Permata seterusnya
Sebak di dada meskipun tidak sebak di mata. Itulah yang mampu ana ungkapkan pada kesempatan kali ini, manakan tidak guru kesayangankun Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah meninggalkan ana dan sahabat2 kerana masa untuk bersama kami telah tamat. Jujur ana katakan, pengajian bersama Syeikh tidak membosankan, bahkan banyak ilmu yang ana dapat daripada Syeikh sepanjang 22 hari bersama Syeikh. Sedih memang sedih, namun ana berdoa kepada Allah agar tidak menitiskan airmata pada waktu itu, agar tidak timbul perasaan riya’ di dalam hati.
Alhamdulillah, ana mampu untuk istiqamah sepanjang kelas Syeikh berlangsung melainkan beberapa ketika, itupun sebab yang tidak disengajakan. Ilmu yang ana perolehi bukan sahaja termaktub dalam kitab(pemahaman syarahan Syeikh), bahkan di luar kitab, mana buktinya? Buktinya, ana yng lemah, hina dan dhaif ini sahaja mampu mengumpul lebih 50 m/s kalam2 Syeikh yang lainnya di dalam buku nota ana, bagaimana pula dengan mereka yang lebih hebat daripadaku, itu tidak termasuk apa yang ana masih ingat, tapi tidak diabadikan dalam kitab dan juga buku nota ana.
Ana akan cuba sedaya upaya membentang kalam2 Syeikh Nuruddin di dalam blog perjuangan ana http://masyayikh.blogspot.com/ , hanya itu yang mampu ana lakukan sebagai suatu pengorbanan buat guru yang tersayang, iaitu menyebarkan kalam2 yang baik daripada Syeikh kepada sahabat2 di luar sana, khususnya mereka2 yang tidak berkesempatan mengikuti kelas pengajian Syeikh. Masih banyak kalam2 Syeikh Nuruddin yang belum ana bentangkan, maaf sebab ana sibuk sedikit.
Di kesempatan ini juga, ana ingin memohon jutaan kemaafan daripadamu wahai Tuan Guru, semoga segala ilmu yang guru curahkan kepada kami, dapat kami sematkan dalam jiwa, seterusnya mampu untuk mengamalkannya dan akhirnya menyebarkan kepada masyarakat nusantara, khususnya warga tanahair kami yang tercinta. Terima kasih yang tidak terhingga, itu sahajalah yang mampu ana lafazkan untukmu, ternyata segala jasa dan pengorbananmu itu tidak mampu ana dan rakan2 membalasnya sampai bila2.
Terima kasih juga guru, ternyata kehadiranmu telah menjadikan masa cutiku terisi dengan perkara2 yang berfaedah, dan tidak terbuang dengan perkara2 yang tidak berfaedah seperti tidur sepanjang Ramadhan. Juga kehadiranmu menambahkan ilmuku yang sentiasa cetek, kehadiranmu membuatkan hariku menjadi berkat, kehadiranmu untuk menyedarkan kami, dan sememangnya kehadiranmu sangat bermakna dalam percaturan hidup ana dan rakan2.
Namun ana berpuas hati kerana hajat di hati Allah tunaikan, pertama untuk melontarkan soalan kepada Syeikh, ternyata Syeikh memberi respon yang positif terhadap pertanyaanku, kedua untuk mengucup pipi seorang guru yang bergelar ulama. Alangkah gembira dan sebak rasanya pada saat perpisahan itu. Guru, ana belum puas menatap wajahmu, belum puas menimba ilmu daripadamu, belum puas menanyakan soalan, belum puas mengucup tanganmu, belum puas mencium pipimu, adakah Tuhan akan memberi kesempatan untuk kita bertemu lagi di masa akan datang?
Semoga Allah panjangkan umurmu, begitu juga umurku, kerana ana masih belum puas berjumpa dengan para alim ulama. Pasti selepas ini kerinduan kepadamu itu datang, kerana mengenangkan saat cuitan mesramu semasa di dalam kelas pengajian, yang tidak ubah seperti watak seorang bapa, terima kasih, terima kasih, terima kasih…Ya Allah terlalu banyak ujian yang engkau timpakan ke atasku, selepas pemergian Syeikh Syed Abdul Kadir Al-Joufrey dan Syeikh Khairul Anuar Al-Kelantani, ternyata kini Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pula, ternyata perpisahan itu suatu kepastian.
0 comments:
Post a Comment