Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Wednesday 30 September 2009

Laporan Peristiwa

sambungan kisah dari Mesir

Hari ketiga di Mesir-Sabtu
Ketika ana pulang daripada Masjid As-Syarbini berdekatan dengan kompleks KPT, ana baru perasan pintu adik2 terbuka, lalu ana cuba menegur adik2 yang kebetulan lihat ana lalu di situ, ana juga sempat untuk bertanya khabar adik2, lalu di situlah bermulanya pakatan dengan adik2 yang dikurung, ana memberikan simcard kepada salah seorang pelajar baru dengan harapan dapat berhubung dengan mereka dan dapatkan info terbaru dan seterusnya perancangan pakatan pegawai(PPP). Di situ sempatlah ana memberikan pengenalan tentang PMRAM dan ISMA, begitu juga dengan KPT, apa itu KPT, bukan Kementerian Pengajian Tinggi tapi Keluarga Penuntut2 Terengganu.

Ana juga turut menceritakan tentang kesudiaan kami menyambut mereka dengan tangan dan hati yang terbuka, sekaligus menangkis kenyataan jahat mereka yang berbaur hasutan kepada adik2 baru tentang layanan abang2 kepada adik2, ana juga sempat menasihati mereka agar buka mata sedikit, tengok perbezaaan ISMA dengan PMRAM, orang Terengganu yang menyertai ISMA 3 orang jer keahlian, PMRAM ramai sekali, jadi fikir logiklah, mana satu persatuan yang betul, mana satu yang salah, takkan yang sedikit tu lagi betul kot, kakak2 yang handle akhowat tu, semuanya ISMA, jangan tertipu. Ada lagi yang panas sahabat2 sekalian, apa dia…..

Begini, yang paling teruk dalam perjalanan adik2 ni, dia orang langsung tak jaga sembahyang, sampaikan beberapa orang adik2 baru kita ni tidak sembahang maghrib, sebab tidak sempat, tidak sempat itu adalah disebabkan pegawai, dahlah driver tu kristian, pegawai2 ni pulak macam syiah, konon boleh jamak, dari awal sampai akhir, kerja nak jamak jer, tak ada kerja lain, belajar dah azhar, tapi ilmu macam budak kecik lagi, mungkin dalam bab ni jer kot dia macam tu, maklumlah UMNO, begitulah tabiat mereka, tambah2 lagi tarbiyah Idris Jusohlah katakan.

Sahabat2, isu sembahyang ni bukan isu main2 tau, ini isu agama, mempersendakan agama hukumnya kafir, tak perlu nak diperlebarkan, semua sahabat2 tahu, kalau nak diperlebarkan juga, tanya puak2 ISMA yang kunjung dalam blog ni, dia orang semua kuat tarbiyah, ana kagum dengan mereka, ana tak layak, kalau yang macam ni boleh kot, hanya sekadar laporan yang ana sendiri lalui. Cuma ana ingin mempersoalkan sedikit, kenapa akhowat ISMA yang ada dalam tu langsung tidak bersuara bila keadaan macam ni berlaku, kata kuat tarbiyyah, siap dapat tarbiyyah daripada syeikh2 besar lagi, ternyata ilmu yang banyak kalau tersalah medan pasti tak berapa tepat, medan kita kat Mesir ni PMRAM bukan ISMA.

Ternyata hari ini perkara yang sama berlaku, mereka kelaparan, namun akhowat sempat menyediakan sedikit makanan khas untuk adik2 baru, meskipun tiada perancangan dan peruntukan, kita berjaya menolong sekadar yang mampu kepada adik2 baru, itulah hasil kerjasama semua, perancangan yang drastik atau mengejut ini berjaya dengan jayanya, dan adik2 suka nasi goreng yang akhowat buat, dan kami sempat beramah mesra dengan adik2 ketika mereka makan, maklumlah itu kali pertama pelajar2 lama dapat bersama dengan adik2 baru, Alhamdulillah sedikit terjalin kemesraan di antara kami semua selaku keluarga penuntut2 Terengganu dan mereka selaku warga yang baru.

Apa yang mengejutkan ana adalah, adik2 beritahu bahawa mereka ada bertanya kepada pegawai, kenapa mereka tidak boleh masuk asrama pelajar, tahu tak sahabat2 apa yang mereka jawab, abang2 lama tak nak keluar, lepas raya baru dia orang keluar, lepas tu baru boleh masuk, kuat betul pakatan pegawai klentong adik2, seolah-olah suatu fitnah kepada kami selaku keluarga penuntut2 Terengganu, padahal mereka ingin menjauhkan adik2 baru daripada warga penuntut2 Terengganu, itu yang sebenarnya, kami semua sudah membersihkan bilik, menyusun kedudukan bilik, merancang pelbagai program untuk adik2, termasuk rehat yang cukup iaitu 3 hari tanpa gangguan, merancang untuk memasak dan banyak lagi, itulah yang cuba ana katakana kepada adik2.

Adik2! Kalau tak percaya abang2 boleh bawa pergi tengok bilik adik2 semua, nama2 telah disusun untuk duduk di bilik2, kami menjanjikan tempat yang selesa dan layanan yang mesra, namun adik2 tidak dapat merasa itu semua atas tindakan tidak cerdik En. Kamal UMNO (pegawai Terengganu). Namun, jangan bersedih hati, nanti dapat juga merasa, berapa lama dia orang boleh pisahkan kita, paling lama 2 minggu, lepas tu tamatlah, ana sudah tidak kisah lagi, sebab adik2 sudah dapat bezakan mana yang betul dan mana yang salah, yang pasti ana percaya kepada mereka, itu yang ana lafazkan kepada adik2, Cuma ana risau kebajikan mereka tidak terjaga, dan ini akan mempengaruhi keselamatan mereka, maklumlah mereka semua belum serasi dengan situasi dan keadaan cuaca di Mesir ni.

Sekejap lagi adik2 akan bertolak, hari ini dengan tremco, ana sempat pergi kepada driver tremco untuk bertanya tentang perjalanan hari ini, katanya akan ke maqam auliya’. Sedikit kekecohan yang berlaku, yang dimulakan oleh adik2 bu’uth, bilamana mereka mengadu kepada ayah angkat dia orang, Tuan Majdi, mereka mengadu bahawa ana kata dia orang ni wahabi, maka datanglah Tuan Majdi mengheret ana ke arah van yang sedikit jauh daripada kelompok sahabat, ana ingat nak ajak ana naik sekali van tu tapi nak tanya:

Majdi: awak beritahu apa dekat anak2 saya?tahu tak saya ajar anak2 saya benci wahabi, awak tahu dok?

Ubai: sabar ustaz,(dalam keadaan dia bercakap tak berhenti), dengar dulu sini, dengar dulu, eh awak dua orang(anak2 dia ah), ana kabo bendape ke awok 2 orang, ada ana kata awok berdua wahabi ke?

Budok 2 orang: tak dok ustaz…

Ustaz: doh, bakpe awok kabo gitu..(lalu ana beritahu ke Majdi)…ustaz tahu do kana kabo bendape sebenarnya, ana kabo ke adik2 baru, ana kabo bila gi ke kubur wali, tawassul lah, minta kuat daya ingatan ke, lepas tu ana kabo ke budaok2 tu, ana bukan wahabi yer, marah orang bertawassul(budok2 bu’uth itu yang kebetulan ada di situ perasan orang kata ke dia, itu dia punya masalah lah).

Bila melihat keadaan ana diheret ke van, salah seorang sahabat ana pun datang dalam keadaansedikit panas baran, ada mende ustaz?(muka yang tidak senang, marah), Tuan Majdi pun apa lagi, dia pun berbicara, awok nak mende, hah, awok jangan kurang ajar dengan saya, lebih kurang macam tulah, kemudian mulalah dia melawak, ana ni orang alim syeikh(sedikit ketawa di dalam hati), ana pun balas, betul2 ustaz, kita semua alim, bukan ustaz sorang jer(he3), ana ni asya’irah, lepasan al-azhar tahu dok, ana pun balas lagi sekali, kita semua asya’rah, ana tahu, sebab orang zahari semua asya’irah, tak perlu cerita(ana cakap baik2 la, sedikit hipokritlah katakana, dalam hati geram giler + lawak, tapi sebab hormat dia yang lebih tua daripada kita).

Apa yang lawak lagi, dia suruh ana nasihat dekat YDP dengan sahabat ana yang sorang lagi tu supaya hormat sikit dekat En. Kamal, jangan kurang ajar sangat, ikut arahan dialah, macam2 lagi, tak payah dipanjangkan cerita pasal dia, buat virus dalam blog ni jer. Di petang harinya, sekali lagi berlaku macam tu, bilamana Tuan Majdi dan Faizal UMNO ada dekat koperasi kompleks. Kita mengadu tentang adik2 yang tidak sempat sembahyang maghrib, Tuan Majdi buat melawak, saya solat tak pernah tinggal, puasa 30 hari bulan ramadhan(tak payah ceritalah kehebatan tu, yang tu fardhu memang wajib buat, kalau puasa isnin & khamis tak pernah tinggal, takper juga nak bangga), tak cerdik langsung.

Berlainan pula dengan reaksi Faizal, betul ke Syeikh, tanyaa macam tak percaya, ingat orang saje2 reka cerita, betul lah, budak2 sendiri yang mengadu, mereka tidak sempat solat maghrib dan terpaksa qadha’, ini isu sembahyang mana boleh diremehkan, sembahyang fardu, bukan sembahyang sunat, kalau main2 boleh jadi kafir, kerana mempersendakan agama, kalau tidak sengaja boleh dimaafkan. Tapi itulah yang berlaku, ke mana pergi bekas Imam Besar Terengganu, anta akan dipertanggungjawab kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Perjalanan hari ini menuju ke piramid di Giza, tapi disebabkan mahal kami tidak masuk, kemudian melawat maqam2 para auliya’ sekitar Kaherah, kemudian berehat di masjid, kemudian En. Kamal suruh beli kasut bagi sesiapa yang pakai selipar sebab nak panjat bukit Tursina, tapi tak tahu jadi atau tidak, beritahu salah seorang adik2 baru kepada ana melalui pesanan ringkas sms. Itu yang ana terima daripada adik2 baru kita. Namun ternyata tidak beberapa lama kemudian, ana dapat mesej daripada adik2 menyatakan bahawa perjalanan ke Sinai hari ini tidak jadi, mungkin esok pagi kot. Bermakna perjalanan ke Sinai tetap jadi, Cuma ditunda waktunya sahaja memandangkan adik2 tidak membawa kelengkapan yang lengkap.

Ini yang membuatkan ana risau, maklumlah perjalanan ke Sinai jauh dan meletihkan, sedangkan adik2 baru sahaja sampai, tak pernah dibuat orang, macam adik2 dah nak balik, padahal masih banyak masa, kenapa tidak diberi rehat yang secukupnya kepada adik2 baru ni, mereka bukan robot, tapi macam robot, terpaksa ikut arahan pegawai, maklumlah kalau lawan, nanti kena tarik pinjaman pula. Tak perlu digambarkan, masing2 boleh gambarkan bagaimana suasana perjalanan ke Sinai, setahu ana sedikit seronok tapi sangat meletihkan. Tak dapat ana bayangkan bagaimana keadaan adik2 yang tak bermaya ni mendaki bukit Tursina, bayangkan 3000 anak tangga tu, itu baru naik, tak kira lagi turun.

Setelah selesai daripada mengelamun nasib adik2 yang baru ni, terima lagi satu mesej daripada adik baru yang lain pula, berita yang lagi sahih, kalau yang tadi ada “kot” (tidak pasti), maklumat tentang perjalanan daripada En. Kamal, pagi esok(Ahad) akan ke Sinai, malam ni balik ke Kompleks dulu, dan esok akan keluar Kaherah sampai habis program. Kemudian selepas maghrib, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang berada di money changer untuk pertukaran wang dolar kepada wang pounds, selepas tu akan pulang ke kompleks. Sepatutnya ana tunggu dan sambut kepulangan dia orang ke kompleks, tapi ana tertidur lalu tak tahu apa yang berlaku, sehinggalah ana terkejut jam 11.40 malam. Dikatakan adik2 sudah balik.

Tuesday 29 September 2009

Laporan Peristiwa

sambungan kisah dari bumi Mesir
Perjalanan ke kompleks
Sememangnya perjalanan mereka adalah ke kompleks pelajar di Haiyyu Asyir, itulah maklumat yang kami terima dari senior akhowat yang mendengar ucapan dari pihak yayasan ketika berada di dalam bas. Pada masa itu, kami juga dalam perjalanan pulang, meskipun pulang tanpa adik2 namun pulang bersama hati adik2, lalu kami memaklumkan kepada sahabat2 yang ada di kompleks agar bersiap sedia untuk menyambut adik2 baru yang akan tiba tidak lama lagi, sediakan air dan sambut adik2 dengan baik, kerah semua pelajar2 lama turun, jangan biar orang2 ISMA dan UMNO mendahului kita untuk sambut adik2 baru, itulah arahan yang ana dengar.

Sesampainya mereka di kompleks, sahabat2 yang sudah berada di sana menyambut mereka dengan baik dan mesra sambil membahagikan sedikit kuih sebagai alas perut sambil menyediakan air sejuk untuk menghilangkan dahaga adik2 yang kehausan, kami yang pada ketika itu juga baru tiba dan sempat memeluk mereka semua, terzahir keletihan di wajah mereka sambil tersenyum melihat layanan dan celotehan dari sahabat2 KPT. Kuih yang dibahagikan itu adalah untuk AJK pelaksana program Unit Sambutan Mahasiswa Baru, namun melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga, maka dibahagikan semua itu kepada mereka, kami tidak kisah, bahkan kami rasa sangat berbesar hati kerana dapat berbakti dan membantu adik2 meskipun dihalang oleh pegawai Terengganu.

Seterusnya apa pula yang berlaku sahabat2 sekalian, adik2 dihalang untuk mengerjakan sembahyang maghrib oleh pembantu En. Kamal, padahal 30 minit lagi nak masuk waktu isya’, namun En. Farid mengatakan bahawa pergi ke galeri terlebih dahulu sebab En. Kamal nak bercakap sedikit, namun YDP Terengganu telah menyuruh adik2 naik ke surau dulu untuk sembahyang, tapi En. Farid membuat sekatan di tangga seolah-olah menghalang adik2 daripada naik ke atas, katanya lagi, En. Kamal nak ambil masa sekejap sahaja, lalu YDP mengalah lalu menyuruh adik2 ke galeri terlebih dahulu kerana En. Farid kata sekejap sahaja.

Tahu tak apa yang berlaku sebelum tu sahabat2 sekalian, salah seorang bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu boleh mengeluarkan kenyataan yang pelik, tak layak langsung dipanggil Imam, apa yang dia kata, dia suruh adik2 bari jama’ takhir maghrib dengan isya’, mazhab mana yang ajar ni, kan dah sampai, lagipun datang sini(Mesir) nak menetap bukan melancong 2 atau 3 hari, jadi mana boleh jama’ lagi, ana yang kebetulan ada di situ pun cuba bersuara, mana boleh ustaz, kan dah sampai, mana boleh jama’ lagi, setahu ana mazhab syiah jer yang boleh jama’ bila2 masa jer, tak terkata Bekas Imam Besar tu, En. Fadzli namanya. Inilah yang dipanggil keluar fatwa tanpa ilmu.

Semua adik2 ikhwah masuk ke dalam galeri, termasuklah ISMA dan UMNO, namun pihak kita tetap masuk meskipun tidak dijemput untuk memastikan perancangan mereka, antara yang masuk ialah YDP dan beberapa orang Exco, apa yang berlaku, En. Kamal membahagikan adik2 ikhwah yang seramai 23 orang kepada 3 kumpulan, kumpulan satu, kumpulan 2, kumpulan 3. kemudian mereka dibawa ke rumah pegawai, villa dan pejabat pegawai untuk solat maghrib yang hampir luput. Mereka tidak dibenarkan untuk solat di surau yang luas lagi selesa di atas tapi dibawa ke bilik yang sempit.

Perbuatan tersebut menjelaskan lagi kepada kami, bahawa mereka memang benar-benar ingin menjauhkan adik2 daripada pelajar2 lama, apa lagi agaknya perancangan mereka, ana kata dalam hati, tunggu dan lihat sahajalah. Memang benar, apa yang berlaku, ternyata sekitar jam 11 malam lebih, sekumpulan adik2 dibawa turun dalam keadaan keletihan, dan dikalangan mereka yang kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur, disuruh tunggu di bawah, rupan2nya mereka akan dibawa lari ke suatu tempat yang kami tidak tahu, apatah lagi adik2 baru.

Tidak berapa lama kemudian datang kereta hitam yang dibawa oleh warga ISMA, bukan ISMA apa, ISMA lah, ingat orang tak kenal, orang yang bawa kereta tu orang ISMA lah, tak payah nak berdalih, tidak dinafikan dalam ISMA ada orang yang baik, tapi itulah yang berlaku, bila ditanya tak tahu, sikit2 En. Kamal, skit2 En. Kamal, padahal dia yang memandu, ternyata 2 kali dia orang angkut adik2 baru ni ke suatu tempat, dalam pemikiran ana pada masa tu, mungkin ke Bawabah(nama kawasan) kot, lagipun kami langsung tak dapat nak hubungi mereka sebab adik2 tak ada nombor Mesir lagi, jadi susahlah kami nak berhubung dengan mereka, sampai bila2 pun kami takkan dapat tahu keadaan mereka, makan minum mereka, dikawal seperti banduan sahaja.

Hari kedua di Mesir-Jumaat
Ternyata adik2 mengadu lapar dan dahaga, maklumlah sepanjang lewat malam yang berlalu, mereka ketiadaan makanan sehingga pagi, namun ana yang kebetulan memasak untuk ahli bilik terpaksa mengorbankan makanan tersebut kepada adik2, dalam lingkungan lapan orang yang dapat ana bawa ke rumah untuk menikmati hidangan yang ala kadar untuk mengisi perut adik2 yang baru datang, nasi goreng dengan keropok dan air tea O & tea susu, itu sahajalah yang mampu ana sediakan, meskipun sedikit sahaja, tergambar kegembiraan di wajah adik2 yang baru ni.

Dalam hati ana, tergamak betul pegawai buat macam ni dekat adik2, langsung tidak menjaga kebajikan pelajar2 baru. Namun sahabat2 sekalian, ada lagi perkara yang lebih menyayat hati, kumpulan pertama dikurung di dalam Villa tanpa ada makanan dan minuman, sehinggakan kami tidak sedar bahawa masih ada pelajar yang disembunyikan, kunci mereka pegang, kami bukan tak nak beri adik2 makan, tapi macam mana kami nak beri makan kalau kunci, bayangkan, bila jam pukul 7 lebih baru kunci dibuka, seolah-olah adik2 yang baru ni macam ayam yang dikurung dalam reban.

Setahu ana, ayam yang dikurung pun masih ada makanan, ni langsung tak ada makanan, adik2 mengeluh kelaparan, sehinggakan ada seorang adik tu mengadu dekat ana, “abang! sampai bila keadaan macam ni?” Ana beritahu kat dia orang sabarlah, nak buat macam mana, antum pilih yayasan(jalan macam ni), terpaksalah ikut arahan dia sekarang, sabarlah dalam seminggu lagi, lepas tu group anta akan kembali semula kepada Keluarga Penuntut2 Terengganu. Tak sabar rasanya…

Agaknya pegawai dan konco2nya sedang lena di alam mimpi, itu yang ana bayangkan dalam hati, sehinggakan ana memberanikan diri untuk mendekati adik2 yang sehingga jam 7.30 pagi, maklumlah perjalanan mereka hari ini akan bertolak sekitar jam 8.00 pagi, itulah perancangan yang ditetapkan oleh pegawai dan tentera bersekutu.

Seorang pelajar baru melaporkan perjalanan mereka hari ini, pertamanya mereka ke Masjid Hassan, kemudian ke Masjid ‘Arafah, setelah itu ke Masjid Ibnu Tulub, solat jumaat di Masjid Amru ibnu Al-‘As, setelah solat mereka ke Malaysia Hall atau dikenali sebagai Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), di situ mereka makan dan berehat-rehat seketika, selepas itu mereka berjalan-jalan ke Bandar Kaherah, mengenali universiti, selepas asar akan menaiki bot di Perlembahan Sungai Nil. Katanya tak tahu bila balik ke Kompleks tapi mereka mengadu bahawa mereka keletihan dan kepenatan, terasa mengantuk sangat. Tapi nak buat macam mana, pegawai bukan faham pun, jadi adik2 terpaksa ikut.

Pada malam hari pula, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang makan malam di salah sebuah restoran di tengah Bandar Kaherah, mungkin dalam pukul 10 malam baru pulang. Bukan apa sahabat2 sekalian, segala perjalanan mereka dirahsiakan kerana pegawai tidak mahu kami tahu, tetapi adik2 yang lebih percaya kepada kami daripada pegawai telah memudahkan urusan kami untuk mendapatkan maklumat perjalanan mereka. Sekitar jam 10 malam lebih kami menunggu adik2 dari atas, ada juga yang tunggu di bawah dan sebagainya. Tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagi, ana pun ke Restoran untuk isi perut yang sedikit kekosongan kerana tidak makan seharian, setelah makan….

Ana sedikit terkejutlah apabila ramai sahabat2 yang melaporkan kepada ana bahawa adik2 telah pulang tapi keadaan mereka sangat berbeza, berbeza macam mana tu? Mereka langsung tidak senyum, seolah-olah lari atau mengelak daripada kita, kata salah seorang sahabat2 ana, begitu juga laporan yang ana terima ketika tiba di kompleks, ditambah lagi dengan adik2 baru yang tidak membalas mesej dan panggilan ana, namun ana tetap bersangka baik meskipun ada dikalangan sahabat2 ana yang bersangka bahawa mungkin pegawai telah memberi amaran kepada adik2 baru agar tidak mempedulikan abang2 lama, boleh jadi adik2 kepenatan kerana seharian berjalan-jalan sekitar Bandar Kaherah padahal rehat tidak cukup dan stamina pula lemah.

Ternyata apa yang berlaku malam ini, berita yang sangat menyayukan lagi menambahkan benci, apabila ada seorang sahabat ana yang menceritakan peristiwa yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Peristiwa ini berlaku bilamana adik2 pulang ke rumah yang ana kata di Bawabah sebelum ni, rupa2nya Walidain. Lagi jauh…Adik2 dibawa lari ke Walidain? Terkejut ana dan sahabat. Sahabat ana itu ikut jalan bersama adik2 baru sampai ke rumah, namun apa yang berlaku, datang sekumpulan arab minta duit siyanah rumah yang dihuni adik2 baru, katanya rumah yang adik2 baru huni sudah tidak dibayar sejak tahun lepas(2008), adik2 tak faham apa yang arab perkatakan, namun nasib baik sahabat ana yang bertaraf abang tu kebetulan berada di situ, akhirnya dapat diselesaikan. Bagi ana, ini dah dikira menindas adik2 baru seolah-olah mangsa kurungan yang tidak bersalah. Semuanya angkara pegawai.

Atas kebijaksanaan senior ana, akhirnya kami dapat mengambil nombor pelajar tersebu untuk memudahkan urusan kami menghubunginya bagi malam berikutnya, dan juga untuk mendapatkan maklumat, maklumlah mereka terlalu jauh daripada kami berbanding 2 kumpulan lagi dari lelaki, perempuan semuanya ditempatkan di Rumah Pahang bersama kawalan akhowat ISMA Pahang, ana tak kata semua ISMA jahat, yang terlibat dalam isu ini sahaja...

Ana juga tidak redha kepada mereka yang terlibat sahaja, yang tak terlibat kenapa nak berasa pula, ke ini semua atas arahan pimpinan ataupun kalian semua ada pakatan, kalau betul kalian jahatlah, kalau tidak tidaklah, Tuhan pun dah kata orang yang baik maka dia baik, kalau dia jahat maka dia jahat, kenapa pula ana nak kata yang baik itu jahat atau sebaliknya, persatuan tidak ada yang jahat atau baik, tapi yang di dalam tu(orang2) sahaja. Harap sahabat2 blog tidak salah faham.

Sunday 27 September 2009

Laporan Peristiwa

Laporan drp Bumi Mesir

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya ana mengucapkan pujian yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat yang tidak terhitung, seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ternyata perbincangan yang ana akan bawakan ini sangat panas dan hangat, dan ana sangat berharap agar semua pihak dapat membuka mata atas topik yang ana bawakan ini khususnya buat sahabat2 ISMA yang ana sayangi dan tidak dilupakan juga pihak2 yang terlibat.

Yang ni mesti baca!!!
Sahabat2 boleh klik stiap perkataan yang berwarna merah, sangat penting untuk dibaca, bagi ana itulah info yang menarik, ana terpaksa buat system klik agar kalam ana di ruangan ana tidak panjang d
an membosankan sahabat2 sekalian untuk baca, jadi klik jangan tak klik, kerana semua maklumat ada pada “klik warna merah”.

Perhatian
Apa yang ana perkatakan adalah atas nama peribadi dan bukan atas mana2 nama persatuan, dan jangan sesekali melabelkan suara ana dengan pergerakan Mahasiswa yang menjaga kebajikan Mahasiswa Malaysia di Mesir ni. Ana sekadar mendedahkan apa yang berlaku, untuk dikongsi bersama, ternyata ia untuk kepentingan semua dan bukan untuk kepentingan peribadi, ana tidak takut dengan hujah yang bakal mereka lemparkan kepada ana hasil p
endedahan dan artikel ini. Tapi inilah mereka yang sebenarnya….

Sebelum memulakan kisah yang menarik ini, ana ingin mengucapkan selamat datang ke bumi barakah (MESIR) kepada adik2 & teman2 yang baru datang pada 24 september 2009 baru2 ini bersamaan 5 syawal 1430 yang jatuh pada hari khamis sekitar jam 5.00 petang. Pelajar2 baru yang datang ini adalah pelajar2 Yayasan Terengganu dari pengajian Islam dan Perubatan dan daripada l
atar belakang sekolah yang pelbagai. Semuanya berjumlah 38 orang(lelaki & perempuan).

Sebelum & di Airport
Ternyata
ana dan sahabat2 di pihak KPT sangat gembira untuk menyambut kehadiran pelajar2 baru, tidak sabar rasanya untuk bertemu & beramah mesra dengan mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan kami menyambut pelajar2 baru, dan bukan perkara baru di bumi mesir ni. Ternyata kami diberi amaran oleh En. Kamal: “kalau saya jumpa awak dan kawan2 awak di airport, jaga awak semua.

Kita nak kata kepada En. Kamal, kenapa perlu halang kita daripada menjemput pelajar2 baru, kita bukan nak buat apapun, cuma sekadar menyambut mereka sahaja, kenapa tidak mahu memberi peluang kepada kita berbaik-baik dengan pelajar2 baru seolah-olah mahu menjauhkan kita daripada mereka, memangnya kita ni menyebarkan dakyah2 yang sesat ke? Setahu ana, yang me
ndedahkan dakyah2 sesat tu persatuan yang satu lagi dan bukannya PMRAM.

Apa yang peliknya sahabat2 sekalian, kenapa pegawai Terengganu tergamak mengabaikan pelajar2 Terengganu dan mengutamakan UMNO dan ISMA, siapa mereka, sedangkan persatuan tunggal dalam Terengganu hanyalah (KPT) sahaja. Kenapa perlu mereka, tambahan pula, mereka yang dari Nadi UMNO dan ISMA tu bukan dari negeri Terengganu, tapi negeri2 luar seperti Selangor, Melaka, Pahang dan lain2, apa kaitan mereka d
engan pelajar2 baru Terengganu, sedikit pun tidak ada kaitan, jadi kenapa nak sibuk2 sangat, boleh jadi adik2 menyampah tengok mereka.

Tiba di airport
Sesampainya ana dan sahabat2 di airport, ternyata begitu ramai tentera bersekutu seperti ISMA dan UMNO, yang ana hairannya pegawai Terengganu dan Yayasan seolah-olah menganggap keberadaan kami di situ tidak wujud. Kenapalah kalian jadi sedemikian, padahal kami sudi untuk berkhidmat untuk pegawai demi adik2 baru, tak perlu kutip pengemis2 di jalanan. Kalau pengemis, kena bayar, tapi kami sanggup jadi hamba, bekerja tanpa upah sedikitpun, hanya pengorbanan tenaga dan ihsan kepada adik2. Ternyata niat ikhlas kami dipersiakan oleh pegawai yang cerdik tapi tak cerdik.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, punyalah teruk pakatan2 pegawai ni, termasuklah ISMA dan UMNO, mereka merahsiakan perjalanan adik2 baru, kononnya nak sembunyikan mereka daripada kita, ternyata
Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, akhirnya kita dapat tahu juga. Di airport, group2 ISMA atau UMNO ni mengibarkan bendera Terengganu, tak malu langsung, padahal mereka bukan dari negeri Terengganu, semua dari negeri2 luar, tak patut langsung pegawai Terengganu (UMNO) ni, dah tahu orang tak suka dekat dia, nak paksa2 orang suka dia, mana boleh. Bertaubatlah, ana bukan tak suka dia tapi perbuatan dia.

Kawan2 nak tahu, pegawai Terengganu tu bekas ADUN SURA kawasan Dungun, tapi tidak terpilih
untuk terus bertanding sebab mempunyai rekod yang buruk di kawasannya, terus-terang ana katakan, bahawa mereka semua adalah jahat, merekalah penculik, merekalah penyamun, dan merekalah penyangak, ana secara peribadi tidak sesekali meredhai perbuatan khianat dan jahat mereka termasuk ISMA dan Nadi UMNO, tak kiralah En. Mustaqim ISMA ke, Faizal Nadi UMNO ke, En. Majdi bebas ke, En. Kamal pegawai ke….

Apa yang pasti ana tidak sesekali meredhai kalian memperlakukan adik2 sedemikian, termasuk usaha untuk menjauhkan adik2 selama seminggu ni, kononnya nak jaga kebajikan adik2 baru, ternyata manis di mulut jahat di hati, kata orang PMRAM munafiq namun merekalah yang sebenarnya munafiq, kata perjuangan kita bukan Islam, ternyata perjuangan mereka yang sebenarnya bukan Islam, kerana cuba untuk memecahbelahkan Mahasiswa di sini.

Di airport, ternyata group mereka ramailah juga termasuk pegawai2, masing2 saling memandang antara ana, sahabat2 dan group lawan(Pegawai2, ISMA & UMNO), sambil menunggu urusan adik2 baru di dalam selesai di dalam, namun ana berusaha untuk menampakkan bayang2 ana kepada adik2 yang baru datang, bila dilambai masing2 menyahut, Alhamdulillah, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib akhirnya adik2 baru keluar, dan ternyata ana orang yang pertama sempat menyapa, bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada adik2 yang baru datang, maklumlah semua adik2 baru yang datang dari SMAASZA dan IQT mengenali ana, sekali lagi Alhamdulillah, namun ternyata keluar ayat yang sayu dari adik2 baru, dahagalah ust Ubai, tak ada air ke, ternyata kebajikan yang dijanjikan oleh pegawai dan konco2nya sudah terabai saat permulaan lagi.

Adik2 kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pegawai Terengganu En. Kamal. Pihak kami(KPT) langsung tidak dibenarkan untuk bersama adik2 sampai untuk naik bas bersama merekapun kami tidak dibenarkan, namun takdir telah menentukan perancangan orang2 di pihak yang benar itu terpelihara, senior dikalangan akhowat kita berjaya menyelinap masuk ke dalam bas tersebut tanpa pengetahuan mereka, ternyata kami terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengetahui pergerakan adik2 dan memastikan agenda2 tersembunyi pihak yayasan di bawah penyelenggaraan En. Kamal.

Perhatian!!!

Ana sangat berharap agar pihak2 yang prihatin terhadap isu ini dapat menyebarkannya kepada orang ramai dan pihak yang berkenaan agar sebarang tindakan dapat diambil demi menjamin tugas seorang pegawai berjalan dengan amanah, tiada apa yang ana rahsiakan, ana cuba korek sedaya mungkin daripada adik2 baru dan pihak yang terlibat, dan ana akan dedahkan, dalam masa yang terdekat, mungkin esok hari, ana akan posting pulang artikel berkenaan hari yang kedua, ketiga sehinggalah kepada perjalanan yang seterusnya iaitu hari kelmarin ke (Sinai) dan (Alex).Ana terpaksa membuat laporan secara bersiri kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaip artikel semasa adik2 baru ada di sisi, kerana berkorban untuk merisik perjalanan adik2 dan menjaga kebajikan mereka secara senyap.

Monday 21 September 2009

Diari Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian, salam Aidilfitri ana & isteri ucapkan, semoga Ramadhan kita yang lalu diterima oleh Allah dan diberi keberkatan untuk kita meneruskan ibadat kepadaNya di bulan2 yang lain. Maaf sahabat2 sekali, ana x ingat yang ana tak kahwin lagi, masih bujang rupanya, ingat dah beristeri, tak sedar sebab asyik sangat tinggal kat Mesir ni, he6.
Suasana akhir di petang Ramadhan

Perjalanan pulang ke kampung...seronokkk

Sanak saudara jauh tiba ke kampung

Ayah & abang pula pergi ke masjid untuk solat tasbih

Nenek sibuk memasak rendang untuk dimakan bersama ketupat

Ada juga yang sibuk buat kuih raye

Saudara-mara sibuk sediakan pelita untuk dipasang

Kanak2 bermain bunga api,
Ibu & kakak siap memasang langsir & kemas rumah

Nikmati hidangan sebelum solat hari raye

Sama2 pergi solat hari raye

Maafkan saye, ibu, ayah, atuk & nenek

Bersalaman di pagi raye

Ziarah teman2 & rakan2 taulan

Kanak2 sibuk cari duit raye

Wednesday 16 September 2009

Bicara Ramadhan

Keistimewaan Ramadhan

Alhamdulillah, akhirnya ana terpanggil juga untuk berbicara mengenai kelebihan Ramadhan yang Allah kurniakan kepada kita, ternyata begitu banyak kurniaan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di bulan yang penuh barakah ini. Kalau kita hitung, nescaya tidak mampu kita menghitungnya. Lihatlah kepemurahan Allah kepada kita, adakah kita masih sanggup melakukan kemaksiatan kepada Allah setelah begitu banyak nikmat yang Allah anugerahkan. Hanya mereka yang hidup mata hatinya sahajalah yang menyedari hakikat ini.

Di bulan Ramadhan terlalu banyak keistimewaan dan peristiwa2 yang besar yang telah berlaku, akan ana bicarakan di bawah ini seringkas mungkin, yang penting mesej itu sampai kepada sahabat2 sekalian dan dapat sama2 kita hayati buat renungan bersama, insyaAllah.

Pahala digandakan
-di bulan Ramadhan, Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan untuk kita rebut sebagai bekalan kita ke alam abadi. Di bulan ini peluang untuk kita lakukan sebanyak mungkin amal kebajikan, ternyata ganjarannya berlipat kali ganda, sehingga 700 kali ganda banyaknya. Antara amalan yang diajar oleh Nabi ialah membaca Al-Quran, banyakkan berdoa, bersedeqah, solat tarawih, qiamullail, menjauhi perkara sia2, banyakkan melakukan amalan2 sunat dan banyak lagi.

Perang Badar Al-Kubra
-kemenangan di dalam perang Badar adalah suatu tanda keagungan Allah. Ternyata kita ni mesti bergantung seluruh kehidupan kita kepada Allah, dan bukan kepada makhluk atau apa2. Jika kita benar2 yakin dengan Allah, maka Allah akan bantu kita. Semua sedia maklum, bahawa Perang Badar berlaku dalam bulan Ramadhan, tentera Islam dalam keadaan lemah, cuma 313 orang sahaja, kelengkapan senjata pula tidak cukup, namun ternyata itu semua tidak menjadi halangan, bahkan Islam berjaya melawan tentera kafir yang ramainya 1000 orang dan mempunyai kelengkapan senjata yang cukup lengkap.

Pembukaan Kota Makkah
-setelah sekian lama Nabi Muhammad berjuang, tanpa ada putus asa, akhirnya Islam berjaya dibuka di Kota Makkah. Itulah hasil usaha Nabi dan orang Islam, dan itu jugalah hasil kebijaksanaan Rasulullah dalam menyelesaikan urusan2 yang banyaknya sehingga membawa kepada kemenangan Islam yang besar. Penaklukan Kota Makkah menjadi simbol perluasan kuasa Islam ke seluruh dunia. Sehingga hari ini kita melihat simbol kekuatan Islam itu masih terpacak dan terpelihara di hadapan mata kita dan ia menjadi kiblat kesatuan ummat seluruh dunia.

Turunnya Al-Quran
-tersebut dalam satu riwayat bahawa turunnya Al-Quran pada malam 17 Ramadhan. Turunnya Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Langit Dunia . Ternyata Al-Quran itu sebagai kalam Allah yang dipelihara hingga kiamat, diturunkan kepada Nabi Muhammad, dan menjadi panduan dan hidayah kepada ummat Islam. Mulianya kalam Allah dapat kita lihat, bahawa Allah menurunkan Al-Quran pada bulan yang mulia dan kepada insan yang paling mulia. Tiada siapa yang dapat mengubah dan mampu menandingi kehebatan Al-Quran kerana Al-Quran di bawah penguasaan Allah itu sendiri.

Malam Lailatul Qadr
-malam inilah malam yang Allah janjikan ganjaran yang besar kepada hambanya, kelebihan yang Allah janjikan lebih baik daripada 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Namun tiada siapa yang tahu dan dapat mengetahuinya malam istimewa tersebut, melainkan Allah dan mereka2 yang dipilih oleh Allah sahaja, ternyata Allah benar2 ingin menguji hamba2nya agar ikhlas dalam melakukan ibadat di malam tersebut. Allah juga menjanjikan doanya dimakbulkan oleh Allah dan darjatnya ditinggikan, subhanallah, apa lagi yang kita mahu, hanya itu sahaja yang membantu kita untuk mendapat akhirat iaitu syurga yang abadi.

Sunday 13 September 2009

Salam Wida' Ya Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Permata seterusnya

Sebak di dada meskipun tidak sebak di mata. Itulah yang mampu ana ungkapkan pada kesempatan kali ini, manakan tidak guru kesayangankun Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah meninggalkan ana dan sahabat2 kerana masa untuk bersama kami telah tamat. Jujur ana katakan, pengajian bersama Syeikh tidak membosankan, bahkan banyak ilmu yang ana dapat daripada Syeikh sepanjang 22 hari bersama Syeikh. Sedih memang sedih, namun ana berdoa kepada Allah agar tidak menitiskan airmata pada waktu itu, agar tidak timbul perasaan riya’ di dalam hati.

Alhamdulillah, ana mampu untuk istiqamah sepanjang kelas Syeikh berlangsung melainkan beberapa ketika, itupun sebab yang tidak disengajakan. Ilmu yang ana perolehi bukan sahaja termaktub dalam kitab(pemahaman syarahan Syeikh), bahkan di luar kitab, mana buktinya? Buktinya, ana yng lemah, hina dan dhaif ini sahaja mampu mengumpul lebih 50 m/s kalam2 Syeikh yang lainnya di dalam buku nota ana, bagaimana pula dengan mereka yang lebih hebat daripadaku, itu tidak termasuk apa yang ana masih ingat, tapi tidak diabadikan dalam kitab dan juga buku nota ana.

Ana akan cuba sedaya upaya membentang kalam2 Syeikh Nuruddin di dalam blog perjuangan ana
http://masyayikh.blogspot.com/ , hanya itu yang mampu ana lakukan sebagai suatu pengorbanan buat guru yang tersayang, iaitu menyebarkan kalam2 yang baik daripada Syeikh kepada sahabat2 di luar sana, khususnya mereka2 yang tidak berkesempatan mengikuti kelas pengajian Syeikh. Masih banyak kalam2 Syeikh Nuruddin yang belum ana bentangkan, maaf sebab ana sibuk sedikit.

Di kesempatan ini juga, ana ingin memohon jutaan kemaafan daripadamu wahai Tuan Guru, semoga segala ilmu yang guru curahkan kepada kami, dapat kami sematkan dalam jiwa, seterusnya mampu untuk mengamalkannya dan akhirnya menyebarkan kepada masyarakat nusantara, khususnya warga tanahair kami yang tercinta. Terima kasih yang tidak terhingga, itu sahajalah yang mampu ana lafazkan untukmu, ternyata segala jasa dan pengorbananmu itu tidak mampu ana dan rakan2 membalasnya sampai bila2.

Terima kasih juga guru, ternyata kehadiranmu telah menjadikan masa cutiku terisi dengan perkara2 yang berfaedah, dan tidak terbuang dengan perkara2 yang tidak berfaedah seperti tidur sepanjang Ramadhan. Juga kehadiranmu menambahkan ilmuku yang sentiasa cetek, kehadiranmu membuatkan hariku menjadi berkat, kehadiranmu untuk menyedarkan kami, dan sememangnya kehadiranmu sangat bermakna dalam percaturan hidup ana dan rakan2.

Namun ana berpuas hati kerana hajat di hati Allah tunaikan, pertama untuk melontarkan soalan kepada Syeikh, ternyata Syeikh memberi respon yang positif terhadap pertanyaanku, kedua untuk mengucup pipi seorang guru yang bergelar ulama. Alangkah gembira dan sebak rasanya pada saat perpisahan itu. Guru, ana belum puas menatap wajahmu, belum puas menimba ilmu daripadamu, belum puas menanyakan soalan, belum puas mengucup tanganmu, belum puas mencium pipimu, adakah Tuhan akan memberi kesempatan untuk kita bertemu lagi di masa akan datang?



Semoga Allah panjangkan umurmu, begitu juga umurku, kerana ana masih belum puas berjumpa dengan para alim ulama. Pasti selepas ini kerinduan kepadamu itu datang, kerana mengenangkan saat cuitan mesramu semasa di dalam kelas pengajian, yang tidak ubah seperti watak seorang bapa, terima kasih, terima kasih, terima kasih…Ya Allah terlalu banyak ujian yang engkau timpakan ke atasku, selepas pemergian Syeikh Syed Abdul Kadir Al-Joufrey dan Syeikh Khairul Anuar Al-Kelantani, ternyata kini Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pula, ternyata perpisahan itu suatu kepastian.

Friday 11 September 2009

Kematian tetamu yang tak diundang

Bicara kematian orang tersayang

Ternyata baru2 ini, terpampang berita kematian adik kepada adik2 kita di Mesir(pelajar bu’uth) iaitu saudara Faris dan Hafiz. Ternyata bila di lihat dalam akhbar, 3 orang kanak2 berusia 9 & 10 tahun mati lemas, ternyata mereka adalah 3 sekawan yang pulang daripada sekolah lalu mandi di sungai. Kejadian ini berlaku di Kampung Nyiour, Paka, Dungun, Terengganu. Saudara Hafiz yang kematian adiknya manakala saudara Faris kematian adik dan juga sepupunya. Bila diteliti lagi, ternyata saudara Hafiz adalah anak kepada Al-Fadhil Ustaz Saiful Bahri bin Mamat, bekas ADUN Paka, juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, takziah diucapkan.

Berita tersebut membuat ana kembali teringat kepada arwah ibu, baru2 ini gagal dalam peperiksaan, kemudian ulangtahun kematian ibu, kemudian suara tangisan dari seorang kakak, dan sekarang adik2 bu’uth kita pulak yang kehilangan orang tersayang, dan ini membuatkan ana teringat akan ibu yang tersayang. Ternyata kematian itu menjemput semua manusia tidak kira siapa mereka. Tiada siapa yang dapat membeli atau menjual kematian, jadi kenapa kita sombong sangat di dunia ni, bangga dengan sedikit kelebihan yang Allah berikan berbanding insan yang lain yang sepatutnya kita bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan.

Ana sangat memahami perasaan orang yang kehilangan orang yang tersayang, kerana ana pun pernah kehilangan orang yang tersayang, namun keperitan kehilangan seorang yang bernama ibu itu ternyata lebih perit daripada kehilangan insan yang bernama ayah, kakak, abang, adik, sahabat dan sebagainya. Ini kerana ibulah tempat kita berkasih sayang, dan merupakan wali yang penuh keramat dalam kehidupan kita. Adalah pemergian mereka akan membuatkan kita teringat dan terimbau kembali segala jasa baik dan kenangan indah sewaktu bersama mereka. Buat sahabat2 di luar sana, yang masih memiliki segala-galanya insan tersayang, hargailah mereka sebelum Allah menjemput mereka.

Ana masih teringat, di waktu hayat ibu, banyak amalan2 yang baik dan mulia diajarkan oleh ibu, sedangkan pembelajarannya hanya setakat darjah 6 sahaja, ini kerana ibuku berasal dari keluarga yang agak susah, dan beliau merupakan anak yang sulong, jadi terpaksa bekerja untuk membantu nenek dan datukku. Ana terfikir sejenak, macam mana ilmu ibuku sejauh itu, sehingga menjangkau pemikiran ulama, tidak lain dan tidak bukan ibadat serta taqwa ibuku yang sungguh terhadap Allah s.w.t. Bahkan ulama pernah menyebut bahawa ibu yang baik adalah wali yang paling tinggi. Ternyata keinginan seorang ibu yang baik adalah untuk menjadikan anaknya anak yang soleh.

Apakah sahabat2 sekalian merasakan perbicaraan ana ini suatu percakapan kosong? Tidak, tidak sama sekali, sahabat2 boleh bertanya kepada diri2 sahabat sekalian, siapa ibu pada pandangan mata sahabat2 sekalian. Ternyata ibuku seorang yang sangat memahami dan berfikiran yang jauh. Perbicaraan kali ini bukan untuk melebihkan ibuku daripada ibu2 sahabat sekalian, namun ia hanya sekadar perkongsian, dan ana sekadar nak meluahkan hati bahawa ana sangat berbangga kerana mempunyai ibu yang sehebat itu yang menjadikan Saidatina Khadijah sebagai idola rumahtangga.

Inilah antara amalan2 ibuku yang sangat membanggakan ana selaku seorang insan yang masih belum berjasa kepadanya, masih belum memenuhi impiannya untuk melihat ana berjaya, namun keinginannya untuk ana sampai ke Mesir ternyata telah dikabulkan oleh Allah meskipun ana tak berhajat untuk datang ke Mesir pada asalnya. Sekali lagi ana terangkan di sini, bahawa ana bukan nak berbangga-bangga tapi rasa bertuah kerana memiliki ibu seperti ini, meskipun dikurniakan ibu angkat, ternyata ianya tidak sama dengan ibu kandung, kerana tidak dapat mengucup tangannya serta membelainya.

1) Membaca Al-Mulk tiap2 malam @ lepas subuh, tiap2 hari
2) Membaca Yasin setiap minggu, pada hari khamis
3) Tidak pernah tinggal solat berjemaah subuh dan isya’
4) Mengikuti kelas pengajian setiap minggu
5) Sentiasa berzikir di waktu lapang dengan tasbih kokonya
6) Puasa syaaban setiap tahun, 30 hari
7) Tidak pernah tinggal puasa 6 hari raya
8) Selalu menziarahi jiran dan hubung silaturrahim
9) Selalu hormat dan taat kepada ibunya(nenekku), sentiasa ziarah semasa hidup, nenekku masih hidup sampai sekarang
10) Suka dan menyayangi cucu2nya
11) Kurang tidurnya, kerana banyak komitmen untuk suami, anak2, dan pengajian
12) Sanggup menggadaikan perkakasnya demi menghantar anaknya ke luar negara, membayar hutang anaknya, mengahwinkan anaknya, memberi pinjaman kepada mereka yang memerlukannya.
13) Suka merawat orang yang sakit dan menjual ubat-ubatan
14) Sentiasa bersedeqah meskipun kepada mereka yang kurang akal dengan memberi makanan
15) Sanggup berbelanja untuk kami(anak2) membeli buku dan pergi kelas tambahan
16) Sentiasa bercerita kisah2 tauladan kepadaku
17) Sentiasa gerak anak2nya di awal subuh agar subuh tidak ketinggalan

Banyak lagi kelebihan2 yang ingin ana ceritakan, tapi ana rasa cukup sekadar itu sahaja dikesempatan masa yang tidak banyak ini. Apa yang diajarkan oleh ibu ana akan ana kongsikan sedikit dengan sahabat2 agar dapat sama2 kita renungi terutama buat diri ana yang masih lagi mempunyai tanggungjawab iaitu belajar bersungguh-sungguh untuk kembali kepada masyarakat di Malaysia, keinginan ibu untuk melihat ana menjadi seorang ulama akan menjadi realiti dengan izin Allah suatu hari nanti. Siapa yang tidak mahu jadi ulama, semua mahu, ini kerana kemuliaan ulama di sisi Allah sangat tinggi.

-ibu ajar salam & kucup tangan ibubapa sebelum tidur
-ibu ajar salam & kucup tangan sebelum pergi dan selepas pulang sekolah
-ibu suruh baca doa sebelum makan
-ibu pesan, ucap terima kasih kepada semua orang yang berjasa @ beri sesuatu
-ibu pesan, tegur dan beri salam dekat semua guru
-ibu marah mengumpat guru
-ibu marah kalau ana belajar sambil meniarap
-ibu ajar bermain di waktu siang sahaja, malam mesti ke surau
-ibu didik ana agar kurangkan tidur & banyakkan baca Quran
-ibu didik ana agar hormat orang yang lebih tua
-jangan suka berhutang nanti payah nak bayar
-ibu pesan, kurangkan tonton TV nanti bazir masa
-ibu ajar ana agar pilih sahabat yang baik
-ibu ajar ana agar tidak keluar lewat2 malam
-ibu ajar ana agar tidak rokok
-ibu tidak suka kalau ana bergaduh dengan orang lain nanti makin besar masalah
-ibu ajar agar ana tidak suka bercakap bohong
-ibu tidak pernah ajar agar meniru dalam peperiksaan, biar kita usaha sendiri
-ibu suruh baca doa penerang hati tiap2 malam
-ibu selalu ingatkan kerja sekolah meskipun sudah besar
-ibu ajar ana ikut sunnah:
1.cari isteri yang solehah
2.pakai jubah bila sembahyang
3.minum air duduk
4.naik kenderaan baca doa
5.jangan tidur lepas subuh & asar

Alhamdulillah, lega rasanya dapat meluahkan isi hati ini, Ramadhan benar2 mengajar ana erti sebuah kehilangan, adakah kita juga merasakan yang demikian dengan pemergian Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ternyata ibadat yang ana sedekahkan di bulan Ramadhan yang diniatkan untuk arwah tercinta tidak berganda lagi, kerana ibadat di bulan lain hanya 1 pahala sahaja bagi tiap2 kebaikan sementara di bulan Ramadhan Allah gandakan sehinggakan tidak terbilang banyaknya kerana Allah yang akan membalasnya.


Ternyata raya tahun ini tanpa kucupan ibubapa dan abang2 & kakak, begitu juga lafaz ucapan maaf & Selamat Menyambut Aidilfitri, tidak lagi dapat sampai kepada ibu melalui telefon, ternyata orang lain boleh2 saja, namun doa & kehadiranmu dalam mimpi sahaja yang mampu menghiasi hidupku.

Monday 7 September 2009

Bila ditimpa musibah

Sakit tanda kepemurahan Allah s.w.t.

Kita semua mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemurah. Tenyata kita selalu mengungkapkan kalimah tersebut, dalam doa, sembahyang dan ibadat seharian kita. Bagaimana kita semua mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemurah? Tidak lain dan tidak bukan, dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita sehingga hari ini, makannya, umurnya, kekayaannya, kesihatannya dan sebagainya, namun setakat mana kita mensyukurinya…

Apa yang ana ingin perkatakan di kesempatan ini adalah mengenai sakit sebagai bukti bahawa Allah itu Maha Pemurah. Ternyata di saat Allah beri kesihatan kepada kita, kita lalai, sehingga tak terhitung banyaknya maksiat yang kita kerjakan, sehingga tidak sedar bahawa perbuatan dan ucapan kita telah mengguris hati orang yang berada di sekeliling kita, sehingga tidak tahu mana yang baik dan buruk, semuanya bercampur-aduk.

Kemudian Allah yang Maha Pemurah telah menguji kita dengan sakit yang tidak pernah kita minta, kerana semua orang tidak mahu sakit bahkan kita sentiasa mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan kepada kita, panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, sedangkan Nabi Muhammad mendoakan agar diberi kesakitan, begitu juga Ulama, mereka mohon kepada Allah agar dipendekkan umur

Tentu sahabat tertanya-tanya, tiba2 jer bercakap pasal sakit, bukan apa sahabat sekalian, ana sakit kaki disebabkan jatuh di kelas pengajian Syeikh Nuruddin, sehingga sakit kepala lutut sampai tak selesa ketika sujud, terpaksa tahan, berjalan boleh, tapi naik tangga lah perit sedikit, sebab kaki tak boleh nak bengkok, asyik keras macam batang penyapu jer. Itu kelmarin, tapi sekarang, saat ana post entry ni, ternyata lebih sakit.

Ketika kita menghadapi sakit, pelbagai perkara yang kita ingat, teringat dosa yang dikerjakan, teringat amalan buruk di waktu sihat dahulu, dan yang paling bagus sekali, baru terasa nak buat amal ibadat, masa sihat bukan main malas, bila sakit baru tahu, setiap kali lepas sembahyang mesti doa minta sembuh, dah tak ada doa lain lagi, kalau masa sihat bukan main malas doa, mengaminkan doa pun malas, teruk betul. Sape tuuu??? Kitalahhh.

Ternyata bila kita sakit, ibadat kita bukan main cemerlang, gemilang dan terbilang lagi, mengalahkan ibadat para wali dan malaikat, masa sakit, ibadat lebih kurang jer. Ishhh, iiish, teruk betul kita yer. Agaknya kurang lagi tahap kesyukuran kita kepada Allah. Orang yang hampir dengan Allah, mereka bersyukur pada waktu sihat dan juga sakit, namun mereka lebih2 lagi di waktu sakit.

Sebab itulah ana katakana bahawa sakit itu adalah rahmat daripada Allah. Menjadi suatu peringatan kepada kita selaku hamba Allah yang selalu lalai dan leka dengan dodoian dunia. Allah datangkan ujian kepada kita kerana sayang dan kasih Allah kepada hambanya melebihi segalanya. Ternyata kita dipilih oleh Allah dalam lingkungan manusia yang banyaknya. Terpilih untuk menjadi hamba Allah yang diuji.

Kalau tidak, nescaya kita dibiarkan sahaja oleh Allah, sehingga kita tidak sedar bahawa nikmat yang Allah kurniakan itu adalah sebagai musibah agar kita makin jauh daripada Allah sebagaimana yang berlaku kepada Firaun, meskipun Firaun adalah hamba yang ingkar, Allah tetap atau masih memberikan nikmat, kekuasaan, kekayaan. Adakah itu sebagai nikmat? Sudah tentu tidak, bahkan itulah yang dinamakan istidroj.

Seterusnyaaa…….

Ternyata sakit yang Allah uji itu juga sebagai penghapus dosa, dosa2 yang telah kita kerjakan sebelum ni. Manakan tidak, ketika kita sakit, kita hanya ingat Allah sahaja, jarang sangat yang pada ketika itu masih ingat dunia, kalau ada teruk betul, harap2 tu bukan kita. Bahkan kita selalu mendengar orang kata, sakit tu tanda Allah ingat dan sayang dekat kita, betul dan memang benar, tiada keraguan sedikitpun. Tetaplah ucap Alhamdulillah

Lepas sihat ni, memang betul2 kena tunaikanlah apa yang kita dah janji pada Allah sebelum ni, kalau tak janji pun, kena buat juga, supaya rahmat Allah kekal bersama kita, aamin. Kesimpulannya, kita hendaklah redha terhadap apa2 sahaja yang Allah kurniakan kepada kita, dan hendaklah sentiasa menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur, kerana orang yang bersyukur akan ditambahkan nikmat oleh Allah sedangkan orang yang tidak tahu bersyukur akan mendapat azab yang pedih di sisi Allah.

Friday 4 September 2009

Ulangtahun kematian ibuku "Khadijah bt Ali"

Luahan hatiii seorang anak……

Alhamdulillah, kini ana dapat menulis lagi, setelah sekian lama berehat kerana menenangkan diri setelah gagal dalam peperiksaan baru2 ini, tapi Allah masih beri kekuatan untuk ana terus melibatkan diri dalam bidang dakwah melalui penulisan, meskipun kecil pengorbanan kita, Allah yang Maha Pemurah tetap menghitungnya, terima kasih Tuhanku. Kini genap ulangtahun ke-2 kematian ibuku (Khatijah binti Ali) setelah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 28 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007.

Pemergian insan yang tersayang memang suatu perkara yang menyedihkan, namun demikian, kita sebagai hamba Allah terpaksa akur akan kehendak Allah, kerana kita semua adalah haknya, maka bila tiba masanya, kita semua akan dikembalikan (mati). Bahkan pernah seorang adik di sekolah SMAASZA bertanya kepada saya: “macam mana rasanya kalau kematian ibu, abang? Wan tak boleh bayangkan, sebab Wan sangat sayangkan dia.” “Kalau sayang, kena jadi anak yang soleh,” jawabku.

Sebenarnya dah lama ana nak post pasal ni, tapi macam yang ana bagi tau sebelum nilah, nak buat macam mana, Allah betul2 nak uji kita, meskipun kita tak pernah doa dan bayangkan “gagal”, semuanya ada hikmah. Apa yang ana tulis, hanya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan jer, bagi ana, anda sekalian adalah keluarga ana, meskipun kita sering berbeza pendapat, kerana rambut mungkin sama hitam, tapi ternyata hati kita lain2.

Semalam ana bermesej dengan kakak yang tercinta, ternyata kesedihan yang membuak di dalam dada, tambahan pula tengok cerita sedih, semua pasal ibu tercinta, kalau kawan2 masih ingat “Seputih Qaseh Ramadhan” dan “Demi Masa”, ditambah lagi dengan nasyid ibu dari kumpulan Aeman yang bertajuk “Ibu” dan “Ya Ummi” oleh Abu Bukhetir. Kalau tak tengok atau dengar lagi, sahabat2 dan adik2 kena tonton dan dengar cerita dan lagu tersebut, biar kita jadi ingat dekat pengorbanan dan jasa mereka yang tak terhingga, ambil iktibar dan pengajaran, maka tiada salahnya, daripada tonton cerita yang karut dan tiada faedahnya.

Maklumlah sahabat2 sekalian, hubungan ana dengan kakak2 sangat erat berbanding dengan abang2, merekalah orang yang paling memahami diri ini selepas ibu tercinta. Ternyata selepas kematian ibu 2 tahun yang lepas, kakakku yang sulong ni sangat ambil berat pasal diriku, begitu juga dengan perasaanku, hinggakan ana merasakan sentuhan ibu itu masih ada meskipun ia tidak sama, dan takkan sama, tapi yang pasti ada auranya. Buat pembaca sekalian, ana dipanggil “Mie” dalam keluarga, bukan apa, ana takut sahabat2 tidak faham bila baca perenggan di bawah nanti.

Ana mempunyai 3 orang kakak, dan anak anak yang ke-17 (bongsu). Pagi semalam ana telefon ayah dan kakak, maklumlah terlalu sedih pada malamnya, ternyata kakakku menangis kerana memikirkan nasibku di sini, lalu ana menaip sebuah mesej luahan hatiku yang sebenar:
"Tak perlu sedih, Mie selalu ingat keluarga di sana, Mie selalu ingat nasihat arwah ibu, Mie selalu ingat matlamat datang ke Mesir, Mie akan amanah dengan pelajaran Mie, cuma Mie dah buat yang terbaik, Tuhan jer tahu, tapi Tuhan nak uji Mie dengan kegagalan, nak buat macam mana, itu kelemahan Mie, sebab Mie tak mampu nak ubah takdir Tuhan, jadi Mie mintak maaf, yang Mie harapkan sekarang doa, doa dari semua…"

Apa2 pun, ana pasti akan bawa pulang kejayaan(ilmu), kejayaanku di sini adalah untuk ibuku yang tercinta dan agama Islam itu sendiri. Semoga aku beroleh kejayaanku untuk ana bawa pulang dan berkhidmat kepada masyarakat di sana. Ternyata nasihat ibu akan ana pegang sampai bila2, belajar bersungguh-sungguh, jaga tingkah laku, hormati guru, cari isteri solehah, mengajar elok2 dan banyak lagi.

Ibu(arwah), Bak(ayah), Kak Long, Kak Izan, Kak Asiah,
Abang Il, Abang Li, Abang2, Pa & Ma, Adik2,:
Maafkan Mie kerana gagal dalam peperiksaan baru2 ini, doakan semoga dapat kekuatan untuk terus menimba ilmu di sini, ilmu yang bakal Mie kutip bukan untuk diri sendiri, tapi untuk perjuangan Islam, Mie tak harapkan sangat duit, yang Mie harapkan doa dan restu keluarga sekalian, meskipun Ramadhan kali ini kita berasingan, ternyata kehadiran kalian menghiasi ruangan mimpi, kerinduan pada ibu juga makin pudar, sebab kehebatan arwah ibu sentiasa muncul dalam mimpi, keserian wajahnya tak pernah pudar, meskipun kegagalan yang Mie persembahkan, kerana ibu tahu bahawa Mie berusaha, meskipun Mie tak pernah persembahkan kejayaan untuk ibu, ibu tak pernah marah, namun tetap suruh aku berusaha, apa yang mampu Mie persembahkan sekarang untuk ibu hanyalah bacaan Al-Mulk dan doa, semoga dihitung oleh Allah.

Maafkan ana sahabat2 sekalian kerana menjadikan ruangan blog kali ni tempat luahan hati, maklumlah sahabat yang selalu mendengar luahan hati ana tinggal jauh, di penghujung bumi Mesir, jadi terpaksalah luahnya di sini. Oleh itu, suka ana maklumkan, sempena Ramadhan kali ini, ana nak guna ruangan blog ini untuk meluahkan hati ana, harap sahabat2 dapat beri motivasi dan nasihat, dan sahabat tidak jemu untuk terus menziarah blog ini meskipun tidak sehebat blog rakan2 yang lain.

Ana ada 2 blog lagi, sahabat2 boleh berkunjung untuk dapatkan ilmu di sana, khas untuk pembaca2 sekalian, luangkan 5 minit untuk baca, agar kita sama2 dapat manfaat di bulan Ramadhan. Blog yang ana maksudkan ialah "http://masyayikh.blogspot.com/" dan "http://abangbercerita.blogspot.com/".

Terkadangkala kita sebagai seorang anak tidak sedar bahawa
kita pernah mengguris hati seorang ibu. Fikir2 kanlah…

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner