Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday, 27 February 2010

Tinta Maulid Nabi s.a.w.

Sekitar Perkongsian Maulid Nabi

Ayuh teman yang cintakan Nabi
...
Ayuh kita lakukan sunnah Nabi.....

pandangan luar maqam Nabi Muhammad s.a.w.

Bismillahirramahnirrahim...

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang mengutuskan Muhammad kepada ummat akhir zaman dan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Allah Muhammad s.a.w. engkaulah anak kepada 2 sembelihan, engkaulah datuk kepada 2 insan, ku sampaikan salam buatmu wahai pemberi syafaat dan kulafazkan kalam cinta dan tinta ikhlas buatmu Ya Habib.

Tatkala hadith bertasbih, ayat2 cinta mula menari, dari pentas pena ke pentas
lisan, dari itu cinta padamu Ya Habib mula berputik di hati dan sanubari.

Assalamualaikum sahabat2 perjuangan dan pembaca sekalian. Di sini ana ingin memohon jutaan kemaafan di atas kelembapan memperbaharui blog ini, maklumlah tidak banyak kesempatan yang ada dan diberikan untuk menulis di blog. Apa2 pun, ana bersyukur, kerana akhirnya, dengan izin Allah dapat juga ana menulis sedikit tinta coretan khas buat junjungan Nabi s.a.w. bersempena Maulid Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya belum terlambat untuk itu meskipun 12 Rabiul Awal telah berlalu.

Sungguh suasana di Mesir sangat berbeza dengan Malaysia bahkan daripada tontonan ana di televisyen secara online mengenai sambutan Maulid Nabi di Malaysia, ana rasa seolah-olah hambar, mungkin sebab ana tidak berada di sana, atau suasana hebat di Mesir menutupi keghairahan di Malaysia, atau memang suasana di Malaysia hambar, wallahu a'lam. Apa2 pun, ana sangat bersyukur kerana dapat menyambutnya dengan suasana kecintaan orang Mesir yang luar biasa sejak dahulu lagi, dan juga kesempatan bersama para 'alim Ulama.

sebahagian para ulama di Mudhayafah sedang asyik
mendengar nasyid @ zikir memuji Nabi s.a.w.

Bermula dengan sambutan di Mudhayafah, salah satu tempat di hadapan Universiti Al-Azhar yang menyediakan pengajian agama secara bertalaqqi dengan ulama yang mu'tabar, ilmu yang cukup bermakna untuk dihadam oleh mahasiswa2 Islam, dan itulah kesempatan untuk bertemu dengan sekalian para alim ulama di Mesir ini. Seperti biasa majlis dimulakan dengan pujian kepada Nabi s.a.w. dan qasidah, kalau di Malaysia dikenali sebagai zanji atau marhaban, walhasil semua itu sama, ia bermula dari tanah Arab.

Apa yang pasti, di sini lebih dahsyat lagi qasidahnya, siap dengan gendang yang bergema, dan suara masyarakat Arab yang cintakan Nabi menenggelamkan suara demontrasi masyarakat Malaysia, subhanallah, itulah cara masyarakat awam Mesir menzahirkan cinta mereka kepada Nabi s.a.w. Yang hadir pada majlis Maulid Nabi di Mudhayafah adalah Syeikh Yusri(pakar bedah dan hadith), Syeikh taha Hubaisyi(pakar aqidah), Syeikh Hasanain Jaafari, Syeikh Jamal Farouq, dan ramai lagi tetamu undangan.

Kemudian ana keluar bersama Syeikh Taha Hubaisyi bersama-sama menuju ke Masjid Imam Hussain untuk menziarahi maqam Imam Hussain, berdoa bersama-sama Syeikh kemudian solat Isya' secara berjemaah di sana. Syeikh Taha Hubaisyi dijemput khas oleh rangkaian televisyen TRL 1 Turkey(negara yang dahulunya menjadi empayar besar Islam iaitu daulah Uthmaniyyah) untuk berbicara mengenai "bagaimana anda mencintai Nabi s.a.w." dan nasihat anda kepada ummat Islam.

Syeikh Taha di bawah hujan yang lebat di luar Masjid Imam
Hussain sebelum di temuramah oleh wartawan Turkey.

Adalah diketahui atau sinonim masyarakat Mesir yang mengenali Syeikh Taha Hubaisyi seorang yang buta mata tapi celik hatinya, tersangatlah beliau suka dan ghairah akan qasidah dan pujian kepada Nabi dan pengetahuan beliau tentang Nabi begitu banyak, mungkin sahaja Syeikh dah berulang kali bertemu dengan Habib Muhammad s.a.w., beliau juga mahir dalam ilmu hadith, dan kerana itulah TRL 1 Turkey memilih Syeikh Taha Hubaisyi untuk rangkaian televisyen mereka secara siaran langsung.

Seorang yang buta tahu untuk cinta pada Nabi s.a.w.,
Adakah kita yang celik malas untuk cinta pada Nabi s.a.w.

Sebelum itu, selepas selesai mengerjakan solat Isya' Syeikh dijemput untuk ke luar Masjid Hussain kerana rakaman dibuat di luar, namun hujan yang lebat disertai ribut, petir dan kilat membuatkan suasana sekitar Hussain menjadi gawat. Itulah antara perkara yang luar biasa disaksikan oleh masyarakat Mesir, kerana Mesir negara yang tidak ditimpa hujan melainkan 2-5 kali dalam setahun, namun pada malam kelahiran Al-Habib Muhammad s.a.w. menyaksikan suatu peringatan atau ancaman kepada golongan bidah. Bagi masyarakat Arab itu adalah nikmat.

syeikh taha hubaisyi ditemuramah oleh krew TRL 1
Turkey di dalam masjid Husain selepas solat isya'.

Akhirnya, rakaman akan dibuat di dalam Masjid Hussain, dan syeikh memulakan perbicaraannya. Apa yang menarik untuk ana kongsi dengan sahabat2 sekalian akan kalam syeikh ialah,: "Manusia sibuk menyebut sirah Nabi dan kisah berkaitan dengan Nabi sehingga lupa akan sirah sebelum kelahiran Nabi, adalah Nabi anak kepada 2 sembelihan iaitu Ismail dan Abdullah yang telah diselamatkan oleh Allah sebagai satu kemulian buat Nabi dan ummat akhir zaman bahawa Nabi adalah pilihan Allah, lahir dari keturunan yang dipilih oleh Allah, di tempat yang diberkati oleh Allah."

Pada keesokannya iaitu tanggal 12 Rabiul Awal 1431, bermula hari yang riuh masyarakat Arab menzahirkan cinta mereka kepada Nabi, masjid2 dipenuhi dengan pelbagai amalan dan kalam. Kisah ana bersekitar di Masjid Hussain, maqam Imam Hussain sesak dan dipenuhi manusia pelbagai bangsa, Masjid juga turut dipenuhi tapak kaki manusia, suasana seperti Maqam Nabi dan Masjidil Haram, nak bergerak pun susah. Kalau begini tempat cucu Nabi bagaimana pula dengan tempat Nabi.

Inilah wajah berseri seorang ulama yang bernama Syeikh Kabir
Muhammad 'Amir yang sedang mangalunkankan bacaan Al-Quran


Majlis dimulakan dengan bacaan oleh Syeikh Kabir Muhammad 'Amir seorang yang lunak membaca Al-Quran dan tajamnya sampai menusuk qalbu, kalau siapa yang berada di sana pasti akan tersentuh, bacaan Al-Quran yang dibaca secara qiraat 7 dengan suara yang cukup merdu dan oleh ulama yang cukup bersih wajahnya, meskipun berdarah di bibirnya, bacaan tetap diteruskan, orang Arab berebut menyapu bibir syeikh yang merupakan pewaris para Nabi, tidak terbayang bagaimana kalau yang berdarah itu Nabi.

Kemudian acara khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Syeikh Fuad Zaki, khutbah yang begitu bersemangat dan Masjid Hussain ni kalau khutbah tidak bersemangan tidak sah solat Jumaat seolahnya begitu. Tambahan pula suara iringan masyarakat Arab ketika syeikh menyebut nama baginda s.a.w bertambah gemuruh hati ini mendengarnya, itu baru ucapan atau kalam daripada seorang yang bergelar ulama yang merupakan pewaris Nabi, bagaimana pula dengan kalam Nabi yang meskipun ringkas mengandungi makna yang berjela dan dalam.

tapak permulaan perarakan maulidur Rasul dari perkarangan
Masjid Solah Jaafari ke Masjid Imam Hussain r.a.

Selepas solat Asar majlis perarakan dari perkarangan Masjid Syeikh Solah Jaafari (keturunan Nabi sebelah Hussain) sehingga ke Masjid Hussain sekitar 0.7 km. Sebelum berarak ana melapangkan masa di dalam haflah Sidi Solah Jaafari dengan qasidah dan madah kepada Nabi, dan setelah keadaaan di luar lega barulah ana keluar ke tapak perarakan lalu masuk ke dalam barisan di hadapan sekali. Kemudia terdengar suara seorang ulama: Ya Ubaidallah, kenapa kamu berada di hadapan dan tidak berada di belakang bersama orang Malaysia?

Sungguh ana ingin menghayatinya di hadapan wahai guruku. jawabku sambil melihat Syeikh Hasanain Jaafari Al-Laithi tersenyum. Gembira melihat Ahli Nabi tersenyum kepada diri yang kerdil ini, bagaimana kalau Nabi yang tersenyum kepada kita, pasti tak tergambar kata2.

Perarakan di sini sangat luar biasa dan nyaring sekali. Tidak akan ana perolehi di Malaysia kelak, namun teramat ingin melihat Malaysia begitu namun berkata Sohibul Tanbih: Wahai orang yang cintakan Nabi, Ayuh laksanakan sunnah Nabi, Mana bukti kamu cinta pada Nabi, Kalau amalan kamu bukan amalan Nabi. Subhanallah, apakah kita mahu beramal seperti orang2 jahil menzahirkan cinta mereka kepada Nabi, Wahai Ahli Ilmu dan Ahli Ibadat, kalau orang jahil tahu cara untuk cinta pada Nabi terlebih utamalah bagi kita untuk tahu bagaimana cara zahirkan cinta pada Nabi.

majlis syiar maulid Nabi s.a.w. bersama para alim ulama
-dianjurkan oleh PMRAM..tahniah PMRAM

Akhir sekali perkongsian dan majlis cukup bermakna bagi ana dan sahabat di PMRAM khususnya, iaitu majlis sambutan Maulid Nabi bersama sekalian para ulama yang tersohor dengan ilmu dan disiplin ilmunya. Pertamanya Syeikh Fathy Al-Hijazi(ulama' lughah), Syeikh Usamah Hasanain Al-Azhari(ulama muda yang menjadi idolaku), Syeikh Asyraf Hamid Hasanain, Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Usam Khadr, kesemuanya 5 orang dan tidak dilupakan yang dicintai Habib Umar ulama Mesir keturunan Nabi s.a.w. yang turut memeriahkan majlis memperingati datuk beliau.

بارك الله يا سيدي # يا اهل بيت النبي
كنت أحب على النبي # هذا المدح دليل على حب النبي


Demikianlah sedikit coretan dan tinta yang mampu ana tulis pada kesempatan kali ini, sekadar mengambil barakah di bulan Nabi, biar jari ini menjadi bukti kecintaan kepada Nabi kerana menulia berkenaan dengan Nabi, amin Ya Robb. Semoga Allah menghitung segalanya dan menempatkan kita di akhirat kelak bersama orang yang kita cintai, siapakah yang kita cintai kalau bukan Nabi yang dikasihi s.a.w.


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله المطهرين وأصحابه المحبين

كان محمد ابن عبدالله ابن عبد المطلب وامه امينة بنت الوهاب

كان النبي صلى الله عليه وسلم سيد الوجود والسبب الأعظم لكل الموجود


كان محمد امام الحرمين وامام الثقلين وامام الحسنين وابن الذبحين

1 comments:

ummu.harari@yahoo.com said...

assalamualaikum ya akhi , minta anta jelaskan sedikit sebanyak tentang hukum berzanji?sebabnya berzanji amat sinonim dengan hari sambutan maulid , apakah hukum berzanji dan minta dijelaskan hukumnya ..syukran

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner