Sekitar Ziarah Maqam
Teman2 Indonesia sewaktu ziarah maqam bareng fasa ke-II 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang sering memerhatikan pergerakan hamba2Nya, yang Maha Berjaga, dan tidak pernah tidur walau sesaatpun, di sisiNya lah segala ketentuan baik dan buruk, seterusnya selawat dan salam buat utusanNya yang agung Muhammad s.a.w., moga2 dengan selawat dan mahabbah kepada baginda, sama2 kita perolehi syafaat baginda di hari perhimpunan Mahkamah Allah s.w.t..
Alhamdulillah, pujian tidak terhingga kepada Tuhan yang Maha Meliki terhadap segala yang kita miliki, Tuhan yang Maha Pemurah kerana member segala pinjaman kepada kita agar digunakan untuk sampai kepada-Nya, Tuhan yang mengurniakan segala nikmat dunia untuk kita kecapi, nikmat tiada terhingga dan tidak sama sekali kita dapat menghitungnya, DIA-lah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, pada-Nya lah segala ketetapan yang baik mahupun tidak.
Tidak lupa juga selawat dan salam buat baginda s.a.w., kerana rahmatnya yang telah tersebar ke seluruh alam dan zaman, yang meninggalkan mutiara2 yang berharga untuk kita semua, iaitu ilmu daripada bibir2 ulama, yang merupakan pewaris unggul Nabi Muhammad, khotamul nabiyyin, selamat sejahtera ke atas anda, kaum kerabat dan juga para sahabatmu yang mulia, serta sekalian para pengikutmu yang setia.
Sudah menjadi tabiat kita menziarah orang2 soleh yang masih hidup untuk meminta doa daripada mereka, kerana mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t. Orang yang dekat/hampir dengan Allah, adalah doa mereka lebih dimakbulkan Allah. Apalagi orang yang soleh itu telah meninggal dan sudah jelas kesolehannya melalui perjanan hidup mereka dan pujian daripada orang yang masih hidup, mereka ini lebih hampir di sisi Allah, jadi terlebih aula untuk kita menziarahi mereka.
Saya kurang setuju dengan mereka yang mempertikaikan tawassul/ziarah maqam para wali yang telahpun meninggal dunia, padahal kita mempunyai dalil dan hujah yang kuat. Maka, saya lebih cenderung kepada ‘boleh’ kerana dalil2 kuat yang banyak. Apa2 pun, kita tetap beri’tiqod bahawa tiada sesuatupun yang mampu member manfaat atau mudharat selain daripada Allah azza wajalla, dan mereka itu tidaklah lain dan tidak bukan hanya menjadikan wali2 itu sebagai wasilah untuk sampaikan hajat kita kepada Allah.
Inilah perkara biasa saya dan sahabat2 Indonesia lakukan tatkala menjelang musim peperiksaan, segala kitab agama yang tidak bersangkutan dengan imtihan dihentikan hanya belek2 je, fokus hanya pada talkhisan2 teman2 study group seterusnya ziarah maqam dari Hussain sampailah ke Muqottom, iaitu silaturrahim dengan para wali yang telahpun menghadap Allah s.w.t Alhamdulillah usaha telah ditunjukkan, sedikit atau banyak, yang tinggal hanyalah doa & munajat kepada-Nya.
Gimana-lah rasanya tahun hadapan, tahun setelah ini, adakah kita masih bisa bareng key kelmarin. Bagi ana perjalan yang key gini amatlah menyeronokkan, moga2 tahun hadapan kita masih bisa bareng ziarah maqam, dan salam imtihan ya buat teman2 semua, baik Malaysia mahupun Indonesia. Moga2 kita najah, allahumma amin. Selamat menempuh imtihan syafawi tanggal 6/6 ari isnin.
*Maqam yang sempat diziarahi adalah maqam s.a. Imam Hussain r.a., s.a.t. Aisyah r.a., Imam Waqi’, Imam Syafie, Abu Zakaria Yahya Al-Ansori, Imam Laith, s.a. Uqbah bin ‘Amir, s.a. Amru bin Al-‘Asr, Ibnu ‘Athoillah dll.
0 comments:
Post a Comment