Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Thursday, 3 February 2011

KRISIS DI MESIR

SAYA MASIH DI MESIR


Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu, Dialah yang memuliakan seseorang dan manjadikan seseorang itu hina, semuanya atas kehendakNya, Dialah yg menaikkan kedudukan seseorang dan menjatuhkan seseorang, selawat dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w., kerana risalah kenabiannya yang benar telah sampai kepada kita dan bersinar sampai hari ini, Alhamdulillah.


Alhamdulillah, Al-Faqir berada di tempat bermulanya perhimpunan DEMO menuju ke kawasan DEMO yang semakin parah sekarang di TAHRIR. Apa2 pun, Alhamdulillah, saya selamat sahaja di kawasan Husain ni, tempat saya menginap bersama-sama Mahasiswa Indonesia. Kali ini, mungkin saya tidak berkesempatan untuk menulis artikel yang panjang, sekadar melaporkan berita dari kawasan ini sahaja, dari bumi Mesir.


Hari ini sampai jam 12.00 adalah waktu perdana bagi rakyat Mesir, dan penduduk asing seperti kami, untuk menikmati keamanan, tapi setelah selesai solat Jumaat, tidak tahu apa yang akan berlaku. Ini bukan untuk menakutkan siapa2, tapi hakikat yang perlu ditelan oleh semua, mungkin kawasan anak2 Tuan dan Puan duduki sekarang aman2 jer, insyaAllah, jadi janganlah terlalu risau, cuma mungkin di kawasan Bandar/kerajaan ini akan lebih parah.


Terbaru, saya melihat orang Mesir merampas sebuah beg berisi bahan letupan di belakang masjid Azhar, saat saya yang bersendirian waktu itu keluar dari Majid Azhar kerana solat zohor. Dan keadaan ini menjadi rumit.


Maaf, tujuan saya melaporkan berita ini, kerana saya lihat akhbar2 di Malaysia lembap menyampaikan mesej kepada rakyat di Malaysia khususnya, yang risau tentang keadaan anak2 dan saudara2 mereka di Mesir ini. Maafkan saya beritahu sedemikian, hatta akhbar HARAKAH sendiri, maaf sebab terlalu jujur, tp itu hakikat yang membuatkan saya tulis selagi sempat menulis, kalu yg lain tu memang x boleh dipercayai langsung, lebih2 (Berita Harian, Utusan dll).


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi

Kuliah Usuluddin, Mesir
Mohon doanya dr semua dan selamat pulang

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner