Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Wednesday 24 March 2010

Pilihanraya Umum PMRAM

Selamat Menjalani pilihanraya 2010


Selamat menjalani pilihanraya kepada semua ahli PMRAM di bumi Mesir. Ingatlah! Ini tanggungjawab/amanah kita bersama dalam memilih pimpinan kita yang benar2 dapat menjaga kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya mengharumkan nama baik PMRAM di bumi Kinanah ini. Ingat! Kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak, jadi pilihlah yang benar2 layak kerana Allah bukan kerana kekayaannya/ kecantikannya/ kemasyhurannya.

Pastikan calon yang bakal anda pilih bebas daripada rasuah...he

VOTE: Al-Fadhil Ustaz Salleh
Negeri: Terengganu Darul Iman

Saturday 20 March 2010

Memori Indah di Iskandariah...

Perjumpaan bersama Syeikh Muhammad Al-Kattani- Ahli Keluarga Nabi s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah ana lafazkan serta pujian buat Rasulnya. Akhirnya ana diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis posting baru di ruangan blog/dakwah yang baik ini, untuk memberitakan keadaan ana di sini(Iskandariah) selepas ana mula bermusafir dari bumi Kaherah pada khamis 18/3/2010. Sebagaimana yang sahabat sedia maklum, musafir ana ke Iskadariah adalah untuk menyiapkan projek buku ana yang ke seterusnya.

Maklumlah, projek buku ana kali ini perlu/mesti disemak oleh orang yang pakar dalam bidangnya. Bagi ana, orang yang pakar/arif dalam bidang ini adalah Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Husaini Al-Kattani As-Sakandari, salah seorang daripada pakar muhaddtih dunia, mempunyai sanad yang tertinggi. Ana hanya mengumpul/menghimpun 40 hadith, kemudian mensyarahkannya sebagaimana yang ana belajar dengan kefahaman ulama.

Seterusnya, ana akan membacakan 40 hadith tersebut dengan Syeikh secara sahih, kemudian akan disusun oleh Syeikh. Mula2 ketika sampai di Iskandariah, rasa kagum itu sudahpun bersemi, tak terlafaz rasanya, seronok yang teramat sangat, tambahan pula pelajar2 medik yang sangat ramah menyambut kedatangan ana yang hina. Rasanya layanan seperti ini tiada di tempat lain. Meskipun rumah yang sangat tinggi(tingkat 11) namun bertaraf hotel. Kaya betul adik2 medik kita ni.

Pertemuan bersama Syeikh bermula pada hari jumaat, selepas khutbah jumaat di Masjid Mina' Syarqi berhampiran dengan asrama pelajar2 MARA. Syeikh menyampaikan khutbah yang sangat menarik, hanya orang yang tak faham jer akan kata "biasa". Seperti biasa, isi khutbah Syeikh pasti ada yang menghentam wahabi, demi menyematkan masyarakat setempat daripada fahama yang sesat ini, ternyata di Iskandariah banyak fahaman yang sesat, itu yang diberitakan Syeikh ketika di Rumah Kedah baru2 ini.

Selepas khutbah, berjumpa dengan Syeikh sambil menunjukkan kertas kerja serta menyampaikan pesanan syeikh azhar dari kaherah iaitu beberapa orang guru besar ana, kedatangan ana ke Iskandariah untuk menemui Syeikh Muhammad pun atas sokongan para masyayikh dari Kaherah, terima kasih banyak2 para guruku. Ana menuruti sahaja permintaan Syeikh Ibrahim yang meminta ana membawa kertas kerja hadith 40 pada waktu maghrib di masjid ayah Syeikh berhampiran dengan rumah Syeikh.

Susah jugak mencari masjid Syeikh, hampir 20 orang yang menjadi mangsa tanya, maklumlah tak pernah sampai ke Iskandariah. Sampai pun sebab jadi musyrif akhowat, jadi tak berapa cam la tempat yang dah pernah sampai. Sampai di masjid, ikuti majlis zikir dan ramah mesra bersama Syeikh. Kemudian membawa kertas kerja kepada Syeikh, lalu diminta membacakan hadith tersebut sambil kertas kerja disemak. Hasilnya, kertas kerja perlu dibawa kembali.

Kenapa? Kerana masih tidak lengkap dan terdapat sedikit kesilapan yang perlu dibaiki, maka ana menerima nasihat Syeikh untuk disemak kembali dan akan dibawa pada hari berikutnya. Namun masih setia mengikuti pengajian Syeikh yang banyak jugaklah, sambil menyiapkan kertas kerja yang ternyata perlu diprint kembali. Namun itu semua tidak akan memutuskan semangat untuk mencari keberkatan ilmu dan ulama.

Maaf sahabat2 sekalian, ana nak tidur lah pula, ni pun dah kul 4 pagi, kalau tak tidur pun, buat2 tidur lah sambil tunggu azan subuh, maybe esok lepas subuh terpaksa tidur lah, maaf sebab tak dapat nak beramal dengan hadith nabi, maklumlah keadaan yang membentuk semua ini, he...Terpaksa tidur untuk cari tenaga sebelum bergerak selepas zohor esok, Ke mana? Dahlah sahabat2 sekalian, ana tak dapat berleter panjang lagi.

Tahukah sahabat2 sekalian, terlalu banyak perkongsian yang ingin ana kongsikan dengan sahabat2 sekalian sepanjang pengembaraan ana di sini sehingga sekarang, namun ada sedikit halangan, insyaAllah jika dipanjangkan umur akan dapat kita perkongsi dalam tazkirah2 akan datang baik dalam blog mahupun dalam musolla KPT. Terima kasih sahabat2 Kaherah khususnya akhowat, takderlah gurau jer. Tidak dilupakan juga pelajar2 medik Iskandariah khususnya Dr. Afiq dari Kelantan yang banyak bawa ana berjumpa Syeikh.

Esok pengajian adik2 Medik akan bermula jam 8.00 pagi, ana doakan semoga semuanya baik dan berjalan lancar, dilapangkan dada untuk kemasukan ilmu(cahaya) dan semoga Allah mengekalkan hidayahnya bersama teman2 sekalian. Wassalam...Maafkan ana sekiranya lambat mengupdate blog, doakan semoga kerja ana dipermudahkan dan diberkati Allah. Semoga hasil kerja yang ana lakukan dengan ikhlas ini akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah serta dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat di Malaysia dan teman2 di Mesir.

InsyaAllah, Aaamin...

Al-Faqir sekarang berada di Iskandariah sekitar 2 minggu bagi menyiapkan buku "hadith 40 untuk orang awam". Sebarang maklumat penting boleh terus melalui YM ubaidillah_al_mishri@yahoo.com.

Saturday 13 March 2010

Kematian Ngeri Mahasiswa Malaysia di Mesir

Al-Fatehah buat Arwah Ahmad Sarhan
Takziah buat Keluarga Ahmad Sarhan

gambar sekadar hiasan

Dari Allah kita datang, kepada Allah-lah kita semua akan dikembalikan. Setiap yang bernyawa pula pasti akan merasai kematian. Begitulah lumrah kehidupan ini sahabat2 sekalian. Moga2 kita terdiri dari kalangan mereka2 yang sedar akan hakikat kehidupan dan tahu kenapa kita dihidupkan. Bukan seperti mereka2 yang beranggapan bahawa dunia ini adalah segala-galanya, akibatnya kita leka dengan kesenangan dunia sehingga lupa untuk urusan akhirat.


Baru2 ini, kita dikejutkan dengan satu berita kematian yang dahsyat dan ngeri bagi mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini, iaitu berita kematian sahabat kita daripada bidang perubatan Tanta yang jatuh dari tingkat 4 bangunan asrama. Peritiwa ini berlaku pada hari Khamis bersamaan 11 Mac 2010/25 Ramadhan 1431. Mangsa yang bernama Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan itu berasal daripada Sabak Bernam, Selangor dan merupakan pelajar tahun 1.

Arwah yang dikatakan jatuh berserta dengan kerusi disedari oleh beberapa orang teman yang terdengar bunyi yang kuat. Tiada seorangpun saksi yang melihat peristiwa itu berlaku. Sedar tidak sedar arwah sudah berlumuran dengan darah yang banyak di kepala. Dikatakan bahawa kepala arwah jatuh terlebih dahulu menyebabkan beliau meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak.

Arwah dikatakan berada di ruang beranda seorang diri. Kemudian tergelincir. Mendengar berita tersebut, keluarga arwah segera mencari penerbangan untuk ke Mesir, begitu juga dengan pimpinan PMRAM yang bergegas ke tempat kejadian. Jenazah yang telah disiapkan (dimandi & dikapan) kemudian dibawa ke Kaherah untuk solat jenazah dan pengebumian. Alhamdulillah ramai sahabat2 yang datang untuk memberikan penghormatan yang terakhir.

Alhamdulillah juga kerana arwah selamat disemadikan di perkuburah Haiyyu Asyier, Kaherah meskipun segala rentetan sedih (mandi, kapan, solat, kebumi) tidak disaksikan oleh keluarga mangsa, atas arahan ibubapa mangsa yang menyuruh Presiden PMRAM menyeselesaikan semua urusan yang berkaitan jenazan tanpa menunggu mereka yang masih dalam perjalanan, hasilnya jenazah dikebumikan tanpa menunggu ibubapa mereka yang akan tiba pada petang ini (Sabtu-13 Mac).

Sekarang ibubapa arwah berada di Asrama Pelajar Selangor, Kaherah, Mesir. Tidak tergambar bagaimana kehilangan anak yang tersayang, tanpa melihat pula tubuh kaku mereka yang terakhir. Sedih rasenya menulis posting ni dan teringat akan keadaan diri ini ketika kematian ibu yang tercinta 2 tahun yang lalu. Ketika itu ana belajar di Institut Al-Quran Negeri Terengganu. Takziah buat Pakcik, Makcik dan keluarga atas pemergian Ahmad Sarhan.

Memang lemah tatkala mendengar berita kematian tentang orang yang kita sayang. Semoga Allah beri kekuatan buat keluarga arwah agar dapat terima pemergiannya dengan baik, tenang dan redha. Sama2 lah kita doakan kebaikan agar roh si arwah mendapat ketenangan dan tempat di sisi Allah bersama orang2 yang soleh dan berjuang pada jalan Allah. Begitulah sabda Nabi s.a.w.: "Orang yang belajar sehingga dia pulang(mati), maka dia berada pada jalan Allah."

Wednesday 10 March 2010

Wafatnya Syeikhul Azhar Muhammad Syed Tantawi

Posting Tergempar & Perlu Disebarkan
Hilangnya Ilmu Dari Muka Bumi

wajah Syeikhul Azhar Al-Akbar
Syeikh Muhammad Syed Tantawi


إنا لله وإنا اليه راجعون

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillah & Alhamdulillah & Selewat buat baginda s.a.w. Pertamanya marilah kita merenung kembali makna sepotong hadith Nabi s.a.w. Di akhir zaman akan hilangnya ilmu agama dan akan diangkat ke langit. Hilang bukan bermaksud dicabut dari dada ulama tapi dimatikan alim ulama tersebut sehingga pada masa itu manusia ketandusan tempat rujuk lalu menjadikan orang yang jahil sebagai tempat rujuk yang akhirnya menyebabkan mereka sesat.

Innalillah...Bersamaan 24 Rabiul Awal 1431 kembalinya seorang pewaris Nabi pada bulan kelahiran Nabi, moga2 rohnya dicucuri rahmat senantiasa. Itulah Syeikhul Azhar Muhammad Syed Tantawi guru kepada kekanda ana yang tercinta iaitu Ustaz Mat Esa Deraman. Abang ana mengkagumi disiplin ilmu yang dimiliki oleh Syed Tantawi. Abang ana pernah tinggal berjiran dengan Syeikh Tantawi di Haiyyu Zuhur dan banyak menimba ilmu daripada beliau. Syeikh Tantawi meninggal di Riadh, Arab Saudi pada waktu pagi.

Beliau dikatakan meninggal disebabkan oleh penyakit jantung dan menghadapi masalah pernafasan. Kini perginya beliau sukar diganti. Kalau ada tidak akan sama seperti kewibawaan beliau. Semoga akan lahir selepas ini Syeikhul Azhar yang lebih hebat dan mampu untuk meneruskan perjuangan Syeikh Tantawi dalam melahirkan pelajar2 generasi ulama/auliya di Universiti Al-Azhar kelak. Moga2 akulah salah seorang daripadanya. Amin Ya Robb...

Sebarkanlah berita tergempar dan menyedihkan ini, terasa juga ingin mengeluarkan air mata yang mahal ini, bukan apa, teringat saat ketika bersama beliau pada tahun lepas, bibir ini juga pernah mengucup tangannya yang sejuk/lembut itu. Moga2 ada berkatnya kelak. Ana yang tidak seberapa kenal/rapat dengan Syeikh pun terasa kesedihan di atas kehilangan beliau bagaimana agaknya abangku di Johor sana yang hubungannya begitu akrab dengan Syeikh Tantawi seperti keluarga angkat, pasti bertambah sedih.

Walhasil, semoga roh Anda dicucuri Rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh...Amin...

Terbaru!!!

Adalah usia Syeikh pada tarikh kewafatan 82 tahun, beliau akan dikemumikan di Baqi', Madinah atas permintaan keluarga, bumi tempat pengebumian ibu nabi, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat yang penuh dengan barakah di bulan yang penuh barakah dan hari yang juga barakah, subhanallah. Semoga ana dapat menjejaki jejak langkah beliau, insyaAllah. Ana dan keluarga "Khadijah" ucapkan takziah buat keluarga syeikh yang tercinta.

Takziah sekali lagi bermula daripada Deraman(ayah), Rosli, Sabri, Fauzi, Roslan, Zakaria, CT Aida, Ridzuan, Yusof, Mat Esa, Sufian, Halim, Rasyidah, Asiah dan Ubaidillah...Takziah juga daripada anak muridmu yang tercinta Al-Fadhil Ustaz Mat Esa bin Deraman dan Al-Faqir Ad-Dai Mohd Ubaidillah bin Deraman. Tidak sempat engkau melihat abangku menyiapkan PHD dan aku menyiapkan B.A, apa2 pun ilmumu akan kami amalkan dan senantiasa m'doakanmu.

-Jawatan Syeikhul Azhar akan dipangku oleh Prof Dr. Nasr Farid Wasil sebelum pemilihan dilakukan oleh Perdana Menteri Mesir Husni Mubarok yang sekarang berada di luar negara. Dr. Nasr Farid Wasil merupakan bekas mufti Mesir sebelum Syeikh Ali Jumah.
(sumber islamonline)

Al-Fatehah................


Pelajarmu yang disayangi
Mohd Ubaidillah Al-Mishri
Kuliah Usuluddin Al-Azhar
Universiti Kaherah, Mesir

Tuesday 2 March 2010

Hukum Berzanji & Berqasidah ???

Apakah Cinta Pada Nabi s.a.w. Dikatakan Bidah?


Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan salam buatmu kekasih Allah Muhammad s.a.w. yang telah membawa rahmat ke sekalian Alam ini... Seterusnya sahabat2 yang dimuliakan Allah sekalian. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup pada bulan kelahiran baginda s.a.w. dan diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menghidupkan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Dan sama2 kita pohonkan hidayah untuk sahabat2 kita yang senang2 membidahkan perkara maulid Nabi, berqasidah, dan berzanji...

Suatu perkara yang perlu kita persoalkan sebelum membiad'ahkan orang yang melakukan kebaikan membabi buta, iaitu apakah hukum membid'ahkan orang yang melakukan suatu perkara untuk menzahirkan cinta dan kasih pada Rasulullah s.a.w.? Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat dan mengucap salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Maka apakah dengan amalan2 yang mulia yang kita kerjakan sebagai tanda kasih kepada baginda s.a.w. seperti berzanji, berqasidah, sambutan maulid dikatakan bid'ah dan sesat?

Subhanallah, kenapa manusia begitu cepat menghukum tanpa meletakkannya pada neraca timbangan hukum? Kenapa bila kalian tidak suka perkara seperti maulid Nabi dengan berarak, berzanji, berqasidah atau apa2 amalan yang tidak bertentangan dengan syariat, lalu kalian menghukumnya sebagai bid'ah dan sesat? Kenapa? Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan penyakit hasad dengki yang dibenci oleh Allah dan RasulNya. Lihat dahulu apakah amalan yang dilaksanakan itu bertentangan dengan Islam atau tidak.


Manakan tidak sahabat2 sekalian, kita cuma memuji Nabi s.a.w., menyebut sirah hidup dan perjuangan Nabi s.a.w. Tatkala kita memuji baginda s.a.w. dikatanya kita ni menyembah Nabi Muhammad...MasyaAllah, teruk betul puak2 ni. Langsung tidak mahu memberi kita peluang untuk tunjukkan mahabbah kepada Rasulullah. Selepas membid'ahkan kita dikafirkan pula kita. Kalau macam siapa yang akan masuk syurga nanti. Nabi sebut begitu banyak ummatku yang akan masuk syurga. Kamu pun belum tentu...


Ana tidak mahu memanjangkan kalam, cuma mahu menjawab persoalan yang dituju sahaja, dan sememangnya ana bukanlah yang terbaik untuk menjawabnya dan ana cuma meminjam kalam2 ulama sahaja sebagai suatu perkongsia bersama. Hidup kita tidak bermakna tanpa kalam2 atau pemahaman2 ulama. Memang sudah membaca tabiat atau budaya seseorang, bila mencintai seseorang, tidak cukup dengan lafaz semata-mata, mesti atau tidak dapat tidak dizahirkan dengan penuh tulus dan ikhlas.


Dan bila telah meninggal dunia, pasti didoakan kebaikan untuknya, disambut ulangtahun kelahirannya, tidak cukup dengan itu disambut pula ulangtahun kematiannya, dipuji-puji ketika berucap dan sebagainya. Nah, kalau pada manusia yang biasa2 kita boleh buat, padahal tidak ada apa2 manfaat pun yang kita dapat daripada apa yang telah kita lakukan, inikan pada Nabi Muhammad s.a.w., yang merupakan kekasih Allah yang sangat Allah kasihi, moga2 mahabbah kita di dunia menjadi saham kita untuk mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.


Sebelum kita kata berzanji tidak boleh, kita nak tanya kat mana yang tidak boleh tu? Cuba dilihat pada isi kandungan zanji tersebut. Di dalamnya hanyalah pujian kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan sirah hidup/perjuangan baginda s.a.w. Jadi kat mana yang tidak baiknya? Suatu persoalan yang kita cuba tinggalkan khusus buat mereka yang macam2 tu. Mereka ni sengaja nak buat kacau, tak pernah boleh duduk diam, semua perkara nak berhukum, hanya mereka sahaja tahu menegakkan sunnah.

Ulama membolehkan perkara seperti zanji dan qasidah. Zanji dan Qasidah adalah benda yang sama, kalau di Mesir qasidah dan Malaysia dikenali zanji, walhasil semuanya menuju kepada mahabbah (cinta) pada Rasulullah s.a.w. Silaka...Itulah fatwa yang boleh ana kongsikan dengan sahabat2 sekalian daripada guru saya Syeikh Taha Hubaisyi, seorang pakar aqidah Mesir, bagi ana bukan sahaja Mesir bahkan dunia. Cinta beliau pada Rasulullah sangat dalam dan luar biasa meskipun buta.


Bahkan kalau sahabat melihat kepada sejarah, Nabi sendiri tidak pernah menegur perbuatan orang madinah yang menyambut ketibaan Nabi s.a.w. yang datang dari makkah dengan qasidah طلع البدر علينا . Kita semua tahu bahawa Nabi datang ke Madinah atas undangan orang2 Madinah yang begitu cintakan Nabi s.a.w. dan yakin bahawa baginda mampu memyatukan Kaum Aus dan Kaum Khazraj. Di situ menunjukkan bahawa Nabi tidak melarang perbuatan tersebut bahkan tidak ada hadith yang melarang perbuatan sedemikian.

Ok...Ana rasa tidak perlu memanjangkan kalam perbahasan tentang isu yang sebenarnya sudah lama selesai. Ulama telah membahasnya sehingga masak dan yakinilah kalam mereka tanpa ragu2. Semuanya yang kita lakukan sebagai mahabbah kepada Rasulullah insyaAllah akan dihitung oleh Allah kelak dan menempatkan kita bersama Nabi Muhammad yang sayangi. Ana rasa point ana sampai kepada sahabat2 sekalian. Lakukan apa sahaja yang tidak bertentangan dengan syara'.

Telah berkata Syeikh Ruhy Murabbi:
Kalau zanji/qasidah itu bid'ah, nescaya ulama' Mesir lah yang pertama akan bangkit menentangnya kerana ulama Azhar adalah penegak sunnah. Tapi apa yang berlaku? Para Alim Ulama duduk dalam majlis2 qasidah memuji Nabi s.a.w. Apakah semua Ulama Azhar sesat(bid'ah). Kalau begitu, yang tidak sesat hanyalah wahabi sahaja, itupun 2/3 orang sahaja, syurga yang begitu luas dan banyak Allah cipta hanya untuk dihuni oleh 2/3 orang dan pengikut sekitar 1000 orang sahaja....tak masuk akal langsung.


قال النبي صلى الله عليه وسلم:
البخيل من ذكرت عنده فلم يصلي عليّ

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner