunaan kalimah Allah, saya ada membuat beberapa rujukan dan perbahasan dengan ulama, antaranya Syeikh Ruhy Murabbi. Sesungguhnya saya tidak sesekali berani memberi pandangan dalam soal hukum melainkan saya sandarkan kepada ulama'2 sahaja, yang telah banyak membuat rujukan dan mahir dalam selok belok hukum hakam.Maka saya rasa perbahasan ini harus saya muatkan dalam blog ini khusus untuk ahli2 blog saya dan sahabat2 saya yang sentiasa menyokong nukilan2 saya dalam blog ini.

Akhirnya, terhimpun sudah kalam saya, bukan dalam keadaan dirancang, cuma secara spontan, kerana saya tidak berani mengemukakan kalam2 guru saya, dan artikel khas saya mengenai soal hukum penggunaan kalimah Allah oleh agama lain berdasarkan realiti Malaysia. Boleh jadi saya takut kalau2........tidak mengapalah cukuplah sebagai suatu renungan bersama dan sebagai tanda saya mengambil berat isu2 semasa yang berlaku di Malaysia.

Tuesday, 29 December 2009

Ucapan Takziah

Ad-Da'ie Ubaidillah Al-Mishri ucapkan
takziah kepada keluarga mangsa

10 orang jenazah mangsa kemalangan ngeri

Assalamualaikum w.b.t.

Segala pujian bagi Tuhan yang Maha menghidupkan dan Mematikan, selawan dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa memberi peringatan kepada ummatnya akan ancaman daripada TuhanNya.

Buat keluarga mangsa kemalangan...

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, yang hidup akan mati, mati bukan beerti penghujung kepada kehidupan bahkan merupakan suatu permulaan bagi kehidupan yang sebenarnya. Maka ingatlah bahawa segala kemudahan yang ada di dunia hanyalah untuk mendapatkan akhirat, dan sangat beruntunglah orang yang memikirkannya. Sesungguhnya Allah menjadikan kematian orang2 yang terdekat supaya kita mengambil iktibar daripada kematian mereka dan kehidupan sebagai seorang hamba tetap perlu diteruskan.

Oleh itu, teruskanlah kehidupan kalian, yang pergi biarkan pergi, relakanlah pemergian mereka dan kenangilah segala jasa baik mereka, yang penting doakan kesejahteraan arwah supaya rohnya ditempatkan bersama roh2 orang yang soleh. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan disedeqahkan kepada mereka, InsyaAllah semoga pahala sampai kepada mereka dan sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba2-Nya. Semoga Allah memberi ketabahan kepada kalian semua di atas pemergian ahli keluarga yang tersayang.

suasana ketika mengeluarkan mangsa kemalangan

Saya juga turut bersimpati terhadap kalian semua atas kematian ahli keluarga yang tersayang, meskipun saya sekarang berada di Mesir namun itu tidak menghalang saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia. Video yang saya tonton mengenai kemalangan tersebut cukup menyayat hati dan menginsafkan saya. Tapi percayalah bahawa Allah lebih menyayangi mereka dan pertemuan mereka dengan Sang Murabbi telah tiba. Yang pasti giliran kita pula akan tiba.

Akhirnya, terimalah dengan redha kematian mereka semua dan senantiasalah mendoakan mereka, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang berat ini.

Sekian...wassalam...

daripada:
Ad-Da'ie Mohd Ubaidillah Al-Mishri
Pelajar Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Sudah Dekat ???

Kematian datang tanpa menduga

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pujian bagi Allah dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w., pengakhir sekalian para nabi, seterusnya sahabat2 yang setia sekalian. Setiap yang hidup pasti akan mati, seringkali kita dengar tapi masih lagi tidak faham, kalau kita faham mati itu sudah cukup untuk merubah seluruh manusia daripada jahat kepada baik, dan baik kepada yang lebih baik. Ini kerana mati itu sendiri merupakan tazkirah bagi mereka yang benar2 memikirkannya.

Dan kadang2 kematian itu datang tanpa kita duga. Dan sememangnya manusia itu tidak tahu bilakah mereka akan mati, tapi kenapa masih ada manusia yang masih sombong dan bongkak, kenapa masih ada manusia yang tamak dan haloba, kenapa masih ada manusia yang jahat dan zalim, kenapa dan kenapa? Sepatutnya kita kena muhasabah diri kita masing2, apakah kita termasuk di dalam golongan yang disebutkan tadi. Adakah kita juga tahu nasib kita selepas mati?

Persoalannya, apakah kita tahu bila kita akan mati, tidak sesekali sahabat2 sekalian, oleh yang demikian adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi detik dan saat itu, apakah cukup amalan dan ilmu yang kita miliki sekarang, apakah yang akan kita bawa nanti sebagai bekalan untuk kehidupan yang seterusnya? Hari ini kita mendengar pelbagai berita tentang kematian yang menimpa teman2 rapat kita, saudara seIslam kita bahkan keluarga kita sendiri.

Baru2 ini, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri dan yang bersejarah bagi negara Malaysia, iaitu kemalangan yang melibatkan bas Saniexpress yang memuatkan penumpang seramai 48 orang dan telah meragut nyawa seramai 1o orang. Apa yang lebih menakutkan adalah salah seorang mangsa yang terputus kepalanya, sungguh dahsyat kematian yang seperti. Apalah nasib mereka semua, dan apa pula nasib kita semua.

Yang terbaru pula sahabat2 sekalian, 3 orang mangsa kemalangan warga cina yang rentung dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 3 buat kenderaan. Ini menjadikan lagi sejarah kemalangan dan kematian ngeri di negara kita Malaysia. Siapa duga perkara tersebut berlaku, tidak ada sesiapa yang menduga yang pasti ada satu perancangan dan penetapan daripada yang berkuasa iaitu Allah.


Apakah kita mahu nasib kita berakhir dengan cara tersebut? Tidak sahabat2 sekalian, sama2-lah kita pohon supaya dijauhkan, dan memohon supaya Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik "husnul khatimah" dan bukan dengan cara yang tidak sepatutnya. Biarlah mati kita itu dalam keadaan ingat pada Allah, pada hari yang baik, waktu yang baik, tempat yang baik dan niat yang baik dengan dikekalkan iman dan Islam kepada Allah.

Bersedialah untuk hari mendatang dengan amalan soleh dan jauhilah amalan yang keji.
-Imam Laith As-Samarqandi-

Sunday, 27 December 2009

Hasil Karya-ku

4 buku yang perlu disiapkan
Ya Allah! Permudahkanlah...
hasil karyaku yang pertama

Di sini saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya lambat mengupdate blog ini. Maklumlah saya sekarang sibuk menyiapkan buku keluaran saya yang seterusnya. Target saya adalah sebelum julai 2010 tahun baru ini. Masa yang ada terlalu singkat, kelas yang banyak, tutorial untuk peperiksaan, program bersama syeikh dan banyak lagi membuatkan masa saya untuk berhadapan dengan komputer terlalu sempit hinggakan terpaksa tidak tidur di malam hari dan tidur selepas zohornya dan kadang2 tidak tidur langsung.

Meskipun begitu, saya tetap dan terus akan menjayakan misi menyiapkan 4 buah kitab tersebut sebelum tarikh yang disebutkan. Bagi saya, kitab yang bakal saya terbitkan nanti sangat berguna khususnya untuk para remaja dan masyarakat kampung di Malaysia nanti, dan ini juga sebagai hasil pembelajaran saya di Mesir dan sebagai perkongsian setakat yang mampu saya lakukan. Pernah guru saya berpesan supaya menyebarkan ilmu setakat yang kita mampu usahakan untuk mereka.

Atas dasar itulah, maka saya cuba untuk membantu mereka dan bukanlah matlamat saya untuk mencari nama, wang dan populariti dalam arena penulisan, tapi semuanya adalah demi Islam yang saya cintai, cukuplah Allah sebagai saksi dan saya tidak perlukan kritikan sahabat2 sekalian, apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan daripada pembaca sekalian. Itu sahaja. Buku yang bakal saya terbitkan adalah Al-Qisah ke-2, Al-Mauizoh Min Akhy, Hadith 40 orang awam dan Mukhtasor Tanbihil Ghafilin.

Al-Qisah ke-2
-buku ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan saya dalam Al-Qisah yang pertama, satu2-nya hasil karya saya yang mendapat sambutan baik khususnya dikalangan pelajar2 perempuan dan kanak2. Buku ini berkisar tentang cerita2 menarik daripada para nabi, para sufi, para wali, para ulama' dan juga orang2 yang soleh. Saya cuba karang dengan bahasa saya sendiri berdasarkan daripada daripada rujukan2 saya, dan juga ceramah ustaz2 di Malaysia. Maka kali ini saya akan memuatkan cerita yang lebih menarik dan lebih sahih untuk tauladan kita bersama.

Al-Mauizoh Min Akhy(Nasihat daripada abangku)
-buku ini pula berkisar tentang 15 nasihat yang berguna khusus untuk remaja2 & sahabat2 di peringkat sekolah dan kolej2(atau universiti2). Nasihat ini adalah daripada belasan ulama yang saya himpun menjadi satu koleksi yang bermanfaat dalam buku saya ini dengan pengolahan daripada saya sendiri berdasarkan rujukan saya dalam kitab2 dan pengajian saya bersama para ulama di Mesir ini. Cuma saya mendatangkan setiap perbandingan dalam setiap nasihat dan juga kisah2 yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Mukhtasor Tanbihil Ghafilin(Ringkasan Peringatan bagi orang yang lalai)
-sebenarnya saya belum memikirkan nama yang sesuai bagi buku ini, cuma apa yang saya boleh beritahu di sini adalah, buku ini adalah ringkasan daripada kitab arab "tanbihul ghafilin" yang dikarang oleh Imam Laith As-Samarqandi. Kitab ini tebalnya dalam 420 ms dan dalam bahasa Arab, namun saya cuba terjemah daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dalam bentuk ringkasan dan bukan semuanya. Bagi saya buku ini sangat bagus untuk semua lapisan dan perbahasan di dalamnya sangat menarik.

Hadith 40 untuk orang awam
-buku ini pun sama sahabat2 sekalian, saya masih memikirkan tajuk yang sesuai untuk buku ini. Tapi yang pastinya, buku ini menghimpunkan 40 hadith khusus untuk orang awam iaitu masyarakat kampung ataupun bandar tapi peringkat awam. Ia juga berkisar tentang nasihat, amaran dan tauladan. Buku ini saya karang khas untuk pengajian dengan masyarakat nanti, di mana mereka akan menggunakan buku ini ketika saya mengajar. Maka saya tidak bercakap seorang diri, bahkan berinteraksi dengan mereka semua, maka pengajian yang seperti ini tidak akan boring atau bosan.

Saya nak tekankan sedikit lagi tentang penghasilan buku hadith 40 untuk orang awam, tujuan saya karang buku ni kerana 2 sebab, pertama untuk ambil barakah bagi mereka yang karang dan hafaz 40 hadith nabi dan kedua untuk mengambil barakah ulama' yang mengajar menggunakan kitab sambil anak2 muridnya menadah kitab yang sama. Moga2 usaha dan niat baik saya diterima oleh Allah s.w.t.

Ulangtahun Peristiwa tsunami ke-5

Tsunami mengajar erti hakikat
sebenar manusia diciptakan


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan selawat saya ucapkan. Saya melafazkan syukur kepada Allah kerana mencetuskan idea untuk saya untuk menulis sedikit mengenai peristiwa tsunami, kalau tidak banyak, sekadar yang termampu tanda takut pada kekuasaan Allah yang Maha Agung ini. Seterusnya doa sejahtera kepada sekalian mangsa tsunami semoga Allah mencucuri rahmat kalian yang Islam dan menempatkan kalian bersama orang2 yang soleh, tidak lupa juga takziah dan banyakkan bersabar buat keluarga mangsa.


Sahabat2 yang dicintai,


Peristiwa 26 desember 2004 adalah peristiwa bersejarah dalam dunia yang mengorbankan begitu banyak nyawa dalam sekelip mata, kata guru saya Syeikh Taha Rayyan pakar tafsir di bumi Mesir ni, ketika mensyarahkan ayat dalam surah baqarah dan ketika membicarakan perbezaan antara musibah dan musyaqqah. Musibah ini adalah perkara yang tidak diduga dan ia ditentukan oleh Allah dan merupakan suatu azab atau peringatan akibat ingkar kepada hukum2 Allah. Tujuannya supaya manusia kembali kepada Allah dan hukum2 Allah.

Maafkan saya, saya tidak mampu untuk bercakap panjang mengenai peristiwa bersejarah ini, tapi apakan daya, masa saya berhadapan dengan blog ini terlalu singkat kerana saya sibuk dengan komitmen yang lain, cuma saya hanya tidak mahu diri saya dan sahabat2 lupa akan peristiwa dahsyat ini dan sama2 mengambil pengiktibaran daripada musibah yang Allah telah timpakan kepada ummat Islam khususnya. Disebabkan itulah saya tetap ingin menulis juga meskipun hanya sekadar ringkas.

Secara ringkasnya, apa yang Allah timpakan kepada kita akan tsunami yang meragut banyak nyawa saudara2 kita adalah supaya kita ingat akan suasana di akhir penghujung dunia nanti, iaitu saat2 dunia menghadapi saat kehancuran, di mana manusia sudah tidak memikirkan teman2 mereka, yang mereka fikir adalah diri mereka selamat daripada bala' tersebut, lihatlah hakikat peristiwa tsunami yang telah berlaku itu, begitu jugalah keadaannya di hari qiamat, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Hakikatnya, selepas semua peristiwa itu tamat, manusia mula mencari teman2 yang mereka kasihi, sanak-saudara yang mereka sayangi dan sebagainya, namun semua itu hanya menjadi penyesalan dan kesedihan yang tidak sesekali akan mengembalikan nyawa mereka yang telah melayang. Perkara tersebut pula menggambarkan kepada kita, di mana manusia mula menyesal kerana tidak mempraktikkan apa yang mereka pelajari dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah, sehingga mereka rasa menyesal dan ingin kembali semula.

Di sana juga kita melihat, bagaimana Allah yang Maha Agung menunjukkan keagungannya dengan menyelamatkan satu2-nya masjid, iaitu rumah Allah. Ia menjadi bukti kebesaran Allah s.w.t dan telah menyebabkan sebahagian orang bukan Islam memeluk agama Islam kerana yakin akan kebenaran agama Islam dan hanya dengan Islam sahajalah mereka akan selamat, dan orang Islam pula semakin bertambah iman mereka khususnya masyarakat Acheh, yakin akan kata2 Allah, "bahawa setiap jiwa yang hidup akan mati" dan "maka tunggulah saat pembalasan".

Orang2 yang berada di masjid itu juga diselamatkan oleh Allah, sebagai bukti kebesaran Allah yang Allah perlihatkan kepada mereka yang benar2 mempunyai akal, supaya berfikir, bahawa hanya Allah sahaja tempat pergantungan dan bukannya harta, anak-pinak, para pemimpin dan sebagainya, semua binasa melainkan yang dikehendaki Allah sahaja, tidak kira kaya atau miskin, putih atau hitam. Allah telah memperlihatkan kepada mereka titik2 kehancuran di hadapan mata mereka sendiri, tentera Allah yang hebat telah membinasakan harta2 yang mereka kejarkan.

Maka, apa yang penting dalam kehidupan ini sebenarnya adalah taqwa kepada Allah semata-mata dengan meletakkan segala pergantungan hidup kepadaNya. Sebagai bukti taqwa dan cinta kepada Allah hendaklah kita sedaya upaya melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Maka musibah yang telah berlaku ini benar2 ada hikmahnya, benarlah kata2 Allah, tidak aku timpakan sesuatu dengan sia2.

Tidak dinafikan kesedihan atas perkara yang berlaku itu tetap tidak dapat diketepikan, dan memori buruk itu juga tidak dapat dilupakan, namun sebagai ummat Islam dan hamba Allah kita kena ingat, bahawa kita akan kembali juga suatu hari nanti kepada Allah, maka tidak perlulah sombong dalam menjalani kehidupan dunia yang sementara ini, dan jangan pula sesekali menindas golongan yang lemah, perhatikanlah baik2 balasan2 Allah kepada kita, dalam sedetik sahaja beratus ribu rakyat dunia mati, dan di hari qiamat nanti, satu suara seruling akan mematikan kita semua.

Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menghadapi hari tersebut?

Tahniah Adik2-ku

Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?


antara 52 adik2 pelajar SMAASZA yang mendapat 9A
dalam PMR "09" baru2 ini, sekalung tahniah diucapkan dari Mesir.

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah dan tidak lupa selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad, kesyukuran yang tidak terhingga juga kerana diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk menukilkan sedikit peristiwa indah ini yang turut membuatkan saya merasa bangga meskipun tiada apa2 kaitan dengan saya, yang penting kenangan saya bersama gambar2 di atas itu tidak pernah dan akan saya lupakan.

Dengan bismillah saya mulakan bicara, semoga dengan redha Allah sentiasa bersama, amin. Slogan "kalau bukan kita, siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi, bukan slogan yang baru tapi slogan sejak saya dibangku sekolah itu lagi, namun dikekalkan. Solgan itu diungkapkan oleh Tuan Pengetua yang sama iaitu En. Hasyim bin Embong, satu2-nya pengetua yang hebat pernah saya jumpa, cekap, baik dan amanah.

Pada pandangan saya, slogan di atas bukan sembarangan slogan, tapi merupakan slogan azimat yang berhasil menaikkan nama SMAASZA, dulu, kini dan seterusnya. Hasil kecekapan pimpinan Tuan Pengetua, dengan kerjasama dan penglibatan tungkus-lumus anak2 didik SMAASZA dengan para pendidik.

Akhirnya tangga 24 disember 2009 SMAASZA berjaya mencipta nama dalam PMR 09 dengan mencatat 52 orang mendapat 9A dan merupakan antara 10 sekolah agama yang terbaik. Tahniah diucapkan, kepada semua, bermula daripada SMAASZA yang dipimpin oleh En. Hasyim bin Embong, seterusnya para pendidik dan akhirnya adik2 SMAASZA yang dicintai dan dirindui sekalian.

Nukilan kali ini ingin membicara tentang kejayaan adik2 PMR 09. Masih lagi terimbau mengingatkan kenangan kita bersama sama ketika abang menjadi "senior" kalian atau "ustaz" kalian ataupun "warden" kalian. Untuk pengetahuan, semasa di SMAASZA saya lebih dikenali sebagai "abang" kepada pelajar2 lelaki dan "ustaz" di kalangan pelajar2 perempuan.

Semasa mereka tingkatan 1, saya Thanawi 3, semasa mereka tingkatan 2 pula saya menjadi warden mereka dan ustaz kepada sebahagian daripada mereka dalam subjek Al-Quran. Kini mereka telah tamat tingkatan 3 dan bakal menjejakkan kaki ke alam tingkatan 4 dalam beberapa hari sahaja lagi, sungguh cepat masa berlalu. Usia kalian makin meningkat, harapnya juga agar akhlak kalian juga meningkat sebagaimana meningkatnya usia.

Kenakalan mereka itu masih tidak dapat saya lupakan, maklumlah semunya mempunyai ragam dan watak yang berbeza dan yang tersendiri, maka terpaksalah melayan kerenah mereka semua ini. Namun, kalian semua bakal menjejakkan kaki ke alam yang lebih matang dan lebih mencabar, semoga kalian lebih bersikap ingin tahu dan mendengar kata serta tidak menunjukkan ketidakmatangan kalian semua dengan akhlak yang tidak baik.

Ingatlah, kejayaan yang kalian perolehi hari ini janganlah terhenti setakat PMR sahaja, namun teruskanlah sehingga ke akhir hayat kalian. Kejayaan PMR kalian adalah berkat para guru, ibubapa dan sahabat handai, jangan cemari perkara tersebut di masa akan datang. Berusahalah untuk terus menjadi pejalar yang berakhlak mulia, dan jangan terikut dengan amalan2 negatif abang2 dahulu yang kalian semua tahu apa yang saya maksudkan.

Monday, 21 December 2009

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431

Hijrah membawa sejuta makna


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan rahmatNya yang luas, masih lagi kita diberi kesempatan untuk menghirup udara dan terus mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. pada hari yang baru, tahun yang baru dan azam yang baru. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Datuk kepada Imam Hassan dan Imam Hussai r.a. yakni baginda Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda yang tercinta.

Sekali lagi saya ingin melafazkan syukur kepada Tuhan yang telah menjadikan saya dengan sebaik-baiknya, dan telah memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan hari ini serta kekuatan untuk terus berada di dunia cyber ini(blog) bagi menyebarkan dakwah dan risalah yang dibawa oleh para Nabi dan alim ulama'. Meskipun saya bukan di kalangan mereka, namun dapat cebisan2 dan tempias2 daripada merekapun cukuplah, namun jauh di sudut hati kecil saya mengatakan ingin menjadi dan mengikut jejak langkah mereka.


Rasanya belum terlewat untuk saya berbica serba sedikit sempena kedatangan tahun baru ini dan di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H dengan slogan @ tema "tahun ini lebih baik daripada tahun lepas". Bila bercakap soal tahun baru pasti orang akan bercakap tentang soal azam baru dan dikaitkan juga dengan suatu sirah yang sangat masyhur dan tidak asing lagi bagi kita iaitu mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.


Sebelum saya menyentuh tentang hijrah membawa sejuta rahsia buat ummat Islam masa kini, sudilah saya berbicara secara ringkas tentang sejarah penting penghijrahan baginda s.a.w. dari kota Makkah ke kota Madinah. Sebelum itu sudah berlaku 2 kali hijrah para sahabat iaitu ke Habsyah dan juga peristiwa penting yang dilalui oleh Rasulullah iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj dalam tempoh sebahagian malam sahaja, subhanallah...Setelah itu, kita lihat pula apakah sebab Rasulullah dan ummat Islam berhijrah?

Maka di sana ulama' membincangkan tujuan Rasulullah berhijrah meninggalkan Makkah sebagai tanahair tercinta, apakah hukumnya? Di dalam tafsir Al-Qurtubi ada menyebut bahawa hukum meninggalkan tanahair ada 3 yaitu wajib, harus dan haram. M
aka penghijrahan Nabi s.a.w. adalah wajib demi menegakkan Islam, ini kerana Islam terhalang di tanahair dan disiksa dengan teruk. Maka penghijrahan Nabi adalah bersebab antaranya, siksaan yang amat teruk ke atas Nabi dan ummat Islam, jemputan penduduk Madinah, wahyu dan perintah daripada Allah.

Syeikh Ramadhan Al-Buty ada menyebut bahawa bermula penyiksaan yang teruk dan ujian yang dahsyat ini khususnya kepada baginda s.a.w. adalah setelah kewafatan bapa saudaranya Abu Thalib bin Abdul Muttalib dan isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Ini kerana, mereka berdua adalah tempat bergantung Rasulullah dalam perjuangannya. Maka di sana ulama' saling berbincang, kenapa Rasulullah bersedih dan mengadu kepada Tuhan di saat ditimpa ujian dengan kerenah masyarakat kaum Makkah pada ketika itu?

Maka, jawab Syeikh Ramadhan, ini adalah kerana Allah sengaja mematikan Abu Thalib dan Khadijah yang merupakan tempat pergantungan Rasulullah untuk membuktikan bahawa Allah bersama Nabi Muhammad dan untuk memastikan supaya Nabi Muhammad sentiasa meletakkan pergantungannya kepada Allah dan bukan kepada makhluk yang lain. Jadi, musuh Islam tidak boleh menyebarkan fitnah dengan mengatakan bahawa Rasulullah berjaya kerana adanya Abu Thalib yang sentiasa melindungi baginda dan Khadijah yang banyak hartanya.

Ada satu lagi perbahasan yang dibawa oleh ulama' kenapa Allah harus menguji hambanya Muhammad s.a.w., ummatnya dan kita semua, sedangkan Allah mampu untuk memenangkan terus Islam? Sebelum menjawab persoalan itu, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa tidak Allah terus masukkan sahaja hambanya ke dalam syurga atau neraka tanpa perlu bersusah payah menghidupkan kita di dunia ini? Kata guru saya Syeikh Ruhy Al-Murabbi, persoalan kedua itu sudah memadai sebagai jawapan.

Namun begitu, saya tetap juga ingin menjawabnya dengan jawapan ulama' yang lain sebagai renungan dan perkongsian kita bersama. Tujuannya adalah kerana ingin menguji manusia manakah baik amalannya dan supaya mengabdikan diri kepada Allah serta memperlihatkan kehebatan dan kekuasaannya kepada ciptaannya. Dan Allah sengaja berbuat demikian supaya manusia tidak berdalih dan meminta hujah kelak terhadap apa yang Allah laksanakan kerana Allah sendiri memberi pilihan kepada hambanya. Ini juga dapat membuktikan keadilan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluk ciptaannya.

Nabi, para sahabat dan ummat keluar senyap2 pada malam peristiwa hijrah bagi mengelakkan sekatan daripada kafir Quraisy. Pada malam tersebut juga Abu Jahal mengupah setiap wakil kota yang berjumlah 12 kota semua sekali untuk membunuh jasad yang mulia baginda s.a.w. Namun, sehebat-hebat perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah, benarlah firmanNya, Allah yang tidak pernah membiarkan kekasihnya keseorangan, lalu beritahu akan perancangan busuk Abu Jahal itu kepada Nabi s.a.w.

Apa itu 2 firman Allah?
1. Mereka merancang tipu daya, dan Allah juga merancang tipu daya, dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah
2. Sesungguhnya Allah memelihara Rasulnya

Kemudian baginda s.a.w yang bijak ini menyuruh Ali yang ketika itu masih kecil untuk menggantikan tempat tidur baginda lalu baginda dan Abu Bakar berangkat secara perlahan-lahan menuju ke Gua Thur. Bersembunyilah mereka di sana selama 3 malam dengan dihantar makanan oleh Aisyah dan juga Asma'. Namun berlaku satu peristiwa ajaib di mana labah-labah telah menyelamatkan nyawa Rasulullah dengan membina sarangnya di muka pintu gua sehingga menyebabkan orang kafir Quraisy yang sudah berada di situ tidak merasakan bahawa Rasulullah berada di dalam gua tersebut dek sarang labah2 itu tadi.

Ketika berlakunya hijrah, Nabi dan ummat Islam sampai di Quba' lalu Nabi mengarahkan supaya membina masjid di situ. Maka terbinalah masjid yang pertama dalam sejarah Islam, maklumlah kewajipan solat baru sahaja difardhukan, kerana Isra' dan Mi'raj berlaku sebelum berlakunya peristiwa hijrah Nabi dan ummat Islam. Kemudian baginda dan ummat Islam tiba di perkampungan Bani Salim bin 'Auf pada hari Jumaat. Maka Nabi dan ummat Islam membina sebuah masjid lagi untuk dikerjakan solat Jumaat yang pertama.

Akhirnya Nabi dan ummat Islam telah tiba ke Madinah dan disambut dengan meriah oleh orang Ansar. Mula2 yang Rasulullah buat setelah tiba ke Madinah adalah membina masjid sebagai pusat ibadat, pusat pergerakan dakwah dan juga sebagai pusat kemasyarakatan. Kemudian Rasulullah telah mempersaudarakan golongan Ansar(Madinah) dan Muhajirin(Makkah). Selepas daripada itu terbinalah sebuah empayar Islam yang hebat di Madinah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Makkah, subahanallah. Tidak benarkan janji Allah: Sesungguhnya kemenangan itu sudah hampir.

Namun Allah tidak memberi kejayaan dengan percuma atau dengan mudah2, melainkan Allah akan uji dengan ujian yang selayaknya kita tanggung. Lihat Rasulullah, dimaki, dihina, dicaci, dicederakan namun tetap sabar dalam perjuangan Islam sehingga Islam menang sebelum kewafatan baginda. Namun sudah menjadi rutin perjuangan mesti melalui penderitaan dan jerih payah dalam menegakkan kebenaran. Kemenangan Islam bukannya datang bergolek melainkan dengan pengorbanan jiwa, harta dan tenaga.

Oleh sebab itu, perjuangan yang tiada padanya pengorbanan dan kesusahan maka tidak dinamakan perjuangan. Kalau kekasih Allah Muhammad s.a.w. diuji dengan sedemikian rupa, apatah lagi kita, lebih2 lagi patut diuji apakah kita ini benar2 sayang akan perjuangan Islam atau kerana kebendaan. Maka suka ana sebut di sini, bahawa Allah tidak memenangkan Islam kesemuanya, negara yang peroleh kemenangan diuji oleh Allah dengan kekalahan, melainkan kemenangan di akhir zaman iaitu kemenangan Islam secara besar-besaran yang diketuai oleh Imam Mahdi.

Oleh sebab itu, ada 3 kemenangan bagi orang Islam:
1. Kemenangan akhir hayatnya(mati sebagai muslim)
2. Kemenangan akhir zaman(bersama kepimpinan Imam Mahdi)
3. Kemenangan di akhirat(syurga yang abadi)

Namun penghijrahan tersebut telah berakhir setelah berlakunya pembukaan Kota Makkah. Dan Islam sudah bertebaran di merata dunia. Dahulu Islam masih lagi asing dan perlu diperkenalkan sehingga terjadinya dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terang-terangan selama 10 tahun, kemudian penghijrahan, kemudian peperangan demi peperangan. Apa yang tinggal sekarang dan disebut oleh baginda s.a.w. adalah "tiada lagi hijrah selepas kemenangan, yang tinggal hanyalah hijrah dari segi niat dan jihad".



Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner