Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Wednesday, 29 July 2009

Hebatnya Engkau Wahai Guruku

Muqaddimah

Pertamanya sudilah ana mempernalkan tokoh yang disegani lagi masyhur ini, yang juga merupakan guru kesayangan ana yang mengajar ana dan sahabat2 di ruangan Al-Atrak di Masjid Al-Azhar setiap hari khamis tepat jam 9.30 pagi sehingga zohor. Bukan senang untuk istiqamah dalam pengajian Syeikh Hassan ini, hanya orang2 yang terpilih sahaja diberi kekuatan oleh Allah. Moga2 kita termasuk dikalangan tersebut, insyaAllah. Kenapa ana mengatakan demikian, sebab pertamanya adalah pagi itu sendiri, nikmat tidur pada waktu ini tidak dapat dipertikaikan, ijma’ ulama An-Naimun lah katakan.

Yang ke-2, lamanya tempoh pengajian Syeikh, bayangkan 3jam 30minit tanpa henti dan rehat. Yang ke-3, muhasabah diri kita sendiri, sudah penuhkah jadual talaqqi kita dengan masyayikh atau ilmu kita sudah cukup di dada, atau nikmat tidur itu mengatasi nikmat menatap wajah alim ulama atau macam mana? Sama2 lah kita renung dan fikirkan, ana tak maksudkan sahabat2 sekalian, sahabat2 sekalian semestinya lebih baik daripada ana, tapi ana fokuskan kepada diri ana sendiri sebagai peringatan buat diri yang dhaif ini.

Sekilas pandang biodata “Syeikh”

Nama sebenar Tuan Guru Prof. Dr. Hassan Mahmud Abdul Latif As-Syafie. Beliau lahir pada 19 desember pada tahun 1930. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin takhassus Aqidah dan Falsafah pada tahun 1963. Aqidah dan Falsafah merupakan takhassus yang paling sukar dan rumit dalam bidang usuluddin. Pada tahun 1963 beliau memulakan pengajaran di Kuliah Darul Ulum dalam Bahasa Arab dan Sains Islamiah dan mendapat kebenaran serta pengiktirafan daripada pihak universiti.

Seterusnya mendapat Phd pada tahun 1977 di Universiti London dalam bidang falsafah. Pada tahun 1981 beliau dihantar ke Pakistan kerana terlibat dalam Gerakan Ikhwanul Muslim dan menjadi antara orang kuat dalam Ikhwan Muslim. Di sana beliau menjawat jawatan yang begitu banyak dalam bidang pengajian antaranya sebagai salah seorang tenaga pengajar dalam bidang falsafah, kemudian sebagai ketua. Yang paling tertinggi adalah sebagai Amid Kuliah dan Ketua Majlis Anggota Universiti Antarabangsa di Islamabad Pakistan.

Pada tahun 2005 beliau dibenarkan kembali ke bumi tercinta Mesir Al-Kinanah untuk menyebarkan dakwah kepada pejuang2 dan anak2 Mesir. Beliau sekarang mengajar di ruangan atrak di Masjid Al-Azhar dalam bidang aqidah. Cita-cita beliau untuk memantapkan aqidah pelajar2 Azhar, kerana Azharlah yang akan melahirkan pemuda2 yang akan menentang musuh2 Islam khususnya Yahudi laknatullah dan sekutu kuatnya Amerika. Perjuangan Syeikh dan rakan2 seperjuangan lah yang akan menjayakan misi Al-Azhar untuk memenangkan Islam.

Tuan Syeikh merupakan sahabat kepada Syeikh Ali Jumah dan orang kanan kepada Imam Hassan Al-Banna. Beliau merupakan guru kepada masyayikh Al-Azhar. Antara anak muridnya adalah Syeikh Jamal Faroq, Syeikh Abdul Salam, Syeikh Asyaf, Syeikh Ibrahim Amru Shu dan ramai lagi. Kesemua yang ana sebutkan mengajar di Masjid Al-Azhar dan kadang-kadang duduk bersama ana dan sahabat2 lain dalam pengajian “aqidah nasfiyyah”. Majoriti yang menghadiri pengajian Syeikh adalah dari kalangan Master dan Phd, bukan sahaja dari Universiti Al-Azhar bahkan dari universiti yang lain.

Secebis luahan hati

Pada tanggal 23 Julai bersamaan hari khamis, ana berasa begitu bertuah kerana ramainya pelajar2 lepasan Master dan Phd yang menghadiri pengajian Syeikh. Seolah-olah hari tersebut hari berhimpunnya pelajar Syeikh dari pelosok Kaherah hatta dari muhafazah lain pun ada. Rasanya itulah kehadiran yang paling ramai sepanjang ana menghadiri pengajian Syeikh. Dan hari ini juga merupakan hari yang paling lewat syeikh pulang sekitar setengah jam selepas solat zohor kerana ramainya orang yang mengerumuni Syeikh untuk bertanyakan soalan.

Alhamdulillah, Tuhan juga memberi kesempatan kepada ana untuk bertanya kepada Syeikh, soalan pertama semasa dalam pengajian dan soalan kedua selepas pengajian. Inilah kali pertama ana memberanikan diri dengan membuka mulut untuk bertanya kepada Syeikh setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertanya tentang apa2 yang tidak faham, Alhamdulillah. Dan Syeikh menunjukkan reaksi yang baik terhadap soalan yang ana ajukan dan mendoakan kejayaan untukku, amin ya maulana.

Kelebihan “Syeikh”

Tuan Guru Syeikh juga merupakan ulama tasawwuf, dan terzahir pada perwatakan yang ditunjukkan Syeikh sebagai ahli tasawwuf dan keaktifan beliau dalam penulisan kitab2 tasawwuf. Dan barangsiapa yang melihat wajah Syeikh pasti akan mengatakan bahawa Syeikh memang ahli tasawwuf. Sebahagian orang mengatakan bahawa Syeikh memiliki ilmu kassyaf, wallahu a’lam. Tapi perkara tersebut pernah dialami oleh sahabat ana dan ana sendiri. Syeikh juga merupakan seorang yang suka meraikan para pelajarnya meskipun meskipun diajukan dengan soalan2 yang pelik, remeh dan kadang2 keluar dari topic perbincangan.

Satu perkara lagi yang ingin kongsikan dengan sahabat2 sekalian, bila melihat wajah syeikh rasa nikmat, tak dapat nak dibayangkan nikmat ketika melihat Allah kelak, kerana Allah itu cantik dan tidak sama seperti cantik makhluk, cantik makhluk sudah buat kita terpesona inikan pula Tuhan yang menjadikan kita. Namun bila melihat tubuh Syeikh yang menggeletar menambahkan benci ana kepada undang2 sekular dan semakin kuat untuk ana berjuang menentang undang2 jahat ini sehingga Islam menjadi undang2 utama di atas muka bumi.

Tahukah kalian kenapa tubuh Syeikh menggeletar, kerana semasa beliau ditangkap sekitar tahun 80-an beliau diseksa dalam tahanan dengan kejutan elektrik. Namun begitu iai tidak menjadi penghalang buat Syeikh terus berdakwah semuanya kerana kami semua. Itulah yang membuatkan ana bersemangat untuk terus istiqamah dalam pengajian Syeikh. Terkadang ana melihat Syeikh seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi, baik dari segi suaranya, kepetahan percakapannya dan kedalaman ilmunya. Sepanjang pengamatan ana, Tuan Guru adalah orang yang paling faqih dalam bidang aqidah masakan tidak, majority masyayikh di Azhar adalah pelajar kepada beliau.

Jangan salah faham

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, ana bukan taassub dengan Tuan Guru Syeikh, namun berkongsi tentang sirah kehidupan Syeikh dan sebagai renungan kita semua. Mungkin di sana ada manfaat yang kalian boleh ambil dari celotehan saya di ruangan ini kali ini. Kerana tidak salah kita memperkenalkan para auliya’ dan alim ulama, mana tahu kalau2 sahabat2 ingin menemui beliau suatu hari nanti dan bertanya masalah, boleh jadi dan tidak mustahil. Semua itu dalam ketetapan Allah s.w.t. Bahkan kita semua dituntut untuk mencintai ulama. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mencintai ulama, maka dia mencintaiku, barangsiapa yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah dan barangsiapa mencintai Allah, maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga".



"Sesungguhnya Ulama adalah pewaris kepada para Nabi, dan tidaklah para Nabi mewariskan sesuatu melainkan ilmu".



2 comments:

fahim ibnuHu said...

assalamualaikum...
perkongsian yang cukup bagus, dalam kita mengenal syeikh2 yang cukup hebat dalam ilmu nya, dan mereka tak kedekut dalam menyebarkan ilmu yang dimiliki oleh mereka....
teruskan perjuangan mu.. sahabat ku...

Assiddiq said...

Alhamdulillah.. nanti dah ada tapak kukuh2.. sama2 sebarkan ya.. sbab kita skang tapak xkukuh.. sbab tu lah jadi huru harap cmni.. moga2 dalam rahmatNya sentiasa.. xlupa lepas ni mohon tunjuk ajar juga pasal tapak tu..iaitu akidah.. terima kasih..

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner