Kita semua mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemurah. Tenyata kita selalu mengungkapkan kalimah tersebut, dalam doa, sembahyang dan ibadat seharian kita. Bagaimana kita semua mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemurah? Tidak lain dan tidak bukan, dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita sehingga hari ini, makannya, umurnya, kekayaannya, kesihatannya dan sebagainya, namun setakat mana kita mensyukurinya…
Apa yang ana ingin perkatakan di kesempatan ini adalah mengenai sakit sebagai bukti bahawa Allah itu Maha Pemurah. Ternyata di saat Allah beri kesihatan kepada kita, kita lalai, sehingga tak terhitung banyaknya maksiat yang kita kerjakan, sehingga tidak sedar bahawa perbuatan dan ucapan kita telah mengguris hati orang yang berada di sekeliling kita, sehingga tidak tahu mana yang baik dan buruk, semuanya bercampur-aduk.
Kemudian Allah yang Maha Pemurah telah menguji kita dengan sakit yang tidak pernah kita minta, kerana semua orang tidak mahu sakit bahkan kita sentiasa mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan kepada kita, panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, sedangkan Nabi Muhammad mendoakan agar diberi kesakitan, begitu juga Ulama, mereka mohon kepada Allah agar dipendekkan umur
Tentu sahabat tertanya-tanya, tiba2 jer bercakap pasal sakit, bukan apa sahabat sekalian, ana sakit kaki disebabkan jatuh di kelas pengajian Syeikh Nuruddin, sehingga sakit kepala lutut sampai tak selesa ketika sujud, terpaksa tahan, berjalan boleh, tapi naik tangga lah perit sedikit, sebab kaki tak boleh nak bengkok, asyik keras macam batang penyapu jer. Itu kelmarin, tapi sekarang, saat ana post entry ni, ternyata lebih sakit.
Ketika kita menghadapi sakit, pelbagai perkara yang kita ingat, teringat dosa yang dikerjakan, teringat amalan buruk di waktu sihat dahulu, dan yang paling bagus sekali, baru terasa nak buat amal ibadat, masa sihat bukan main malas, bila sakit baru tahu, setiap kali lepas sembahyang mesti doa minta sembuh, dah tak ada doa lain lagi, kalau masa sihat bukan main malas doa, mengaminkan doa pun malas, teruk betul. Sape tuuu??? Kitalahhh.
Ternyata bila kita sakit, ibadat kita bukan main cemerlang, gemilang dan terbilang lagi, mengalahkan ibadat para wali dan malaikat, masa sakit, ibadat lebih kurang jer. Ishhh, iiish, teruk betul kita yer. Agaknya kurang lagi tahap kesyukuran kita kepada Allah. Orang yang hampir dengan Allah, mereka bersyukur pada waktu sihat dan juga sakit, namun mereka lebih2 lagi di waktu sakit.
Sebab itulah ana katakana bahawa sakit itu adalah rahmat daripada Allah. Menjadi suatu peringatan kepada kita selaku hamba Allah yang selalu lalai dan leka dengan dodoian dunia. Allah datangkan ujian kepada kita kerana sayang dan kasih Allah kepada hambanya melebihi segalanya. Ternyata kita dipilih oleh Allah dalam lingkungan manusia yang banyaknya. Terpilih untuk menjadi hamba Allah yang diuji.
Kalau tidak, nescaya kita dibiarkan sahaja oleh Allah, sehingga kita tidak sedar bahawa nikmat yang Allah kurniakan itu adalah sebagai musibah agar kita makin jauh daripada Allah sebagaimana yang berlaku kepada Firaun, meskipun Firaun adalah hamba yang ingkar, Allah tetap atau masih memberikan nikmat, kekuasaan, kekayaan. Adakah itu sebagai nikmat? Sudah tentu tidak, bahkan itulah yang dinamakan istidroj.
Seterusnyaaa…….
Ternyata sakit yang Allah uji itu juga sebagai penghapus dosa, dosa2 yang telah kita kerjakan sebelum ni. Manakan tidak, ketika kita sakit, kita hanya ingat Allah sahaja, jarang sangat yang pada ketika itu masih ingat dunia, kalau ada teruk betul, harap2 tu bukan kita. Bahkan kita selalu mendengar orang kata, sakit tu tanda Allah ingat dan sayang dekat kita, betul dan memang benar, tiada keraguan sedikitpun. Tetaplah ucap Alhamdulillah
Lepas sihat ni, memang betul2 kena tunaikanlah apa yang kita dah janji pada Allah sebelum ni, kalau tak janji pun, kena buat juga, supaya rahmat Allah kekal bersama kita, aamin. Kesimpulannya, kita hendaklah redha terhadap apa2 sahaja yang Allah kurniakan kepada kita, dan hendaklah sentiasa menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur, kerana orang yang bersyukur akan ditambahkan nikmat oleh Allah sedangkan orang yang tidak tahu bersyukur akan mendapat azab yang pedih di sisi Allah.
Shopback Review
6 years ago
2 comments:
Sakit itu meruapakan salah satu ujian Ilahi... Dengan adanyanya sakit kita dapat menyedari betapa kerdilnya diri kita inie... =)
assalamualaikum....alhamdulillah
Post a Comment