Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday, 7 January 2011

IMTIHAN TELAH MENJELMA


Al-Faqir ingin menyusun pepasir di lautan yang banyak tak terkira, kerana ingin memohon kemaafan, betapa banyaknya kesilapan Al-Faqir terhadap sahabat2 sekalian, maklumlah Al-Faqir terpaksa mengundurkan diri buat seketika, bermula hari ini sehinggalah 25 Januari gara2 pelayaran “bahtera imtihan” yang akan berlayar tidak berapa lama lagi iaitu pada tanggal 8 Januari ini. Saya terpaksa berhenti menulis di ruangan blog peribadi ini, namun sahabat2 masih tetap boleh mengunjungi ruangan blog ini di artikel2 yang lampau.


Ataupun, sahabat2 masih boleh terbang ke gerbang blog e-tazkiirah dan juga cerita2. Moga2 dapat perkongsian ilmu yang berguna, insyaAllah, amin. Tapi Al-Faqir tetap akan mengetip, cuma artikel yang biasa yang berkait dengan subjek yang Al-Faqir lalui peperiksaannya. Sebagai contoh, esok (Sabtu-8 Januari) subjek “Khitobah”, setelah selesai je peperiksaan, Al-Faqir akan kongsi sedikit coretan tentang subjek tersebut, kot2 lah ada yang nak tahu.


Dan seterusnya hari selasa (11 Januari) subjek Ulum Quran, Sabtu (15 Januari) subjek Syubhat Hadith, Selasa (18 Januari) subjek Falsafah, Sabtu (22 Januari) subjek Ilmu Mantiq, dan terakhir hari Selasa (25 Januari) subjek Fiqh Muamalat. Ana harap sangat2 sahabat2 dapat mendoakan kejayaan Al-Faqir dan sahabat2 yang menghadapi ujian. Okey, di sini sahajalah entry Al-Faqir kali ini, semoga kita bersua lagi esok, setelah jam 2 petang waktu Mesir.


Sahabat2 sekalian, moga2 usaha kita sebelum ini, akan memperlihatkan hasil yang baik kelak. Dalam kesibukan last2 minit untuk imtihan, jangan sesekali kita lupa untuk beribadat kepada Allah seperti baca Quran, solat Dhuha, zikir selepas solat fardhu, selawat dan sebagainya, teramat hina dan rugilah kalau kita lupa untuk melakukan perkara tersebut semata-mata untuk berjaya. Padahal waktu yang dibutuhkan tidak terlalu lama, apa lagi semua itu juga punca kepada berjayanya seseorang Muslim. w’salam…


Sahabat2 “Study Group”: Imron, Redho, Syihab, Yudy,

Faza, Ariandy, Muslihin, Shams, Sandy,Fandy


Ya Allah!!! Jadikanlah Kami Ulama’2 yang Soleh, Jadikanlah juga Kami Ulama2 yang Faqih, Jadikanlah juga Kami Ulama2 yang Beramal dengan Amal, Dan Jadikanlah Kami Ulama2 yang Ikhlas dalam Memperjuangkan AgamaMu.


Ya Allah!!! Berikanlah Kami Kekuatan untuk Menghadapi Imtihan ini, dan Berikanlah Ketenangan kepada Kami ketika Berlangsungnya Imtihan, dan Berikanlah Kami Kejayaan yang Engkau Redhai setelah Imtihan…


Amin, Selamat Menempuh Imtihan khusus buat sahabat2 Al-Azhar.


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah


Thursday, 6 January 2011

PENGEBOMAN GEREJA DI ISKANDARIAH

Siri pengeboman tanggal 1 Januari 2011,

saat sambutan Tahun Baru...


Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta Allah, yang telah menjadikan bandar2 aman dengan kehendaknya, dan menjadikan bandar2 perang dengan kehendaknya, yang telah menjadikan bumi itu subur dengan izinnya, dan menjadikan bumi itu gersang dengan kemahuannya, Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, tidak lupa selawat dan salam buat junjungan kekasih kita sepanjang zaman, Muhammad bin Abdullah, sallallahu alaihi wasallam.


Baru2 ini, ummat Islam dikejutkan dengan satu berita yang sangat dahsyat, iaitu pengeboman gereja Kristian di Kota Iskandariah, Mesir, yang meragut banyak nyawa. Perbuatan tersebut adalah perbuatan terkutuk, dan dikeji oleh Islam. Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan tersebut, dengan itu, pengeboman tersebut tiada kaitan langsung dengan Islam dan ummat Islam, melainkan itu cumalah tindakan ekstrem individu tertentu atau kelompok tertentu.


Sekali lagi Al-Faqir mengulang, bahawa tindakan itu bukanlah pendirian Islam dan ummat Islam, dan sesekali kita tidak pernah menyokong tindakan tersebut, kerana Islam diutus bukan untuk mencari atau mencipta permusuhan, tapi membanteras permusuhan dengan persaudaraan, silaturrahim dan ukhuwwah, samada sesama Muslim atau non-Muslim. Bahkan, tatkala bercakap daripada soal hukum, di sana ada suatu dalil yang boleh Al-Faqir kongsikan, meskipun tidak diketahui thariqnya, “La Asla Lahu”.


Tapi tidak mengapa, dalil ini seringkali dipakai oleh Ulama2 Feqah dalam membicarakan tentang keamanan yang perlu diberikan oleh kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam terhadap golongan kafir yang tinggal di negara Islam. Itulah dia “kafir zimmi”. Selagi mereka tidak mencari permusuhan atau mewujudkan pertentangan terhadap Negara Islam, mereka wajib dilindungi, dan tidak boleh diperangi sama sekali, dalam masa yang sama menyebarkan dakwah kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w.:


من أذى ذميا فقد أذاني


Maksudnya: “Barangsiapa menyakiti kafir zimmi, maka sesungguhnya dia telah menyakitiku”. Di sini bukan nak bahaskan tentang kedudukan hadith atau sebagainya, walhasil, kelakuan mereka yang mengebom gereja kristian itu adalah suatu perbuatan yang melampau, dan terlarang dalam Islam. Dan perbuatan ini, sedikit sebanyak menyalit arang hitam kepada Islam, dan mengambarkan Islam itu “ganas”, meskipun sebaliknya, kerana itu kata kita, apa pula kata mereka.


Dikatakan seramai 21 orang yang maut
dalam kejadian tersebut.

Dan kesan ini, pasti akan membuatkan ummat Kristian menaruh dendam kesumat, dan tidak mustahil kelak, masjid ummat Islam pula yang diperlakukan sedemikian, nauzubillah min zalik. Itulah bahayanya dendam, kerana yang menjadi mangsa adalah orang lain. Bukan kita yang mengebom rumah ibadat mereka, tapi kita yang terpaksa menanggung kejahatan puak ekstrem . Sejarah telah membuktikan, bagaimana Iblis berdendam dengan Adam dan segala keturunannya.


Kalau sahabat2 masih ingat, yang memerintahkan Iblis sujud, siapa? Allah bukan, ternyata itu adalah perintah Allah dan bukan perintah Adam. Namun adakah Iblis memususuhi Allah, tidak, bahkan mereka memusuhi Adam yang tidak ada kaitan langsung dengan perintah sujud itu. Sama juga kes buli di sekolah, adik2 baru biasa dibuli, saat dia membesar (Form 5 katakan), dia pulak yang buli adik2 baru. Kenapa tak buli abang2 yang buli dia dulu, kenapa, kenapa?


Dan khulasahnya, Al-Faqir pasti semua bersetuju dengan pendirian Al-Faqir, bahkan semua ulama membicarakan perkara yang sama. Dan Al-Faqir juga yakin akan pendirian murabbi Al-Faqir di Iskandariah Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Al-Kittani sama seperti ulama2 lain, dan Al-Faqir juga menyokong seratus peratus mengutuk tindakan pengeboman gereja Kristian, iaitu rumah ibadat mereka di Alexandria, Egypt.


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah


Monday, 3 January 2011

Bicara "GAY" dari Al-Faqir

Budaya GAY Yang Meruntuhkan Tamadun

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Yang Maha Perkasa, yang telah manciptakan manusia, daripada satu jiwa (Adam), kemudian menciptakan satu jiwa (Hawa) lagi daripada jiwa yang satu (Adam), kemudian mengembangkannya daripada dua jiwa, hasil perkongsian yang halal, daripadanya keluarlah laki2 dan perempuan, kemudian berkembang biak, jadilah masing2 berbeza agama, bangsa, yang masing2 berpuak-puak, supaya kita dapat saling mengenali antara satu sama lain.


Selawat dan salam buat junjungan Nabi besar Muhammad s.a.w., yang telah menyebarkan risalah ketuhanan, sesuai dengan sifatnya "At-Tabligh", baginda tidak menyembunyikan apa2 pun ajaran yang diperintahkan Allah untuk disampaikan kepada kita, bagindalah menyampaikan berita gembira dan amaran daripada Allah, baginda jualah yang telah menceritakan keadaan ummat yang terdahulu, yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mengingkari nabi2 mereka.


"Astaghfirullah wa nauzubillah min zalik", marilah sama2 kita memohon keampunan kepada Allah di atas dosa yang lalu, seterusnya memohon perlindungan daripada Allah daripada perihal topik yang bakal Al-Faqir bicarakan. Gay adalah isu seksual berkait lelaki dengan lelaki. Keinginan lelaki yang ingin bertemankan lelaki adalah suatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Lelaki yang suka kepada lelaki adalah insan yang tidak normal meskipun mereka menafikannya.


Sekarang isu ini telah tersebar di Malaysia, ianya diketahui gara2 pengumuman secara terbuka di youtube oleh saudara Izwan yang dengan berani mengatakannya. Suara ini menunjukkan, adanya golongan ini dikalangan orang Melayu yang beragama Islam, apa lagi kalau golongan lain, dan juga menunjukkan bahawa budaya songsang ini telah menular masuk ke dalam negara kita. Dan isu ini adalah isu yang parah, dan tidak boleh dipandang remeh oleh semua orang.



Bagi saya, perkara ini berani disuarakan oleh Izwan setelah kerajaan membenarkan Adam Lambert “Gay” membuat konsert di negara kita yang tersayang Malaysia. Tindakan kerajaan memandang remeh terhadap isu Adam Lambert yang telah disuarakan oleh ribuan masyarakat membantah kemasukan Adam Lambert, sedikit sebanyak telah memberi impak negatif kepada Malaysia, sehingga kepada pernyataan terbuka oleh “Izwan” rakyat Malaysia itu sendiri.


Mereka mengatakan, bahawa hidup mereka setelah menjadi “Gay” normal jer, boleh tetap hidup seperti orang lain, boleh berkahwin, mempunyai isteri yang cantik, dapat memiliki anak yang ramai, dan berkawan dengan kawan yang ramai. Normal macam mana kalau semua itu dibaluti sejuta kebohongan, pendustaan, rahsia, cuba kalau berterus-terang atau perkara ini diketahui oleh orang2 yang normal, pasti anda akan dijauhi, dihindari malahan akan dipulau dan tidak sesekali akan didekati.


Mereka juga berpandangan, kononnya sesama lelaki beruntung sekiranya mereka melakukan hubungan, bahkan mereka akan puas tanpa perlu bimbang akan kehamilan, penyakit kelamin dan sebagainya. Ternyata hujah mereka hanya untuk menutupi amalan songsang yang mereka lakukan adalah tepat dan tidak salah, hakikatnya mereka membohongi diri mereka sendiri. Padahal hasil dari hibungan mereka akan menghasilkan penyakit yang lebih parah daripada kehamilan dan kelamin kerana melawan fitrah.


Membicarakan drp sudut agama:

Sememangnya agama melarang keras perbuatan tersebut kerana jelas melawan fitrah kejadian manusia. Allah menciptakan wanita2 untuk dipasangkan dengan laki2, itulah keistimewaan kejadian laki2 dan perempuan. Apa yang Allah tetapkan sudah elok, baik lagi sempurna, kenapa kita mahu mengubahnya dan mengambil jalan yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa perbuatan tersebut dilaknat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana hadith Abu Hurairah yang dinyatakan Al-Hakim di dalam “Mustadrak”:


ملعون من عمل قوم لوط، ملعون من عمل قوم لوط،

ملعون من عمل قوم لوط. ثلاث مرات


Maksudnya: “Dilaknatlah orang yang mengulangi amalan kaum Nabi Lut (Homoseksual), Dilaknatlah orang yang mengulangi amalan kaum Nabi Lut (Homoseksual), Dilaknatlah orang yang mengulangi amalan kaum Nabi Lut (Homoseksual). Baginda s.a.w. mengulanginya sebanyak 3 kali menunjukkan baginda berkeras dalam menyatakan perkara tersebut. Ketahuilah bahawa perbuatan seorang lelaki memuaskan nafsunya dengan lelaki samada secara halal atau haram adalah perbuatan yang melampau batas.


Tidakkah kita melihat kepada sejarah, apa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang menjadikan budaya “Gay” dan “Homoseksual” sebagai suatu adat dan mengingkari amaran Nabi Lut, terus Allah menyumpah mereka menjadi batu, supaya, dan ianya terpelihara sampai hari ini, untuk Allah memperlihatkan kepada Muhammad dan ummat2nya yang terkemudian, moga2 kita mengambil pengiktibaran. Firman Allah tentang golongan yang melampau batas ini dirakamkan dalam Al-Quran surah Al-A’raf 80-84:




Maksudnya: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata:


"Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan kami telah menghujani mereka Dengan hujan (batu yang membinasakan). oleh itu, lihatlah, Bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”


Renungilah sahabat2 sekalian, cerita yang dirakamkan Allah di dalam Al-Quran, apa golongan sekarang yang sedang mengulangi perbuatan kaum Nabi Lut mahukan pengajaran seperti di atas atau lebih teruk daripada itu, atau mereka cuba mencabar Allah kerana penangguhan hukuman Allah ke atas mereka? Berhentilah berpura-pura kepada diri sendiri kononnya kamu selesa dengan keadaan kamu sekarang, tidaklah kamu orang2 yang benar2 pendusta, pendusta kepada nafsu syahwat.


Adalah kaum Nabi Lut pemula kepada amalan yang keji ini, dan janganlah kamu pula menjadi penerus atau penyudah kepada amalan keji ini. Jadilah kita ummat Islam yang bertamadun dan bukan perosak kepada tamadun Islam yang sedang memuncak. Sekiranya tidak mampu membantu perjuangan Islam yang sedang dirintih, janganlah jadi perosak atau peruntuh kepada perjuangan yang sedang dirintih pejuang2 kini. Kembalilah kepada pangkal jalan dan agama fitrah manusia. Sebagaimana ayat yang dibacakan Abu Hurairah ketika membicarakan tentang fitrah iaitu surah Ar-Rum 30:


فأقم وجهك للدين حنيفا فطرة الله التي فطر الناس عليها

لا تبديل لخلق الله ذلك الدين القيم ولكن أكثر الناس لا يعلمون


Maksudnya: “(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


Dan jangan pula kalian mempersoalkan hukuman Allah. Tatkala kalian adalah Muslim, maka setiap kesalahan ada hukumannya, kalian tidak akan bebas begitu sahaja, baik hukuman agama, atau langsung daripada Allah s.w.t., tujuan hukuman yang ada dalam agama tidak lain dan tidak bukan untuk menyelamatkan kita daripada belenggu atau azab di akhirat yang ternyata lebih dahsyat daripada dunia sebagaimana yang disebut oleh Yazid Ar-Raqasyi, Imam Laith, dan lain2.


Jangan samakan apa yang berlaku dengan golongan barat. Mungkin kalian berhujahkan golongan barat, “Lihat mereka gay dari dulu, siap boleh kahwin lagi, sampai sekarang tidak ada balasan atau hukuman pun daripada Allah, mereka aman2 jer, perbuatan seks luar tabie mereka tidak dipandang hina pun oleh masyarakat barat di sana.” Siapa bilang sahabat2 sekalian bahawa mereka normal dengan kehidupan mereka, bahkan jiwa dan batin mereka tetap tersiksa, mereka tidak mendapat kepuasan yang sebenarnya daripada budaya songsang mereka.


Kalian memperkatakannya kerana melihat luaran dan daripada pandang sisi sahaja dan bukannya di sebalik tabir yang berlaku. Mereka cuba menipu kalian2 semua tapi hakikatnya mereka tidak mampu membohongi Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui zahir dan batinnya. Dan mereka tidak dihukum kerana, kekufuran mereka adalah hukuman yang paling besar di dunia, dan di akhirat mereka akan dihukum, diazab, dan masuk ke dalam neraka yang kekal abadi, dan mereka tiada sama sekali bantuan atau penolong.


Sementara kita golongan yang beriman, mempercayai wujudnya syurga dan neraka, dosa dan pahala, wajib menjauhi yang haram dan mengerjakan yang halal, dan berwaspada terhadap perkara2 syubhat. Mungkin sahabat2 bertanya tentang hukuman dalam agama menurut sunnah dan Ijma’ sahabat, bagi mereka yang meliwat dan diliwat. Hukumannya adalah bunuh sampai mati kedua-dua mereka, baik yang meliwat atau yang diliwat. Dengan demikian, akan terjauhlah segala fitnah dunia, dan gentarlah hati2 yang jahat.


Dan ingatlah bahasanya Allah itu Maha Pengampun, dan masih terbuka ruang atau pintu taubat untuk mereka2 yang ingin menuju kepada pintu taubat, semoga Allah memelihara ummat Islam seluruhnya lebih2 lagi daripada fitnah besar ini, yang akan melemahkan Islam sekiranya tidak diambil tindakan oleh mana2 pihak bertanggungjawab, dan akan memandulkan pejuang2 Islam di masa akan datang. Sekiranya tidak dibendung dan dibasmi mulai sekarang, bimbang2 anak kita yang akan terjebak, Nauzubillah…



Al-Faqir bimbang, dan kita semua juga bimbang, sekiranya juga perkara ini tidak diatasi dan dibanteras secepat mungkin dengan tindakan2 yang rasional, perkara ini akan merebak dan menjadi budaya serta trend sebagaimana yang berlaku di barat. Sekarang mereka sudah berani menyatakan suara di youtube, kelak tidak mustahil kalau mereka berani melakukannya di tempat awam, atau mewujudkan persatuan menuntut hak kebebasan mereka, seterusnya dan seterusnya…


اللهم سلم أوطاننا، وسلم روعاتنا


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah


Saturday, 1 January 2011

Maklumat Penting


Informasi buat Sahabat2 Blogger


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Sekalian Alam, yang menjaga setiap detik waktu, dan tidak pernah leka walau sesaatpun, selawat dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w. di atas segala rahmat yang telah dibawanya.

Di sini Al-Faqir ingin maklumkan kepada teman2 semua. Sekiranya teman2 benar2 inginkan informasi yang bermanfaat, haruslah membaca artikel yang lepas2, jangan cuma di blog komen2 terus laris, pastu klik sana sini, tengok sepintas lalu tanpa membaca isinya terlebih dahulu, pasti tiada manfaat. Biarlah ada perkongsian yang baik, supaya amalan dan pengetahuan kita bertambah dan sama jer selalu.

Untuk pengetahuan teman2, sekarang ini teman2 berada di blog peribadi ana, dan ana mengalu-alukan sahabat2 yang berkunjung ke sini untuk berkunjung di blog informasi agama dan kisah2 tauladan. Ana sertakan di bawah ini 2 lagi blog ana, moga2 sedikit perkongsian ini menjadi amal jariah, dan diberi kebaikan oleh Allah s.w.t.

1) Blog Agama

2)Blog Cerita

Seterusnya, terima kasih banyak2 ana ucapkan buat sahabat2 Blogger sekalian.
Sekian, Wassalam...

Tahniah dari Al-Faqir

Calon2 Pimpinan PMRAM akan datang


Assalamulaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, hanya padaNyalah segala kekuasaan yang kekal lagi perkasa, dan Dialah Raja kepada segala raja2, hanya kerajaanNya sahajalah yang kekal, hanya Dialah yang mampu menaikkan seseorang dan menjatuhkan seseorang, selawat dan salam buat junjungan baginsa Muhammad s.a.w., khalifah yang paling agung di zaman pemerintahannya, pembawa Rahmat kepada seluruh alam.

Tiada kesempatan waktu untuk Al-Faqir panjang kalam, cuma ucapan tahniah buat teman2 seperjuangan yang terpilih untuk dicalonkan sebagai kepimpinan PMRAM pada sesi akan datang, moga diberi kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah Allah ini, seterusnya dibalas oleh Allah di atas segala kebaikan. Apa2 pun jawatan yang kita pegang, kita harus ingat, matlamat utama kita untuk belajar di sini tidah harus disisihkan, meski banyak manapun tugas persatuan yang kita pikul.

Di sinilah perlunya ilmu yang bijak, terutama dalam membahagikan masa, ibadat untuk Allah, masa untuk mentelaah ilmu, dan tugas2 persatuan. Adalah jijik, jelek, dan buruk apabila seorang pemimpin samada di mana2 persatuan, BKAN, DPMM, mahupun PUSAT PMRAM, yang hanya memfokuskan persatuan dan mengabaikan Allah dan juga ilmu. Kononnya berhujahkan dalam persatuan, ada ibadah dan ilmu. Itulah kalam orang yang menipu tentang "hakikat".

Ramai dikalangan sahabat2 yang memperkatakan sedemikian, bagi Al-Faqir, itu adalah kebodohan dalam berkata-kata, kerna bercakap tanpa ilmu, dan cuba untuk melepaskan diri dengan hujah seperti itu, yang hanya boleh dimakan oleh anak2 kecil dan bukan diri seperti Al-Faqir, begitu juga kalam yang mengatakan seimbangkan antara persatuan dan belajar. Sebagai amaran, jangan lagi ada yang cuba mengempen kalam tersebut.

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Takziah dari Al-Faqir

Al-Fatehah buat Saudara Faizal Yusof

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Kekal, yang menghidupkan makhluknya dan mematikannya, di sisiNya lah segala ketentuan, hidup dan mati, kaya dan miskin, muda dan tua, seterusnya selawat dan salam buat baginda Muhammad s.a.w., moga2 kita mendapat syafaat daripadanya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama jasadnya yang mulia, amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tiada kalam yang panjang hendak diungkapkan, cuma sekalung takziah Al-Faqir ucapkan buat keluarga arwah Abang Faizal Yusof di atas pemergiannya sekitar jam 1.45 petang hari sabtu tanggal 1/1/2011. Semoga rohya ditempatkan bersama orang2 yang benar2 menuju kepada Allah dan orang2 soleh. Dan semoga rohya menghadap Allah dalam keadaan Allah meredhainya, dan mengampuni segala dosa2nya. Amin.

Tidak timbul soal artis atau ulama', itu adalah hak Allah untuk menghukumnya. Tugas kita adalah beribadat kepada Allah, dan mendoakan sesama Muslim supaya beroleh hidayah (petunjuk) dan maghfirah (keampunan) daripada Allah. Itu sahaja, sama2 kita sedekahkan Al-Fatehah buat arwah dan sedekahkah untuk rohnya. Yang pasti kita juga mendapat pahala di atas bacaan Fatehah kita itu, wassalam, wallahu a'lam.

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Friday, 31 December 2010

Ziarah Maqam

Di Sebalik Ziarah Maqam bersama Teman2

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang memiliki nama2 indah, dan yang menguasai hari pembalasan, dan Dialah Raja kepada sekalian raja, tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Baginda s.a.w., yang semoga kecintaan kita terhadap beginda menjadikan kita dikalangan orang yang bakal memperoleh syafaatnya di akhirat kelak, dan sejahteralah ke atas roh2 Auliya' Allah.

Kali ini Al-Faqir akan membicarakan tentang ziarah maqam, biasalah sekarang musim mahasiswa/wi khususnya daripada Malaysia dan Indonesia sibuk dengan ziarah maqam baik yang dianjurkan oleh oraganisasi2 atau ataupun sendiri2. Masing2 bertawassul semoga dipermudahkan imtihan dan diberikan kejayaan, amin. Mereka bertawassul kepada mereka2 yang benar jalan taqarrubnya dengan Allah.

Namun ada suatu yang silap pada sahabat2 kita, tatkala mereka mendatangi perkuburan auliya', mereka menganggap orang yang di dalam qubur dapat memberi manfaat. Ketahuilah bahawa orang yang di dalam qubur langsung tidak dapat memberi manfaat dan mudharat kepada kita melainkan Allah semata-mata. Itulah wujudnya golongan yang tidak ke kuliah, malas baca buku, tidur pekerjaanya, namun mengharapkan kejayaan dengan ziarah ini, silap2.

Terus kepada maqam2 yang berada di Kaherah, sebagai perkongsian dengan sahabat2 sekalian, sekadar maklumat yang Al-Faqir tahu, di sebalik tabir tokoh2 Auliya' pilihan Al-Faqir. Baru2 ini Al-Faqir pergi Jaulah maqam bersama family daripada Johor, kemudian bersama adik2 baru, dan terakhir pada 28/12/2010 hari Isnin bersama teman2 Indonesia. Beza bangat jaulah bersama teman2 Indonesia, dan rasanya inilah yang paling spesial. Nanti ana ceritaka di ziarah maqam II.

Apakah yang harus dilakukan tatkala menziarahi maqam Auliya' dan Ahli Bait Rasulullah?
1. Memberi Salam
2. Membaca Fatehah dan disedeqahkan kepada penghuni qubur
3. Membaca التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.
4. Membaca قل هو الله أحد sebanyak 11 kali (paling sedikit 3 kali)

*Itulah sebagaimana yang diajar oleh Syeikh Yusri Sayyid Al-Azhari

5. Tidak bercakap perkara yang mengaibkan
6. Tidak gelak-ketawa atau bergurau senda
7. Menutup Aurat
8. Banyakkan berselawat

Di Mesir ini terdapat banyak maqam Ahli Bait Rasulullah daripada keturunan Saidina Hussain. Setelah peristiwa "Karbala", mereka2 ini dijemput oleh rakyat Mesir yang begitu menyintai dan menghormati keturunan Rasulullah, demi menjaga kesinambungan keturunan Rasulullah, merekapun berhijrah dan disambut dengan penuh penghormatan oleh rakyat Mesir ketika, sampai hari ini kecintaan orang Mesir terhadap Ahli Bait sangat luar biasa. Antaranya ialah maqam Saidina Hussain, Sayyidan Zainab, Saiyyidah Sukainah, Sayyidah Aisyah, Yahya As-Syabih dan banyak lagi.

Begitu juga dengam maqam2 Auliya', tidak terhitung bilangannya. Malahan berhampiran rumah Al-Faqir pun ada maqam Auliya'. Sebagaimana yang kita tahu, ulama' dan Auliya' terbahagi kepada dua:-

1. Ulama' atau Auliya' Mastur
-mereka yang tersembunyi kehebatannya, tidak diketahui sirahnya, padahal mereka sangat hebat, dan tidak pernah diriwayatkan kisah mereka meskipun ada. dan mungkin kerana kurangnya pergaulan mereka dengan masyarakat.

2. Ulama' atau Auliya' Masyhur
-mereka terkenal namanya, disanjung dan dihormati, banyak terzahir karamah2nya, dan banyak diriwayatkan kisah2 hidup atau sirah mereka, sering bersama masyarakat dalam dakwahnya.

Antara maqam2 Auliya' & Ulama' di Kaherah ini:-
1. Imam Hussain (cucu Rasulullah)
2. Syeikh Solah Jaafari (Keturunan Rasulullah)
3. Ibnu Hisyam (Ulama' Nahu yg lebih hebat dr Sibawaih)
4. Sultan Hanafi (Ulama segala bidang)
5. Imam Sya'rani (Ulama segala bidang)
6. Syeikh Ibrahim Ali Khowwas (Ulama Ladunni)
7. Imam Ar-Ramli (Ulama' Feqah)
8. Imam Ad-Dardir (Syeikh Al-Azhar)
9. Imam Hassan Al-Banna (Pengasas Al-Ikhwan)
10. Rabiatul Adawiyyah (Sufi Wanita versi Mesir)
11. Imam Zun-Nun Al-Mishri (Ulama' Sufi Terkenal)
12. Uqbah bin 'Amir (Pembantu Gabenor Mesir)
13. Saidina Amru bin Al-'Asr (Gabenor Mesir dan sahabat Nabi)
14. Imam As-Syafie (Pengasas Mazhab Syafie)
15. Imam Laith bin Said (Sezaman Imam Jaafar As-Sodiq)
16. Syeikh Ahmad Badwi (Bukan Ayah Pak Lah)
17. Ibnu Hajar Al-AsQolani (Pengarang Fathul Bari)
18. Syeikh Zakaria Yahya Al-Ansori (Murid Imam Syafie)
19. Ibnu Athaillah As-Saqandari (Pengarang kitab Al-Hikam)
dan lain2...

Nantikan cerita2nya berserta foto maqamnya di posting akan datang...
Sekian, wassalam...

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner