Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, tidaklah Allah memberikan ilmu kepada hamba2Nya melainkan sedikit sehaja, Dialah yang menjadikan kita ingat akan sesuatu ilmu dan Dialah juga yang membuatkan kita lupa sesuatu ilmu, Dialah yang menjadikan yang sukar itu gampang, dan yang senang itu sulit, perbanyakkanlah selawat ke atas baginda, kerna dengan selawat menghapuskan 10 kejahatan, mendapat 10 kebaikan.
Alhamdulillah, Al-Faqir barusan selesai subjek Al-Khitobah yang berlangsung selama 3 jam tadi, bermula dari jam 10.00pagi, biasalah ngantuk sangat2, tapi sahabat saya lagi dahsyat, mata sampai x boleh buka, jadi sepet, gara2 kuat berjaga untuk exam, moga2 usaha kita yang terakhir ini berbaloi, iaitu usaha mengulang-ingat, kalau saya, amalkan kaedah SO15, ia membantulah juga, menjadikan kita hargai masa yang ada.
Apa itu Khitobah?
Sudah itu sahabat2 tertanya, subjek apa ni. Inilah subjek tentang Pidato/Ucapan. Kalau dalam pembahagian ada 5, pidato keagamaan, pidato politik, pidato kehakiman atau perundangan, pidato majlis2, pidato perang. Pidato ialah ilmu yang berkait tentang pertuturan dan kefasihan lidah bertasbih. Ia khusus bagi mereka yang berada di Bidang Usuluddin. Di sana, ada sebanyak 10 perbahasan yang dibahaskan, Cuma di entry ni, secara ringkas jerlah.
1. Makna dari segi bahasa dan istilah
Membahaskan tentang khitobah dari sudut bahasa dan istilah. Di sana ada takrifan dari ulama2 mantiq, para hukama’ dan ahli falsafah, dan di sisi ulama2, dan ada disebutkan takrif paling rajah. Yang ni masuk tadi, dah bajet, Alhamdulillah boleh jawab.
2. Kepentingan Khitobah dan Faedahnya
Mempunyai 6 Faedah dan disebutkan secara umum tentang kepentingannya. Yang ini juga keluar dalam exam tadi, Alhamdulillah. Siap minta syarah lagi, mujur ingat dalil2 dan kalam2 ulama’.
3. Faktor2 Kelayakan dalam Ilmu Khitobah dan cara2 Mendapatkannya
4. Kemunculan Ilmu Khitobah dan Sejarahnya
5. Hubungan Khitobah dengan Ilmu Islam dan Pengetahuan Kemanusiaan
6. Cara2 Mencapai Khitobah
7. Rukun2 dalam Ilmu Khitobah
-Khatib, Khutbah, Orang yg dengar khutbah
8. Manhaj Khatib tatkala bersama Mad’unya
Yang inilah masuk dalam exam tadi, jawapannya ada tiga, iaitu secara Hikmah, Pengajaran yang baik dan debat. Kena syarah tadi, x sempat nak panjang leparkan, masa 3 jam tidak cukup buat saya, padahal tulis terus, tak henti.
9. Cara Menyampaikan Islam
-Ceramah, Seminar, Perdebatan, Perbincangan, Pengajian
10. Para Pendengar
-Tanggungjawab dan peranan Para Pendengar
*Biasalah soalan Cuma satu helai jer, semuanya 3 soalan. Hebat kan pekse kami di Azhar, tapi jawapan, Tuhan jer tahu, baca punya banya, masuk Cuma satu. Kalau yang diberi sample soalan yang dijangka keluar, semuanya ada 100. Kena bace seratus, tapi 3 soalan jer keluar. Sebab itu ingat lagi kat seniour2, saje buat lawak kot, “nape study lebih2 soalan Cuma 3 jer”.
Persediaan untuk exam paper 2 pada selasa ni (11 Januari), mohon doanya teman2. Subjek seterusnya “Ulum Quran”.
Amin, Selamat Menempuh Imtihan khusus buat sahabat2 Al-Azhar.
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah
0 comments:
Post a Comment