Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Monday 23 November 2009

Selamat Mengerjakan Ibadat Haji 1430

Destinasi Haji


Bismillahirrahmanirrahim...
Asslamualaikum w.b.t.

Pertamanya, Alhamdulillah, pujian kepada Tuhan sekalian alam, selawat buat junjungan baginda s.a.w..Bersyukur kita pada hari ini kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Pada kesempatan kali, insyaAllah saya akan berbicara mengenai haji. Bila sebut pasal Haji pasti ibadat ini dikerjakan di Makkah dan tidak tergambar ibadat haji dikerjakan di tempat lain.

Keduanya, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji buat semua jemaah haji khususnya jemaah haji Malaysia. Tidak lupa juga buat sahabat handai daripada Kaherah, Mesir samada yang pergi bersama PMRAM ataupun persendirian. Selamat berangkat juga wahai guruku Syeikh Abdullah As-Syadaidi Al-Azhari, semoga guru selamat tiba Makkah dan selamat pulang semula ke Mesir. Semoga kita dapat bersama kembali.

Sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat berangkat kepadamu, dan tidak sempat memohon kemaafan daripadamu, semoga engkau merestui setiap ilmu yang telah engkau curahkan kepadaku. Ilmu yang engkau ajarkan khas untuk masyarakatku di Malaysia apabila saya pulang kelak. Doakan juga supaya saya dapat menunaikan ibadat haji pada tahun depan, insyaAllah.

Meskipun berat menulis posting kali ni, namun saya ingin menulisnya sebagai luahan hati yang tidak kesampaian, mungkin ada hikmahnya. Maklumlah sahabat2 sekalian, saya sepatutnya sudah berada di Makkah sekarang untuk menyempurnakan ibadat haji, namun apakan daya, hasrat untuk menunaikan haji tidak kesampaian juga gara2 perangai Arab yang lembap dan tidak bersistematik.

Lagipun tarikh makluman mengenai pendaftaran haji oleh PMRAM lewat diumumkan lebih kurang seminggu lebih sahaja, sedangkan buat urusan sekurang-kurangnya 2 minggu atau lebih. Tapi tidak kisahlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya sebenarnya, jadi saya pasrah terhadap segala penentuan daripadaNya. Jika diberi kesempatan pada tahun akan datang insyaAllah saya akan menyertainya, aaamin.

Masih segar dalam ingatan saya akan kalam Syeikh Solah Nisor dan Syeikhul Aid di mana beliau menyebut tentang ibadat haji:

"Ibadat haji adalah kewajiban seorang hamba
untuk melakukannya bagi mereka yang
berkemampuan. Haji merupakan ibadat
dalam menuju kepada rahmat Allah." "Ibadat haji
adalah suatu ziarah atau lawatan menuju
kepada taubat, merupakan perjalanan dalam
menuju kepada Allah s.w.t."


Tujuan sebenar ibadat haji

Rasanya sahabat2 sudah mengetahui begitu banyak mengenai haji ni, saya cuma sekadar berceloteh secara islamik secara bukanlah perbahasan mendalam pun. Cuma apa yang saya mampu beritahu pada kesempatan kali ini adalah berkait haji mabrur. Apa guna ada haji di depan nama kita atau berkali-kali telah mengerjakan iabdat haji, kalau pada ketika selesai mengerjakan haji kita kembali kepada maksiat.

Sedangkan tujuan utam kita mengerjakan ibadat haji adalah untuk mendapat keampunan daripada Allah yang terhimpun di dalam ibadat2 haji. Apakah patut seorang hamba berbangga dengan ibadat haji yang dikerjakan. Ibadat haji yang masih disertai dengan sifat2 keji membuktikan bahawa niat suci kita itu masih belum sampai kepada Allah meskipun kita sudah mengerjakannya secara sungguh2.

Sememangnya hamba yang bertaqwa kepada Allah, tiada lain di hatinya melainkan ingin mendapatkan haji yang mabrur, perluang taubat secara besar2-an ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tanda seseorang itu mendapat haji yang mabrur adalah kehidupannya berubah, kalau sebelum ni kehidupannya penuh dengan kemaksiatan kepada Allah, setelah haji dia kembali kepada ketaatan kepada Allah seluruhnya.

Ini tidak sahabat2 sekalian, ada segelintir manusia khususnya artislah, mereka terlalu bangga dengan ibadat haji yang mereka kerjakan, semacam menambahkan personaliti mereka sebagai "artis haji" jer. Bila pulang, insaflah sekitar tempoh 1 bulan kemudian kembali kepada maksiat. Apa ni, mereka cuba berbohong kepada masyarakat tapi mereka tidak mampu berbohong kepada Allah dan sebenarnya mereka hanyalah bohong pada diri sendiri.

Saturday 21 November 2009

Isu MEMALI Menyayat hati

Ulangtahun peristiwa MEMALI ke-24
Sejarah yang tidak dapat dilupakan...

Memali adalah peristiwa berdarah yang dahsyat yang ditumpahkan oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan misi tersebut diketuai oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Tanggal 19 November 1985 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh PAS khususnya keluarga mangsa dan dan penduduk Memali, Kedah.

18 November 1985
Sekitar jam 7.45 malam Pegawai tertinggi mengeluarkan arahan bahawa pasukan polis(1600 orang) akan menyerang hendap kem komunis yang ada di daerah Baling, Kedah yang bersempadan dengan Thailand kononnya, padahal sasaran yang dimaksudkan adalah rumah Ustaz Ibrahim Mahmod dan sekitarnyar, termasuklah pengikut2 Ustaz Ibrahim yang berada di kawasan madrasah berhampiran rumah Ustaz Ibrahim.


Jam 8.05 malam berlaku sedikit kekecohan antara pegawai pemerintah kem Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi dari Bukit Aman. Kekalutan adalah disebabkan salahfaham tentang arahan palsu. Arahan tersebut rupa-rupanya hendak disasarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya. Akhirnya pegawai Sg. Petani cuba menghubungi Musa Hitam, kemudian Musa memberi peluang kepadanya untuk bercakap, pegawai Sg. Petani merayu bahawa Ustaz Ibrahim adalah seorang ulama' yang telah membawa banyak perubahan di Kampung tersebut.

19 November 1985
Tepat jam 12.00 pagi arahan agar operasi hapus diteruskan, arahan dikeluarkan oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan ketua misi operasi penghapusan, tepat jam 1.00 pagi seramai 3600 anggota polis bersama pegawainya tiba di Kg. Mamali lengkap dengan senjata automatik dan kereta perisai, kononnya nak tangkap pengganas tapi menghapuskan ulama'. Kenapa perlu takut dan benci pada ulama', kenapa perlu bunuh rakyat sendiri? Dan Kg. Memali dikepung oleh ribuan polis yang dikerah.

Tepat jam 8.15 pagi setelah mendapat kelulusan daripada Dato' Razi Ahmad selaku Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengerah 2 kereta berperisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, dan akhirnya Ustaz Ibrahim Libya gugur sebagai syuhada', sebelum beliau mati beliau sempat mengucapkan Alhamdulillah kerana telah mengorbankanku ke dalam syahid, itulah impiannya sejak di bangku universiti untuk mati syahid. Akhirnya dia terus menyebut kalimah Allah sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

arwah almarhum Ustaz Ibrahim Libya

Gugurnya syuhada' bukan seorang bahkan ramai lagi termasuk pengikut2 Ustaz Ibrahim Libya, ditambah lagi dengan mereka yang cedera dalam insiden tersebut. Insiden terkutuk yang dirancang itu merupakan tindakan yang paling kejam dilakukan oleh seorang pemimpin yang sepatutnya menjaga nyawa rakyat tapi membunuh rakyat sendiri. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu mengiktiraf Ustaz Ibrahim Libya sebagai syuhada'. Yang pasti Allah telah mengangkatnya sebagai syuhada' amin.

Musa Hitam akhirnya mengarahkan pihak polis agar menangkap semua orang kampung untuk menahan agar operasi tersebut tidak didedah. Jam 3.00 petang pula kerja2 menangkap saki-baki diteruskan, mereka diterbangkan dengan 2 helikopter polis. Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Apa yang menyayat hati adalah mereka tidak mati disepak dan ada juga yang ditembak sehingga mati. Tindakan kejam ini tidak dapat dilupakan sampai bila2, semoga Tuhan membalasnya.

Sekarang, isu Memali sudah berlalu lebih 20 tahun, ramai yang terlibat secara langsung sudah meninggal dunia namun masih ramai lagi yang masih hidup sehingga hari antaranya adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Dato' Musa Hitam. Beribu-ribu ringgit telah dibelanjakan oleh keluarga mangsa untuk membawa isu ini ke mahkamah bagi mendakwa kerajaan Barisan Nasional namun kes ini tidak pernah dibicarakan walau seminit malah ditangguh tahun demi tahun.

Kesimpulannya, adakah isu Memali wajar berlaku kepada negara seperti Malaysia,adakah wajar tindakan seorang pemimpin Islam membunuh rakyatnya dengan cara yang kejam, menganggap rakyatnya seperti pengganas, inikah yang diperjuangkan oleh UMNO, membunuh, menangkan dan menghapuskan pendakwah2 dan ulama'2 Islam daripada terus menyebarkan kebenaran. Hanya firaun sahaja yang zalim dan sanggup bertindak kejam terhadap rakyatnya.

Maka, seruan saya adalah supaya isu Memali ini terus disebarkan. Kepada sesiapa yang mempunyai blog, berpenalah mengenai Memali bukan untuk menyakiti hati kita yang sudah terluka dek isu yang menyayat hati ini tapi sebagai simpanan sejarah turun-temurun untuk muda-mudi kita yang akan datang, agar sejarah Memali tidak dilupakan begitu sahaja, supaya semangat untuk memperjuangkan Islam itu berkobar-kobar dan UMNO itu harus dibuang jauh2.

Sumber: rujukan yang dipercayai...
"Signal Divison PDRM"

Doa "ustaz" untuk kalian

Risalah untuk anak2 muridku

Alhamdulillah, kali ini ana akan berbicara mengenai anak2 didikku yang sedang berjuang dalam imtihan SPM '09' di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin. Sekolah tersebutlah yang telah melahirkan ana menjadi generasi ad-da'i dan ulama' insyaAllah. Di situlah ana belajar dan di situ jugalah ana mengajar.

Mujahid, Hassan, Muadz, Hasrol, Hafiz, Khairudin, Naqiu, Idris, Najmi, Hakimi, Abd Rahman, Aliff, Nazri, Rodhiuddin, Zahiruddin, Muhaimin, Abd Rahman II, dan akhowat2 sekalian. Ustaz tak pernah lupakan kalian, ingatan ini masih segar...

Salam kerinduan dari bumi Anbiya' (Mesir=Egypt)

Bermula di tingkatan 5 atau Thanawi 2, ana mula mengajar bahasa arab kepada pelajar2 baru tingkatan 4 dan thanawi 1. Ana cuma mengisi kekosongan yang diminta oleh pelajar Persatuan Pelajar Thanawi. Namun secara rasminya ana dilantik menjadi guru Al-Quran dan Bahasa Arab Thanawi 1 oleh pentadbir SMAASZA selepas tamat sijil STAM. Ana bukanlah orang yang terbaik, namun itulah sumbangan ana untuk sekolah yang tercinta.

Di situlah ana mula merasai denai2 kepahitan yang dilalui oleh guru2ku ketika mengajarku. Baru ana tahu, bukan mudah menjadi seorang guru kepada anak2 murid yang latar belakangnya yang pelbagai, kalau tiada ketabahan nescaya sudah tentu kita tidak mampu bertahan, berkat tunjuk ajar Cikgu Asmadi yang sangat berpengalaman dalam bidang perguruan ana mampu bertahan sehingga datang ke Mesir.

Buat anak2 didikku, ikhwah & akhowat sekalian,
Terima kasih semua anak didikku khususnya pelajar2 Thanawi 1A dan 1B atas segala kerjasama baik kalian sepanjang ustaz mengajar bahasa Arab. Kali ini ustaz nak berbicara tentang kalian semua, celotehan yang tidak seberapa mampu ustaz nukilkan di sini, tapi yang pasti kenangan kita bersama tidak sesekali ustaz akan lupakan, insyaAllah, ada jodoh kalian akan bertemu dengan ustaz di sini suatu hari nanti atau ustaz yang akan menemui kalian.

Ustaz masih ingat lagi, leteran ustaz semasa di dalam kelas terhadap kalian semua iaitu: antaranya berkaitan masa. Tiap kali masuk kelas mesti sentuh pasal 'masa' .Bukan apa pelajar2 sekalian, bagi ustaz masa sangat berharga, ustaz tidak mahu penyesalan ustaz di alam persekolah berulang kepada kalian semua, kalau sudah takdir apa yang mampu kita lakukan, tapi yang penting kita cuba sedaya mungkin untuk belajar bersungguh-sungguh.

Ustaz juga rasa bangga melihat tingkah laku kalian semua khususnya komitmen kalian di dalam kelas, meskipun ada sedikit kenakalan daripada kalian semua, bagi ustaz itu semua adalah keindahan suasana di dalam kelas. Kalian sangat hebat...kenapa ustaz kata macam tu...meskipun usia kita sedikit sahaja bezanya, kalian mampu menghormati ustaz sebagai seorang guru, itu yang buat ustaz bangga dan ingat sampai sekarang.

Mungkin cara mengajar ustaz berbeza dengan guru2 yang lain, tapi kalian mampu faham dengan baik, alhamdulillah, tapi ustaz mohon maaf kerana meninggalkan kalian semua dalam keadaan banyak lagi yang tidak belajar, tapi ustaz yakin orang yang akan menggantikan ustaz pasti lebih hebat dan mantap, dan kalian pasti akan lebih faham lagi. Ingat, bertanyalah bila kalian rasa tidak faham dan jangan diam sahaja.

Sepanjang pengamatan ustaz di dalam kelas, ustaz lihat kalian semua mempunyai potensi yang cemerlang untuk berjaya dengan baik semua peperiksaan, ustaz amat berharap kalian semua akan menyambung pengajian STAM selepas tamat SPM nanti kerana STAM mampu membawa kalian ke dasar ilmu agama yang lebih dalam. Datanglah ke Mesir dengan STAM yang cemerlang untuk meneruskan menimba ilmu di Mesir pula.

