Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.
Jemput ziarah ke laman blog:
http://e-tazkiirah.blogspot.com/-mengenai perkongsian ilmiahhttp://abangbercerita.blogspot.com/-mengenai kisah2 tauladan
GAME OVER & GET OUT MUBARAK
Salam semua. Rakyat mengisytiharkan ‘game over’. Permainan kamu sudah tamat HUSNI, berambus dari bumi MESIR. Kami tidak perlukan kamu, itulah laungan yang bergema di Alexandria dan Tahrir selepas sahaja selesai solat Jumaat. Keadaan di Husain tidak dapat saya saksikan, begitu juga di Azhar, jadi beritanya kurang jelas, apalagi polis melata, bagaikan semut menenangkan keadaan DEMO yang parah itu. Meskipun kawasan itu hanya 10-20 meter dari rumah saya.
Tambahan pula amaran tangkap kepada Ajnabi di kawsan DEMO membuatkan saya jadi takut untuk melihat atau memerhati kawasan DEMO. Apa2 yang jelas, akan diberitahu oleh orang Mesir di kawsan ini kepada saya.
sembang-sembang politik
Rasuah...
Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.
Apa pilihan saya?
Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
0 comments:
Post a Comment