Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Saturday 24 October 2009

Khas buat adikandaku

Muhammad Amirul" @ "Miyo"

Assalamualaikum w.b.t.

Salam perjuangan & perantauan abang ucapkan, khas buat adikku yang jauh di Malaysia. Nama sebenar Muhammad Amirul, sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka @ lebih dikenali dengan nama MRSM Melaka. Sedang menuntut di tingkatan 4 dalam aliran sains. Bercita-cita menjadi seorang insan yang berjaya dunia & akhirat, tahniah abang ucapkan.

Mungkin sahabat merasa hairan kenapa ana tiba2 bercakap tentang adik ana yang sorang ni. Bukan apa sahabat2 sekalian, ana teringin menukilkan kalam dan sedikit coretan khas buat adik ana yang setia menyokong ana sebagai tanda ucapan terima kasih. Sentiasa berada di belakang bagi menyokong perjuangan abang, meskipun kita berjauhan, namun mesej yang dikirim tetap berbentuk kalam2 penyuntik semangat dalam perjuanganku.

Isu "Laporan Persitiwa" yang lalu telah menjadikan ruangan blog ni untuk memfitnah ana dan ramai lagi mereka2 yang terlibat, ada pihak yang berasa tidak selesa, padahal itulah hakikatnya, berita ini telah sampai ke merata tempat sehinggakan keluarga ana pun tahu, namun "miyo" sanggup menjadi wakil keluarga untuk mencoret sekeping mesej di ruangan blog ni, "miyo" lebih faham situasi abang sekarang ini.

Semasa kita bersama, kau tunjukkan contoh yang baik untuk abang amalkan, kalau sebelum ni abang lalai dengan pelajaran, kini abang sudah mula belajar daripada kesungguhan "miyo", namun tidak mungkin dapat menyaingimu, kecemerlangan demi kecemerlangan yang kau perolehi membuatkan abang rasa iri hati, namun itu semua adalah ketentuan Illahi, apa salahnya kita jadikan iktibar dan tauladan untuk masa akan datang, bina kejayaan yang bakal menjelang.

Akhir sekali, rasanya apa yang abang ingin luah dan nukilkan di sini telah tertunai, sekali lagi abang ucapkan terima kasih buat miyo, jangan lupa juga doakan untuk abang di Mesir ni, dan jangan lupa jaga diri di tempat orang (Melaka), doakan sentiasa orang yang tersayang, ingat penat lelah ibu bapa kita, kerana redha Allah ada pada keredhaan ibu bapa, abang juga doakan agar miyo diberikan ketenangan dan kelapangan hati oleh Allah untuk menjawab peperiksaan akhir tahun yang bakal muncul, juga selamat menempuh kem, juga selamat pulang dan tiba ke kampung dengan selamat, sampaikan salam buat pa, ma, abg nuar, kak nolah, safwan, amir, poji, adik na.

Tak best rasanya kalau tidak sertakan lirik lagu ini buat miyo, terimalah sebagai renungan bersama:

Adik:
Duhai kekanda! usah membisu, mengapakah bersedih?
Duhai kekanda! ku rasa sayu, mengapa kau begitu?
Dini hari, petang menanti, ku kesepian...

Abang:
Duhai adik! kau tak mengerti, mengapa ku begini?
Ku kenangkan kisah silam memori indah bersama...
Apakah saat itu mungkin berulang?
Kuharap saat itu akan berulang...

Adik:
Kiasan hidup ibarat roda, ibarat roda,
Kekadang di atas, di bawah, di atas semula,
Redha dan syukur, apa kehendaknya,
Itulah tanda kasih sayang kita...

Abang:
Tutur katamu itu penuh bermakna,
Kini hilanglah kerinduan di jiwa...

Adik:
Wahai kekanda! Tenangnya di hatiku,
Melihat wajahmu kembali ceria...

Tajuk: "Melodi Bersama"
Kum: Amar

Tuesday 20 October 2009

Pelajar2 baru YT semakin baik

Keadaan Terkini

Dari kiri(hadapan): Zaidi, Faiz, Asyraf, Nazrin, Alawi.
Dari kiri(tengah): Alfian, Amir, Abdullah, Ridhwan, Zahir, Muiz.
Dari kiri(belakang): Bukhari, Halim, Aizat, Faiz, Shahrul, Khairudin, Azidi, Saiful, Shukri.
Dari kiri(paling belakang): Syakir, Amir, Azuan.


Assalamualaikum w.b.t.

Salam perjuangan buat sahabat2 blog sekalian, rasanya belum terlambat untuk ana melaporkan keadaan dan situasi adik2 baru Terengganu yang terlibat dalam isu penculikan yang diketuai oleh seorang pak cik, isu ini banyak diselewengkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan turut dijawab oleh segelintir sahabat2 kita yang prihatin terhadap isu penculikan yang lalu. Terima kasih ana ucapkan...

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, mereka sekarang sudah berada di tempat masing2. Ana hanya mampu melaporkan perihal ikhwah sahaja sementara perihal akhowat di luar pengetahuan ana. Ada yang ditempatkan ke Mansurah=10, Iskandariah=1, Tanta=4 dan juga Kaherah=9. Mereka okey2 saje dan dalam keadaan baik insyaAllah.

Ke mana mereka? Dr. Hasyimi ke Iskandariah, Ust. Syakir, Ust, Shukri, Ust. Alawi dan Ust. Amir ke Tanta, Dr. Faiz, Dr. Aizat, Dr. Saiful, Dr. Zaidi, Dr. Shahrul, Dr. Ridhwan, Dr. Asyraf, Dr. Zahir, Dr. Alfian, Dr. Nazrin ke Mansurah, Dr. Abdullah, Ust. Halim, Ust. Muiz, Ust. Bukhari, Ust. Faiz, Ust. Khairudin, Ust. Azidi, Ust. Abdullah Amir, Ust. Azuan ke Kaherah.

Buat adik2 baru, selamat belajar di tempat orang, jadikan pengalaman yang ditempa sebagai pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh, selami betul2 sebelum buat apa keputusan, yang manis ambil, yang masam buang jauh2, ingat baik2, kata kunci "buah limau".

Monday 19 October 2009

Terima kasih semua...

Cermin Diri Bukan Cermin Sendiri

Bismillah....

Berani menegakkan haq & melawan yang batil meskipun diri dan harta terpaksa dikorbankan, yang penting Islam tetap harus dijulang, Allahuakbar-3x...Inilah contoh idola aku dulu, kini dan selama-lamanya...

Pertamanya dan selamanya adalah kesyukuran yang tidak terhingga kuucapkan kepada Allah, selawat dan salam buat junjunganNya seterusnya buat sahabat2 blog yang sentiasa memberi galakan dan sokongan yang padu kepada ana yang dhaif ini meskipun dilontarkan dengan pelbagai fitnah dan kata2 yang jelik daripada manusia yang bergelar insan tapi akhlak tidak seperti yang Allah perintahkan, hanya Allah sahaja yang tahu siapa mereka itu, semoga Allah membuka hati2 mereka suatu hari nanti InsyaAllah.


Sahabat2ku! Tanpa sokongan dan nasihat kalian, ana tidak mampu sebenarnya untuk terus berada di alam dimensi blog ni, kerana banyak fitnah dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, tapi ternyata ujian yang kita tempuhi terlalu sedikit dan ringan jika hendak dibandingkan apa yang telah dilalui oleh junjungan Nabi s.a.w. Lihatlah kebesaran dan rahmat Allah, tiada kesusahan yang ditimpakan kepada kita melainkan apa yang selayaknya sahaja bagi kita.


Biasalah sahabat2 sekalian, manusia yang ada penyakit hati tidak akan pernah redha kepada kita, oleh itu, jadilah manusia yang menegakkan yang haq dan membanteras yang batil, kerana itulah peranan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Cuma apa yang ana doakan, semoga Allah terus beri kekuatan kepada ana untuk menghadapi sebarang ujian, dugaan, fitnah dan tohmahan dengan penuh sabar, tabah dan redha, hanya Allah sahaja yang mampu mengukur dan membalasnya, amin.


Kepada sahabat2 yang berpenyakit tu, cukuplah kalam ini sebagai membuka mata kalian:


1)Manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa, sebaik-baik manusia adalah mereka yang setiasa muhasabah dan bertaubat kepada Allah
2)Apalah gunanya hebat di mata manusia tapi hina di sisi Allah
3)Kalau nak lawan ketetapan Allah, kenapa perlu belajar jauh2

4)Apakah dipanggil pejuang @ penegak haq tapi pengecut dan takut berhadapan
5)Jadilah manusia yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah, bukan kehebatan persatuan
6)Tak layak dipanggil cerdik kalau tindakan, perbuatan dan perkataan macam orang tak cerdik
7)Bertindak jangan macam orang pengecut, kalau berani letak komen, tulis nama blog

Akhir sek
ali, terima kasih kepada sahabat2 ISMA dan UMNO atas komen kalian yang hodoh2 tu, semoga setiap huruf yang kalian tulis akan dibalas seadil-adilnya oleh Allah, tiada keredhaan untuk kalian semua, kejayaan pasti akan menemui orang2 yang gagal, kegagalan pula pasti akan menemui orang2 yang sombong, Allah pula sentiasa bersama orang2 yang dizalimi begitu juga orang2 yang benar, neraka pula pasti menggulung lidah2 yang berdusta dan tangan yang khianat.

Tidak dilupakan juga kepada semua insan yang sangat mengambil berat tentang posting ana yang lalu dan turut menyebarkannya kepada umum dan ahli2 mereka, khususnya Syeikh Hairul Nizam dan Ustaz Mumtaz, paling kurang suara kita didengari oleh semua sahabat2 blog, dan mereka mengetahui hakikat yang berlaku, semoga Islam terus berdaulat di bawah pimpinan yang berjiwa rakyat.

Tuesday 6 October 2009

Kenapa ISMA perlu melatah???

ISMA komen Ustaz Hairul Nizam

Tak patut, tak patut. Satu persoalan yang ana ingin timbulkan sejak dari mula posting ana diposted, kenapa ISMA suka memperbesarkan masalah kecil(pasal Mustaqim bukan ISMA), ini membuktikan kepada kita bahawa ISMA Mesir ni jenis macam ni, ana harap orang yang komen dalam blog Ustaz Hairul tu atas nama peribadi, bererti dia jerlah yang tidak betul, tapi kalau kenyataan yang dia keluarkan terhadap Ustaz Hairul tu adalah kenyataan daripada ISMA, bererti itu pendirian ISMA, maka natijahnya ISMA yang tidak betul, tarbiyyah korang belum mantap lagi, kena banyak2 suruhkan ahli dan pimpinan pergi talaqqi dengan masyayikh, sebab korang tak layak langsung komen Ustaz Hairul, cuba tengok cermin sikit, siapa yang lebih tinggi, konon tarbiyyah hebat.

Sahabat2, kalau Mustaqim bukan ISMA sekalipun, dia rapat dengan ISMA, dan dialah juga penasihat kepada ISMA, dengar katalah, kalau bukan, bukanlah, tapi kita ada bukti dan saksi bahawa orang ISMA memang terlibat, pasal Mustaqim tu dahlah korang gaduh, takder maknanya, punyalah panjang ana posting(buat penat tulis panjang), kenapa kalimah yang satu(Mustaqim) tuuu juga korang nak perbesarkan, memangnya korang tak ada isu ke, tujuan ana posting nak beritahu bahawa hak pelajar Terengganu dinafikan, dah banyak dah, kalau sebelum ni kami cuma berdiam diri, tapi kali ni dah melampau, sikit2 ISMA, sikit2 ISMA, tolonglah hentikan kerja jahat macam ni, sekali lagi, kalau ini pendirian persendirian, kami cuma marah kepada mereka, tapi kalau ini pendirian ISMA, kami marah kepada kalian(ISMA), benci kami hanya pada perbuatan kalian, tapi kami tahu kalian terlibat. Mohon taubat…

Maaf sahabat2 sekalian, ana bukan taassub Ustaz Hairul, tapi sebagai suatu kesedaran kepada sahabat2 ISMA bahawa Ustaz Hairul adalah idola kami(ahli PMRAM, bahkan ahli2 ISMA, boleh dikatakan semua pelajar Malaysia)semua, Ustaz Hairul adalah Syeikh Azhar dan seorang ulama dan merupakan guru kepada para graduan Azhar dan juga anak murid kepada para masyayikh Azhar, jadi orang ISMA tolong hormat sikit, mulut tu jangan sembarangan tuduh dekat ulama yang kami sanjungi, ilmu kalian tak sampai seinci pun, setakat hebat dalam kuliah, jangan mudah berasa selesa, belum cukup lagi. Ana secara peribadi akan pertahankan ulama PMRAM dan dan persatuan PMRAM daripada ancaman ISMA, kerana ana tahu ISMA mahu mengambil alih kedudukan PMRAM di bumi Mesir ni, semua orang tahu perancangan antum sekalian. Itulah tujuan tertubuhnya ISMA di bumi Mesir ni.

Berkaitan korang dah tak respect lagi Ustaz Hairul kerana posting ana, korang silap, setahu ana Ustaz Hairul belajar punya bersungguh bukan sebab nak dapat penghormatan daripada korang, setahu ana memang dia belajar untuk jadi ulama tapi tak pernah nak suruh orang hormat dia,

Maaf, saya rasa ustaz sampai tahap ni sahaja kot. Ustaz x seperti Dr Qardhawi yg boleh menjadi ulama' yg menaungi semua muslim atas muka bumi tanpa mengira apa pegangan ideologi masing2.

Memang la, yang menaungi semua muslim di atas muka bumi hanyalah Islam, tak ada benda lain, kalau dekat Mesir ni PMRAM, sebab apa, sebab letak Islam di atas, kalau kat Malaysia PAS, kalau ISMA pun nak dakwa macam tu, ikutlah, tapi kerja korang tak sama dengan perjuangan yang korang laung2kan, bak kata pepatah besar mulut dari tangan(cakap jer banyak), kebanyakan korang ni lebih suka kalau PMRAM jatuh, sebab nak ambil alih kedudukan di Mesir ni, sebab itu kami mengatakan bahawa kewujudan kalian memutuskan ukhuwwah di kalangan anak2 melayu di Mesir, itu adalah fakta dan hakikat, antara bukti terkini kenapa korang bekerjasama dengan UMNO, dan cuba pengaruhi adik2 baru atau masuk ke rumah2 negeri melalui pegawai, itu tidak jahat ke, perjuangan atas kertas tidak bermanfaat kalau tidak diterjemahkan dengan amal jamai yang betul.

Ana akan jawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh ISMA dalam posting laporan peristiwa, harap sahabat nantikan dan sama2 fikir…

Thursday 1 October 2009

Sebuah Penantian

Penantian Adik2 baru pulang daripada Sinai

Astaghfirullaha’azim…

Itu sahajalah lafaz yang mampu ana ungkapkan, maklumlah kebencian yang teramat sangat di dalam hati ini atas segala perancangan jahat terhadap adik2 baru, semuanya isu politik, ternyata musibah yang berlaku tidak mampu mengubah tindak tanduk En. Kamal, memang benarlah kata2 Allah bahawa hidayah hanyalah haq Allah yang mutlaq. Kalau dah jahat, sampai bila2lah jahat sehingga datang kasih sayang yang Allah lemparkan dalam sanubari seseorang untuk berubah. Topik apa ni? Topik apa lagi…. Topik hangat lagi panas la, adik2 baru lagi sekali “diculik” dan senior2 Terengganu dinafikan haq terhadap adik2 baru.

Ternyata penantian demi penantian sekitar jam 2 pagi hampa apabila adik2 memaklumkan bahawa mereka akan dibawa ke Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), ini yang diberitahu oleh sahabat ana setelah dia menghubungi salah seorang adik2 baru. Kemungkinan mereka akan duduk dalam program di ARMA lagi 3 hari. Itulah usaha jahat pegawai terhadap adik2 baru, betul2 mahu memisahkan adik2 daripada senior Terengganu, bila ditanya kepada pegawai yayasan di Malaysia, ternyata program yang diatur ini bukan program yayasan Terengganu tapi program “bijok” En. Kamal.

Sebelum kami berkali-kali menghubungi adik2 baru, tapi tiada deringan, hampir semua nombor adik2 baru yang ada contact dalam handphone ana, ana cuba hubungi, tapi tiada deringan, mungkin ada di luar kawasan kot, sekitar jam 11 malam baru dapat ana hubungi adik2 baru tu, ternyata dia mereka sekarang baru keluar dari kawasan mana tau, tapi lambat lagi lah sampai, mungkin dekat subuh esok, ana pun apa lagi, teruskan maklumkan kepada sahabat2 agar dapat sama2 berjaga malam untuk menyambut adik2 baru, ana pun sempat pergi melihat bilik2 adik2 baru untuk ditempatkan, semua sudah diatur.

Bukan apa sahabat2 sekalian, kita tidak tahu perancangan orang2 licik ni, dalam kepala ana, licik betul pegawai2 ni, nak tiba kat kompleks pada waktu orang semua tidur, senang nak rancang aktiviti tanpa sebarang gangguan senior2 Terengganu terutama analah, jadi kita nak tunggulah kat bawah sambut adik2 baru bila mereka tiba, kita nak Tanya En. Kamal, kita nak bawa adik2 naik ke bilik, kita nak layan mereka puas2, kita nak beri mereka rehat yang cukup, kita nak buat itu untuk adik2, kita nak buat ini untuk adik2, pokoknya semua sekali lah, kita benar2 jaga kebajikan adik2 pelajar baru.

Kemudian ana cuba lagi sekali hubungi adik2 sekitar jam satu pagi, seorang adik menjawab dan memberitahu bahawa mereka sekarang tengah makan di Restoran, tapi tak tahu di mana, ada juga yang kata bahawa mereka sekarang berada di kedai jus buah, di tepinya ada maktabah Ummul Qura, kata sahabat ana itu memang sudah di Haiyyu Sabi’, maknanya mereka sekarang sudah dekat dengan asrama Terengganu, kata mereka, mereka akan pulang tapi tidak akan duduk di asrama Terengganu, mungkin akan ke Alex, tapi yang pasti ada perancangan lainlah. Tolong maklum ke ana bila anta sudah bertolak daripada restoran ke kompleks, itu yang ana beritahu dekat adik2 dalam telefon.

Dalam hati ana, kasihan betul lah adik2 kalau lepas ni ada program baru, letih baru tiba ke bumi Mesir ni pun belum hilang lagi, tak ditambah lagi letih hari2 yang berikutnya, jadi tak terhitung banyaknya letih adik2, sabarlah yer. Kemudian kami cuba lagi sekali hubungi adik2, ternyata memang comfirm kena tinggal dekat asrama, ini mesejnya:

Awok2 ni kena tohok(buang, campak) di Malaysia Hall(ARMA), dengar2 beg2 bagasi akan dihantar ke ARMA juga, rezab aku, rezab!!

Itulah luahan hati seorang adik pelajar baru yang mungkin mewakili suara adik2 baru Terengganu, bagi ana mesej ini sedikit menyentak hati, terzahir kebencian adik2 kepada pegawai, tergamak melakukan sebegini rupa, itupun masih ada orang nak puji, masih ada nak sokong, orang macam ni tak layak dipanggil manusia, kerana tidak memahami hati manusia lain, kata guruku, kalau macam ni mereka zahir manusia tapi hati mereka sebenarnya adalah binatang. Adik sempat memberitahu kami agar tidak tunggu mereka pulang, sebabnya macam yang ana ceritakan, mereka akan ke ARMA, dan tolong jangan call buat masa ni sebab kakak2 Facilitator ISMA macam dah detect kite orang.

Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada mereka(adik2 baru) dalam menghadapi segala rintangan dan halangan serta kurniakanlah kesabaran dalam hati mereka terhadap segala mehnah ujian yang sedang mereka lalui.

Ya Allah! Tetapkanlah hati2 mereka dengan cahaya Islam yang sebenar, jangan engkau biarkan musuh2 engkau mempergunakan mereka(adik2 baru) dan menzalimi mereka.

Ya Allah! Perlihatkanlah kepada kami segala kebenaran, bukalah aib mereka semua(orang tulah) agar seluruh mahasiswa Islam di dunia mengenali siapa pejuang dan siapa lawan.

Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan kami, menangkanlah kami dan tewaskanlah mereka dan perancangan jahat mereka, berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan di akhirat.

Ya Allah! Pertemukanlah kami dengan adik2 kami, apa yang pasti kami tahu engkau telah pertemukan hati2 kami dengan mereka, maka pertemukanlah pula kami dengan mata zahir agar kami bias bersama mereka.

Laporan Peristiwa

Destinasi terakhir
Perjalanan adik2 ke Sinai-Ahad
Keesokan harinya, ana menghubungi adik2 untuk bertanya tentang perjalanan mereka dan keselamatan mereka, maklumlah yang menjaga mereka sekarang adalah ibu tiri. Ternyata adik2 melaporkan bahawa sekarang mereka berada di Taba di tepi pantai dan menginap di Resort Nuwaiba, dan sekarang(9pagi) sedang berlangsung perasmian program, mungkin program orientasi kot, budak2 mengadu bahawa mereka kepenatan, dah setakat ni masih tidak tahu tentatif program dan pengisian yang bakal digunakan. Di resort ni mungkin dalam 2-3 hari juga, mungkin hari last baru naik ke Sinai.

Kemudian ana Tanya siapa yang terlibat dalam mengendalikan program ni, dia orang beritahu Luqman, Faizal UMNO, En. Ariffin dan ramai lagi, Cuma adik2 baru tidak kenal. Setakat ni taaruf, lepas tu main2 sikit, kemudian campur puan laki, yang macam nilah sesetengah pihak(tekalah sape) mahu, campur2 macam, kalau PMRAM, kita memang tak ada program campur2 macam ni dah, sebab ikhtilat, sebab masih boleh kita asingkan antara lelaki dan perempuan, setakat ni ok jer, die orang ni(tekalah), tak boleh kalau buat program tak ada yang macam ni, bergalak-galak sikit, lepas tu campur laki puan, kononnya berfikiran terbuka, tulah, suruh pergi talaqqi malas, duk baca kitab sendiri dengan pembelajaran dalam berkumpulan sahaja tanpa syeikh, tak jadi.

Namun ternyata berlaku sedikit gimik yang sedikit kelakar dan membimbangkan adik2 baru kita, sewaktu berada di sempadan Israel, adik2 mengerjakan sembahyang maghrib berjemaah, kemudian membaca ayat jihad daripada surah As-Shaff, namun apa yang berlaku sahabat2 sekalian, SB Israel datang dan bertanya, kenapa baca ayat jihad dalam sembahyang, maklumlah budak2 ni tidak dapat pendedahan tentang ketidakbolehan membaca ayat2 yang sensitif di kawasan seperti itu, tambahan pula sekarang Israel dalam keadaan krisis kenegaraan yang membimbangkan, banyak pelampau2 Yahudi buat hal, jadi En. Kamal terpaksa melalui semua ni kerana dia merupakan orang yang bertanggungjawab.

Mengenai peristiwa di atas pegawai Terengganu dan pegawai SUK Yayasan Terengganu iaitu En. Kamal dan En. Luqman terpaksa berhadapan dengan SB Israel, dan akhirnya mereka dibawa ke(tidak tahu ke mana)suatu tempat untuk disoal siasat, dari mana ana dapat mesej ni, ana bukan link dengan En. Kamal pun, tapi daripada adik2 yang ketakutan, ternyata perjalanan mereka jadi pengalaman dan pengiktibaran buat En. Kamal, seolah-olah cerita yang berlaku macam dalam drama melayu, yang akhirnya En. Kamal insaf dan menyesal lalu berubah, tapi kali tak tahulah macam mana, harap2 begitulah kesudahannya, moga2 kalian semua selamat, tidak kiralah pegawai2 ke, ISMA ke, UMNO ke, semoga kalian selamat sampai ke bumi Kaherah, ana bukan hipokrit, tapi ana dah kata, kita Cuma benci perbuatan mereka sahaja bukan mereka.

Ternyata malam ni besar kemungkinan adik2 tiba ke kompleks, tak sabar rasanya nak menyambut adik2 lama tapi macam baru, sedangkan adik2 baru persendirian dilayan begitu sempurna dan baik sekali, maafkan kami adik2 kerana tidak diberi kesempatan untuk melayan adik2, mungkin Tuhan yang Maha Kaya mahu menguji kita semua, mahu menguji adik2, mahu menguji senior2 Terengganu, mahu menguji ana, mahu menguji ISMA dan semua sekali, dan pasti ada hikmahnya. Sama2 kita fikir dan renung2kan, mohon kemaafan kepada semua pembaca dan sahabat ISMA yang terlalu banyak salah faham, baca biar habis lain kali, tolong jangan laknat melaknat.

Laporan Peristiwa

lagi sambungan...
Apa lagi, ana pun cuba menghubungi adik2, ana fikir dia orang mungkin belum tidur, telefon punya telefon tak ada orang angkat, selepas beberapa ketika, adik2 call ana, ustaz ubai, boleh tak tolong datang dekat rumah sekejap(adik2 yang tinggal jauh daripada rumah pelajar Terengganu), baik2, itu yang ana mampu ungkapkan(sedikit kerisauan dalam hati). Ana pun dengan segera mencari sahabat ana yang juga merupakan senior ana, kami cuba dapatkan moto untuk bergerak ke sana, 20 minit kemudian kami tiba di tempat penginapan adik2. Hati ana jadi sayu melihat keadaan adik2 yang dibiarkan hidup macam merempat, seperti orang yang kehilangan saudara mara, meskipun rumah agak cantik dan banyak perkakas, tapi adik2 hidup dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.

Itulah bila diserahkan kepada orang ibu tiri yang jaga anak2 kita, sebab ibu tiri ni kerja dia kikis harta dan buat zalim jer, kan macam tu watak2 dalam filem @ drama, tak gitu kawan2? Kemudian ana sempat berbicara dan berceloteh dengan adik2. Malam tu ana risau juga, kot2 ada orang ISMA yang datang, maklumlah ana dengar adik2 belum makan, jadi dia orang akan hantar makanan dalam pukul 11.30, sebab itu ana call dulu adik2 tu, ternyata makanan dia orang sudah sampai, ana pun yakinlah bahawa dia orang tidak akan datang lagi, kami pun masuk ke dalam rumah, itu yang ana sempat beritahu adik2 di samping sedikit pengenalan tentang KPT, PMRAM dan ISMA, bukan apa sahabat2 sekalian, cara ISMA tarik adik2 baru sangat halus, lebih halus daripada benang, dan sangat manis, lebih manis daripada madu.

Dan akhirnya ana pesan kat adik2 supaya pandai2 fikir mana yang betul, ana dah sampaikan apa yang patut, adik2 boleh fikir dengan melihat apa yang menimpa adik2 sepanjang berada di Mesir. Kami pun sempat membuat pakatan dengan adik2, untuk memberikan simcard, agar mudah untuk berhubung dan berusan dengan mereka selepas ni, maklumlah esok mereka semua akan ke Sinai, sangat sukar untuk ana dan sahabat2 ambil tindakan kalau mereka berjauhan, paling kurang kita boleh dapat info perjalanan dan tahap keselamatan mereka, meskipun berjauhan.

Hari keempat di Mesir-Ahad
Hari ini budak2 akan dibawa lari daripada keluarga penuntut Terengganu, kononnya agar segala perancangan mereka akan berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan seperti yang berlaku ketika di Kaherah, mana2 program mesti jumpa dengan pelajar2 lama Terengganu, itu yang dia orang tidak mahu, tapi mereka tidak tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka, dan Allah pasti akan menggagalkan setiap perancangan jahat mereka, termasuk pegawai2, orang2 ISMA dan orang2 UMNO yang terlibat, perhati baik2, sahabat2 ISMA jangan cepat melatah, ana cuma kata kepada mereka yang terlibat sahaja, kalau kalian melatah, maknanya terlibatlah tu, mungkin sebagai perancang atau penyokong.

Di pagi harinya, seperti biasa pakatan pelajar berusaha untuk menyiapkan makanan untuk adik2 baru, kami buat nasi lemak, seronok tengok adik2 makan, dapat lagi kami beramah mesra dengan adik2 baru, sambil bercakap mesra, seolah-olah sudah rapat, ini meyakinkan lagi kepada kami bahawa adik2 sudah bersama kami meskipun tubuh mereka dimiliki oleh pegawai, askar ISMA dan UMNO. Tak perlu berdalih kononnya ISMA tidak terlibat, kalau tepat sekalipun bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat ana ISMA tu bahawa Mustaqim bukan ISMA, ok ana terima, tak perlu diperbesarkan, yang pasti ISMA terlibat, matlamat utama posting ana bukan untuk bercakap soal Mustaqim, tapi soal ISMA, kenapa ISMA masuk campur dan kenapa pegawai mengutamakan ISMA daripada KPT, mesti ada sesuatu…..

Ana dimaklumkan, bahawa perjalanan hari ini bermula jam 11 pagi, jadi ana merasakan bahawa pegawai akan bangun sekitar jam 10 pagi, tapi mereka tak terkejut menyebabkan waktu berganjak selepas zohor, he3…orang yang suka buat khianat mereka tak mampu nak bangun subuh. Itulah padahnya, tapi untungnya sebelah kitalah, lagi lama dapat bersama adik2. Selepas makan, ana bawa adik2 pergi ke bilik komputer di asrama pelajar Terengganu, adik2 juga sempat melihat nama2 mereka tertampal di pintu, itu yang mayakinkan kepada mereka bahawa apa yang pegawai cakap selama ni tentang KPT dan abang2 lama tidak benar dan dusta belaka.

Seronok melihat gelagat adik2 yang ramai di dalam bilik komputer, sebahagian yang lain berada di bilik makan, dan sebahagian yang lain pula berkumpul di surau, masa tu orang2 lama cuba bermbang dengan adik2 baru, maklumlah baru dapat bersama, tak macam ana, dari awal sampai dia orang ke Sinai he3. Masing2 yang ada laptop buka laptop, YM keluarga dan ada juga yang call keluarga, maklumlah rindu giler dia orang cakap, nak bercakap line tak berape clear, cuma dapat dengar suara jer, tapi itu dah membuatkan mereka gembira. Pegawai hanya mampu lihat sahaja gerak-geri adik2 yang naik turun tangga, mungkin dah penat kot kawal adik2, atau mungkin nak lepas geram bila di Sinai nanti kot, tak tahulah, tunggulah apa yang berlaku.

Sekali lagi sahabat2, adik2 dapat bersama dengan pelajar KPT termasuk YDP Terengganu dan juga Pengarah Program USMB, inilah yang pertama, terzahir kegembiraan di wajah YDP kerana akhirnya hasrat untuk menyatakan sesuatu kepada adik2 tercapai juga, kalimah tersebut tidak lain dan tidak bukan “selamat datang adik2 ke bumi kinanah”. Sedikit pengenalan disampaikan tentang KPT oleh YDP kite, dan nasihat kepada adik2 yang bakal ke Sinai seketika sahaja lagi. Ana sempat melihat aksi adik2 ketika YDP bercakap, masing kaku mendengar ucapan YDP, YDP pun cuba menjelaskan bahawa KPT bukan tidak mahu menyambut adik2 baru, kerana itu yang adik2 baru dapat info daripada pegawai, baru sekarang dia orang jelas tentang isu ni.

Adik2 kemudiannya bersalam dengan abang2 lama, sambil saling memperkenalkan diri masing2, selepas itu mereka turun untuk ambil beg pakaian, maklumlah van sudah sampai, sebanyak 5 van disediakan, ana dan sahabat2 sempat bergurau dan bercakap dengan pegawai, Faizal UMNO, budak2 bu’uth(yang handle adik2 baru), tapi tak sempat bercakap dengan budak2 ISMA akhowat, antaranya Mariam, Mariam bukan ISMA, nak bukti konon, ana boleh beri bukti, kita bukan cakap saje, jangan kata yang Mariam dah keluar dari ISMA lepas tu join PMRAM, takder macam tu.

Oleh kerana tidak tahan melihat tentera En. Kamal menghisap rokok di hadapan pelajar2 baru, ana kemudiannya memanggil Faizal UMNO, ana pun beritahu kepada Faizal UMNO, En. Fadzli bekas Imam Besar Masjid Negeri, dan Tuan Majdi serta Mustaqim.

Ubai: Faizal! kau boleh tolong beritahu kat budak2 yang hisap rokok tak, jangan merokok di hadapan budak2, paling kurang jaga imej, kalau nak hisap juga, hisaplah belakang budak2, jangan di hadapan budak2,

Faizal: dia orang ada hisap rokok ke?

Ubai: ada lah, tadi baru ana tengok

Faizal: ooo, takpe2, nanti ana beritahu budaok2 tu

Berbeza pula dengan Tuan Majdi…

Ubai: Ustaz! Sekejap ustaz, ana nak beritahu sesuatu ni, boleh tak ustaz beritahu dekat anak buah ustaz agar jangan merokok depan adik2 baru, tak sedaplah mata memandang, jagalah sikit imej..

Majdi: Ana tak tahu, yang tu kena Tanya ustaz Kamal(tengkorak dia ustaz kamal, sikit2 ustaz Kamal, nak suruh jangan merokok kena minta kebenaran pegawai, yang tu ana kata dalam hati la), anta cuba Tanya mustaqim lagipun ana tak ikut, Mustaqim ikut, anta boleh beritahu kat dia.

Ubai: Mana Musataqim(dengan cara baik la, bukan nak ajak bertumbuk yer, ana ni mana berani, bertikam lidah boleh kot).

Mustaqim: Ana bendape syeikh?

Ubai: Gini, tolong kabo ke budok2 tu, jangan hisap rokok depan adik2 baru.

Mustaqim: Beres syeikh, nanti ana kabo, tak dok masalah…

Ana masih tak berpuas hati, ana pun beritahu dekat sorang lagi yaitu bekas Imam Besar Masjid Terengganu.

Ubai: Ustaz, boleh tolong kabo ke budok2 yang hisap rokok dok, kalau boleh jangan merokok depan budok2.

Imam: InsyaAllah…(muka kelihatan belum berpuas hati dengan ana sebab tegur dia (Imam) pasal jama’ takhir)…

Seterusnya, ana sempat beramah mesra dengan adik2 dengan lebih rapat, sambil bergurau senda, ana pun dah kenal di orang semua, begitu juga dia orang, ana pun sempat manasihati mereka agar jaga diri, keslamatan dan harta benda, sebelum daripada tu, atas insiatif ana, ana pun mengumpul harta adik2 yang berharga seperti laptop dan lainnya untuk dijaga dan ditinggalkan di rumah Terengganu bersama abang2, kerana itu yang lebih selamat, kerana sudah kerap berlaku kes kecurian di tempat penginapan di Sinai, maklumlah mereka(pejaga rumah penginapan)pun ada kunci, lagipun kewasan di sana kerap berlaku kecurian kerana mereka tahu pelancong yang datang mesti membawa banyak barang2 yang berharga termasuk wang poket serta passport.

Sebelum bermula perjalanan mereka, ana sempat memberitahu adik2 agar terus melaporkan perjalanan mereka sepanjang ke Sinai, pasal topup jangan risau, maklum sahaja kepada ana, ana akan tambah topup, itu janji ana, yang penting jaga diri, itu yang harapkan, ana sempat pesan juga kepada salah seorang adik2 baru yang agak boleh diharap, kiranya abang kepada adik2 ni lah, jaga adik2 medik baik2, ada apa2 maklum ke ana, begitu juga dengan sebilangan akhowat, selamat jalan dan jaga diri elok2, itu sahaja yang mampu dilafazkan, tak boleh lebih2. Akhirnya perjalanan bermula, pengembaraan menanti, misi pegawai dijelajahi, ISMA suka hati, UMNO menari, Tuhan memperhati, semoga perjalanan adik2 diberkati.

Buat pak cik & mak cik
Ternyata segala yang berlaku tidak diketahui oleh keluarga yang ada di Malaysia, ternyata anak2 mereka berada dalam keadaan yang sedikit tertekan, kepenatan, dikongkong dan sebagainya, namun apa yang kami mampu lakukan pak cik & mak cik, suara kami tidak diendah oleh pegawai yang tak berhati perut tu, begitu juga suara anak2 pak cik & mak cik, yang dia orang ikut hanyalah kehendak akal mereka yang kurang cerdik. Ana sangat berharap kepada pak cik dan mak cik, boleh melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan bertanya sendiri kepada anak2 tentang keadaan mereka sekarang ni, program yang padat tanpa rehat yang secukupnya ternyata membantutkan niat suci anak2 pak cik & mak cik untuk berhubung dengan ibu dan ayah mereka. Kejam3…

Kepada ISMAku
Ternyata kehadiran kalian hanya membawa perpecahan kepada para Mahasiswa di bumi Mesir ini, kenapa perlu diwujudkan jemaah yang baru sedangkan sudah ada satu jemaah yang benar2 menjaga kebajikan anak2 pelajar Malaysia di bumi Mesir sejak sekian lama, apa yang kurang sepatutnya ditampung dan disokong, dan bukan ditentang atau dimusuhi, sepatutnya saudara Islam membantu saudara Islam yang lain2. Kenapa nak wujudkan jemaah lain yang hanya melambatkan kemenangan Islam sahaja, atau kalian gilakan kepimpinan, kalau betul benda tu boleh dirunding, yang penting matlamat kita satu iaitu untuk menghidupkan perjuangan Islam.

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner