MasyaAllah, sedikit pun tidak ada perasaan belas kasihan terhadap rakyat bawahannya, itulah dia pemimpin zalim yang zalim sezalim-zalimnya, Husni Mubarak, Perdana Menteri Mesir. Jam 12 tgh malam telah menamatkan hari jumaat tapi tidak sama sekali menamatkan intifadha Mesir yang diketuai oleh Ikhwan Muslimin Syeikh Badie. Tahniah rakyat Mesir. Oleh kerana jam 12 telah berlalu, sebarang kemungkinan akan berlaku, dan bukan kerja kita cari syahid di sini, hanya orang yang malas berfikir sahaja akan terus di sini setelah tahu bahaya.
Islam tidak pernah menyuruh kita mencari bahaya, apalagi meminta bahaya datang menguji kekuatan kita. Maaf, itu pandangan secara peribadi, ini mungkin laporan terakhir, dan Al-Faqir terpaksa pulang mengikut perancangan kerajaan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bukan melarikan diri daripada perjuangan sebaliknya meneruskan lagi perjuangan. Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan untuk pulang ini. Saya terpaksa meredah bahaya atau waktu dharurat untuk tiba di kawasan pengumpulan student Malaysia awal pagi.
*Mungkin Mesir akan jadi lebih teruk selepas ini, dan kebangkitan rakyat akan lebih kuat.
SELAMAT TINGGAL MESIR, SELAMAT TINGGAL SEMUA