Assalamualaikum w.b.t.
Salam perjuangan & perantauan abang ucapkan, khas buat adikku yang jauh di Malaysia. Nama sebenar Muhammad Amirul, sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka @ lebih dikenali dengan nama MRSM Melaka. Sedang menuntut di tingkatan 4 dalam aliran sains. Bercita-cita menjadi seorang insan yang berjaya dunia & akhirat, tahniah abang ucapkan.
Mungkin sahabat merasa hairan kenapa ana tiba2 bercakap tentang adik ana yang sorang ni. Bukan apa sahabat2 sekalian, ana teringin menukilkan kalam dan sedikit coretan khas buat adik ana yang setia menyokong ana sebagai tanda ucapan terima kasih. Sentiasa berada di belakang bagi menyokong perjuangan abang, meskipun kita berjauhan, namun mesej yang dikirim tetap berbentuk kalam2 penyuntik semangat dalam perjuanganku.
Akhir sekali, rasanya apa yang abang ingin luah dan nukilkan di sini telah tertunai, sekali lagi abang ucapkan terima kasih buat miyo, jangan lupa juga doakan untuk abang di Mesir ni, dan jangan lupa jaga diri di tempat orang (Melaka), doakan sentiasa orang yang tersayang, ingat penat lelah ibu bapa kita, kerana redha Allah ada pada keredhaan ibu bapa, abang juga doakan agar miyo diberikan ketenangan dan kelapangan hati oleh Allah untuk menjawab peperiksaan akhir tahun yang bakal muncul, juga selamat menempuh kem, juga selamat pulang dan tiba ke kampung dengan selamat, sampaikan salam buat pa, ma, abg nuar, kak nolah, safwan, amir, poji, adik na.
Tak best rasanya kalau tidak sertakan lirik lagu ini buat miyo, terimalah sebagai renungan bersama:
Adik:
Duhai kekanda! usah membisu, mengapakah bersedih?
Duhai kekanda! ku rasa sayu, mengapa kau begitu?
Dini hari, petang menanti, ku kesepian...
Abang:
Duhai adik! kau tak mengerti, mengapa ku begini?
Ku kenangkan kisah silam memori indah bersama...
Apakah saat itu mungkin berulang?
Kuharap saat itu akan berulang...
Adik:
Kiasan hidup ibarat roda, ibarat roda,
Kekadang di atas, di bawah, di atas semula,
Redha dan syukur, apa kehendaknya,
Itulah tanda kasih sayang kita...
Abang:
Tutur katamu itu penuh bermakna,
Kini hilanglah kerinduan di jiwa...
Adik:
Wahai kekanda! Tenangnya di hatiku,
Melihat wajahmu kembali ceria...
Tajuk: "Melodi Bersama"
Kum: Amar
0 comments:
Post a Comment