Tak sangka kalian sedang menghadapi suasana imtihan yang besar ni, rasanya baru sekejap ustaz di Mesir ni, sedar tak sedar kalian sudah SPM, ustaz harap SPM kali ini akan memberikan keputusan yang membanggakan buat diri, keluarga dan sekolah. Gunalah ilmu ustaz yang sedikit itu dalam peperiksaan bahasa arab tu, moga2 keberkatan bersama kalian. Bagi ustaz kalian adalah yang terbaik dan mampu buat yang terbaik.

Secara peribadinya, ustaz halalkan segala ilmu yang telah ustaz curahkan dan ustaz maafkan segala kenakalan kalian sepanjang belajar dengan ustaz bermula Mac hingga Oktober 2008. Ustaz akan kenang memori kita bersama selama-lamanya. Ustaz doakan supaya Allah memberi kelapangan dada dan ketenangan hati ketika menjawab soalan. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kalian dan seterusnya diberi kejayaan yang sewajarnya.

Amalkanlah buat saat ini...


sebelum menjawab soalan
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم اراحمين

ketika menjawab soalan
رب يسر ولا تعسر يا كريم

selepas menjawab soalan
بسم الله توكلت على الله ولا حول ولا قوة الا بالله


Selamat Imtihan SPM '09"

Usaha, Doa, Tawakkal

Thursday 19 November 2009

Ibarat sebuah "kehidupan"

Sebuah kereta & sebuah kehidupan

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya sahabat2 yang dikasihi sekalian. Kali ini saya merasakan perlu untuk bercakap soal kehidupan dan berkongsi dengan sahabat2 sekalian, apa yang baik ambillah untuk diabadikan dalam kehidupan kita, insyaAllah.

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang pasti dilalui oleh setiap makhluknya baik manusia, jin, haiwan dan tumbuhan. Tidak kiralah perjalanan hidup itu bahagia mahupun sengsara, yang penting kita punyai perancangan untuk melaluinya selaku hamba Allah yang aianugerahkan akal fikiran oleh Allah s.w.t. Di sini, saya cuba kaitkan kereta dengan kehidupan.

Kereta mewah di dunia=Hidup bahagia di akhirat
Hakikatnya, semua manusia inginkan kereta yang mewah, yang cantik dan paling bergaya jika dapat dimiliki. Impian inilah yang diimpikan oleh setiap insan, namun berapa ramai yang dapat memilikinya dan gembira selepas memilikinya. Ada juga yang tidak dapat memilikinya, hanya mampu melihat sahaja. Dan sememangnya manusia inginkan kehidupan yang baik samada di dunia bahkan lebih2 lagi di akhirat. Kalau kita mahu kehidpan dunia yang mewah, kita perlulah berusaha, dan kalau kita juga mahu kehidupan akhirat mewah, kita juga memerlukan usaha. Tabahlah dan gigihlah dalam memperolehinya, kerana tiap2 satu kejayaan perlukan pengorbanan, maka begitulah kejayaan kehidupan dunia dan akhirat.

Tayar=Perundangan syariah Islam
Setiap kereta mempunyai 4 biji tayar, masing2 saling memerlukan antara satu sama lain, kalau pancit satu tayar pasti tak berjalanlah kereta jawabnya. Dengan tayar yang baik, mantap pasti dapat membawa kita ke destinasi yang dituju dengan selamat dan selesa. Begitu juga dengan kehidupan yang sedang kita lalui sekarang ni, destinasi terakhir kita adalah akhirat, untuk menjadikan kita bahagia di sana hendaklah kehidupan kita di dunia ini berlandaskan 4 hukum utama iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' & Qias. Sememangngnya realiti kehidupan kita hari ini perlu kepada 4 elemen tersebut.

Stereng=Akidah muslim
Setiap kereta mesti mempunyai stereng, kalau tidak macam mana mahu memandu kereta tersebut. Kalau ada stereng mesti ada pemandu. Jadi, seorang pemandu juga hendaklah bijak mengawal stereng dan cekap bila menghadapi saat genting @ kecemasan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan atau sesuatu perkara yang tidak diingini. Begitu jugalah akidah kita sebagai mukmin yang sejati. Hendaklah kita tanamkan keimanan yang sungguh kepada Allah dan Islam yang kita anuti tanpa ada sedikit keraguan pun hatta sedetik. Jadi jiwa(hati) yang sucilah yang akan memandu kita ke arah keredhaan Allah dunia & akhirat.

Cermin=Akhlak
Tahukah sahabat, kereta yang mempunyai ciri2 keselamatan yang baik sesuai untuk dipanggil kereta yang sempurna. Antara ciri2 keselamatan yang perlu ada pada sesebuah kereta ialah cermin pandang sisi & pandang belakang. Kalau tidak ada, keselamatan kita untuk sampai ke destinasi juga tidak terjamin. Cermin ini ibarat akhlak kita. Perlunya kita muhasabah diri kita, adakah akhlak kita sudah cukup sempurna untuk dipanggil akhlak muslim yang sejati atau bagaimana? Jadi, sebagaimana seorang pemandu bergantung hidup pada cermin begitu jugalah kita sebagai seorang hamba yang impikan syurga yang abadi lebih2 lagi bergantung kepada akhlak yang indah lagi mulia.

Rasanya cukuplah sekadar itu perbicaraan mengenai kaitan antara kehidupan dengan kereta yang mampu ana olahkan. Kesimpulannya, sebagai hamba Allah, tidak cukup dengan melafazkan bahawa kita mahu masuk ke dalam syurga Allah sedangkan amalan2 seharian kita jauh memesong daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Kata guru saya As-Syeikh Ruhy Al-Murabbi dalam membicarakan tasawuf tentang keinginan manusia untuk masuk dalam syurga:

"Semua orang yang ada akal nak masuk syurga, bukan muslim sahaja, orang kafir pun mahu masuk syurga, cuma kita perlu muhasabah kembali terhadap diri kita selaku insan yang mendambakan syurga Allah s.w.t., adakah kita telah beramal dengan amalan ahli2 syurga?, kalau tidak berusahalah ke arah itu, jika tidak usah beranganlah untuk mendapat syurga tersebut, kerana sesuatu impian tidak mampu diperolehi dengan hanya berfantasi tapi mesti diusahai, bahkan untuk mendapat cinta daripada insan tersayang di dunia inipun perlu kepada usaha apatah lagi untuk mendapat cinta yang sejati di akhirat kelak."

Sekian daripada ana yang faqir:
Mohd Ubaidillah bin Deraman




Tak fahamlah, boleh terangkan?

Jom kita kenali !!!


Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ni insyaAllah, saya akan membicarakan mengenai situasi di Mesir dan istilah2 yang perlu diketahui oleh ahli2 blog semua khususnya dari Malaysia, ternyata ramai yang keliru dengan nama2 dan istilah2 baru yang ada di dalam ruangan blog ni, bagi saya penting untuk sahabat2 tahu tentang masalah Mahasiswa/wi Malaysia di Mesir ni kerana merekalah yang merupakan bakal2 pejuang yang akan pulang untuk membawa cahaya Islam di Malaysia dan seterusnya mengembalikan khilafah islamiyyah di Malaysia sebagaimana yang diinginkan oleh Allah dan RasulNya.

Perbicaraan kali ini juga tidak saya lupakan untuk sahabat2 dari luar Mesir, insyaAllah entry kali ini juga dapat menambahkan pengetahuan sahabat2 sekalian sekaligus merungkai segala kebingungan tentang masalah di Mesir. Teramat banyak yang perlu sahabat2 tahu namun saya akan terang secara ringkas sahaja antaranya: PMRAM, ISMA, ABIM, JIM, Nadi UMNO, JPMK, ACC, BKAN, DPM dan banyak lagi.

Situasi di Mesir
-situasi di Mesir sangat berbeza dengan negara2 lain. Di sini suasananya hingar-bingar terutama dengan kebisingan hon2 kereta. Mempunyai 4 musim : sejuk, panas, bunga, luruh. Makanan asasi aadalah roti. Keadaan jalan raya adalah sibuk tidak kira di mana2 tempat "jem". Ada lampun isyarat tapi tidak berfungsi. Juga mempunyai tol. Tambang bas sangat murah hanya 0.50 sen sahaja untuk satu perjalanan samada dekat atau jauh. Tidur yang menyenyakkan, ada sahaja orang arab yang tidur di tengah laman jalan raya, di taman2, di stesyen2 bas, di kuliah2.

PMRAM (http://pmram.org/)
-singkatan daripada Persekutuan Republik Arab Mesir yang menaungi semua pelajar2 Malaysia di sini sejak sebelum kedatangan Kedutaan Malaysia ke Mesir(1930). Satu2nya persatuan yang berdaftar terus dengan Republik Arab Mesir. Persatuan yang bebas daripada politik dan hanya memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Menjaga kebajikan pelajar2 Malaysia di bumi Mesir termasuk akademik dan juga syakhsiah, mengadakan kerjasama dengan persatuan2 negara lain seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Mempunyai keahlian yang majoriti.

ISMA MESIR (http://ismamesir.com/)
-singkatan daripada Ikatan Muslimin Malaysia yang merupakan persatuan baru di Mesir yang baru ditubuhkan pada tahun 2008. Persatuan yang berdaftar di bawah kedutaan Malaysia. Sebuah persatuan yang berdaftar dengan JPMK di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) di Republik Arab Mesir. Juga menjaga kebajikan dan akademik mahasiswa/wi Mesir. Antara persatuan yang besar atau internasional. Mempunyai keahlian minoriti di Mesir.

ABIM MESIR (http://abimmesir.org/)
-singkatan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia. Juga merupakan persatuan yang internasional yang berpusat di Malaysia. Juga berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.

JIM (http://www.jim.org.my/v1/)
-singkatan daripada Jamaah Islah Malaysia.

Nadi UMNO (http://numram.tripod.com/)
- Nadi adalah daripada kalimah arab yang membawa maksud "kelab". Satu2nya persatuan yang perjuangkan politik. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Kedutaan Malaysia di Mesir selepas PMRAM enggan berdaftar dan dikenali sebagai NUMRAM. Persatuan ni sebiji dengan UMNO yang ada kat Malaysia. Persatuan yang hampir pupus kerana ketiadaan sokongan. Dan berkerjasama dengan ABIM, JIM dan juga ISMA.

*Jadi ISMA=ABIM=JIM=Nadi UMNO...

BKAN (klik jer)
-singkatan daripada Badan Kebajikan Anak2 Negeri. Merupakan badan2 kebajikan yang bernaung di bawah PMRAM. Merupakan persatuan peringkat cawangan di Kaherah mengikut negeri2 antaranya: "jom klik di bawah"

Terengganu(http://infokpt.com/),
Selangor
(http://www.bkasm.org/),
Pahang
(http://www.bkmip65.blogspot.com/),
Kedah(http://mymkkk.org/v2/),
Pulau Pinang
(http://bkpppm.blogspot.com/),
Kelantan
(http://www.ekpkm65.blogspot.com/),
Perak
(http://www.kpipm64.blogspot.com/),
Johor(http://aljauhar.blogspot.com/),
Melaka
(http://bkanmelaka.blogspot.com/),
Wilayah Persekutuan(http://bkawm2u.blogspot.com/)

DPM
-singkatan daripada Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi. Merupakan dewan perwakilan muhafazah yang bernaung di bawah PMRAM yang berada di daerah2 di sekitar bumi Mesir. Antaranya adalah: "jom klik di bawah"

Zaqazig(http://dpmz.blogspot.com/)
Shibin El-Com(http://www.menoufiav2.blogspot.com/)
Dumyat(http://www.dumyat.blogspot.com/)
Maqaz Shoubra(http://mymaqaz92.blogspot.com/)
Mansurah(http://www.dpm-mansoura.blogspot.com/)
Damanhur(http://www.dpm-damanhur.blogspot.com/)
Tanta(http://edpmt.org/v03/)

JPMK(http://jpmk.info/)
-singkatan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang berperanan menjaga kebajikan, memberi perkhidmatan, memudahkan dan meninggikan kualiti hidup penuntut2 Malaysia di Mesir.

ACC(http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/)
-singkatan daripada Azhar City Center. Merupakan tempat yang sepatutnya berlangsung program pembacaan kutub sittah bersama ulama2 Azhar namun dihalang oleh Prof Jamil yang merupakan Pengarah JPMK dan melabelkan PMRAM sebagai sebuah parti pembangkang Mesir.

Monday 16 November 2009

Apa itu JPMK ???

JPMK cuma "bapa tiri"

Assalamualaikum w.b.t.

Apa itu JPMK???
Rasanya ramai pengunjung2 blog ni masih belum tahu. JPMK adalah singkatan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir. Pada ruangan kali ni saya tidak berniat untuk buruk2kan nama JPMK, cuma sekadar berkongsi dengan sahabat2 sekalian siapakah JPMK yang sebenarnya. Kita selaku mahasiswa yang berfikiran terbuka tidak sesekali akan berdiam diri bilamana rasa tertindas atau dikhianati oleh mana2 pihak pun.


Realitinya JPMK adalah bapa kepada PMRAM kerana kuasanya dan bukan usianya. Cuba sahabat2 belek lembaran2 sejarah PMRAM dan JPMK itu sendiri. Bukankan PMRAM dulu baru wujudnya JPMK? Ya, PMRAM wujud dulu, jadi dalam situasi ni, PMRAM boleh jadi anak kepada JPMK tapi bukan sebagai anak kandung, cuma anak tiri jerlah. Sebabnya, mana mungkin ayah kandung lebih muda daripada anak sendiri, betul tak???

Kalau secara kiasannya, bolehlah kita kata bahawa seorang anak tidak sesekali lebih berusia daripada bapanya melainkan kiasan ni:

Pimpinan PMRAM sesi 09 yang diketuai oleh
Al-Fadhil Ustaz Abdul Muiz Muhammad


Mamat berusia 24 tahun, telah kematian ayahnya sejak dia kecil, dan ibunya masih cantik berusia 42 tahun, kemudian ibunya berkahwin dengan seorang pemuda yang bernama Abu berusia 20 tahun, jauh lebih muda daripada Mamat, jadi hubungan Mamat dengan Abu adalah, Mamat anak tiri kepada Abu meskipun Abu lebih muda daripadanya, sampai masa ibunya meninggal dunia, harta mula dibahagikan, tapi dibolot semuanya oleh Abu, surat wasiat dirampas, terkandung 3 permintaan daripada arwah ibu yang mesti ditunaikan, tapi turut dirampas dan diselewengkan, jadi Abu sudah dikira memulakan permusuhan dengan Mamat yang baik ni, jadi kalau Abu bermusuh dengan Mamat, boleh tak Mamat lawan???jawab !!!


Jadi, peranan seorang ayah tiri adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan anak tiri, jangan pandai jaga hubungan dengan isteri jer, lepas isteri mati terus buang anak, tiri kalau buang saje tidak mengapa, ini cuba menyakiti pula. Jangan pandai nak tackle hati ibunya sahaja tapi cubalah tackle hati anaknya, baru betul. Jadilah seorang ayah tiri yang baik, barulah orang lain suka, dan Allah pun suka. Kerana apa, kerana bermusuh dengan mahasiswa adalah tidak cerdik.

Kini PMRAM sudah berusia hampir 80 tahun, sudah agak berusia namun masih kuat, teguh dan mampu berdiri dengan gahnya, kerana komitmen pimpinan yang sedia ada hasil tarbiyyah abang2 dahulu dan juga komitmen ahli2 PMRAM yang tidak berbelah bahagi sehinggakan sanggup bersama PMRAM baik ketika suka dan duka, Alhamdulillah. Tahniah ana ucapkan kerana kebijaksanaan pimpinan PMRAM dalam mempertahankan PMRAM dari terus digugat oleh pihak2 tertentu.

Meskipun kalian(JPMK) ada kuasa, namun jangan disalahgunakan kuasa tersebut, kerana kalian akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, apa yang prof dan sahabat2 nak jawab, nak bodek Tuhan ke? atau rasuah ke? tak boleh...tak boleh...JPMK masih muda, semacam baru sahaja baligh, dan JPMK sangat berharap kepada PMRAM, jadi tidak perlulah bermusuh dengan PMRAM, cubalah bawa berbincang dan cuba duduk semeja dengan pimpinan PMRAM dan selesaikan segala salahfaham antara kalian.

Jangan rasa jatuh airmuka kalau duduk semeja dengan pimpinan PMRAM kerana mereka semua masih lagi mahasiswa, cubalah rendahkan diri sedikit, aplikasikan sunnah Nabi s.a.w. dalam pekerjaan kalian, moga dapat syafaat baginda di akhirat kelak, jangan buat sesuatu perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan menjatuhkan imej kita sebagai prof, itulah perkara yang paling memalukan, berubahlah ke arah yang lebih baik...

Akhirnya...Isu Kutub Sittah & JMPK

Isu Kutub Sittah berjaya didendangkan di Parlimen

Bismillah...Alhamdulillah... Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya ana ingin ucapkan tahniah sebesar-besarnya kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), kerana akhirnya isu kutub sittah berjaya didendangkan (oleh pemimpin yang benar2 memperjuangkan suara rakyat) di parlimen. Tak sanggka pula isu ini jadi makin besar, namun kami PMRAM melihat bahawa isu ini sangat besar meskipun sesetengah pihak merasakan masalah ini kecil, sebab yang menanggungnya adalah kami...

Pada mulanya, saya merasakan sakit hati apabila mendengarkan isu kutub sittah, namun setelah membaca isu yang didedahkan oleh DESAK sedikit membuatkan hati ini rasa gembira. Dewan Parlimen bergegar apabila Zulkifli Nordin bangkit bersuara mengenai kutub sittah, tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana berani membawa suara ribuan mahasiswa Mesir.

Saya tidak tahu, apa sebenarnya motif JPMK ni, kalau memang mahu menjatuhkan PMRAM dan menggantikan dengan persatuan lain, kenapa mahu menggunakan teknik yang kotor ini, sudahlah di Malaysia dalam pilihanraya penuh dengan taktik kotor, di bumi penuh barakah pun
nak guna cara yang sedemikian juga ke???Tak patut...Tak patut... Sepatutnya JPMK menjaga kebajikan mahasiswa di bumi Mesir ni dan bukannya menjadikan mahasiswa sebagai musuh.

Kalau seorang bapa menjadikan anaknya sebagai musuh, sampai bila2pun masalah tidak akan selesai, namun bila anak buat masalah kepada bapanya, seorang bapa kena tegur dengan cara berhemah, kalau guna cara yang tidak cerdik, pasti anak tadi makin benci pada ayahnya. Benci pada tindakan jahat ayah adalah wajar tapi tidaklah sampai memutuskan hubungan antara ayah dengan anak.

Begitu juga dalam masalah "kutub sittah". Rasanya PMRAM tidaklah sampai mahu memutuskan
hubungan dengan JPMK yang merupakan pihak yang bertanggungjawab yang diwakili oleh Kerajaan Malaysia. Namun salahkah kalau kami mahu bersuara, bahawa kami tidak setuju dengan tindakan JPMK terhadap isu kutub sittah tersebut. Kami cuma benci dengan tindakan JPMK yang tidak wajar untuk membatalkan program kutub sittah.

Disebabkan itulah, PMRAM memohon 3 tuntutan daripada JPMK. Bagi saya tuntutan tersebut wajib dipenuhi oleh JPMK selaku seorang bapa yang berhati perut. Jika tidak, ayah(JPMK) tersebut akan hilang kepercayaan anaknya(PMRAM). Tuntutan tersebut adalah:

1)membersihkan nama PMRAM di peringkat Azhar City Center(ACC)
2)mengadakan dialog dengan mahasiswa Malaysia Mesir
3)meminta maaf secara terbuka kepada peserta2 kutub sittah & ahli2 PMRAM

Apa yang saya lihat, tindakan orang JPMK telah membuatkan nama JPMK itu sendiri t'calar baik di peringkat ahli2 PMRAM, masyayikh Azhar dan juga pemerhati2 dari Malaysia. Bahkan kesungguhan pelajar Malaysia dalam menjayakan program yang besar dan bermakna ini dipandang tinggi oleh pelbagai pihak, namun dipandang sinis oleh pihak yang dengki kepada PMRAM sehingga sanggup membatalkannya tanpa peduli apa yang akan orang kata.

Dengan beraninya saya ingin menasihati pihak2 yang terbabit ni supaya muhasabah, apakah tindakan yang telah kalian lakukan itu betul, sebab saya rasa tindakan kalian kurang cerdik dan menyusahkan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir. Banyakkan solat sunat istikharah yer, lepas tu solat sunat taubat. Selepas selesai apa yang saya cadangkan, pihak JPMK yang diketuai Prof Jamil bolehlah turun berjumpa PMRAM, tunaikan haq kamiiiiiii.....Tunaikan !!!

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada PMRAM khususnya DESAK dan khusus lagi Ustaz Alang dan tidak lupa juga kepada ahli2 PMRAM yang bertungkus lumus dalam menjayakan misi "menuntut 3 tuntutan daripada pihak JPMK yang mendakwa dirinya sebagai bapa". Bagi saya mereka memang bapa tapi bukan bapa kandung, cuma bapa tiri sahaja. Janganlah nak ikut watak dalam filem2 melayu, bapa tiri mesti berperwatakan jahat.

Kenapa saya kata JPMK cuma bapa tiri, sahabat2 boleh merujuk kepada sejarah tamadun PMRAM dan JMPK di Mesir ni. PMRAM dulu ke lahir, JPMK dulu???

Sunday 15 November 2009

Nik Aziz digesa letak jawatan

Suara "anak ayam"

Anuar Safian (tiga dari kiri) bersama ahli-ahli Pemuda UMNO
menunjukkan sepanduk selepas menyerahkan memorandum
penajaan haji yang diterima oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
dan keluarganya di pejabat SPRM, Kota Bharu, semalam.

Bismillah...


Salam perjuangan semua, bertemu lagi kita dalam ruangan bicara yang seterusnya, kali ingin saya menyentuh sedikit permasalahan politik yang timbul di negara kita berikutan tajaan sebuah syarikat kepada Dato' Seri Tuan Guru Nik Aziz untuk menunaikan haji pada tahun depan. Tajaan tersebut bukan untuk TG Nik Aziz sahaja bahkan untuk keluarga beliau.

Mungkin saya tiada di tempat kejadian @ tanah air, namun ledakan IT telah membantu kami khususnya mahasiswa yang berada di luar negara untuk mengetahui perkembangan tanahair yang tercinta. Apa yang saya nak bincangkan pada kali ini hanyalah sekadar pemerhatian rasional saya dari jarak jauh, saya rasa sahabat2 pun sependapat dengan saya, insyaAllah.

Apa yang saya nak ulas pada ruangan kali ini adalah tindakan "kurang cerdik" Anuar Saffian selaku Ketua Pemuda UMNO Kelantan. Sememangnya UMNO perlu kekalkan pemimpin yang macam ni, sebabnya untuk menampakkan lagi ketidakcerdikan UMNO itu sendiri. Disebabkan itulah orang muda khususnya dan mahasiswa2 mula berpaling selera ke arah PAS itu sendiri.

Manakan tidak sahabat2 sekalian, kalau diperhatikan dengan teliti gambar di atas, suara yang menyatakan pandangan atau kritikan "ayam" ni, tidak lebih daripada 10 orang, dah habis duit ke? Keluarkanlah sedikit lagi duit untuk kumpul orang ramai, kan itu dah memang kerja UMNO, cubalah praktik, kalau tidak nampak sangat tak cerdik.

Saya melihat, gesaan supaya TG Nik Aziz meletakkan jawatannya adalah tindakan yang tidak rasional, kenapa memandang TG Nik Aziz sebagai ahli politik semata-mata, sepatutnya kita selaku hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran berfikiran lebih terbuka dan lebih melihat kepada pembangunan ummah, dan bukannya pembangunan negara.

Suara kalian seolah-olah suara "semut" kerana tidak akan didengar oleh sesiapapun. Namun Allah sahaja yang mendengar, itupun Allah buat2 tak layan sahaja sebab suara tersebut hanyalah dongeng dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan kredibeliti TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, hidup TG Nik Aziz, hidup Kelantan...

Semut ni kecil sangat, walaupun gigitannya itu juga menyakitkan, namun mereka langsung tidak difahami apakah yang mereka kehendaki, maka begitulah suara atau fitnah Anuar Saffian dan konco2nya, meskipun dia menuduh TG Nik Aziz mengambil rasuah, dan perkara tersebut tidak benar namun tetap menyakitkan hati TG, namun saya percaya ilmu yang dimiliki oleh TG menyebabkan beliau tabah dan berlapang dada. Semoga Allah membalas perbuatan orang2 yang zalim...

Tidak perlu saya mengolah terlalu panjang mengenai persoalan ini, namun sekadar berkongsi pendapat dan luahan hati daripada anak murid TG Nik Aziz sahaja, kerana bagi saya orang Kelantan sangat bijak dan lebih mengenali siapa TG Nik Aziz sebenarnya, jangan cuba tipu dir sendiri dengan melontarkan pelbagai fitnah, kerana perbuatan tersebut sangat hina.

Cubalah belajar menghargai ulama, tidak rugi sahabat2 sekalian, bahkan kita yang beruntung. Ulama' juga tempat untuk kita mendapat syafaat di akhirat kelak selain daripada Nabi Muhammad s.a.w. Apakah kita suka dihina dihadapan Allah kelak gara2 kita membuat fitnah terhadap ulama', sudah banyak teladan dan pengajaran, cubalah ambil pengajaran, berhenti dan bertaubatlah serta mohon maaflah kepada alim ulama' kita sebelum ajal datang...

Saturday 7 November 2009

Haji Hadi "Pak Lah" versi PAS

Prof Aziz Bari buat kenyataan tidak bijak


Assalamualaikum w.b.t.

Baru2 ini, kita dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Aziz Bari yang merupakan ahli akademik dan penganalisis politik yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia masa kini, kenyataan beliau adalah mengenai Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, beliau menyifatkan Tuan Guru seperti "Pak Lah" versi PAS, kerana melihat banyak masalah dalaman PAS yang wujud di zaman pemerintahan Tuan Guru. Memang tidak dapat dinafikan banyak isu yang timbul dalam PAS, namun saya sebagai ahli PAS seumur hidup benar2 yakin bahawa pimpinan yang ada sekarang bijak dalam membuat sebarang keputusan bagi mengatasi segala masalah yang timbul.

Secara peribadi, saya tidak kisah kalau seseorang itu mahu, menyatakan suara @ pandangan, yang penting bernas dan jangan pula terlalu berlebihan. Dan jangan pula pandangan tersebut bertujuan untuk mengapi-apikan atau menghina orang lain. Namun yang berlaku, tindakan Prof Aziz telah melukai hati ramai penyokong PAS kerana melabelkan Tuan Guru Haji Hadi seperti "Pak Lah" versi PAS seolah-olah mahu menyatakan bahawa Tuan Gurulah punca sebenar permasalahan dan perpecahan dalam PAS.

Kalau itu yang cuba dimaksudkan oleh Prof, maka saya rasa kata2 Prof itu sebagai kata2 budak kecil yang langsung tak boleh diendah, seolah-olah tak tahu apa2 tentang politik, kerana bagi saya adalah tidak betul dan langsung tidak boleh diterima kerana kosong daripada fakta yang sahih seakan-akan Prof langsung tidak mengikuti perkembangan semasa. Bukankah, di zaman Tuan Guru Haji Hadi lah berlakunya gelombang PAS kerana strategi kempimpinan yang berkesan dan telus, bahkan semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan PAS, namun tidak dinafikan juga bahawa terdapat masalah yang timbul gara2 bergabung dengan PKR dan DAP, khususnya PKR(keadilan), yang mana saya tidak bersetuju dengan penggabungan ini sejak dahulu lagi.

Dalam isu penggabungan ini, iaitu antara PAS-PKR-DAP, saya melihat keadilan paling banyak menimbulkan masalah dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah matlamat halatuju pasti tersebut tidak jelas, natijahnya PAS dan DAP terpaksa tanggung, kadang2 tidak mampu jawab dan hanya berlepas tangan sahaja bila isu tersebut diungkit contohnya, isu di Perak, tanggal 16 Mei, dan banyak lagi. Namun segala yang timbul itu adalah sebagai suatu pembersihan dalam PAS bagi mencapai target halatuju dan kemenangan Islam itu sendiri, selagi ada pemimpin yang karat dan busuk, selagi itulah Islam tidak mampu memperoleh kemenangan.

Maka itu, saya melihat cadangan Tuan Guru Haji Nik Aziz tentang Muktamar Khas PAS adalah wajar dan patut, kerana apa?, kerana bertujuan untuk membersihkan parti itu sendiri, ini kerana PAS adalah satu2 nya parti yang memperjuangkan Islam, jika tidak, bagaimana kemenangan mahu diperolehi, bukankah kemenangan akan datang bila Islam itu tidak dicemari, dengan itu, barulah Islam akan menang dan sempurna, Islam sudah sempurna, namun bila ia menang, kesempurnaan itu jadi lebih sempurna dan lengkap. Muktamar Khas PAS harus diadakan demi mencapai kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang. Benarlah kata seorang ulama' haraki:

Masalah yang timbul dalam jamaah Islam adalah suatu pembersihan.
Masalah yang timbul dalam jamaah bukan Islam adalah simbol kehancuran.

Satu perkara lagi yang suka saya sentuh di sini, saya sangat tidak bersetuju dengan sebahagian tulisan pena dan lontaran kata sebahagian pemimpin yang mengambil peluang untuk menyerang Prof Aziz dengan serangan yang bertubi-tubi, bagi saya itu merupakan tindakan yang kurang bijak, sepatutnyta seorang pemimpin yang berfikiran terbuka menunjukkan contoh tauladan yang baik khususnya kepada ahli2 PAS yang lain dan bukan bertindak seperti ahli2 PAS yang lain, cuba lihat metod dakwah yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Haji Hadi iaitu berlapang dada, perkara itu boleh diselesaikan, cuba dapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Kenapa saya berkata sedemikian, kerana sebelum ni Prof Aziz diangkat, dipuji dan disanjung sebagai ahli akademik yang "bijak" dan sebagai penganalisis politik yang "jujur", ini kerana banyak suara2 yang keluar daripada mulut beliau menghentam UMNO dan lebih cenderung kepada PAS, namun bila isu ini timbul dan cuba melontarkannya kepada PAS, mulalah melenting sana dan sini, sebenarnya ana juga tidak bersetuju dengan kata2 lancang Prof tu, namun sebagai seorang yang berfikiran intelektual dan terbuka, tidak sepatutnya kita terus menjatuhkannya atau melabelkannya sebagai musuh no 1 bagi PAS, tapi kalau itu yang dia nak, dipersilakan.

Kita semua faham bahawa setiap orang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, sebaliknya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah cuba mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Prof Aziz, kenapa dan kenapa???baru betul...Jika tidak, mana keadilan kita dalam menghukum seseorang, isu ini lebih kurang dengan isu yang menimpa Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Dato' Seri Nik Aziz. Sebahagian pemimpin PAS dan ahli PAS terus membuat andaian tanpa pertimbangan dan rujuk terlebih dahulu, yang akhirnya mereka ini menyerang Tuan Guru Nik Aziz semacam mula hilang kepercayaan kepada Tuan Guru sehingga sanggup meminta Tuan Guru agar berundur, kata Tuan Guru sudah tua, pandangannya sudah tidak boleh didengar dan banyak lagi.

Sebagai renungan bersama, beginikah adab kita kepada pemimpin lebih2 lagi pemimpin yang bergelar ulama', sedangkan dalam adab kita berguru, kita diajar untuk diam sahaja bilamana kita tidak bersetuju atau tidak bersependapat dengan fatwa atau pandangan guru kita, dan Islam tidak pernah mengajar supaya kita bersikap kurang ajar dengan guru kita, apatah lagi supaya membantah guru kita, menyerangnya mahupun memboikot kelas pengajiannya. Indahnya ajaran Islam, kenapa kita masih tetap mahu lari daripada keindahan dan kesempurnaan yang ada dalam Islam itu. Fikir...Fikir...Fikirkanlah....

Tulisan peribadi, harap maklum...

Berhati-hati para blogger

Siapa "tangan kera" , "virus blogger ,"tangan syaitan"?


Asslamualaikum w.b.t.
Mungkin sahabat2 tertanya-tanya tentang tajuk "posting" ana kali ni. Ana rasa tajuk ini sangat penting untuk dibincang memandangkan makin banyak wujud tangan2 perosak atas muka bumi ini. Macam2 cara mereka gunakan khususnya untuk menghentam para pembawa kebenaran. Manakan tidak, orang jahat tidak suka bila kita kata atau sebut tentang kejahatannya, tapi mereka tak pernah fikir bila mereka buat jahat, itulah orang jahat.

Istilah yang ana gunakan sangat sesuai dan tidaklah terlalu melampau. "Tangan kera", "virus blogger" & "tangan syaitan". Begitulah kesesuaian yang ada pada realiti sekarang, maklumlah hanya "berani lontar batu kemudian sembunyi tangan". Siapa tak boleh, namun sebagai orang yang belajar agama, kami takkan guna cara tersebut, namun akan terus berkata haq, kalian mampu menghalang kami, namun kalian bukan penghalang bagi kami. Berikut definasi yang perlu difahami...

Tangan kera
- makhluk yang tidak boleh tengok benda cantik, kalaupun benda tersebut tidak boleh memanfaatkan dirinya, dia akan cuba mendapatkannya untuk dirosakkannya, kan kita pernah dengan peribahasa melayu "bagai kera mendapatkan bunga". Kera dapatkan bunga untuk apa?, apa yang mampu dia lakukan, makan, tidak sesekali, hanya koyak2 kemudian buang ke tanah. Makhluk yang tulis dekat shoutbox ni(kata2 teruk) pun macam tulah, malas nak ambil iktibar dalam blog, dia tulis yang macam2 kat ruangan shoutbox. Memang sesuai nama ni untuk makhlus jenis korang ni.

Virus Blogger
- makhluk yang suka cari ruang, tulis yang lucah2 kemudian main sembunyi2, dayus...makhluk buat rosak blog orang jer, kan virus bila masuk dalam laptop @ komputer kita, terpaksalah kita update virus tersebut, takpun kena format balik la. Tak ke itu menyusahkan kita, virus(kata2 lucah) yang masuk dalam shoutbox kita, terpaksalah kita tukar yang baru, tak nak jadi fitnah, tak cerdik langsung, tulah suka sangat makan tahi adik(nak cerdik makan tahi adik), masuk tadika semula ah. Sebab memang nampak macam cerdik, terlebih cerdik.

Tangan syaitan
- makhluk ni lagi teruk, sahabat sejati firaun, takderlah sampai macam tu, tapi memang teruk la, sanggup fitnah orang melalui shoutbox, dahlah takder bukti, suka dedahkan aib orang, dan juga melaga-lagakan orang, memangnyer korang takder kerja ke. Pergilah baca komik ke, tengok tv ke, melukis kartun ke, bergusti ke atau apa2 la. Kenapa nak buka juga blog orang, kalau dah memang sakit hati janganlah dibuka, ni tidak, jenis ni memang tak ada kerja, buka blog orang semata-mata nak sakitkan hati sendiri, nak main seronok2, dan tulis yang bukan2. Nanti bila mati Tuhan buka aib baru tau, tak pun sebelum mati Tuhan tunjuk azab baru menyesal.

Dewasa kini, para blogger khususnya Azhari dan para pembawa mesej Islam, mereka ini sering diserang oleh tangan2 yang berhati busuk, dahlah jahat lepas tu benci orang buat baik, inilah sejahat manusia. Kita melihat manusia jahat ini sering menggunakan shoutbox untuk menyerang manusia lain meskipun terpaksa fitnah, bagi ana perbuatan tersebut sangat malampau. Kenapa perlu bermusuh, kenapa perlu cipta fitnah...

Kalau nak kumpul dosa sebagai pelaburan untuk dapatkan akhirat, janganlah sampai memusuhi orang yang berbuat kebaikan, orang yang menyebarkan agama dan orang yang tak pernah cari pasal dengan kita. Banyak lagi cara lain, namun yang paling baik ialah dengan bertaubat sebelum terlambat itu nasihat ana buat "tangan kera". Jangan jadikan medan ini(blog) sebagai satu medan untuk membiakkan dosa. Rugiiii sangat....

Oleh yang demikian, nasihat ana buat para blogger islamik & para pembawa risalah para nabi sekalian, tetaplah kalian dalam berkata tentang kebenaran dan hindaran sebarang perkara yang boleh membawa kepada fitnah, dan jangan biarkan diri terjatuh ke dalam perang musuh yang sentiasa iri hati dan ingin menjatuhkan kita semua, ayuh bangkitlah untuk terus berjuang, bantu para alim ulama kita, sebarkan dakwah dan kemanisan Islam, berusaha menunjukkan jalan hidayah kepada mereka2 yang jauh tersesat.

Akhir sekali, jangan berhenti daripada terus berpena dengan blog ni, meskipun datang sebarang ugutan dan ancaman, kita akan terus dan terus untuk berpena, yang pasti Allah telah menentukan segala-galanya, kalau kita tidak tinggal Allah di belakang dan selalu meletakkannya di hadapan, nescaya Allah akan membantu kita, percayalah. Allah itu Maha Memerhati samada bagi mereka yang sedang mengerjakan kebaikan mahupun kejahatan, namun hanya orang yang baik sehaja sedar bahawa mere sedang diperhatikan oleh Sang Pencipta.

Siapakah itu???

Perjuangan di balik tabir

Memang mudah menuturkan kalam nasihat dan teguran namun amat sukar untuk dilaksanakan. Kita melihat hari ini, ramai sahabat2 kita yang petah bercakap, kreatif membina kalam yang manis di dalam blog, bijak dalam memberi nasihat, dan rajin dalam bertalaqqi, namun bila diseru kepadanya agar berdakwah, berpersatuan atau bersama kita untuk berjuang, maka dia menolaknya.


Kita bimbang sahabat2 sekalian, kita bimbang kalau2 itu semua menjadi fitnah terhadap apa yang telah kita perkatakan suatu hari nanti, bagaimana mungkin masyarakat mahu menerima kita, bukankah tujuan kita belajar untuk menyelamatkan masyarakat kita yang jauh terpesong daripada manhaj Islam yang sebenar, kalau begitu sudah tentu masyarakat lari daripada kita.


Jadi, tidak dapat tidak, kita kena letakkan pada diri kita bahawa kitalah pejuang2 dan pendokong2 agama Allah. Jangan hanya tahu bercakap sahaja tapi tak beramal terhadap apa yang telah diperkatakan. Teramat rugilah kita sekiranya kita hanya tahu bercakap sahaja kerana yang demikian langsung tidak menguntungkan Islam.


Kita tidak menghina ilmuan2 Islam yang banyak, kita akur akan kehebatan ilmu mereka, namun kita sedih kerana mereka tidak mampu menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah, moga2 itu bukanlah kita. Bersamalah kita fikirkan sahabat2 sekalian dan cuba hindarinya. Ini kerana, pejuang @ pendakwah @ ilmuwan Islam itu, mereka membawa imej Islam, bila sempurna pembawa panji itu maka sempurnalah Islam, bersama kita hayati.


Maka, berubahlah kita daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, untuk apa sahabat2 sekalian, tidak lain dan tidak bukan untuk Islam yang kita cintai dan sanjungi. Bersamalah kita kembalikan maruah Islam itu dengan melibatkan diri dalam perjuangan Islam dan bukan hanya pandai bercakap soal perjuangan semata-mata. Dan berani dalam menghadapi segala ujian serta tidak gentar terhadap sebarang ancaman.


Pesanan!!!

Takziah ana ucapkan kepada mereka yang suka lontar batu kemudian sembunyi tangan kerana itulah manusia yang paling dayus atas muka bumi ni, dah tahu x betul, nak kata jugak kat orang lain, dan tahniah ana ucapkan kepada sahabat2 yang berani berkata meskipun menelan pahit. Kalau sahabat orang yang teliti, sahabat akan dapati, ada sejenis makhluk tu, kalau tangan tak kutuk orang dalam satu hari kat shoutbox ni tak sah hidupnya, semoga Allah campakkan hidayah kepadanya.

Thursday 5 November 2009

Khas buat kekandaku

Al-Fadhil Ustaz Mat Esa


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w. Di sini insyaAllah, ana akan nukilkan sedikit coretan buat abang tersayang dan juga merupakan guruku di Malaysia serta idola aku untuk aku bersungguh dengan ilmu dan masyayikh Al-Azhar, Mesir. Baru2 ini Allah telah menguji beliau dengan sakit, namun kesabaran dalam ujian yang dilalui dengan ikhlas pasti akan terangkat darjatnya di sisi Allah. Alhamdulillah, akhirnya abang il telah sembuh daripada sakit. Tahniah mie ucapkan kerana telah berjaya mengharungi ujian yang telah menimpa dirimu.

Bukan apa sahabat2 sekalian, mungkin ada ahli2 blog yang mengenali abang ana ni, jadi apa salahnya ana berkongsi dengan sahabat2 blog sekalian, jangan dipeduli "tangan kera" dalam shoutbox, kalau ada. Pertamanya, sudilah ana perkenalkan sedikit latar belakang abang ana ni. Mungkin secara ringkas sahaja, memandangkan ana tidak mempunyai masa yang banyak untuk menghadap internet, namun kalau sahabat berminat untuk tahu secara detail bolehlah melayari http://tokkupasirgudang.blogspot.com/.

Beliau merupakan bekas pelajar SMAASZA, Batu Burok 1988-1994. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar kota Kaherah 1995-99 dalam bidang Syariah Islamiah. Sepanjang berada di Mesir sempat berguru dengan beberapa orang ulama yang terkenal antaranya: Prof.Dr Nasr Farid Wasil-mantan mufti Mesir, Prof.Dr Ali Jumaah- mufti Mesir sekarang, Prof. Dr Thoha Rayyan- Pakar rujuk dalam mazhab Maliki, Prof.Dr Bakar Ismail-Pengarang kitab-kitab yang tersohor, Prof.Dr Muhyuddin Sowi-Pakar dalam bidang Tauhid dan Ramai lagi.

Sempat menghadiri kuliah Syeikh Sayyid Sabiq pengarang Fiq sunnah.Sekembali ke tanah air terus mendapat tawaran menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan KPLI di Maktab Perguruan Islam Bangi tahun 2000 dalam bidang bahasa arab. Menyambung di peringkat sarjana di UIA Gombak 2005-07 dalam bidang Fiq. Tajuk thesis beliau ialah hukum kongsi raya mengikut maqasid syariah.

Kini beliau telah diterima untuk menyambung pangajian di peringkat PHD pada 23 Desember 2009 dalam jurusan Feqah dan Usul Feqah bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Sepang, Selangor Darul Ehsan, tahniah mie ucapkan, InsyaAllah nanti mie pula yang akan menyusul abang il, cita2 mie nak tamatkan pengajian PHD di Universiti Al-Azhar, biar apa orang nak kata semoga Tuhan beri ketabahan untuk mie menghadapi sebarang detik2 hari yang akan mendatang.

InsyaAllah, ilmu yang abang il dan alim ulama miliki akan mie milki suatu hari nanti. Sekarang penumpuan yang utama ialah belajar bersungguh-sungguh untuk Islam dan berdamping dengan para ulama' sebanyak mungkin.

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner