Terkejut rasanya tatkala ana membaca artikel yang terpampang di muka internet yang bertarikh 5 Mei tahun 2010...Masih baru itu, dan masih panas rasanya. Isunya berkenaan seorang pelajar wanita yang telah melahirkan seorang bayi di dalam tandas klinik. Macam mana agaknya nasib pelajar perempuan tersebut, dan bagaimana pula nasib bayi yang tidak berdosa itu, bagaimana perempuan tersebut mahu melalui liku2 kehidupan selepas daripada ini, bagaimana pula masa depan bayi tersebut yang mmebesar tanpa ayah dan di manakah lelaki yang bertanggungjawab terhadap segala apa yang berlaku? Inilah negeriku yang tercinta, Terengganu Darul Iman, malu nak mengaku, tapi itu silap siapa?
Semua persoalan itu timbul, isu ini tidak boleh didiamkan, ini isu berkait maruah, maruah seorang wanita, maruah seorang pelajar, maruah sebuah keluarga, maruah bangsa melayu, maruah negara tercinta dan maruah Islam itu sendiri, malu rasanya membicarakan soal ini, tapi yang menanggungnya pasti menanggung malu yang lebih besar,sakit telinga mendengarnya namun berat lagi mahu yang memikulnya. Isu ini perlu dititikberatkan oleh pihak bertanggungjawab,dan kita semua juga perlu peka terhadap isu ini.
Isu yang berlaku sekarang, atau yang menimpa ummat Islam sejak kebelakangan ini harus dijadikan amanah kita bersama agar ia tidak berulang di masa akan datang. Mereka yang berkuasa pula harus cekap dalam menangani isu ini dan membanterasnya dengan menjadikan Islam itu sebagai perlembagaan yang berdaulat. Penyakit ummat tidak mampu diubati dengan rawatan moden sebaliknya perlu kembali kepada sirah junjungan Muhammad s.a.w. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, inilah satu2nya rawatan yang berkesan.
Dalam masa yang sama, tidak meminggirkan para alim ulama' yang menjadi rujukan kepada sumber Al-Quran dan As-Sunnah, kerana semua kandungan di dalamnya tidak mampu diterokai melainkan dengan kebijaksanan ulama' yang telah dipilih/dipelihara oleh Allah. Kita tidak mahu lagi isu ini berulang kembali begitu juga dengan isu pembuangan bayi, rasuah yang bermaharajalela dikalangan polis dan juga pimpinan, pembunuhan yang kejam, penghalalan arak dan judi, serta gejala2 sosial yang lain.
Kepada para wanita, pemudi dan adik2 semua, fikir2kan sebelum melakukan sesuatu perkara, kerana sesal kemudia tiada gunanya. Bila perkara seperti ini dah berlaku, apa yang mampu dilakukan, hanya pasrah/redha/sabar sahaja, maruah diri sudah tercela, maruah keluarga telah tercemar, rasa malu untuk berhadapan dengan masayarakat sudah mula wujud, terkadang rasa tidak mahu hidup lagi, namun banyak2kan beristighfar, jangan sampai melakukan maksiat buat kali ke-2 dengan perkara yang tidak sepatutnya, mohon bimbingan daripada Allah.
Kepada para lelaki/ pemuda/ adik2 semua, jangan terlalu cepat bertindak untuk memuaskan nafsu tanpa memikirkan nasib yang bakal dihadapi, kalian tidak akan dihormati lagi oleh masyarakat bila semua ini dah terjadi, keluarga kalian lebih2 lagi terasa malu, kalian sepatutnya berfikir sebelum buat sesuatu, jangan dahulukan nafsu daripada akal, jangan dahulukan perempuan daripada agama, setelah apa yang berlaku, hendaklah kalian bertanggungjawab terhadap wanita dan bayi tersebut serta bertaubatlah, moga2 kalian tidak akan sipertanggungjawabkan Allah di akhirat kelak, jangan abaikan mereka kerana yang demikian akan bertambahlah kejahatan kalian.
Kepada keluarga kedua-dua belah pihak, bersabarlah, jangan terlalu emosional, dan jangan pula sampai tidak mahu mengaku anak terhadap apa yang berlaku, Islam melarang ummatnya memutuskan hubungan silaturrahin sesama saudara muslim apatah lagi keluarga terdekat, lebih2 lagi terlarang, sebaliknya muhasabahlah, apakah kita telah memberi didikan agama yang sempurna kepada mereka atau hanya melepaskan batuk di tangga sahaja, moga2 ia menjadi pelajaran yang berguna kepada kedua-dua keluarga dan orang2 lain. Bawa berbincang dengan baik, dan terimalah mereka seadanya.
Kepada masyarakat dan orang2 di luar sana yang sedikit terganggu dengan isu yang berlaku. Jadikan ini sebagai pengiktibaran/pedoman yang paling berguna untuk keluarga dan anak2 kita, berikan didikan yang paling sempurna, yang mampu kita berikan, kawal pergaulan mereka dengan rakan2, pilihkan mereka teman2 yang baik, kahwinkan mereka secepat mungkin, kerana itu lebih baik daripada mereka bunting sebelum kahwin, maruah itu lebih utama daripada kepentingan dunia. Jangan terlalu cepat menghukum mereka selepas apa yang terjadi lebih2 lagi anak kecil yang tidak berdosa itu, sebaliknya beri petunjuk kepada mereka supaya bertaubat, terimalah mereka seperti masyarakat yang biasa dan bukannya sampah.
Ini kerana, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, cuma yang penting adalah taubat yang sebenar-benarnya kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba2Nya.
Seperti yang ana katakan pada mula2 perbicaraan, "Inilah negeriku yang tercinta, Terengganu Darul Iman, malu nak mengaku, tapi itu silap siapa?" salah siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang tidak mencegahnya. Baik diri sendiri yang tidak pernah ada kesedaran agama, ibubapa yang leka dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada anak2, pemimpin2 yang sibuk/asyik dengan keseronokan dunia.
Sekian, wassalam...
2 comments:
Jangan salahkan bapa jika anak buat salah,itu kata blogger umno bila timbul isu-isu sebegini nak menggambarkan seolah-olah kerajaan tak ada tanggungjawab dlm pembentukan syaksiah rakyat.
Mereka lupa tentang hadis rasulullah s.a.w.
"setiap kamu adalah pemimpin.kamu akan dipertangungjawabkan dengan orang di bawah pimpinan kamu"
Jika rakyat berbuat dosa ketua kerajaan yang mengaku Islam turut sama memikul dosa tersebut jika rakyat tidak dididik dengan sistem Islam dlm dasar pendidikan negara.
Dan kerajaan juga mesti melaksanakan undang2 Islam serta menyediakan suasana yang selamat dari fitnah maksiat kepada rakyat bukannya lebih memperbanyakkan lagi lesen-lesen judi ,arak dan pusat-pusat hiburan dlm negara.
Jika itu semua dilaksanakan baru kerajaan boleh berlepas tangan.
salam..
masyaAllah...
takut baca surat khabar,
hari2 macam2 berlaku...
apa nak jadi???
Post a Comment