Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Tuesday, 9 February 2010

Demokrasi ke? Demokrasi, Demokrasi...

Malaysia Bukan Negara Demokrasi
Mahkamah Tidak Mampu lagi Mengadili

inikah semangat satu malaysia yang dilaung-laungkan
sedangkan satu agama diketepikan...

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah sahabat2 sekalian, bertemu lagi kita di rungan blog ini, rindu rasanya untuk menulis artikel dan berkongsi ilmu dan pandangan dengan sahabat2 sekalian, syukur tidak terhingga ana lafazkan ke hadrat Illahi, selawat juga buat junjungan besar Muhammad s.a.w. kerana keteguhan perjuangan baginda akhirnya cahaya Islam sampai kepada kita semua.

Kali ini, ana bukan ingin membicarakan tajuk yang tidak mewakili mana2 parti meskipun kita masing2 ada kecenderungan parti masing2, namun apa yang penting suatu renungan dan penghayatan bersama akan hakikat yang berlaku di negara kita yang tercinta, ketepikan dahulu soal parti, apa yang penting perkongsian yang ana ingin sahabat2 bedah siasat sama2. Dan ana membawa tajuk yang sensitif ini sebagai kesedaran kita bersama.


Sedar tidak sedar, usia ana sudah menjangkau 20 tahun, makin tahu akan selok belok politik, berada pada 3 zaman Perdana Menteri, yang mula2 Tun Dr. Mahathir Mohamad, kemudian Tun Abdullah Badwi, dan terkini Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai seorang rakyat biasa dan pengamatan saya sejak tidak tahu apa2 tentang politik, Malaysia sejak dulu lagi merupakan sebuah negara yang tidak demokrasi meskipun sentiasa melaungkan "Malaysia sebuah negara demokrasi" dan dikenali dengan nama yang demikian sedangkan pada hakikatnya tidak, tidak sama sekali.
Membuat atau memperkenalkan slogan memang mudah sahabat2 sekalian, namun melaksanakannya sangat sukar.

Cuba kita lihat sahabat2 sekalian, baik dari sudut politik, ekonomi, sosial, kehakiman dan sebagainya, semuanya teruk, tiada keadilan seperti yang dilaung-laungkan, tiada demokrasi dalam pilihanraya, berlakunya masalah dalam ekonomi, tiada ketelusan dalam sistem kehakiman, penularan masalah sosial dan jenayah, penyiaran dan penerbitan yang berbaur hasutan, tohmahan dan berat sebelah, maka di mana keadilan? di mana demokrasi?


Jadi benarlah, tepatlah tajuk yang ana bawakan untuk sahabat2 sekalian, dan satu sahaja persoalan yang sangat penting untuk reningan kita bersama, kenapa media khususnya televisyen terlalu suka melakukan tohmahan, melaga-lagakan parti politik yang ada di Malaysia, dan memuliakan kerajaan lebih daripada Allah, tidak tahu ke erti dosa dan pahala, syurga dan neraka, kenapa suka sangat memburuk-burukkan Islam, menyiarkan berita2 palsu, adakah kalian dibeli oleh kerajaan untuk memihak kerajaan dan memburukkan parti lawan semata-mata untuk memastikan kerajaan terus memerintah dan parti2 lain dimusuhi dan tidak disokong?

Sejak kecil lagi ana lihat, televisyen memburuk-burukkan ulama' dan melaga-lagakan ulama' khususnya yang berada dalam PAS dan langsung tidak memberi mereka peluang untuk menjawab atau membela diri. Bagi ana ini adalah suatu penghinaan dan kekejian media khususnya TV3 yang terlalu banyak mengkritik dan menghina ulama'2 Islam yang berada dalam PAS, oleh itu televisyen bukan isu atau maklumat yang tepat untuk kita ikuti dan teliti kerana terlalu banyak longgokan fitnah yang di belakangnya ada segelintir ahli politik. Kebaikan Islam yang dibawa PAS disorok sementara keburukan PAS atau parti2 lain cepat2 disiarkan malah diperbesarkan pulak.

Berkait mahkamah pula, dari dahulu kita melihat institusi kehakiman di negara ini bukanlah berdasarkan perundangan 100% malah ada campurtangan politik dan makan rasuah, bagaimana hendak dilakukan pembersihan sekiranya Islam diketepikan, hanya dengan Islam sahaja institusi kehakiman di Malaysia dapat dibersihkan. Terbaru, isu politik diselesaikan di mahkamah, di mana hak rakyat untuk membuat penilaian, contohnya isu pengesahan Menteri Besar Perak yang sebenar, isu tersebut terpaksa diselesaikan di mahkamah, kenapa? kenapa sahabat2 sekalian?
Sedangkan kita meragui kehakiman Malaysia...

1 comments:

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

salam...entri yg menarik..sy juga meragui sistem kehakiman di malaysia bahkan apa2 pun yg berkaitan dgn kerajaan skrg ni.. tapi, kita tak boleh nak salahkan satu pihak shj. blh dikatakan semua parti di malaysia ni sudah tidak atau kurang telus. mana2 pihak pun kalau dilihat semua ada agenda masing2... hanya segelintir shj yg masih berpegang pd prinsip yg sebenar.. dan nawaitu mereka utk berpolitik tu hanya Allah swt saja yg tahu.. mgkin krn cintakan agama, mgkin mrka cntakn harta, pangkat, dll.. wallahu'alam..

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner