Luahan hatiii seorang anak……
Alhamdulillah, kini ana dapat menulis lagi, setelah sekian lama berehat kerana menenangkan diri setelah gagal dalam peperiksaan baru2 ini, tapi Allah masih beri kekuatan untuk ana terus melibatkan diri dalam bidang dakwah melalui penulisan, meskipun kecil pengorbanan kita, Allah yang Maha Pemurah tetap menghitungnya, terima kasih Tuhanku. Kini genap ulangtahun ke-2 kematian ibuku (Khatijah binti Ali) setelah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 28 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007.
Pemergian insan yang tersayang memang suatu perkara yang menyedihkan, namun demikian, kita sebagai hamba Allah terpaksa akur akan kehendak Allah, kerana kita semua adalah haknya, maka bila tiba masanya, kita semua akan dikembalikan (mati). Bahkan pernah seorang adik di sekolah SMAASZA bertanya kepada saya: “macam mana rasanya kalau kematian ibu, abang? Wan tak boleh bayangkan, sebab Wan sangat sayangkan dia.” “Kalau sayang, kena jadi anak yang soleh,” jawabku.
Sebenarnya dah lama ana nak post pasal ni, tapi macam yang ana bagi tau sebelum nilah, nak buat macam mana, Allah betul2 nak uji kita, meskipun kita tak pernah doa dan bayangkan “gagal”, semuanya ada hikmah. Apa yang ana tulis, hanya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan jer, bagi ana, anda sekalian adalah keluarga ana, meskipun kita sering berbeza pendapat, kerana rambut mungkin sama hitam, tapi ternyata hati kita lain2.
Semalam ana bermesej dengan kakak yang tercinta, ternyata kesedihan yang membuak di dalam dada, tambahan pula tengok cerita sedih, semua pasal ibu tercinta, kalau kawan2 masih ingat “Seputih Qaseh Ramadhan” dan “Demi Masa”, ditambah lagi dengan nasyid ibu dari kumpulan Aeman yang bertajuk “Ibu” dan “Ya Ummi” oleh Abu Bukhetir. Kalau tak tengok atau dengar lagi, sahabat2 dan adik2 kena tonton dan dengar cerita dan lagu tersebut, biar kita jadi ingat dekat pengorbanan dan jasa mereka yang tak terhingga, ambil iktibar dan pengajaran, maka tiada salahnya, daripada tonton cerita yang karut dan tiada faedahnya.
Maklumlah sahabat2 sekalian, hubungan ana dengan kakak2 sangat erat berbanding dengan abang2, merekalah orang yang paling memahami diri ini selepas ibu tercinta. Ternyata selepas kematian ibu 2 tahun yang lepas, kakakku yang sulong ni sangat ambil berat pasal diriku, begitu juga dengan perasaanku, hinggakan ana merasakan sentuhan ibu itu masih ada meskipun ia tidak sama, dan takkan sama, tapi yang pasti ada auranya. Buat pembaca sekalian, ana dipanggil “Mie” dalam keluarga, bukan apa, ana takut sahabat2 tidak faham bila baca perenggan di bawah nanti.
Ana mempunyai 3 orang kakak, dan anak anak yang ke-17 (bongsu). Pagi semalam ana telefon ayah dan kakak, maklumlah terlalu sedih pada malamnya, ternyata kakakku menangis kerana memikirkan nasibku di sini, lalu ana menaip sebuah mesej luahan hatiku yang sebenar:
"Tak perlu sedih, Mie selalu ingat keluarga di sana, Mie selalu ingat nasihat arwah ibu, Mie selalu ingat matlamat datang ke Mesir, Mie akan amanah dengan pelajaran Mie, cuma Mie dah buat yang terbaik, Tuhan jer tahu, tapi Tuhan nak uji Mie dengan kegagalan, nak buat macam mana, itu kelemahan Mie, sebab Mie tak mampu nak ubah takdir Tuhan, jadi Mie mintak maaf, yang Mie harapkan sekarang doa, doa dari semua…"
Apa2 pun, ana pasti akan bawa pulang kejayaan(ilmu), kejayaanku di sini adalah untuk ibuku yang tercinta dan agama Islam itu sendiri. Semoga aku beroleh kejayaanku untuk ana bawa pulang dan berkhidmat kepada masyarakat di sana. Ternyata nasihat ibu akan ana pegang sampai bila2, belajar bersungguh-sungguh, jaga tingkah laku, hormati guru, cari isteri solehah, mengajar elok2 dan banyak lagi.
Ibu(arwah), Bak(ayah), Kak Long, Kak Izan, Kak Asiah,
Abang Il, Abang Li, Abang2, Pa & Ma, Adik2,:
Abang Il, Abang Li, Abang2, Pa & Ma, Adik2,:
Maafkan Mie kerana gagal dalam peperiksaan baru2 ini, doakan semoga dapat kekuatan untuk terus menimba ilmu di sini, ilmu yang bakal Mie kutip bukan untuk diri sendiri, tapi untuk perjuangan Islam, Mie tak harapkan sangat duit, yang Mie harapkan doa dan restu keluarga sekalian, meskipun Ramadhan kali ini kita berasingan, ternyata kehadiran kalian menghiasi ruangan mimpi, kerinduan pada ibu juga makin pudar, sebab kehebatan arwah ibu sentiasa muncul dalam mimpi, keserian wajahnya tak pernah pudar, meskipun kegagalan yang Mie persembahkan, kerana ibu tahu bahawa Mie berusaha, meskipun Mie tak pernah persembahkan kejayaan untuk ibu, ibu tak pernah marah, namun tetap suruh aku berusaha, apa yang mampu Mie persembahkan sekarang untuk ibu hanyalah bacaan Al-Mulk dan doa, semoga dihitung oleh Allah.
Maafkan ana sahabat2 sekalian kerana menjadikan ruangan blog kali ni tempat luahan hati, maklumlah sahabat yang selalu mendengar luahan hati ana tinggal jauh, di penghujung bumi Mesir, jadi terpaksalah luahnya di sini. Oleh itu, suka ana maklumkan, sempena Ramadhan kali ini, ana nak guna ruangan blog ini untuk meluahkan hati ana, harap sahabat2 dapat beri motivasi dan nasihat, dan sahabat tidak jemu untuk terus menziarah blog ini meskipun tidak sehebat blog rakan2 yang lain.
Ana ada 2 blog lagi, sahabat2 boleh berkunjung untuk dapatkan ilmu di sana, khas untuk pembaca2 sekalian, luangkan 5 minit untuk baca, agar kita sama2 dapat manfaat di bulan Ramadhan. Blog yang ana maksudkan ialah "http://masyayikh.blogspot.com/" dan "http://abangbercerita.blogspot.com/".
Terkadangkala kita sebagai seorang anak tidak sedar bahawa
kita pernah mengguris hati seorang ibu. Fikir2 kanlah…
kita pernah mengguris hati seorang ibu. Fikir2 kanlah…
0 comments:
Post a Comment