Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Tuesday 29 December 2009

Ucapan Takziah

Ad-Da'ie Ubaidillah Al-Mishri ucapkan
takziah kepada keluarga mangsa

10 orang jenazah mangsa kemalangan ngeri

Assalamualaikum w.b.t.

Segala pujian bagi Tuhan yang Maha menghidupkan dan Mematikan, selawan dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa memberi peringatan kepada ummatnya akan ancaman daripada TuhanNya.

Buat keluarga mangsa kemalangan...

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, yang hidup akan mati, mati bukan beerti penghujung kepada kehidupan bahkan merupakan suatu permulaan bagi kehidupan yang sebenarnya. Maka ingatlah bahawa segala kemudahan yang ada di dunia hanyalah untuk mendapatkan akhirat, dan sangat beruntunglah orang yang memikirkannya. Sesungguhnya Allah menjadikan kematian orang2 yang terdekat supaya kita mengambil iktibar daripada kematian mereka dan kehidupan sebagai seorang hamba tetap perlu diteruskan.

Oleh itu, teruskanlah kehidupan kalian, yang pergi biarkan pergi, relakanlah pemergian mereka dan kenangilah segala jasa baik mereka, yang penting doakan kesejahteraan arwah supaya rohnya ditempatkan bersama roh2 orang yang soleh. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan disedeqahkan kepada mereka, InsyaAllah semoga pahala sampai kepada mereka dan sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba2-Nya. Semoga Allah memberi ketabahan kepada kalian semua di atas pemergian ahli keluarga yang tersayang.

suasana ketika mengeluarkan mangsa kemalangan

Saya juga turut bersimpati terhadap kalian semua atas kematian ahli keluarga yang tersayang, meskipun saya sekarang berada di Mesir namun itu tidak menghalang saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia. Video yang saya tonton mengenai kemalangan tersebut cukup menyayat hati dan menginsafkan saya. Tapi percayalah bahawa Allah lebih menyayangi mereka dan pertemuan mereka dengan Sang Murabbi telah tiba. Yang pasti giliran kita pula akan tiba.

Akhirnya, terimalah dengan redha kematian mereka semua dan senantiasalah mendoakan mereka, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang berat ini.

Sekian...wassalam...

daripada:
Ad-Da'ie Mohd Ubaidillah Al-Mishri
Pelajar Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Sudah Dekat ???

Kematian datang tanpa menduga

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pujian bagi Allah dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w., pengakhir sekalian para nabi, seterusnya sahabat2 yang setia sekalian. Setiap yang hidup pasti akan mati, seringkali kita dengar tapi masih lagi tidak faham, kalau kita faham mati itu sudah cukup untuk merubah seluruh manusia daripada jahat kepada baik, dan baik kepada yang lebih baik. Ini kerana mati itu sendiri merupakan tazkirah bagi mereka yang benar2 memikirkannya.

Dan kadang2 kematian itu datang tanpa kita duga. Dan sememangnya manusia itu tidak tahu bilakah mereka akan mati, tapi kenapa masih ada manusia yang masih sombong dan bongkak, kenapa masih ada manusia yang tamak dan haloba, kenapa masih ada manusia yang jahat dan zalim, kenapa dan kenapa? Sepatutnya kita kena muhasabah diri kita masing2, apakah kita termasuk di dalam golongan yang disebutkan tadi. Adakah kita juga tahu nasib kita selepas mati?

Persoalannya, apakah kita tahu bila kita akan mati, tidak sesekali sahabat2 sekalian, oleh yang demikian adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi detik dan saat itu, apakah cukup amalan dan ilmu yang kita miliki sekarang, apakah yang akan kita bawa nanti sebagai bekalan untuk kehidupan yang seterusnya? Hari ini kita mendengar pelbagai berita tentang kematian yang menimpa teman2 rapat kita, saudara seIslam kita bahkan keluarga kita sendiri.

Baru2 ini, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri dan yang bersejarah bagi negara Malaysia, iaitu kemalangan yang melibatkan bas Saniexpress yang memuatkan penumpang seramai 48 orang dan telah meragut nyawa seramai 1o orang. Apa yang lebih menakutkan adalah salah seorang mangsa yang terputus kepalanya, sungguh dahsyat kematian yang seperti. Apalah nasib mereka semua, dan apa pula nasib kita semua.

Yang terbaru pula sahabat2 sekalian, 3 orang mangsa kemalangan warga cina yang rentung dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 3 buat kenderaan. Ini menjadikan lagi sejarah kemalangan dan kematian ngeri di negara kita Malaysia. Siapa duga perkara tersebut berlaku, tidak ada sesiapa yang menduga yang pasti ada satu perancangan dan penetapan daripada yang berkuasa iaitu Allah.


Apakah kita mahu nasib kita berakhir dengan cara tersebut? Tidak sahabat2 sekalian, sama2-lah kita pohon supaya dijauhkan, dan memohon supaya Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik "husnul khatimah" dan bukan dengan cara yang tidak sepatutnya. Biarlah mati kita itu dalam keadaan ingat pada Allah, pada hari yang baik, waktu yang baik, tempat yang baik dan niat yang baik dengan dikekalkan iman dan Islam kepada Allah.

Bersedialah untuk hari mendatang dengan amalan soleh dan jauhilah amalan yang keji.
-Imam Laith As-Samarqandi-

Sunday 27 December 2009

Hasil Karya-ku

4 buku yang perlu disiapkan
Ya Allah! Permudahkanlah...
hasil karyaku yang pertama

Di sini saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya lambat mengupdate blog ini. Maklumlah saya sekarang sibuk menyiapkan buku keluaran saya yang seterusnya. Target saya adalah sebelum julai 2010 tahun baru ini. Masa yang ada terlalu singkat, kelas yang banyak, tutorial untuk peperiksaan, program bersama syeikh dan banyak lagi membuatkan masa saya untuk berhadapan dengan komputer terlalu sempit hinggakan terpaksa tidak tidur di malam hari dan tidur selepas zohornya dan kadang2 tidak tidur langsung.

Meskipun begitu, saya tetap dan terus akan menjayakan misi menyiapkan 4 buah kitab tersebut sebelum tarikh yang disebutkan. Bagi saya, kitab yang bakal saya terbitkan nanti sangat berguna khususnya untuk para remaja dan masyarakat kampung di Malaysia nanti, dan ini juga sebagai hasil pembelajaran saya di Mesir dan sebagai perkongsian setakat yang mampu saya lakukan. Pernah guru saya berpesan supaya menyebarkan ilmu setakat yang kita mampu usahakan untuk mereka.

Atas dasar itulah, maka saya cuba untuk membantu mereka dan bukanlah matlamat saya untuk mencari nama, wang dan populariti dalam arena penulisan, tapi semuanya adalah demi Islam yang saya cintai, cukuplah Allah sebagai saksi dan saya tidak perlukan kritikan sahabat2 sekalian, apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan daripada pembaca sekalian. Itu sahaja. Buku yang bakal saya terbitkan adalah Al-Qisah ke-2, Al-Mauizoh Min Akhy, Hadith 40 orang awam dan Mukhtasor Tanbihil Ghafilin.

Al-Qisah ke-2
-buku ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan saya dalam Al-Qisah yang pertama, satu2-nya hasil karya saya yang mendapat sambutan baik khususnya dikalangan pelajar2 perempuan dan kanak2. Buku ini berkisar tentang cerita2 menarik daripada para nabi, para sufi, para wali, para ulama' dan juga orang2 yang soleh. Saya cuba karang dengan bahasa saya sendiri berdasarkan daripada daripada rujukan2 saya, dan juga ceramah ustaz2 di Malaysia. Maka kali ini saya akan memuatkan cerita yang lebih menarik dan lebih sahih untuk tauladan kita bersama.

Al-Mauizoh Min Akhy(Nasihat daripada abangku)
-buku ini pula berkisar tentang 15 nasihat yang berguna khusus untuk remaja2 & sahabat2 di peringkat sekolah dan kolej2(atau universiti2). Nasihat ini adalah daripada belasan ulama yang saya himpun menjadi satu koleksi yang bermanfaat dalam buku saya ini dengan pengolahan daripada saya sendiri berdasarkan rujukan saya dalam kitab2 dan pengajian saya bersama para ulama di Mesir ini. Cuma saya mendatangkan setiap perbandingan dalam setiap nasihat dan juga kisah2 yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Mukhtasor Tanbihil Ghafilin(Ringkasan Peringatan bagi orang yang lalai)
-sebenarnya saya belum memikirkan nama yang sesuai bagi buku ini, cuma apa yang saya boleh beritahu di sini adalah, buku ini adalah ringkasan daripada kitab arab "tanbihul ghafilin" yang dikarang oleh Imam Laith As-Samarqandi. Kitab ini tebalnya dalam 420 ms dan dalam bahasa Arab, namun saya cuba terjemah daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dalam bentuk ringkasan dan bukan semuanya. Bagi saya buku ini sangat bagus untuk semua lapisan dan perbahasan di dalamnya sangat menarik.

Hadith 40 untuk orang awam
-buku ini pun sama sahabat2 sekalian, saya masih memikirkan tajuk yang sesuai untuk buku ini. Tapi yang pastinya, buku ini menghimpunkan 40 hadith khusus untuk orang awam iaitu masyarakat kampung ataupun bandar tapi peringkat awam. Ia juga berkisar tentang nasihat, amaran dan tauladan. Buku ini saya karang khas untuk pengajian dengan masyarakat nanti, di mana mereka akan menggunakan buku ini ketika saya mengajar. Maka saya tidak bercakap seorang diri, bahkan berinteraksi dengan mereka semua, maka pengajian yang seperti ini tidak akan boring atau bosan.

Saya nak tekankan sedikit lagi tentang penghasilan buku hadith 40 untuk orang awam, tujuan saya karang buku ni kerana 2 sebab, pertama untuk ambil barakah bagi mereka yang karang dan hafaz 40 hadith nabi dan kedua untuk mengambil barakah ulama' yang mengajar menggunakan kitab sambil anak2 muridnya menadah kitab yang sama. Moga2 usaha dan niat baik saya diterima oleh Allah s.w.t.

Ulangtahun Peristiwa tsunami ke-5

Tsunami mengajar erti hakikat
sebenar manusia diciptakan


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan selawat saya ucapkan. Saya melafazkan syukur kepada Allah kerana mencetuskan idea untuk saya untuk menulis sedikit mengenai peristiwa tsunami, kalau tidak banyak, sekadar yang termampu tanda takut pada kekuasaan Allah yang Maha Agung ini. Seterusnya doa sejahtera kepada sekalian mangsa tsunami semoga Allah mencucuri rahmat kalian yang Islam dan menempatkan kalian bersama orang2 yang soleh, tidak lupa juga takziah dan banyakkan bersabar buat keluarga mangsa.


Sahabat2 yang dicintai,


Peristiwa 26 desember 2004 adalah peristiwa bersejarah dalam dunia yang mengorbankan begitu banyak nyawa dalam sekelip mata, kata guru saya Syeikh Taha Rayyan pakar tafsir di bumi Mesir ni, ketika mensyarahkan ayat dalam surah baqarah dan ketika membicarakan perbezaan antara musibah dan musyaqqah. Musibah ini adalah perkara yang tidak diduga dan ia ditentukan oleh Allah dan merupakan suatu azab atau peringatan akibat ingkar kepada hukum2 Allah. Tujuannya supaya manusia kembali kepada Allah dan hukum2 Allah.

Maafkan saya, saya tidak mampu untuk bercakap panjang mengenai peristiwa bersejarah ini, tapi apakan daya, masa saya berhadapan dengan blog ini terlalu singkat kerana saya sibuk dengan komitmen yang lain, cuma saya hanya tidak mahu diri saya dan sahabat2 lupa akan peristiwa dahsyat ini dan sama2 mengambil pengiktibaran daripada musibah yang Allah telah timpakan kepada ummat Islam khususnya. Disebabkan itulah saya tetap ingin menulis juga meskipun hanya sekadar ringkas.

Secara ringkasnya, apa yang Allah timpakan kepada kita akan tsunami yang meragut banyak nyawa saudara2 kita adalah supaya kita ingat akan suasana di akhir penghujung dunia nanti, iaitu saat2 dunia menghadapi saat kehancuran, di mana manusia sudah tidak memikirkan teman2 mereka, yang mereka fikir adalah diri mereka selamat daripada bala' tersebut, lihatlah hakikat peristiwa tsunami yang telah berlaku itu, begitu jugalah keadaannya di hari qiamat, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Hakikatnya, selepas semua peristiwa itu tamat, manusia mula mencari teman2 yang mereka kasihi, sanak-saudara yang mereka sayangi dan sebagainya, namun semua itu hanya menjadi penyesalan dan kesedihan yang tidak sesekali akan mengembalikan nyawa mereka yang telah melayang. Perkara tersebut pula menggambarkan kepada kita, di mana manusia mula menyesal kerana tidak mempraktikkan apa yang mereka pelajari dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah, sehingga mereka rasa menyesal dan ingin kembali semula.

Di sana juga kita melihat, bagaimana Allah yang Maha Agung menunjukkan keagungannya dengan menyelamatkan satu2-nya masjid, iaitu rumah Allah. Ia menjadi bukti kebesaran Allah s.w.t dan telah menyebabkan sebahagian orang bukan Islam memeluk agama Islam kerana yakin akan kebenaran agama Islam dan hanya dengan Islam sahajalah mereka akan selamat, dan orang Islam pula semakin bertambah iman mereka khususnya masyarakat Acheh, yakin akan kata2 Allah, "bahawa setiap jiwa yang hidup akan mati" dan "maka tunggulah saat pembalasan".

Orang2 yang berada di masjid itu juga diselamatkan oleh Allah, sebagai bukti kebesaran Allah yang Allah perlihatkan kepada mereka yang benar2 mempunyai akal, supaya berfikir, bahawa hanya Allah sahaja tempat pergantungan dan bukannya harta, anak-pinak, para pemimpin dan sebagainya, semua binasa melainkan yang dikehendaki Allah sahaja, tidak kira kaya atau miskin, putih atau hitam. Allah telah memperlihatkan kepada mereka titik2 kehancuran di hadapan mata mereka sendiri, tentera Allah yang hebat telah membinasakan harta2 yang mereka kejarkan.

Maka, apa yang penting dalam kehidupan ini sebenarnya adalah taqwa kepada Allah semata-mata dengan meletakkan segala pergantungan hidup kepadaNya. Sebagai bukti taqwa dan cinta kepada Allah hendaklah kita sedaya upaya melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Maka musibah yang telah berlaku ini benar2 ada hikmahnya, benarlah kata2 Allah, tidak aku timpakan sesuatu dengan sia2.

Tidak dinafikan kesedihan atas perkara yang berlaku itu tetap tidak dapat diketepikan, dan memori buruk itu juga tidak dapat dilupakan, namun sebagai ummat Islam dan hamba Allah kita kena ingat, bahawa kita akan kembali juga suatu hari nanti kepada Allah, maka tidak perlulah sombong dalam menjalani kehidupan dunia yang sementara ini, dan jangan pula sesekali menindas golongan yang lemah, perhatikanlah baik2 balasan2 Allah kepada kita, dalam sedetik sahaja beratus ribu rakyat dunia mati, dan di hari qiamat nanti, satu suara seruling akan mematikan kita semua.

Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menghadapi hari tersebut?

Tahniah Adik2-ku

Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?


antara 52 adik2 pelajar SMAASZA yang mendapat 9A
dalam PMR "09" baru2 ini, sekalung tahniah diucapkan dari Mesir.

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah dan tidak lupa selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad, kesyukuran yang tidak terhingga juga kerana diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk menukilkan sedikit peristiwa indah ini yang turut membuatkan saya merasa bangga meskipun tiada apa2 kaitan dengan saya, yang penting kenangan saya bersama gambar2 di atas itu tidak pernah dan akan saya lupakan.

Dengan bismillah saya mulakan bicara, semoga dengan redha Allah sentiasa bersama, amin. Slogan "kalau bukan kita, siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi, bukan slogan yang baru tapi slogan sejak saya dibangku sekolah itu lagi, namun dikekalkan. Solgan itu diungkapkan oleh Tuan Pengetua yang sama iaitu En. Hasyim bin Embong, satu2-nya pengetua yang hebat pernah saya jumpa, cekap, baik dan amanah.

Pada pandangan saya, slogan di atas bukan sembarangan slogan, tapi merupakan slogan azimat yang berhasil menaikkan nama SMAASZA, dulu, kini dan seterusnya. Hasil kecekapan pimpinan Tuan Pengetua, dengan kerjasama dan penglibatan tungkus-lumus anak2 didik SMAASZA dengan para pendidik.

Akhirnya tangga 24 disember 2009 SMAASZA berjaya mencipta nama dalam PMR 09 dengan mencatat 52 orang mendapat 9A dan merupakan antara 10 sekolah agama yang terbaik. Tahniah diucapkan, kepada semua, bermula daripada SMAASZA yang dipimpin oleh En. Hasyim bin Embong, seterusnya para pendidik dan akhirnya adik2 SMAASZA yang dicintai dan dirindui sekalian.

Nukilan kali ini ingin membicara tentang kejayaan adik2 PMR 09. Masih lagi terimbau mengingatkan kenangan kita bersama sama ketika abang menjadi "senior" kalian atau "ustaz" kalian ataupun "warden" kalian. Untuk pengetahuan, semasa di SMAASZA saya lebih dikenali sebagai "abang" kepada pelajar2 lelaki dan "ustaz" di kalangan pelajar2 perempuan.

Semasa mereka tingkatan 1, saya Thanawi 3, semasa mereka tingkatan 2 pula saya menjadi warden mereka dan ustaz kepada sebahagian daripada mereka dalam subjek Al-Quran. Kini mereka telah tamat tingkatan 3 dan bakal menjejakkan kaki ke alam tingkatan 4 dalam beberapa hari sahaja lagi, sungguh cepat masa berlalu. Usia kalian makin meningkat, harapnya juga agar akhlak kalian juga meningkat sebagaimana meningkatnya usia.

Kenakalan mereka itu masih tidak dapat saya lupakan, maklumlah semunya mempunyai ragam dan watak yang berbeza dan yang tersendiri, maka terpaksalah melayan kerenah mereka semua ini. Namun, kalian semua bakal menjejakkan kaki ke alam yang lebih matang dan lebih mencabar, semoga kalian lebih bersikap ingin tahu dan mendengar kata serta tidak menunjukkan ketidakmatangan kalian semua dengan akhlak yang tidak baik.

Ingatlah, kejayaan yang kalian perolehi hari ini janganlah terhenti setakat PMR sahaja, namun teruskanlah sehingga ke akhir hayat kalian. Kejayaan PMR kalian adalah berkat para guru, ibubapa dan sahabat handai, jangan cemari perkara tersebut di masa akan datang. Berusahalah untuk terus menjadi pejalar yang berakhlak mulia, dan jangan terikut dengan amalan2 negatif abang2 dahulu yang kalian semua tahu apa yang saya maksudkan.

Monday 21 December 2009

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431

Hijrah membawa sejuta makna


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan rahmatNya yang luas, masih lagi kita diberi kesempatan untuk menghirup udara dan terus mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. pada hari yang baru, tahun yang baru dan azam yang baru. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Datuk kepada Imam Hassan dan Imam Hussai r.a. yakni baginda Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda yang tercinta.

Sekali lagi saya ingin melafazkan syukur kepada Tuhan yang telah menjadikan saya dengan sebaik-baiknya, dan telah memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan hari ini serta kekuatan untuk terus berada di dunia cyber ini(blog) bagi menyebarkan dakwah dan risalah yang dibawa oleh para Nabi dan alim ulama'. Meskipun saya bukan di kalangan mereka, namun dapat cebisan2 dan tempias2 daripada merekapun cukuplah, namun jauh di sudut hati kecil saya mengatakan ingin menjadi dan mengikut jejak langkah mereka.


Rasanya belum terlewat untuk saya berbica serba sedikit sempena kedatangan tahun baru ini dan di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H dengan slogan @ tema "tahun ini lebih baik daripada tahun lepas". Bila bercakap soal tahun baru pasti orang akan bercakap tentang soal azam baru dan dikaitkan juga dengan suatu sirah yang sangat masyhur dan tidak asing lagi bagi kita iaitu mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.


Sebelum saya menyentuh tentang hijrah membawa sejuta rahsia buat ummat Islam masa kini, sudilah saya berbicara secara ringkas tentang sejarah penting penghijrahan baginda s.a.w. dari kota Makkah ke kota Madinah. Sebelum itu sudah berlaku 2 kali hijrah para sahabat iaitu ke Habsyah dan juga peristiwa penting yang dilalui oleh Rasulullah iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj dalam tempoh sebahagian malam sahaja, subhanallah...Setelah itu, kita lihat pula apakah sebab Rasulullah dan ummat Islam berhijrah?

Maka di sana ulama' membincangkan tujuan Rasulullah berhijrah meninggalkan Makkah sebagai tanahair tercinta, apakah hukumnya? Di dalam tafsir Al-Qurtubi ada menyebut bahawa hukum meninggalkan tanahair ada 3 yaitu wajib, harus dan haram. M
aka penghijrahan Nabi s.a.w. adalah wajib demi menegakkan Islam, ini kerana Islam terhalang di tanahair dan disiksa dengan teruk. Maka penghijrahan Nabi adalah bersebab antaranya, siksaan yang amat teruk ke atas Nabi dan ummat Islam, jemputan penduduk Madinah, wahyu dan perintah daripada Allah.

Syeikh Ramadhan Al-Buty ada menyebut bahawa bermula penyiksaan yang teruk dan ujian yang dahsyat ini khususnya kepada baginda s.a.w. adalah setelah kewafatan bapa saudaranya Abu Thalib bin Abdul Muttalib dan isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Ini kerana, mereka berdua adalah tempat bergantung Rasulullah dalam perjuangannya. Maka di sana ulama' saling berbincang, kenapa Rasulullah bersedih dan mengadu kepada Tuhan di saat ditimpa ujian dengan kerenah masyarakat kaum Makkah pada ketika itu?

Maka, jawab Syeikh Ramadhan, ini adalah kerana Allah sengaja mematikan Abu Thalib dan Khadijah yang merupakan tempat pergantungan Rasulullah untuk membuktikan bahawa Allah bersama Nabi Muhammad dan untuk memastikan supaya Nabi Muhammad sentiasa meletakkan pergantungannya kepada Allah dan bukan kepada makhluk yang lain. Jadi, musuh Islam tidak boleh menyebarkan fitnah dengan mengatakan bahawa Rasulullah berjaya kerana adanya Abu Thalib yang sentiasa melindungi baginda dan Khadijah yang banyak hartanya.

Ada satu lagi perbahasan yang dibawa oleh ulama' kenapa Allah harus menguji hambanya Muhammad s.a.w., ummatnya dan kita semua, sedangkan Allah mampu untuk memenangkan terus Islam? Sebelum menjawab persoalan itu, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa tidak Allah terus masukkan sahaja hambanya ke dalam syurga atau neraka tanpa perlu bersusah payah menghidupkan kita di dunia ini? Kata guru saya Syeikh Ruhy Al-Murabbi, persoalan kedua itu sudah memadai sebagai jawapan.

Namun begitu, saya tetap juga ingin menjawabnya dengan jawapan ulama' yang lain sebagai renungan dan perkongsian kita bersama. Tujuannya adalah kerana ingin menguji manusia manakah baik amalannya dan supaya mengabdikan diri kepada Allah serta memperlihatkan kehebatan dan kekuasaannya kepada ciptaannya. Dan Allah sengaja berbuat demikian supaya manusia tidak berdalih dan meminta hujah kelak terhadap apa yang Allah laksanakan kerana Allah sendiri memberi pilihan kepada hambanya. Ini juga dapat membuktikan keadilan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluk ciptaannya.

Nabi, para sahabat dan ummat keluar senyap2 pada malam peristiwa hijrah bagi mengelakkan sekatan daripada kafir Quraisy. Pada malam tersebut juga Abu Jahal mengupah setiap wakil kota yang berjumlah 12 kota semua sekali untuk membunuh jasad yang mulia baginda s.a.w. Namun, sehebat-hebat perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah, benarlah firmanNya, Allah yang tidak pernah membiarkan kekasihnya keseorangan, lalu beritahu akan perancangan busuk Abu Jahal itu kepada Nabi s.a.w.

Apa itu 2 firman Allah?
1. Mereka merancang tipu daya, dan Allah juga merancang tipu daya, dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah
2. Sesungguhnya Allah memelihara Rasulnya

Kemudian baginda s.a.w yang bijak ini menyuruh Ali yang ketika itu masih kecil untuk menggantikan tempat tidur baginda lalu baginda dan Abu Bakar berangkat secara perlahan-lahan menuju ke Gua Thur. Bersembunyilah mereka di sana selama 3 malam dengan dihantar makanan oleh Aisyah dan juga Asma'. Namun berlaku satu peristiwa ajaib di mana labah-labah telah menyelamatkan nyawa Rasulullah dengan membina sarangnya di muka pintu gua sehingga menyebabkan orang kafir Quraisy yang sudah berada di situ tidak merasakan bahawa Rasulullah berada di dalam gua tersebut dek sarang labah2 itu tadi.

Ketika berlakunya hijrah, Nabi dan ummat Islam sampai di Quba' lalu Nabi mengarahkan supaya membina masjid di situ. Maka terbinalah masjid yang pertama dalam sejarah Islam, maklumlah kewajipan solat baru sahaja difardhukan, kerana Isra' dan Mi'raj berlaku sebelum berlakunya peristiwa hijrah Nabi dan ummat Islam. Kemudian baginda dan ummat Islam tiba di perkampungan Bani Salim bin 'Auf pada hari Jumaat. Maka Nabi dan ummat Islam membina sebuah masjid lagi untuk dikerjakan solat Jumaat yang pertama.

Akhirnya Nabi dan ummat Islam telah tiba ke Madinah dan disambut dengan meriah oleh orang Ansar. Mula2 yang Rasulullah buat setelah tiba ke Madinah adalah membina masjid sebagai pusat ibadat, pusat pergerakan dakwah dan juga sebagai pusat kemasyarakatan. Kemudian Rasulullah telah mempersaudarakan golongan Ansar(Madinah) dan Muhajirin(Makkah). Selepas daripada itu terbinalah sebuah empayar Islam yang hebat di Madinah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Makkah, subahanallah. Tidak benarkan janji Allah: Sesungguhnya kemenangan itu sudah hampir.

Namun Allah tidak memberi kejayaan dengan percuma atau dengan mudah2, melainkan Allah akan uji dengan ujian yang selayaknya kita tanggung. Lihat Rasulullah, dimaki, dihina, dicaci, dicederakan namun tetap sabar dalam perjuangan Islam sehingga Islam menang sebelum kewafatan baginda. Namun sudah menjadi rutin perjuangan mesti melalui penderitaan dan jerih payah dalam menegakkan kebenaran. Kemenangan Islam bukannya datang bergolek melainkan dengan pengorbanan jiwa, harta dan tenaga.

Oleh sebab itu, perjuangan yang tiada padanya pengorbanan dan kesusahan maka tidak dinamakan perjuangan. Kalau kekasih Allah Muhammad s.a.w. diuji dengan sedemikian rupa, apatah lagi kita, lebih2 lagi patut diuji apakah kita ini benar2 sayang akan perjuangan Islam atau kerana kebendaan. Maka suka ana sebut di sini, bahawa Allah tidak memenangkan Islam kesemuanya, negara yang peroleh kemenangan diuji oleh Allah dengan kekalahan, melainkan kemenangan di akhir zaman iaitu kemenangan Islam secara besar-besaran yang diketuai oleh Imam Mahdi.

Oleh sebab itu, ada 3 kemenangan bagi orang Islam:
1. Kemenangan akhir hayatnya(mati sebagai muslim)
2. Kemenangan akhir zaman(bersama kepimpinan Imam Mahdi)
3. Kemenangan di akhirat(syurga yang abadi)

Namun penghijrahan tersebut telah berakhir setelah berlakunya pembukaan Kota Makkah. Dan Islam sudah bertebaran di merata dunia. Dahulu Islam masih lagi asing dan perlu diperkenalkan sehingga terjadinya dakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara terang-terangan selama 10 tahun, kemudian penghijrahan, kemudian peperangan demi peperangan. Apa yang tinggal sekarang dan disebut oleh baginda s.a.w. adalah "tiada lagi hijrah selepas kemenangan, yang tinggal hanyalah hijrah dari segi niat dan jihad".



Di Manakah letaknya Keadilan?

Apa gunanya JAWATAN-PANGKAT-KEDUDUKAN ???


Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, kali ini ana akan membicarakan tentang jawatan, pangkat atau kedudukan yang dipegang oleh seseorang baik Muslim atau pun non-Muslim. Maka sukalah kali ini saya bercakap dari sudut kedua-duanya sekali dan tidak terlepas juga menyentuh soal politik, baik politik negara atau antarabangsa. Bagi saya perbincangan kali sangat penting dan jarang sekali disentuh dan dihurai oleh blogger khususnya blogger tempatan.

Kalau kita menyentuh topik ini dari sudut islamik, sudah tentu ada dalil dan sejarahnya. Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam suatu hadith
yang membawa maksud: "bilamana amanah(jawatan) diserahkan kepada bukan ahlinya(orang yang selayaknya) maka tunggulah hari kebangkitan(balasan daripada Allah yang akan Allah tunjukkan, baik di dunia atau di akhirat kelak)." Kalau dari sudut kaca mata non-Muslim pula, mereka menyatakan: "sekiranya jawatan itu dipegang oleh orang yang tidak sepatutnya nescaya runtuhlah empayar tersebut dan binasalah penghuninya. "

Dewasa kini, jawatan, pangkat atau kedudukan menjadi rebutan hinggakan sanggup melakukan perkara yang terkutuk atau buruk di sisi masyarakat semata-mata ingin mendapatkannya. Ada orang sanggup mengeluarkan belanja(rasuah) untuk mendapatkannya, ada juga yang sanggup merencanakan pembunuhan, ada juga yang sanggup mencipta fitnah, ada juga yang sanggup mengugut dan mengancam dan banyak lagi cara2 yang kotor.


Lihatlah! Manusia sanggup melakukannya demi merebut benda yang sementara itu, itulah bilamana manusia tidak tahu hakikat kehidupan. Kehidupan yang sepatutnya dilalui dengan tenang, aman dan damai serta mengelakkan daripada wujudnya konspirasi2 permusuhan kerana benda tersebut tidak menguntungkan mana2 pihak bahkan merugikan kita semua. Kenapakah kita perlu merugikan diri kita sendiri, tidak cerdikkah kita semua ini, atau sudah tidak mampu berfikirkan kita ini?


Kalau kita perhatikan secara teliti dan saksama, kita akan dapati bahawa kebanyakan mereka yang sebelumnya atau ketika memegang jawatan kelihatan seperti malaikat, mulutnya pula seperti manisan, tapi bagaimana selepasnya? Oleh sebab itu, kata ulama' Syeikh Isa, kalau nak ukur seseorang lihatlah pada akhirnya, bersesuaian dengan kalam2 ulama' dahulu berdasarkan kisah Imam Barsiso, manusia di sisi Allah dilihat pada akhirnya dan bukan pada awalnya. Sebab itu Syeikh Isa beritahu bahawa, karamah yang paling hebat adalah kekal imannya sampai mati dan bukan mampu berjalan atas air, terbang di udara atau seperti yang kita sangka2 kan.

Ternyata mereka yang kejar-mengejar jawatan itu, hanyalah ingin memegang jawatan kerana ingin mendapat populariti, kuasa dan juga harta. Dengan itu mereka rasa mereka berada pada zon yang selesa, pada hakikatnya tidak, bahkan setiap hari mereka berasa gelisah, tidur yang tidak pernah lena dan tidak selesa dengan keselamatan mereka sehinggakan terpaksa mengupah pegawai peribadai, pengawal keselamatan. Benarlah kata2 Saidina Ali k.a.: "ilmu yang banyang tidak perlu dijaga, tapi harta yang banyak perlu dijaga."

Bahkan seorang Menteri yang kaya mati dibunuh gara2 merampas harta seorang pemuda Kristian, badannya dipotong-potong, maka kita cuba persoalkan di sini, ke mana pergi semua harta yang dia kumpul itu? dan ke manakah jawatan yang dia sandang itu? Rupanya tidak ke mana sahabat2 sekalian, sedangkan usia Menteri tersebut masih muda dan tidak sampai 40-an. Jadi, krisis ini berlaku di mana2 tempat bahkan di Malaysia sendiri. Berbalik kepada topik yang ingin saya perbincangkan.


Di manakah letaknya keadilan seseorang yang telah dilantik atau dipilih atau diberi amanah untuk memegang sesuatu jawatan? Melihat kepada apa yang berlaku kepada Palestin, di manakah letaknya keadilan mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini, di mana Pengerusi PBB, dan di manakah suara Pengerusi OIC?

Kalau benarpun kalian adalah non-Muslim dan Palestin adalah Muslim, maka selaku orang yang memegang jawatan Pengerusi PBB yang berperanan menjaga keamanan dunia dan sejagat, maka kamu tidak boleh bertindak seperti ala-kadar sahaja, bertangguh-tangguh mempertahankan Palestin dan membiarkan Israel laknatullah menyerang Palestin dalam merampas tanah yang bukan haqnya serta merampas Al-Aqsa. Cuba fikir, apa yang akan kalian lakukan sekiranya perkara tersebut berlaku kepada negara anda sendiri, tolak ke tepi dahulu masalah dalaman dan fokuskan kepada matlamat kebersamaan.

Anda pula selaku Pengerusi OIC sepatutnya lebih bersungguh-sungguh dalam menyatakan suara berkenaan isu Palestin, kerana ini soal maruah, usah diikut sangat telunjuk jari Amerika dan sekutunya itu. Kalau rasa tidak layak, serahkan kepada mereka yang selayaknya, bagi saya Palestin lebih layak memegangnya berbanding saudara. Saudara hanya sibuk mewujudkan perpecahan di sana sini dan langsung tidak memikirkan perkara yang berkaitan agama dan ummat.

Seorang Perdana Menteri pula atau Menteri Besar di sesuatu kawasan atau tempat, bagaimanakah mereka melaksanakan keadilan mereka kepada rakyatnya, kalau masih mahu berpolitik dengan mengenepikan rakyat yang bukan ahlinya, maka pemimpin tersebut masih tidak adil dan tidak layak jadi pemimpin, kerana tidak bijak. Kalau di negara demokrasi, sudah tentu bila pemimpin dinaikkan melalui pilihanraya hendaklah dia bertindak adil kepada rakyat yang menyokongnya ataupun tidak pada masa pilihanraya lalu, kerana itu adalah rakyatnya. Keadilan perlu diberi sama rata tanpa mengira latar belakang politik.

Begitu jugalah dengan pegawai yang perlu berlaku adil kepada pekerjanya atau orang bawahannya atau tanggungannya. Kalau situasi di Mesir contohnya, seorang pegawai yang berlatarbelakang mana-mana politik, sudah tentu mempunyai pelajar2 yang pelbagai, baik dari PAS, UMNO mahupun PRK. Maka, seorang pegawai yang cerdik sudah tentu patut mengenepikan politik demi menjaga kebajikan mahasiswa di tempat masing2 bukannya memusuhi mahasiswa yang berlainan politik dengan kita, itu namanya politik tidak cerdik. Seharusnya pegawai dengan mahasiswa mempunyai hubungan yang baik.

Alhamdulillah, rasanya sudah selesai saya membicarakan topik yang mana membincangkan tentang di manakah letaknya keadilan? Keadilan letaknya di bahu kita masing2 bahkan setiap orang perlu adil terhadap diri masing2. Ini kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Pencipta Alam ini, akan keadilan kita semua, pada Allah khususnya dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. sebagai khalifah Allah di atas muka bumi, maka bersediakan kita untuk bersoal-jawab di hadapan Allah kelak.

sama-sama kita muhasabah

Ubaidillah Al-Mishri
Kaherah, Mesir

Saturday 5 December 2009

Doa Laknat Tuan Guru Nik Aziz

Doa TG Nik Aziz untuk Pak Najib

Assalamualaikum w.b.t. dan segala puji bagi Tuhan yang menjadikan seluruh isi bumi dan langit dan perantaraan antara keduanya, juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan tauladan ummat Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel yang sedang hangat dibincang di Malaysia khususnya, maka saya yang faqir ini selaku anak muda cuba untuk mengambil peluang bagi berkongsi idea dan ilmu yang tidak seberapa ini, moga2 ada manfaatnya.

ISU DOA LAKNAT

Sebelum kita persoalkan adakah patut seorang ulama yang bergelar Tuan Guru mendoakan keburukan untuk orang Muslim yang lain, semestinya kita persoalkan terlebih dahulu pada diri kita ini, adakah kita tidak takut pada doa seorang ulama? Ulama adalah wali di sisi Allah, pewaris para anbiya', pembawa risalah kebenaran(Islam), jadi mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t., oleh yang demikian doa mereka adalah lebih terangkat dan lebih mudah dikabuli oleh Allah, itu hakikat yang kita mesti pegang.

Keduanya, kita kena faham, bahawa sesungguhnya ulama' tidak akan sengaja atau suka2 mendoakan keburukan untuk satu2 kaum atau seseorang tanpa bersebab atau untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, doa kehancuran atau laknat kepada John W. Bush, Tony Balairre dan Ariel Sharon, ini kerana mereka menganiayai ummat Islam seluruh dunia khususnya dalam isu berkaitan Palestin. Tahukah sahabat2 sekalian, kalau tidak didoakan dengan doa ancaman beerti kita merelakan ummat Islam ditindas, dizalimi, dinafikan haq tanpa belas kasihan.


Ketiganya, TG Nik Aziz tidak mendoakan kehancuran buat Najib, pemerintahannya dan partinya untuk kepentingan diri sendiri bahkan untuk ummat Islam di Malaysia khususnya di negeri Kelantan berkaitan isu royalti di negeri Serambi Makkah, maka doa tersebut adalah wajar, kerana jika tidak, rakyat Islam Kelantan akan terus dizalimi dan dinafikan haqnya. Lagipun, doa laknat TG Nik Aziz adalah bersyarat, iaitu jika hak rakyat tidak dikembalikan maka laknat ke atas Najib. Teliti betul3.

Keempatnya sahabat2 sekalian, kalau TG Nik Aziz tidak mendoakan secara zahir atau doa berbentuk laknat, adakah kalian sebagai hamba Allah merasakan bahawa Allah akan biarkan sahaja seorang yang zalim menzalimi hambaNya yang soleh atau orang Islam yang lain? Sudah tentu tidak sama sekali, kerana Allah itu suci daripada sifat pekak dan buta bahkan Allah itu Melihat lagi Maha Mendengar akan rintihan hamba2Nya. Berhentilah duduk di bawah ketiak pendustaan dan bangkitlah dengan mensucikan diri.

Yang kelima, adakah TG Nik Aziz tidak mempunyai perasaan atau contoh akhlak yang baik kerana mendoakan "doa laknat" tersebut? Sudah tentu ada sahabat2 sekalian, cuba perhatikan, kalau tidak dizahirkan doa tersebut bukankah itu lebih merbahaya, beerti orang yang buat zalim itu akan terus melakukan kezaliman tanpa kesal dan sedar. Dengan ini, sekurang-kurangnya orang yang buat zalim ini akan takut dengan ancaman doa orang2 soleh yang teraniaya, kalau tidak takut atau gentar juga, beerti mereka mempunyai masalah hati, dan ini bermakna pintu hidayah telah tertutup rapat buat mereka, moga2 itu bukan kita.

Satu lagi sahabat2 sekalian, perkara yang paling penting kita persoalkan di sini dan setahu saya tidak pernah disentuh oleh mana2 pun, kenapa TG berdoa di khalayak ramai? Fikir2kan, cuma sebagai tambahan dari saya, TG Nik Aziz boleh sahaja mendoakan secara sirr(rahsia@senyap), tapi kenapa hendak menzahirkannya dan kesannya isu ini akan diputarkan @ dimainkan di seluruh negeri Malaysia, dan rasanya TG Nik Aziz tahu kesannya tapi tetap mengambil insiatif untuk menzahirkannya di khalayak umum.


Inilah ciri2 seorang ulama', sentiasa memberi amaran dan ancaman terhadap kezaliman yang dikerjakan oleh pemerintah Islam yang zalim. Doa laknat TG Nik Aziz yang telah dilafazkan adalah suatu tegahan daripada seorang hamba Allah yang rasa dirinya berhak untuk menegur pemimpin walau dengan cara apa sekalipun, dan sebagai satu sikap ambil cakna terhadap penderitaan rakyat, kerana realiti yang kita lihat hari ini, ramai orang yang sanggup menyuruh dalam perkara kebaikan namun tidak ramai yang sanggup mencegah perkara kejahatan.

Kesimpulannya, sahabat2 dan warga2 di Malaysia tidak perlulah memutarbelitkan lagi isu doa laknat ini dan berhentilah menjadi pembela kejahatan dan fitnah. Cukuplah dengan keberadaan kalian dalam parti yang batil itu janganlah sampai melarat sehingga memburuk-burukkan nama ulama' sebagai pewaris Nabi, kerana orang yang memuliakan ulama' beerti dia memuliakan Nabi sebagai pemberi syafaat. Ingatlah kalian akan bersama orang yang kalian cintai. Kalau kalian cintai Najib.......Tak tahulah........Apa nak jadi???


Teliti betul ucapan Tuan Guru Nik Aziz
(jom klik!!!)

"Kalau Najib & Zaid ada bakat untuk jadi baik bukalah pintu hati untuk Islam dan Iman
Kalau tidak ada bakat, kacau orang sokmo maka turunlah bala' ."

Friday 4 December 2009

Simbol Islam Di Malaysia

Tuan Guru Nik Aziz simbol PAS


Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatnya akhirnya saya diberi lagi peluang untuk terus menulis di alam maya ini, alhamdulillah. Rasanya dah seminggu tidak menulis, terlalu banyak perkara yang ingin saya kupas dan sentuh di ruangan ini namun apakan daya kesempatan masa bersama komputer tidak banyak kerana banyak perkara yang ingin dibuat, ingatkan duduk kat rumah belakang Azhar ni bolehlah kerap menulis artikel blog tapi tidak kerana banyak masa difokuskan untuk buku terbitan ana yang baru dan juga study.

Apa2 pun, alhamdulillah sebab dikurniakan ilham untuk berbicara topik yang tidak pernah dibicarakan oleh siapa2 pun sebelum ni. Ana bentangkan khas untuk sahabat2 sekalian, harap2 ia menjadi suatu perkongsian yang menarik dan bermanfaat, insyaAllah. Bila kita sebut simbol itu semua sudah mengetahui bahawa setiap sesuatu itu ada simbol sebagai contoh, batu hajarul aswad simbol kaabah, kaabah pula simbol haji, masjid Al-Aqsa simbol Palestin, begitu juga apa yang bakal ana sentuh iaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Nik Aziz sebagai simbol PAS, PAS pula simbol Islam di Malaysia, natijahnya TG Nik Aziz simbol Islam di Malaysia.

TG Nik Aziz simbol Islam di Malaysia

Sekarang umum telah melihat bahawa TG Nik Aziz adalah sebagai Ulama' yang agung di Malaysia dan tidak asing lagi dalam negara Malaysia, begitu juga dalam dunia politik, dikenali baik kawan mahupun lawan, kewibawaan beliau digeruni dan dikagumi sehingga beliau dapat membawa pengaruh yang besar di Malaysia khususnya di Kelantan. Perubahan bukan hanya pada orang melayu Islam bahkan India dan Cina samada Islam mahupun tidak.

Contoh yang terdekat boleh kita dapati pada negeri serambi Makkah itu sendiri.
Keindahan Islam di Kelantan khususnya dilihat pada batang tubuh dan keperibadian TG Nik Aziz sendiri sehinggakan ramai yang masuk Islam dan sampaikan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS, itu adalah suatu petanda yang baik bagi pembentukan sebuah negara Islam pada masa yang akan datang. Bukan saya sahaja yang melihat isu dan perkembangan semasa ini bahkan para pemerhati politik sendiri berpandangan yang sama sebaga contoh Prof. Aziz Bari, Prof Agus dan ramai lagi.

Tambahan pula, baru2 ini kita mendapat berita bahawa Dato' Seri Tuan Guru Nik Aziz telah tersenarai dalam Top Muslim paling berpengaruh di tempat yang ke-42 daripada 500 tokoh, Subhanallah, sampai begitu sekali hebatnya karamah yang Allah anugerahkan pada TG Nik Aziz. Sehinggakan dunia mengiktiraf kewibawaan beliau, satu rekod sejarah yang mengejutkan dunia dan masyarakat di Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya. Ini membuktikan kemantapan TG Nik Aziz menjadi Menteri Besar lebih 20 tahun dalam mentadbir Kerajaan Islam Kelantan.

Sebab itu kita melihat bahawa orang yang benci kepada Islam menghentam dan memainkan satu persatu isu yang berkait TG Nik Aziz. Mereka menyerang dari pelbagai sudut baik televisyen, radio, akhbar2, internet dan sebagainya. Kerana mereka berpendangan untuk menjatuhkan Islam atau PAS di Malaysia dengan memburuk-burukkan TG Nik Aziz sehingga hilang populariti dan akhirnya pengaruh TG Nik Aziz akan lenyap. Namun mereka silap, tindakan mereka ini akan membuatkan pengaruh TG makin meluas.

Mereka berpandangan apabila TG Nik Aziz jatuh atau rosak imejnya, maka secara automatik PAS akan hilang kuasa dan kerajaan Islam Kelantan akan tumbang. Ini kerana PAS kuat di Kelantan yang terkenal sebagai kubu kuat di Malaysia. Kelantan pula kuat kerana dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz yang terus-menerus menaburkan sinar Islam yang indah di bumi Kelantan. Ingatlah, Islam akan digeruni sehingga akhir zaman sebab itu Islam digugat dan terus digugat. Yang penting kita bersatu dalam pertahankan ulama yang membawa Islam.

Disebabkan itulah kita lihat pada hari ini, sesetengah pihak sengaja mencari peluang lalu cepat2 memainkan isu tersebut supaya masyarakat dapat membuat penilaian. Isu tersebut dimainkan serta merta dan diputarbelitkan. Masyarakat pun silap juga, kita kenal TG Nik Aziz, kita tahu ciri2 ulama2 macam mana, jadi jangan cepat melatah dan buat kesimpulan, biar kebenaran itu diperjelaskan terlebih dahulu, dan jangan mudah percaya berita2 orang munafiq kerana orang2 munafiq dan jahat ini sentiasa menunggu peluang untuk menerkam mangsanya.

Tahniah di atas istiqamah TG dalam melalui ujian Allah yang getir selama ini, kalau saya di tempat Tuan Guru, entahlah macam mana, tapi luka dalam perjuangan itu pasti sangat sakit, engkau memang kental kerana telah berjaya melepasinya. Kita lihat satu persatu isu ditepis oleh Tuan Guru dengan penuh hikmah dan tenang. Bermula dengan isu EGM, Perdana Menteri PR, rasuah, doa laknat, isu royalti dan banyak lagi.

Kesimpulannya, sahabat2 di Malaysia khsusnya tidak perlu merasa hairanlah apabila Dato' Seri Tuan Guru diserang bertubi-tubi, dihentam habis-habisan, diambil kesempatan oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan, yang kerjanya menjatuhkan orang sahaja, apa yang penting bak kata wonderpad adalah kerjasama. Maksudnya kita hendaklah bersatu dalam menyokong kepimpinan Tuan Guru kesayangan kita, jangan sesekali biar orang lain ambil kesempatan ke atas TG kita semua.

Pertahankan Tok Guru... Pertahankan ISLAM...

drp:
Anak Muda PAS Ubaidillah Al-Mishri

Wednesday 2 December 2009

Nasihat temanku (Amin Din)

Antara musuh Iblis @ Syaitan


Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 akan nasihat seorang teman dari negeri Perak yang juga sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam kuliah syariah islamiyyah. Bagi saya Amin adalah teman yang special meskipun baru sahaja berkenalan, entah kenapa, mungkin perwatakannya yang menarik yang membuatkan saya kata sedemikian.

Antara musuh Iblis adalah:

1. Orang yang beramal dengan ilmunya

2. Orang yang beramal dengan kandungan Al-Quran

3. Orang yang azan untuk solat fardhu

4. Orang yang mengasihi orang miskin & anak yatim

5. Orang muda yang taat kepada Allah

6. Orang yang penyayang

7. Orang yang menjaga makan & minum(halal)

8. Orang yang suka solat berjemaah

9. Orang yang suka bertahajjud di tengah malam

10. Orang yang suka mengekalkan wudhu'

11. Orang yang suka bersedeqah

12. Orang yang menjaga tutur kata & akhlaknya

13. Orang yang menasihati sahabatnya dengan ikhlas

14. Orang yang menjaga waktu solatnya

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner