Berita tersebut membuat ana kembali teringat kepada arwah ibu, baru2 ini gagal dalam peperiksaan, kemudian ulangtahun kematian ibu, kemudian suara tangisan dari seorang kakak, dan sekarang adik2 bu’uth kita pulak yang kehilangan orang tersayang, dan ini membuatkan ana teringat akan ibu yang tersayang. Ternyata kematian itu menjemput semua manusia tidak kira siapa mereka. Tiada siapa yang dapat membeli atau menjual kematian, jadi kenapa kita sombong sangat di dunia ni, bangga dengan sedikit kelebihan yang Allah berikan berbanding insan yang lain yang sepatutnya kita bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan.
Ana sangat memahami perasaan orang yang kehilangan orang yang tersayang, kerana ana pun pernah kehilangan orang yang tersayang, namun keperitan kehilangan seorang yang bernama ibu itu ternyata lebih perit daripada kehilangan insan yang bernama ayah, kakak, abang, adik, sahabat dan sebagainya. Ini kerana ibulah tempat kita berkasih sayang, dan merupakan wali yang penuh keramat dalam kehidupan kita. Adalah pemergian mereka akan membuatkan kita teringat dan terimbau kembali segala jasa baik dan kenangan indah sewaktu bersama mereka. Buat sahabat2 di luar sana, yang masih memiliki segala-galanya insan tersayang, hargailah mereka sebelum Allah menjemput mereka.
Ana masih teringat, di waktu hayat ibu, banyak amalan2 yang baik dan mulia diajarkan oleh ibu, sedangkan pembelajarannya hanya setakat darjah 6 sahaja, ini kerana ibuku berasal dari keluarga yang agak susah, dan beliau merupakan anak yang sulong, jadi terpaksa bekerja untuk membantu nenek dan datukku. Ana terfikir sejenak, macam mana ilmu ibuku sejauh itu, sehingga menjangkau pemikiran ulama, tidak lain dan tidak bukan ibadat serta taqwa ibuku yang sungguh terhadap Allah s.w.t. Bahkan ulama pernah menyebut bahawa ibu yang baik adalah wali yang paling tinggi. Ternyata keinginan seorang ibu yang baik adalah untuk menjadikan anaknya anak yang soleh.
Apakah sahabat2 sekalian merasakan perbicaraan ana ini suatu percakapan kosong? Tidak, tidak sama sekali, sahabat2 boleh bertanya kepada diri2 sahabat sekalian, siapa ibu pada pandangan mata sahabat2 sekalian. Ternyata ibuku seorang yang sangat memahami dan berfikiran yang jauh. Perbicaraan kali ini bukan untuk melebihkan ibuku daripada ibu2 sahabat sekalian, namun ia hanya sekadar perkongsian, dan ana sekadar nak meluahkan hati bahawa ana sangat berbangga kerana mempunyai ibu yang sehebat itu yang menjadikan Saidatina Khadijah sebagai idola rumahtangga.
Inilah antara amalan2 ibuku yang sangat membanggakan ana selaku seorang insan yang masih belum berjasa kepadanya, masih belum memenuhi impiannya untuk melihat ana berjaya, namun keinginannya untuk ana sampai ke Mesir ternyata telah dikabulkan oleh Allah meskipun ana tak berhajat untuk datang ke Mesir pada asalnya. Sekali lagi ana terangkan di sini, bahawa ana bukan nak berbangga-bangga tapi rasa bertuah kerana memiliki ibu seperti ini, meskipun dikurniakan ibu angkat, ternyata ianya tidak sama dengan ibu kandung, kerana tidak dapat mengucup tangannya serta membelainya.
1) Membaca Al-Mulk tiap2 malam @ lepas subuh, tiap2 hari
2) Membaca Yasin setiap minggu, pada hari khamis
3) Tidak pernah tinggal solat berjemaah subuh dan isya’
4) Mengikuti kelas pengajian setiap minggu
5) Sentiasa berzikir di waktu lapang dengan tasbih kokonya
6) Puasa syaaban setiap tahun, 30 hari
7) Tidak pernah tinggal puasa 6 hari raya
8) Selalu menziarahi jiran dan hubung silaturrahim
9) Selalu hormat dan taat kepada ibunya(nenekku), sentiasa ziarah semasa hidup, nenekku masih hidup sampai sekarang
10) Suka dan menyayangi cucu2nya
11) Kurang tidurnya, kerana banyak komitmen untuk suami, anak2, dan pengajian
12) Sanggup menggadaikan perkakasnya demi menghantar anaknya ke luar negara, membayar hutang anaknya, mengahwinkan anaknya, memberi pinjaman kepada mereka yang memerlukannya.
13) Suka merawat orang yang sakit dan menjual ubat-ubatan
14) Sentiasa bersedeqah meskipun kepada mereka yang kurang akal dengan memberi makanan
15) Sanggup berbelanja untuk kami(anak2) membeli buku dan pergi kelas tambahan
16) Sentiasa bercerita kisah2 tauladan kepadaku
17) Sentiasa gerak anak2nya di awal subuh agar subuh tidak ketinggalan
Banyak lagi kelebihan2 yang ingin ana ceritakan, tapi ana rasa cukup sekadar itu sahaja dikesempatan masa yang tidak banyak ini. Apa yang diajarkan oleh ibu ana akan ana kongsikan sedikit dengan sahabat2 agar dapat sama2 kita renungi terutama buat diri ana yang masih lagi mempunyai tanggungjawab iaitu belajar bersungguh-sungguh untuk kembali kepada masyarakat di Malaysia, keinginan ibu untuk melihat ana menjadi seorang ulama akan menjadi realiti dengan izin Allah suatu hari nanti. Siapa yang tidak mahu jadi ulama, semua mahu, ini kerana kemuliaan ulama di sisi Allah sangat tinggi.
-ibu ajar salam & kucup tangan ibubapa sebelum tidur
-ibu ajar salam & kucup tangan sebelum pergi dan selepas pulang sekolah
-ibu suruh baca doa sebelum makan
-ibu pesan, ucap terima kasih kepada semua orang yang berjasa @ beri sesuatu
-ibu pesan, tegur dan beri salam dekat semua guru
-ibu marah mengumpat guru
-ibu marah kalau ana belajar sambil meniarap
-ibu ajar bermain di waktu siang sahaja, malam mesti ke surau
-ibu didik ana agar kurangkan tidur & banyakkan baca Quran
-ibu didik ana agar hormat orang yang lebih tua
-jangan suka berhutang nanti payah nak bayar
-ibu pesan, kurangkan tonton TV nanti bazir masa
-ibu ajar ana agar pilih sahabat yang baik
-ibu ajar ana agar tidak keluar lewat2 malam
-ibu ajar ana agar tidak rokok
-ibu tidak suka kalau ana bergaduh dengan orang lain nanti makin besar masalah
-ibu ajar agar ana tidak suka bercakap bohong
-ibu tidak pernah ajar agar meniru dalam peperiksaan, biar kita usaha sendiri
-ibu suruh baca doa penerang hati tiap2 malam
-ibu selalu ingatkan kerja sekolah meskipun sudah besar
-ibu ajar ana ikut sunnah:
1.cari isteri yang solehah
2.pakai jubah bila sembahyang
3.minum air duduk
4.naik kenderaan baca doa
5.jangan tidur lepas subuh & asar
Alhamdulillah, lega rasanya dapat meluahkan isi hati ini, Ramadhan benar2 mengajar ana erti sebuah kehilangan, adakah kita juga merasakan yang demikian dengan pemergian Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ternyata ibadat yang ana sedekahkan di bulan Ramadhan yang diniatkan untuk arwah tercinta tidak berganda lagi, kerana ibadat di bulan lain hanya 1 pahala sahaja bagi tiap2 kebaikan sementara di bulan Ramadhan Allah gandakan sehinggakan tidak terbilang banyaknya kerana Allah yang akan membalasnya.
Ternyata raya tahun ini tanpa kucupan ibubapa dan abang2 & kakak, begitu juga lafaz ucapan maaf & Selamat Menyambut Aidilfitri, tidak lagi dapat sampai kepada ibu melalui telefon, ternyata orang lain boleh2 saja, namun doa & kehadiranmu dalam mimpi sahaja yang mampu menghiasi hidupku.
4 comments:
Sayangi dan hargailah keluarga kita sementara mereka masih ader...
salam..
tersentuh hati bila ana bca entri ni..
walau apa2 pown..
ibu ttap di hadapan ..
inshaAllah smoga kita mmjadi anak yg soleh & solehah..
inshaAllah2..
;)
assalamualaikum...blog yg bermanfaat utk semua..salam ukhwah ....=)
mmg tersentuh hati ana mmbaca entry anta ini...
menambah kan kasih ana terhadap ibu ana...
terbayang ana bagaimana sekiranya ana menjalani idup ana tanpa ibu seperti anta...
ana d0a kan m0ga ibu anta di tempat kan org² solehah oleh ALLAH s.w.t...Amin.
Post a Comment