-Ada Org tiru dalam exam, tp kena tangkap-
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, tidaklah Allah memberikan ilmu kepada hamba2Nya melainkan sedikit sehaja, Dialah yang menjadikan kita ingat akan sesuatu ilmu dan Dialah juga yang membuatkan kita lupa sesuatu ilmu, Dialah yang menjadikan yang sukar itu gampang, dan yang senang itu sulit, perbanyakkanlah selawat ke atas baginda, moga2 selawat itu membuahkan cinta, dan cinta itu menghasilkan kesenangan di dunia sementara ini.
Al-Faqir barusan selesai subjek kedua, iaitu Ulum Quran. Ilmu yang membicarakan tentang segala sejarah dan permasalahan berkaitan Al-Quran. Subjek ini tidaklah terlalu susah dan tidak juga terlalu senang, yang penting dalil itu harus dihafal untuk mengukuhkan sesuatu kalam. Al-Faqir terlalu letih, sampaikan banyak dalil2 yang tidak terhafal, namun Alhamdulillah, semuanya tidak diminta dalam soalan tadi, Cuma dalil2 yang biasa, insyaAllah mampu saya datangkan sebagai jawapan.
Soalan tadi begitu menyeronokkan, sampai saya dan teman2 study group semuanya keluar lewat, lagi pula kenapa mahu keluar awal, bukankan masa itu emas, kalau dah selesai semaklah, tapi berbeza dengan Al-Faqir, 5 minit lagi sebelum tamat Al-Faqir baru siap menulis, tak sempat lagi nak semak ataupun berkhayal. Tapi tidak mengapalah, segalanya telah dijawab, dan telahpun dihantar, tawakkal sahajalah kepada Allah, banyak juga soalan tadi, jadi jawapan pun harus hanyak.
Namun ada suatu perkara yang mahu dikongsikan, ada sahabat dari Bangladesh ditangkap gara2 meniru. Hebat betul teknik dia, guna kertas kecil, pastu tulis kecil2, pastu duduk di pojok (hujung, letak kertas dalam jaket, dikeluarkan bila musuh datang(soalan keluar), tapi bukan musuh jer yang datang, sekali dengan doktor Azhar, langsung ditangkap dan dirampas kertasnya, dan disuruh keluar, apa lagi black list lah nama dia untuk lulus. Belum keluar keputusan, tapi dah tahu keputusan, hebatkan Azhar?
Tapi kasihan juga lihat wajahnya, nak menangis, siapa suruh tiru, kalau tak kena tangkap memang selamat dan beruntunglah nasib, tapi kalau dah ditangkap, beginilah parahnya. Cuma saya terfikir, macam mana seorang Azhari boleh fikir untuk meniru, padahal dia mempelajari agama, hukum2 dan segala macam berkaitan Islam, kenapa melakukan perkara yang menampakkan kejelekan Islam, padahal kejelekan itu datangnya dari diri kita, kenapa ya?
Perbahasan Ulum Quran merangkumi 3 perbahasan:-
1. Tentang Sebab2 Penurunan Ayat Al-Quran
2. Tentang Pengumpulan Al-Quran
3. Tentang Perkara2 Yang Berkaitan Tentang Penurunannya
-spt huruf yang 7, susunan surah dsb
Persediaan untuk exam paper 2 pada sabtu ni (15 Januari), mohon doanya teman2. Subjek seterusnya “Syubhat Hadith”.
Amin, Selamat Menempuh Imtihan khusus buat sahabat2 Al-Azhar.
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah
0 comments:
Post a Comment