Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.
Jemput ziarah ke laman blog:
http://e-tazkiirah.blogspot.com/-mengenai perkongsian ilmiahhttp://abangbercerita.blogspot.com/-mengenai kisah2 tauladan
Kasihankan Mereka
Betul tu, rayuan daripada seluruh ulama dunia, termasuk Syeikh Yusof Qardhowi agar pihak tentera tidak memulakan sebarang keganasan terhadap rakyat Mesir yang sedang berdemo, sebaliknya berikanlah keamanan kepada mereka, mereka hanya inginkan hak mereka sebagai rakyat terpelihara, tidak lebih daripada. Bayangkanlah ibu2, anak2, gadis2, pemuda2, orang2 tua yang berada di kawasan itu, mereka tidak bersenjata, sudah satu minggu lebih mereka bertahan semata-mata untuk perjuangan ini.
Semoga saudara kita semuanya selamat, meskipun tidak seteruk di Palestin tapi ianya mirip di Palestin, apa lagi puak2 HUSNI yang preman tidak dikenali, dan mereka menggunakan senjata dan bahan letupan buatan tangan. Kasihankanlah mereka….Laungan takbir dan hidup Mesir bergema di seluruh kawasan DEMO, di kawasan saya kelihatannya masih aman dan tidak ada riuh dan bunyi tembakan, serta pantau kenderaan udara.
sembang-sembang politik
Rasuah...
Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.
Apa pilihan saya?
Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
0 comments:
Post a Comment