Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Tuesday, 9 February 2010

Najib perlu jumpa Masyitah @ TG Nik Aziz ?

Hargailah Kitab Al-Qardhowi
dan Ulama' Islam yang ada

Dato' Seri Najib menerima cenderamata kitab terbaru
hasil penulisan Syeikh Yusof Al-Qardhowi

Baru2 ini, Perdana Menteri kita dihadiahkan satu set kitab "fiqhul jihad" karya terbaru Syeikh Yusof Al-Qardhowi, yang juga merupakan ketua ulama' sedunia ketika beliau menjadi jemputan istimewa bagi majlis maulidur rasul sebagai salah seorang tokoh maal hijrah peringkat kebangsaan. Kitab tersebut mempunyai 2 jilid, dan di dalamnya dibincangkan tentang soal hukum-hakam dan kepentingan jihad.

Namun pada kali ini, apa yang ana ingin bicarakan adalah, Najib perlu ingat, tujuan Syeikh Al-Qardhowi beri kitab tu, supaya Malaysia melaksanakan jihad seperti yang dituntut dalam Islam termasuklah jihad melawan hawa nafsu dan musuh Islam, bukannya jihad melawan Islam. Maka Najib yang sudah tentu tak berapa fasih nak baca arab, perlulah mencari pakar rujuk untuk mengetahui lebih mendalam tentang perbahasan kitab tersebut, jangan buat frame atau letak dekat muzium pula.

Kalau letak kat muzium atau buat hiasan, kira sia2 lah Syeikh Al-Qardhowi beri kat Dato' Seri, tapi tidak jadi masalah, mungkin satu hari nanti berguna juga untuk Najib, siapa tahu. Namun, siapakah yang perlu Najib temui untuk dapatkan penjelasan yang "mantap" tentang kitab tersebut, Masyitah ke Tg Nik Aziz. Dalam soal belajar, ketepikan soal politik, utamakan kepentingan ilmu, Masyitah ni kurang thiqah, bimbang2 salah tafsiran pula.

Oleh itu, ana cadangkan Tg Nik Aziz la, jadilah pemimpin yang suka dengar tazkirah, bacalah kitab yang dihadiahkan Al-Qardhowi dengan TG Nik Aziz, atau mana2 yang bagus la, jangan ambil wahabi atau ulama'2 pening macam ustazah tu yang fatwanya lebih hebat daripada hadith "halal berzina dalam keadaan darurat", minta maaf pun tak pernah lagi, selagi dia tidak tarik fatwa hina dan jijik dia tu selagi tu fatwa dia tidak boleh diterima.

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner