Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday 15 January 2011

SUBJEK "SYUBHAT HADITH"

Selesai Subjek ke-3, namanya “Syubhat Hadith”

Siapa lagi akan buka pintu tohmahan kalau bukan musuh2 Islam

& Siapa lagi yg akan menutupnya kalau bukan Ulama2 Siddiq


Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, tidaklah Allah memberikan ilmu kepada hamba2Nya melainkan sedikit sehaja, Dialah yang menjadikan kita ingat akan sesuatu ilmu dan Dialah juga yang membuatkan kita lupa sesuatu ilmu, Dialah yang menjadikan kebenaran itu terzahir mengatasi kebatilan, perbanyakkanlah selawat ke atas baginda, moga2 selawat itu membuahkan cinta, dan menjadikan kita orang yang sentiasa mempertahankan sunnah daripada sebarang tohmahan.


Al-Faqir barusan selesai subjek ketiga iaitu Syubhat Hadith. Subjek ini membincangkan, bagaimana mereka2 yang memusuhi sunnah dan Islam sejak zaman Nabi lagi sampailah kepada zaman kita sekarang ini, namun zaman Nabi ianya langsung dijawab oleh Allah dan Nabi sendiri, namun sebarang kekeliruan sekarang bergantung kepada cerdik pandai para Ulama dalam menegakkan sunnah daripada dikotori, apatah lagi sekarang ada Ulama/Mufti yang berlagak pandai dalam soal agama.


Apa2 pun, Allah pasti menjaga sunnah ini dengan kehebatan para Ulama kita, sampai bila2 pun kebenaran tidak akan tumpas, akan sentiasa berada di puncak dan kebatilan pasti dapat ditewaskan. Alhamdulillah, soalan yang “boleh tahan”, semuanya telah dijangka oleh sahabat2, tapi tak guna kalau senang hanya pada penulisan tanpa dalil, pastikan jawapan kita berdalil dan mempunyai hujah yang kuat untuk menyokong jawapan kita, agak2nya saya buat macam tu tak?


Subjek ini membahaskan tentang 8 kekeliruan yang ditimbulkan oleh musuh2 Islam dan sunnah, yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanyalah mahu melihat ummat Islam berpecah, ternyata misi mereka berjaya, namun ummat Islam masih tidak sedar itu semua, masih hanyut dalam perbalahan yang membazir waktu, dan mengenepikan permasalahan ummat yang lebih besar, seperti arak, zina, rasuah dan banyak lagi. Mereka juga mahu kita semua meragui apa yang kita anuti sekarang.


Namun semua itu akan terlerai, bila? Apabila kesedaran mula berputik dalam hati2 ummat Islam dan pemimpin2 ummat Islam. Panjang lah pula perbicaraan kali ini. InsyaAllah, sekadar perkongsian, biar sama2 dapat manfaat, dan jangan lupa doakan saya. Saya akan cuba sebut satu persatu kekeliruan tersebut secara ringkas:


Mereka kata/ dan jawapan saya/ sama dengan jawapan doktor…heheheee

1.Cukup dengan Quran, dan tidak perlu kepada hadith

-Inilah golongan “Anti Hadith”, tidak mahu terima/pakai hadith dan nak pakai quran jer. Terus, camner kita nak faham Quran kalau bukan melalui hadith? Kan Quran itu diturunkan dalam b.arab dan ada kalimah yang perlu diterangkan. Takkan kita nak pakai otak dan ketepikan sunnah, nanti jadi ahli falsafah pula. Bukankah Hadith menerangkan apa yang tidak jelas dalam Quran, sebab Quran tidak mendetailkan semuanya, camner pula dengan lafaz yang umum, kalimah yang tidak difahami. Maka, kita perlu kepada Hadith. Dalam hadith takder cara solat, tapi hadith menerangkannya. Wahai Anti Hadith, macam mana kamu solat kalau kamu tolak hadith, apakah pakai niat?...jawab!!!


2.Penaqalan hadith bercampur dengan sahih dan maudhu’ (rekaan)

-Macam mana mereka boleh kata macam itu? Bukankah hadith ada yang sahih dan ada yang tidak sahih, bukan sahih bercampur dengan tidak sahih. Kalau tidak, masakan para ulama menulis kitab dan menyusunnya dengan penuh teliti. Yang sahih dikatakan sahih, begitu juga yang hassan, dhaif dan maudhu’. Sesungguhnya Hadith ini mempunyai Ulama’ dan orang bertanggungjawab dalam meriwayatkannya, mereka tidak sesekali akan melakukan percampuran, melainkan golongan yang berniat jahat terhadap sunnah(hadith).


3.Ada pertentangan antara Hadith dengan Al-Quran

-Cuba bagi tahu kat mana pertentangan, mai sini nak jawab. Selamanya kita akan dapati tiada pertembungan antara keduanya. Bahkan ianya saling menguatkan antara satu sama lain. Dakwaan mereka berdasarkan 5 hadith, ini dalam sukatan sayalah, padahal banyak lagi.


1.Pertama, kita tidak boleh pakai hadith sebab Nabi pernah kena sihir oleh Lubaid bin Al-A’som. Apa kaitannya, Nabi kena sihir pada badannya, langsung tidak mempengaruhi akal baginda.


2.Kedua, Tuhan larang penggunaan (لا تقولوا راعنا) dalam Quran, tapi kenapa hadith guna. Tahu tak, satu kalimah itu membawa banyak makna, bukan satu jer, sebagai contoh, perkataan pening, boleh jadi sakit kepala, boleh jadi nama orang “Pening”, boleh jadi juga nama Kampung Pening. Adakah tiga2 benda yang sama, tidak bukan, samalah situasa ni.


3.Ketiga, Nabi Isra’ sebelum kenabian, sedangkan dalam Quran jelas menunjukkan selepas kenabian, apakah hadith Bukhari dan Muslim diragui. Salah, mana mungkin Bukhari dan Muslim melakukan perkara sedemikian, untuk tujuan apa? Yang salahnya ilmu kamu, tak tahukah bahawa peristiwa Isra’ berlaku sebanyak 2 kali, sekali secara mimpi, dan sekali lagi secara sedar. Secara mimpi itu sebelum hijrah sebagaimana yang kamu dakwa, dan secara sedar iaitu dengan tubuh dan rohnya, itu selepas kebangkitan Nabi.


4.Keempat, Hadith “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap”. Mereka mendakwa bahawa hadith ini bertentangan dengan Quran “Tiada paksaan dalam memilih agama”. Kita jawab balik, hadith berkait tentang perang, berperang apabila musuh menyerang kita atau melawan kekufuran demi menegakkan kebenaran sebagaimana di Palestin, bila mereka mengucap maka darahnya haram ditumpahkan meskipun dia cakap di bibir sahaja dan tidak dengan hati, semata-mata untuk menyelamatkan diri, itu dia punya pasal. Jadi tidak timbul, Islam menyekat kebebasan agama2 lain, contoh yang banyak boleh kita lihat di negara2 Islam yang mempunyai orang kafir.


5.Kelima, Musa melawan ajal dengan menampar malaikat maut. Siapa yang takkan tampar kalau seseorang masuk dalam bilik kita tanpa izin, Musa tidak mengetahui bahawa itu adalah malaikat maut kerana dia menyerupai seorang lelaki, kalau Musa tahu, tidak akan berlaku seperti itu. Disebabkan itu pada kali kedua Musa mengetahuinya, dan dia memilih mati, dan Allah telah tahu semua itu. Bukan ajal itu boleh ditangguh, cuma Allah telah merancangnya.


4.Cuma Al-Quran yang dipelihara Allah dan Hadith tidak

-Siapa kata, Allah pun memelihara juga Hadith sebagaimana Quran. Bukankah keduanya daripada sumber yang satu iaitu Allah s.w.t. Mereka Tanya, kalau betul dijaga, mana khutbah2 Rasul dan khutbah Jumaat yang hampir 500. Pandai pula dia kira 500, betul2 musuh hadith ni. Benar2 jahil agaknya. Semua kalam2 yang keluar daripada mulut para sahabat, sebahagiannya adalah iai kandungan khutbah Rasulullah, semuanya dihafal oleh manusia2 pada zaman tersebut. Sehinggalah usaha daripada ulama2 Hadith, antaranya Imam Bukhari, Muslim dan lain. Yang masing2 menyelitkan cebisan2 khutbah Rasulullah, samada dalam bentuk jumlah, potongan2 ayat, yang diriwayatkan dalam pelbagai bab oleh Imam2 Hadith. Tentang bilangan khutbah pula, itu adalah kiraan mereka tentang umur Nabi. Kalau betul mereka mahu khutbah2 Nabi kita boleh datangkan. Apakah ini akan menutup fitnah yang mereka lontarkan, atau fitnah lain pula yang akan dibaling. Bahkan ada ulama2 yang memang menulis dan mengkaji tentang khutbah baginda s.a.w.


5.Hadith lebih berbentuk kepuakan dan politik

-Ini satu lagi fitnah berkait peristiwa Isra’. Kononnya hadith ini menunjukkan keistimewaan Nabi Musa dan bukan Nabi Muhammad, buktinya kenapa Nabi ulangalik dari Sidratul Muntaha ke langit ke-6, lalu Musa yang menasihati Muhammad supaya diminta kurang solat 50 waktu kepada lebih sedikit, dan kenapa Musa yang beri nasihat dan tidak Nabi lain. Mereka Cuma melihat kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim jer, kalaulah mereka melihat kepada hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, pasti mereka tidak akan berani membuat fitnah ini. Orang Yahudi merasa kesal kepada Muhammad kerana baginda dipilih menjadi Nabi akhir zaman dan bukannya dari kalangan mereka, disebabkan itu mereka cuba untuk merendah-rendahkan Nabi Muhammad, bahkan sering memusuhi baginda s.a.w. Hadith Isra’ tidak ada kaitan langsung tentang kelebihan Nabi Musa, bahkan ia adalah gambaran kelebihan Nabi Muhammad. Buktinya, hanya baginda satu2nya yang sampai ke sidratul muntaha bertemu dan melihat Allah, yang tempat tersebut tidak pernah dipijak oleh2 mana2 pun malaikat, dan para Nabi sebelumnya. Bahkan Nabi Musa kecewa dan sedih mengenangkan ummat Muhammad lebih ramai memasuki syurga berbanding ummat Nabi Musa. Jadi di mana kelebihan Nabi Musa. Berkaitan yang menasihat cuma Nabi Musa. Salah, bahkan sebelum itu baginda dinasihati oleh datuknya Ibrahim a.s. Jadi Ibrahim turut menasihat Nabi Muhammad, bukannya Musa sahaja. Dan Nabi Musa adalah antara Nabi yang paling dekat kerasulannya dengan Nabi Muhammad, maka wajarlah seorang abang menasihat seorang adik.


6.Terdapat pertentangan hadith dengan realiti

-Panjang perbicaraannya…malas nak tulis, maaf yer…padahal yang ini masuk pekse tadi, tapi pusing sedikit, hafal semata dalil…InsyaAllah khair, panjang juga jawapannya.


7.Hadith tidak ditulis melainkan setelah 200 tahun

-Bukan sukatan peperiksaan…


8.Pertentangan Hadith dengan Al-Quran dari sudut ilmu

-Bukan sukatan peperiksaaan…

Namun yang jadi sukatan untuk peperiksaan kali ini cumalah 1-6 sahaja. Yang masuk pula dalam peperiksaan 3 daripada 6, nombor 1, nombor 5, dan nombor 6.

Kelebihan kita Belajar Ilmu Syubhat.

1.Dapat belajar cara2 menolak hujah2 musuh Islam

2.Dapat juga belajar cara2 nak menolak hujah Najib dalam isu 100 hari Pakatan Memerintah.

3.Dapat belajar cara2 nak menolak hujah Khairy Menantu PakLah, dah lama tak dengar citer, sekarang nak cari publisiti murahan lagi.

4.Dapat menolak syubhat Ummi Hafilda yang kononnya ikhlas mempertahankan bangsa dan agama.

5.Dapat menolak fitnah ke atas negeri pimpinan Tok Guru, kononnya mundur.

6.Dan banyak lagi, selepas imtihan saya ajar cara2 tolak syubhat mereka, gampang lo…


Persediaan untuk exam paper 4 pada selasa ni (18 Januari), mohon doanya teman2. Subjek seterusnya “Falsafah Umum”… -subjek paling susah-


Amin, Selamat Menempuh Imtihan khusus buat sahabat2 Al-Azhar.


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah


0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner