Kelucahan Isa Samad
-Lucah bangat mulutnya Isa, kalau saya ada waktu tu, sayalah orang pertama akan baling selipar ke muka Isa Samad, sebab ini bukan kali pertama. Kalau kepada penjahat Kafir kita buat macam tu, kenapa tidak kepada Penjahat Islam. Sebabnya, mereka itu Kafir, tidak tahu hukum-hakam, tapi dah Islam, takkan tak reti bahasa lagi. Mulutnya lancang sekali mengatakan Nik Aziz gila, mengatakan DAP faham Islam. Dia kata macam tu sebab dia tak faham Islam, kononnya baru berkawan setahun dua dengan PAS dah faham Islam, padahal kita orang Islam sendiri tak faham apa itu Islam. Saya jawab yer, yang tak faham Islam kamulah, petugas2 Satu Malaysia. Ada orang boleh faham Islam satu hari jer, kira dah matanglah DAP faham hampir 3 tahun, silap haribulan DAP masuk Islam, kamu pula yang keluar Islam kerana kata2 yang mengejek ulama, bahkan menghina ulama. Orang cerdik pasti faham, bila kamu kata Nik Aziz gila, pasti kamu nak kata yang kamu lagi gila. Orang gila tak jadi MB atau duduk dalam Masjid ajar orang tentang agama, tapi orang yang gila adalah orang yang bersorak-sorak duduk dalam majlis laknat seperti kamu. Isa Samad sama seperti syiah, syiah mengutuk sahabat Nabi dan Ahli Bait Nabi, sementara UMNO khas Isa Samad mengutuk ulama, pewaris Nabi.
*Diantara pewaris syaitan adalah wanita2 seksi yang memperdengarkan suaranya dan mempertontonkan tubuh badannya, dan orang yang berada di dalam majlisnya. –Syeikhul Islam-
Najib Pengecut, Cuma bercakap besar
-Dari dulu sampai sekarang Najib Cuma bercakap besar, terutama dalam isu yang terbaru iaitu cabaran DS Anwar Ibrahim berhubungkait Janji Pakatan Rakyat sekiranya 100 hari memerintah Kerajaan Pusat. Pelbagai celotehan yang keluar daripada mulut seorang yang pengecut, kononnya sia2 berdialog dengan Anwar, nanti Anwar demamlah, dan macam2 untuk menunjukkan dialah HERO Rakyat, padahal dia cumalah orang yang pandai bermain dengan kata2, bercakap seorang diri di dalam gelap, kemudian memuji diri sendiri, tanpa ada orang yang melihat, terus berkata, “akulah yang hebat”.
-Tentang kenyataannya yang terbaru, kalau saya berdebat dengan Anwar, nanti demam Anwar. Padahal saya merasakan, yang akan demam adalah sebaliknya. Seperti yang saya kata, logikkah kita nyanyi sorang2 pastu kata suara kitalah yang paling sedap, nak tahu sedap tak sedap masuklah pertandingan, ataupun suruhlah orang dengar, baru tahu sedap manakah suara kita tu. Samalah puak2 wahabi, puak2 syiah, mereka tak berani berdebat sebab mereka takut demam, tapi mereka kata, kalau kita berdebat dengan mereka, nanti mereka yang demam, itu hanya hujah untuk melepaskan diri dan bukannya hujah untuk menunjukkan kebenaran di pihak mereka.
Inilah Agenda 1 Malaysia
-Sejak pemerintah Pak Cik Najib, inilah yang diperjuangkan Satu Malaysia, dan bukan Satu Islam, tujuannya Satu Neraka. Bererti sama2 kita menuju kehancuran. Orang2 bodoh akan bangga dengan Satu Malaysia, sampai membuat demontrasi kononnya membantah larangan penggunaan logo Satu Malaysia. Belum cerdik rupanya rakyat Malaysia kita, bukan semuanyalah tapi hampir kesemuanya. Kononnya saya sayang Najib, saya sokong Satu Malaysia, apa yang kamu dapat daripada sayang Najib, apa yang kamu dapat kalau kamu sokong Satu Malaysia, saya rasa tiada apa yang kamu dapat, kalau dapatpun terlalu sedikit, kamu tetap kena bayar tol, harga barang tetap naik, zina makin parah, rempit di mana2, rasuah mula bermaharajalela, seks tidak kira tempat, konsert tidak kira batas, semuanya menuju Satu Neraka, meskipun bukan Satu Israel, natijahnya hampir sama atau memang sama kot. Wallahu A’lam…
Itu perempuan seksi yang dharurat, yang halal auratnya dan tubuhnya bagi
ajaran Islam Hadhari atau Islam Najibi, atau UMNO yang pengasas Islam
yang paling baik di dunia...
-Kenapa ni? Takder apa2 Cuma nak ajak sahabat2 lihat dan renung, sebagaimana kalian menjiwai lagu2, berjiwanglah dengan foto di atas ni, program siapa ni, tahu tak apa nama program ni, Program Mesra Satu Malaysia, tetamu kehormat Topeng Islam Isa Samad. Bagi saya, sape2 yang berpangkat Dato’ (Dalaman Tolol) dalam UMNO wajar ditukar kepada Topeng Islam TI’. Masakan seorang pemimpin yang mengaku Islam mengiktiraf program yang macam ni, boleh merancang pula, dan siap suka2 lagi. Apa dia? Itu perempuan seksi yang dharurat, yang halal auratnya dan tubuhnya bagi ajaran Islam Hadhari atau Islam Najibi, atau UMNO yang pengasas Islam yang paling baik di dunia. Inikah yang TI Najib perjuangkan? Kami tidak rela dengan kejahatan kamu, dan kroni2 kamu, dan kami tidak pernah akan rela. Kamu hanya dapat perbodohkan orang yang bodoh sahaja seperti orang2 yang bodoh.
Normala Sudirman, calon PAS di Tenang
-Tahniah kepada Puan Normala binti Sudirman, InsyaAllah akan datang jadi cabinet di Johor dan dapat pangkat Dato’ Normala binti Tenang. Tahniah sekali lagi di atas lantikan sebagai calon di Tenang, semoga diberi kemenangan oleh Allah, dan selamat memperjuangkan nasib rakyat Tenang khususnya kaum guru dan masyarakat Felda. Kewibawaan puan sebagai bekas guru dan pengalaman yang sedia ada pasti dapat membantu Puan dalam memperjuangkan agama Islam yang suci ini. Semoga Allah memelihara Puan daripada segala tohmahan2 musuh Islam, dan menjadikan penglibatan Puan sebagai roh semangat bagi Rakyat Tenang untuk sama2 melakukan perubahan, walaupun perubahan cuma di peringkat kawasan secara terbatas kerana kita belum menguasai negeri, tapi paling tidak akan melemahkan musuh2 Islam, dengan itu mereka telah tewas sebelum tewas, dan kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang pasti bersama kebenaran.
Rakyat Tenang “Goblok” sekiranya terus percaya Najib
-Betul lah, rakyat Tenang kurang cerdiklah kalau tetap undi calon UMNO, tak kiralah baik mana pun calonnya nanti, yang pasti perjuangan UMNO benar2 jelek. Saya puji UMNO dulu, tapi beza dengan UMNO sekarang, tak sama dasar UMNO sekarang dengan dasar UMNO dulu yang disebut-sebut dalam buku teks sejarah. Bahkan dalam buku teks sejarah ada sebahagiannya diputarbelitkan semata-mata untuk tujuan politik UMNO, ahli sejarah UMNO pasti tahu semua ni, sebab dialah anggotanya, anggota yang memutarbelitkan segala fakta. Bermula daripada zaman Mahathir, dasar UMNO mula berubah, sejarah betulnya hanya Allah yang tahu, sama2 lah kita tontonnya di Mahsyar.
Saya pun tidak percaya Anwar Ibrahim
-Secara jujur saya kata, saya memang kurang percaya kepada Anwar dan perjuangannya, tapi saya lagi tidak percaya tuduhan terhadapnya, dan saya bangga dengannya setelah dia menjiwai Islam. Segala tohmahan terhadapnya sering datang namun dihadapinya dengan tenang kerana belajar daripada Islam, semenjak ISA yang lalu dan penjara yang bertahun-tahun. Tapi, saya lebih tidak percaya UMNO dan perjuangnnya. Berapa lama kita diperintah, buktikan kata2nya, dusta belaka. Segalanya dipolitikkan, sampaikan wang zakat pun dipolitikkan. Islam apa ini. Apa kata kita cuba dengan janji pakatan sebelum kita menuding jari Pakatan Rakyat menabur janji palsu. Kita lihat kebenarannya dulu, bukannya kita mengadaikan nasib kita, tapi mencuba nasib terhadap orang yang benar2 ingin membela nasib rakyat. Benarlah, daripada terus berada di bawah kezaliman UMNO yang tidak putus2, orang cerdik akan kata yer, orang tidak cerdik akan kata tidak.
*Islam boleh berkawan dengan bukan Islam, tapi tidak sesekali boleh berkawan dengan musuh2 Islam. Lihat musuh2 Islam yang paling utama iaitu MUNAFIQ, neraka bawah sekali, first class…Oleh itu, hindarilah munafiqun…
*Maaf sebab tidak Dato’ kpd org yg sepatutnya, sbb prinsip saya cuma hormat kepada orang yang hormat Islam tidak kira dia Islam atau tidak, tapi bukan kepada orang yang memusuhi Islam dan orang yang saya sanjung.
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah
1 comments:
slm saudara, knp dulu PAS mengkafirkan UMNO krn bersatu dgn parti MCA, kmudian hari ni PAS boleh bersatu dgn parti DAP? hukum berubah-ubah ikut suasana politik ke?
Post a Comment