Masihku ingat...Kalau pakai baju, mesti pakai seluar itulah yang dapat ana kaitkan dengan kehidupan kita dalam berkawan. Pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita. Ana cuba mengimbau tentang seorang sahabat lama yang kini sudah berjauhan dari kehidupan namun tetap bersemi dalam sanubari. Kini kerinduan untuk menemuinya bagai menunggu buah yang masak ranum dari pohonan, harap2 bila gugur jatuh tidak mengecewakan.
Nama sebenar Ahmad Amiruddin bin Ibrahim atau panggilan manjanya Amir. Tinggal di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Sekarang sedang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan dalam bidang pengajian Islam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bercita-cita tinggi untuk menjadi pendakwah yang berjaya, semoga dapat direalisasikan ketika pulang ke tanah air nanti. Ingin sekali ana nukilkan kalam ini khas buatmu teman sejati:
Nama sebenar Ahmad Amiruddin bin Ibrahim atau panggilan manjanya Amir. Tinggal di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Sekarang sedang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan dalam bidang pengajian Islam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bercita-cita tinggi untuk menjadi pendakwah yang berjaya, semoga dapat direalisasikan ketika pulang ke tanah air nanti. Ingin sekali ana nukilkan kalam ini khas buatmu teman sejati:
Walau kita jauh di perantauan
Semoga sentiasa dalam ingatan
Walau kita berlainan dataran(Jordan-Mesir)
Namun tetap dalam satu perjuangan
Engkaulah sahabat pencetus perjuangan
Agar aku turut bersamamu dalam perjuangan
InsyaAllah, tiba masa turun padang
Bersama-sama untuk berjuang
Rasanya giliranmu sudahpun tiba
Semoga tabah menempuh ujian
Sahabatmu di sini sedang menanti
Harap2 istiqamah dalam perjuangan…aamin
Tahniah!!!
Kini giliranmu sudah sampai, cabaranmu sudah mendatang semoga redha Allah sentiasa bersamamu. Ana ucapkan sekalung tahniah di atas perlantikan sebagai Presiden yang baru. Walau di mana engkau duduk pastikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi tungjang dan asas kepada perjuangan atau persatuan. Jika benar ia menjadi asas kepadamu, sudah tentu sejuta rintangan yang perlu engkau hadapi, namun letaklah pergantungan 100% kepada Allah s.w.t. dengan sentiasa menjaga hakmu dengan Allah, nescaya Allah akan menunaikan hakmu. Ini disebut oleh Ibrahim bin Adham kepada seorang lelaki yang datang bertanya kepadanya mengenai sebab Allah tidak menunaikan hakku. Di samping itu, engkau mengingati prinsip iaitu usaha, doa dan tawakkal.Semoga sentiasa dalam ingatan
Walau kita berlainan dataran(Jordan-Mesir)
Namun tetap dalam satu perjuangan
Engkaulah sahabat pencetus perjuangan
Agar aku turut bersamamu dalam perjuangan
InsyaAllah, tiba masa turun padang
Bersama-sama untuk berjuang
Rasanya giliranmu sudahpun tiba
Semoga tabah menempuh ujian
Sahabatmu di sini sedang menanti
Harap2 istiqamah dalam perjuangan…aamin
Tahniah!!!
Sememangnya, ana tidak layak menasihati seorang lebih alim, hebat dan bijak daripadaku, namun ia hanya sebagai peringatan kerana kita sentiasa lalai. Ingatlah sahabat, Imam Ghazali pernah menyebut bahawa, “musibah akan menimpa kepada manusia yang lalai”. Satu lagi sahabat, masihkah engkau ingat akan nasihat ayahanda kita Luqmanul Hakim kepada anaknya, lakukanlah pekerjaan selagi mana kamu rasakan apa yang kamu kerjakan itu benar, betul dan diredhai Allah dan jangan kamu peduli komen, teguran daripada manusia yang jahil kerana sudah menjadi lumrah manusia yang suka komen sana dan sini. Dalam masa yang sama, terimalah cadangan atau cetusan idea meskipun dari orang bawahan kerana perkara yang demikian turut dilakukan oleh baginda Rasulullah ketika dalam peperangan Khandaq.
2 comments:
salam..tahniah!!! abang amir huhu
salam..amir jadi presiden ape ek?mabruklah buat amir...memang mantop..kalah senior2 dulu..huhu..semoga terus thabat..amin
Post a Comment