Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday, 25 April 2010

Isu Semasa PRK Hulu Selangor

Korang jangan pandai2, jangan main2


Assalamualaikum teman2 semua, kali ni al-faqir ingin berbicara sedikit isu yang berlaku daripada kesinambungan PRK Hulu Selangor. Di akhir zaman ni, zaman yang serba maju, zaman yang orangnya serba jahil, kita melihat perkara agama dibicarakan seperti bahan2 buangan di tepi jalan. Dibicarakan pula oleh orang yang tidak tahu apa2 pasal agama. Para Ulama' bercakap tanpa ilmu, dan Para Ulama' yang berilmu pula dicaci/dimaki/dikeji.

Hargailah Para 'Alim Ulama' kita sebelum mereka dimatikan oleh Allah kelak, matinya mereka bukan hanya terkubur jasadnya bahkan berserta ilmunya, di saat itu manusia mula dahakan ilmu, tercari-cari orang yang boleh memberi fatwa dan bimbingan, kesannya mereka akan mengambil orang jahil dek kerana orang2 'Alim sudah tidak ada pada ketika itu, orang2 jahil yang merasakan bahawa diri mereka 'Alim serba tahu lalu berbicara sehinggakan menyesatkan orang ramai.

Hari ini, orang jahil berbicara soal agama, yang tidak tahu apa itu rukun iman, islam, ihsan, begitu juga para artis, sibuk bercakap soal hukum, tak payah sibuk2 cakap soal hukum, nyanyi sudah lah, cangan sibuk perkara yang bukan dalam bidang kamu, raja2 juga disanjung apabila mereka fatwa walaupun tanpa ilmu, apalah sangat raja2 yang ada di Malaysia kalau nak dibandingkan dengan para alim Ulama', pada ana dan pada hukum, lawan Raja lebih baik daripada lawan Ulama'.

Sepatutnya raja2 menjadikan ulama' sebagai penasihat agama bukannya orang politik dan bukannya orang yang jahil sebagai penasihat agama, ataupun bukan menjadikan dirinya sebagai ulama' sedangkan tidak tahu apa2 soal agama, orang yang tiada ilmu bila berbicara akan nampak kebodohannya, tapi orang bodoh yang tidak berbicara pasti tidak kelihatan kebodohannya itu meskipun mereka itu benar2 bodoh. Fikir2kanlah...:)

Isunya apa sahabat2 sekalian, isu Dato' Seri Najib, PM kesayangan korang semua, dan juga Dato' Harussani Zakaria, Tok Mufti kesayangan warga Perak dan UMNO sekalian, biasalah bila dah terlibat dengan dunia, ilmu akan agama akan dijadikan bahan dagangan, dijual di sana-sini, memang ramai ulama'2 kerajaan yang takut pada pemerintah dan turut segala kehendak pemerintah, sehinggakan sanggup mempergunakan agama sendiri, tidak seperti...

Tidak seperti apa sahabat2 sekalian?...seperti ulama'2 dahulu yang berani lawan pemerintah demi menyatakan kebenaran, kerana pemerintah yang ingkar harus dilawan/didakwah. Contohnya begitu banyak, seperti Sai'd bin Jubair yang mati kerana menentang kezaliman Raja Al-Hajjaj bin Yusof As-Saqofi dan Imam Hassan Al-Banna yang diterajang dan diseksa oleh Raja Al-Farouq kerana menyatakan kebenaran dan begitu nasib Syeikh Syed Qutub yang mati di tiang gangtung kerana menentang kezaliman Jamal Abdul Nasir.

Namun Ulama'2 yang berada di Malaysia begitu penakut/pengacut, langsung tidak berani mencontohi perjuangan/pengorbanan ulama' silam. Mereka lebih rela diri, keluarga dan harta mereka selamat biarpun agama terpaksa digadaikan. begitu hina dan rendah martabat mereka, mereka inikah yang akan menjadi penyelamat ummat dan agama, tidak sama sekali, moga2 anak2 muda yang sedang menuntut di Azhar akan kembali membawa sinar Islam yang sebenar.

Najib yang ilmu agama tidak seberapa, cuba menempelak ulama'2, iaitu Dato' Nik Aziz, MB Kelantan Darul Nail, Najib kata "perbuatan Nik Aziz terkutuk di sisi agama". Fuuyoo, pandainya soal agama, sangat pandai, lepasan U kafir jer, cakap pasal agama, terkutuk bila mengingkari titah sultan yang tidak menepati ciri2 agama, nak tanye najib woi;

-meluluskan lesen arak/judi terkutuk tak di sisi agama?
-menganjurkan konsert2 hiburan yang melampau terkutuk tak?
-mendedahkan aurat terkutut tak?
-membuat fitnah dengan menggunakan kuasa media terkutuk tak?
-bercakap soal hukum ikut sedap dan bukan berdasarkan ilmu terkutuk tak?
-memakan/menyekat harta rakyat terkutuk tak?
-menahan orang tanpa dibicakam (ISA) terkutuk tak?

Tidak cukup dengan itu, orang yang ada ilmu agama pula berbicara, atas dasar apa die berbicara tak tahulah, tapi nampak seperti orang yang tidak tahu sejarah, kan sebut jahil kasar pula, maklumlah adab dengan orang yang lebih besar dan berilmu daripada kita, namun dalam soal ini memang dia benar2 tidak tahu atau saja buat2 tak tahu, atau tidak sedar, boleh jadi lah, ape tu? Begitu, Dato; Harussani buat kenyataan bahawa haram berpolitik di masjid. Hujah ape antum pakai yer Tok Mufti?

Nak beritahulah kat sahabat2 sekalian, memang haram bercakap politik di dalam masjid, tapi bukan politik Islam, yang haram adalah politik UMNO yang jelas2 lawan Islam, yang terang2 berbaur fitnah, yang hanya memburukkan orang2 yang memperjuangkan Islam, yang mesejnya banyak sekali berunsurkan fitnah, yang banyak menjadikan medan mingguan sebagai tempat sia2 dan tempat untuk menghina para 'Alim Ulama' serta menjauhkan orang ramai daripada Islam.

Jadi, khutbah politik UMNO adalah haram. Dan satu lagi, jangan disempitkan istilah politik, mendedahkan keburukan perjuangan orang2 yang jahat seperti UMNO adalah wajib didedahkan terutama dalam pentas khutbah jumaat. Dan Raja sepatutnya faham perkara ini, dan bukannya menghalang khutbah2 agama meskipun disampaikan oleh orang politik, itu sekiranya raja benar2 menjaga keistimewaan agama Islam, kalau tidak pada nama jerlah, jadi apa yang Nik Aziz sebut tu betul lah.

Ana tabik Tok Guru kerana ilmu, apa yang dia buat bukan semua orang berani. Sebelum raja/ pihak2 yang berkenaan ingin ambil tindakan terhadap Tok Guru kami, hadapi kami dahulu sebagai pendokong perjuangan agama Allah. Jangan berlagak sebagai penyelamat Dinasti Diraja yang sementara ni. Ana tak harap akan berjumpa dengan raja2 di Malaysia di akhirat nanti namun amat berharap dapat berjumpa penyelamat2 agama seperti ulama'2 kita.

Satu lagi, tidakkah mereka tahu apa tentang sejarah Nabi s.a.w., kita belajar tinggi2 biar hadam/lumat betul sirah Nabi, jangan biar orang hebat seperti kita nampak jahil bila berbicara dengan sedikit kalam, kerana manusia akan ukur bahawa kita ni jahil, di zaman Nabi s.a.w. masjid berperanan sebagai tempat politik. Tahu tak? Politik2 ni, ape yer? Politik adalah menerangkan perkara yang haq dan juga batil, mendekatkan diri kepada kebenaran dan mengajak orang ramai membenci kebatilan.

Jadi, politik2 ni, jangan disempitkan konsep/pemahaman mengenainya, hatta kita mencari yang halal dan meninggalkan yang haram pun dikatakan politik. Ingat baik2 raja2 dan mufti2, jangan bercakap ikut sedap jer, kami takut hanya pada raja alam baqa' sahaja, perkara yang benar kami ikut/hormat/patuh tapi jika tidak kamilah jundulah yang akan bangkit menentang/melawannya, ingat itu, sesungguhnya Allah bersama para tenteranya dalam melawan musuh2Nya dan orang2 yang memandai dalam soal agama.

Sekian, wassalam,
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Kuliah Usuluddin, Kaherah

Semoga Pakatan Rakyat menang di PRK Hulu Selangor


TERKINI....Akhirnya BN menang majoriti di Parlimen Hulu Selangor. PR yang diwakili PKR tewas kepada calon BN yang diwakili oleh MIC. Hilang sebuah kekuatan di Selangor, maka bertambahlah talibarut firaun di Selangor. Dan Allah mengembalikan kemenangan kepada mereka sebagai nuqmah dan bukan nikmat. Bergembiralah kalian buat seketika hanya sebagai tipudaya kerana di sana pasti menderita. AWAS !!!


1 Malaysia akan bertambah 1 kekuatan, berbahagialah Pak Najib woi. Namun najib harus ingat bahawa kami sebagai jundullah, tidak pernah merelakan kemenangan kalian, bahkan kami sentiasa melaknat kemenangan perjuangan kalian kalian yang merendahkan Islam. Moga2 hidayah Allah bersama kalian dan rahmat Allah bersama kami, amin. Tiada ucapan tahniah buat kalian daripada Al-Faqir, kerana Islam tidak pernah mengajar tahniah kepada musuh Islam. Tunggu dan lihat kebangkitan Islam pada masa yang mendatang.

Kalian pun wahai Jundullah, sedarlah sedikit, bahawa Islam semakin ke bawah, bila kalian mahu ada kesedaran, kalau kalian tiada kesedaran bagaimana Islam itu akan naik ke atas, berubahlah diri kalian sebagai pemimpin yang berakhlak dengan akhlak Rasulullah dan jangan sesekali jadi hipokrit dalam perjuangan dan dalam kepimpinan. Ingat tu, jangan sampai Islam jatuh baru hendak menyesal, tiada guna bila tiba saat itu....

1 comments:

Zierwa Zainal said...

salam..

harussani bukan ke mufti negeri perak??

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner