Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday, 16 May 2010

SELAMAT HARI GURU "2010"

TERIMA KASIH DUHAI GURUKU
JASAMU DIKENANG SELAMANYA



Assalamualaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan baginda s.a.w. Di kesempatan ini, ana ingin membuat sedikit coretan khas buat guru2 yang pernah mengajar aku yang lincah/nakal ini sehingga aku menjadi seperti aku sekarang "terima kasih guru2ku". Terlalu malas untuk menulis di blog ini maklumlah tugas memahami kitab masih banyak dan teramat banyak terutama di saat hampir imtihan ni, moga2 dipermudahkan Allah.

Namun, tatkala mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang tidak terhingga dalam membimbing aku yang kerdil ini sehingga berjaya ke tahap sekarang, aku menggagahkan diri dan meluangkan sedikit masa untuk membuat sedikit coretan yang bermakna ini buat para guru khusus di Malaysia. Coretan ini mungkinlah tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan jasa guru, tapi ini yang termampu, moga2 Allah menghitungnya.

Hari ini, tanggal 16 MEI, merupakan ulangtahun istimewa buat para pendidik di Malaysia, selamat hari guru. Pada hari inilah, para pelajar akan menghadiahkan hadiah buat guru kesayangan mereka sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan meskipun guru itu sering memarahi dan memukulnya. Hadiah itu tidaklah seberapa, namun sebagai tanda penghargaan, tidak cukup dengan itu, kad ucapan turut disertakan.

Guru diibaratkan seperti lilin yang sanggup membakar dirinya demi menyinari cahaya kepada murid2nya. Sungguh besar pengorbananmu, tidak mampu kami membalasnya. Tapi kami akan balas segala jasamu dengan sinaran akhlak dan juga cahaya kejayaan dalam pentas ilmu, rasanya itulah yang kalian sangat harap2kan, sudah tentu kerana yang paling penting adalah tidak lupa akan guru2 setelah berjaya kelak, itu sahaja.

Tahniah guru2 sekalian kerana kesabaran kalian dalam melayani karenah kami saat kita bersama dahulu. Moga2 kalian sanggup memaafkan segala kesilapan kami yang sengaja atau tidak sengaja, yang kami sedari atau tidak kami sedari, tahniah juga kerana kalian masih dapat sabar sehingga sekarang, terus setia berbakti kepada agama dan negara dalam mendidik murid2mu, tahniah yang tidak terhingga muridmu ucapkan dengan penuh kekaguman.

Diri ini tahu bahawa menjadi seorang guru bukanlah perkara yang mudah. Namun kalian mampu, sungguh hebat. Diri ini pernah menyambut dan disambut pada hari guru pada tahun 2008. Terasa keseronokan yang teramat sangat, dapat meraikan hari yang penuh bahagia itu bersama para guru dan teman2. Dapat berhibur sambil bermain bersama-sama, mendengar nasyid, menyaksikan acara padang dan banyak lagi.

Rasanya suasana itu tidak gampang lagi untuk aku rasai memandangkan situasi sekarang, namun aku masih berharap agar suatu hari nanti Allah memberi juga peluang untuk diri yang kerdil ini meraikan hari yang berbahgia ini kelak. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner