Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday, 8 May 2010

Apa nak jadi dah...?

Adakah PMRAM Pengganas ???

PMRAM: Persekutuan Republik Arab Mesir
ARMA: Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah


Timbul soalan ini di kepala ana dan teman di Mesir ni, adakah PMRAM ini pengganas atau benar2 pengganas atau melahirkan pengganas2, macam mana itu? Ini timbul apabila PMRAM telah diharamkan daripada memasuki ARMA, satu kepelikan, apalah yang hendak ditakutkan sangat dengan PMRAM, bukan belajar ketenteraan atau pengeboman pun, tambahan lagi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, tidak ada sama sekali.


Tapi, kenapa sampai mahu mengharamkan PMRAM daripada memasuki ARMA, bukankan PMRAM itu sebahagian daripada ARMA? Kalau bukan disebabkan PMRAM, jasa baik PMRAM, tidak akan ada ARMA yang indah itu, sepertimana yang kita lihat sekarang, terpacak dengan penuh megah sekali dan penuh hina akibat tangan2 busuk pihak2 tertentu. Lihatlah, jasa baik PMRAM dan sumbangan PMRAM tidak dihargai, diberi kebaikan namun dibalas pengkhianatan.

Benarlah kata pepatah melayu bagaikan kacang yang lupakan kulit. Begitu juga, harapkan pagar, pagar yang makan padi. Tanah yang PMRAM terima daripada Perdana Menteri Mesir satu ketika dahulu hasil daripada kerjasama PMRAM menghantar beberapa orang ahlinya untuk membantu Kerajaan Mesir melawan Perancis dipandang baik oleh PM Mesir, lalu tanah tersebut direncanakan untuk mendirikan asrama...

...namun PMRAM tidak mempunyai kewangan lalu disampaikan hasrat tersebut kepada Kerajaan Malaysia, lalu bersepakat keduanya dan PMRAM meletakkan syarat agar satu ruang kosong diberikan kepada PMRAM untuk dijadikan pejabat @ tempat bagi menjalankan gerakkerja persatuan PMRAM, namun setelah siap bangunan di ARMA, ruang yang sepatutnya diberikan kepada PMRAM dipalang dan diberikan notis keluar.

Semenjak itulah PMRAK dinafikan haknya. PMRAM hanya menuntut ruang pejabat sahaja bagi menjalankan kegiatan persatuan anak2 Mesir bagi menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir ini dan bukannya mahu menuntut ARMA sebagaimana diomong-omongkan oleh pihak yang tidak tahu apa2 pun tentang sejarah, bila orang jahil berbicara seperti orang yang alim maka akan terzahirlah kejahilannya itu. Betul ngak?

Hairan betul, kenapa mahu pisahkan PMRAM dari Mahasiswa2 Mesir, usaha dan cita2 murni kalian tidak akan atau tidak pernah berhasil. PMRAM tetap dan setia di hati mahasiswa2 Malaysia di bumu Mesir ini. Ini sudah menjadi sinonim antara PMRAM dan Mahasiswa, dan tidak boleh dipisahkan lagi bagaikan aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, dan air yang dicincang itu tidak akan terputus airnya.

Maka, kami selaku mahasiswa di bumi Mesir ini melihat bahawa segala usaha yang kalian lakukan di sini langsung tidak menggambarkan apa yang mereka katakan, kononnya mahu menjaga kebajikan mahasiswa dan sebagainya, hakikatnya kami di sini merasa terkongkong dan terbeban dengan segala sistem yang kalian laksanakan,keberadaan kalian bukan memudahkan kami malah menyulitkan kami di sini, lebih jika kalian tidak ada.

Kelihatannya tidak sama seperti projek One Malaysia, kalau beginilah, kami rasa One Malaysia itu hanya pada mulut Pak Najib jer tapi dalam hatinya dan hati2 busuk pemimpin2 yang berulat dan beruban ini, baik yang ada di Mesir ataupun di mana2, kelihatannya seperti One Israel, benar2 mengikut jari telunjuk Israel laknatullah, bahkan lebih teruk daripada Israel, manakan tidak sahabat2 sekalian...

...cuba bayangkan, Israel tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaumnya tetapi menzalimi kaum lain iaitu ummat Islam di Palestin, tapi Malaysia dan wakil Malaysia di Mesir ini menzalimi rakyat dan ahlinya sendiri, bukankan ini lebih teruk daripada Israel. Kata mengutamakan hak dan kebajikan rakyat, kebajikan mahasiswa, tapi apa yang berlaku, habuk pun tak ada, sudahlah...

...dahlah malas beri kebajikan/sumbangan/bantuan kepada mahasiswa Malaysia di Mesir ni, kemudian sekat/halang pula PMRAM satu2nya persatuan yang memberi/menjaga kebajikan mahasiswa di bumi Mesir ini. Dan bukannya mahu memberi keamanan kepada kami di sini namun buat hura-hara pula di sini. Seolah-olah kerja dan makan gaji buta, bahkan lebih teruk daripada rasuah. Kalau tak mampu buat apa2, duduk diam2 dan beri laluan kepada kami untuk beri bantuan.

Rasanya, itulah yang terbaik, mohon pihak yang terbabit fikir2 kan, ubahlah haluan sebelum terlambat. Tiada apa yang kalian peroleh melainkan laknat dan celaan daripada orang di sekeliling, apatah Allah s.w.t., apa yang kalian mahu daripada mahasiswa2 di sini sebenarnya? mahu mereka pulang ke Malaysia nanti dan menyokong kerajaan yang sedia ada? Tidak, tidak mungkin sama sekali, melainkan Al-Quran dan As-Sunnah itu letaknya di atas.

Wallahu A'lam...

Kami adalah mahasiswa dan bukannya lembu/kambing/kerbau yang bisa diheret ke sana dan ke sini,
kami ada prinsip dan maruah, jangan kalian jadi seperti anjing yang menyalak.


0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner