Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Friday, 4 February 2011

Di Mana Pelajar2 Terengganu???

Mahasiswa Terengganu Terkandas


Macam mana cuma student Terengganu yang terkandas di Lapangan Terbang Mesir, dari jam 9 pagi kelmarin sampai 9 pagi tadi waktu Mesir mereka kelaparan. Kenapa student2 lain sudah di Jeddah. Diharap keluarga mereka dapat bersabar dan bertenang, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh mereka2, dan saya tidak berani komen tentang ape yang berlaku di Airport, sebab saya tiada di sana. Cuma persoalannya, adakah mereka masih di sana sekarang? Terus bila mereka akan berlepas?


*Mereka termasuklah adik2 baru, tok Imam, dan muslimat2.


Hebatnya-KRISIS MESIR

PERISTIWA JUMAAT (Hari Ini)


"Hari ini, Husni harus undur dan keluar dari Mesir." Itulah kehendak rakyat sebagaimana yang bergema di kaca TV Mesir, Al-Jaziera dan di tempat DEMO seluruh Mesir. Meskipun penyokong HUSNI ramai yang turun hari ini, suara penentangnya lebih kuat dan bergema. Adakah sesuatu akan berlaku selepas ini. Kita tunggu dan lihat. Apa yang kita tidak mahu lihat dan tunggu, sama2 kita doakan semoga semuanya kembali pulih dan aman. Tapi keamanan hanya akan dikecapi dengan pengunduran HUSNI.


Rakyat bukan seperti lembu, selepas dihalau langsung pulang. Meskipun sejuta janji yang ditabur oleh HUSNI, rakyat tetap tidak mahu berganjak, mereka akan terus maju dan berdemo. Mereka berlapar, berjaga malam, berkawal dan bertakbir, selama seminggu lebih itu semua berlangsung. Takkan mahu pulang begitu sahaja sementara “ZALIM” tidak mahu undur. Hebatnya semangat rakyat Mesir, semoga Allah memperkuatkan dan mempersatukan ikatan ukhuwwah dan semangat mereka, dan memberi kemenangan kpd Mesir, amin.


Tolong Jangan Mengganas

Kasihankan Mereka


Betul tu, rayuan daripada seluruh ulama dunia, termasuk Syeikh Yusof Qardhowi agar pihak tentera tidak memulakan sebarang keganasan terhadap rakyat Mesir yang sedang berdemo, sebaliknya berikanlah keamanan kepada mereka, mereka hanya inginkan hak mereka sebagai rakyat terpelihara, tidak lebih daripada. Bayangkanlah ibu2, anak2, gadis2, pemuda2, orang2 tua yang berada di kawasan itu, mereka tidak bersenjata, sudah satu minggu lebih mereka bertahan semata-mata untuk perjuangan ini.


Semoga saudara kita semuanya selamat, meskipun tidak seteruk di Palestin tapi ianya mirip di Palestin, apa lagi puak2 HUSNI yang preman tidak dikenali, dan mereka menggunakan senjata dan bahan letupan buatan tangan. Kasihankanlah mereka….Laungan takbir dan hidup Mesir bergema di seluruh kawasan DEMO, di kawasan saya kelihatannya masih aman dan tidak ada riuh dan bunyi tembakan, serta pantau kenderaan udara.


Apa ini???

GAME OVER & GET OUT MUBARAK

Salam semua. Rakyat mengisytiharkan ‘game over’. Permainan kamu sudah tamat HUSNI, berambus dari bumi MESIR. Kami tidak perlukan kamu, itulah laungan yang bergema di Alexandria dan Tahrir selepas sahaja selesai solat Jumaat. Keadaan di Husain tidak dapat saya saksikan, begitu juga di Azhar, jadi beritanya kurang jelas, apalagi polis melata, bagaikan semut menenangkan keadaan DEMO yang parah itu. Meskipun kawasan itu hanya 10-20 meter dari rumah saya.


Tambahan pula amaran tangkap kepada Ajnabi di kawsan DEMO membuatkan saya jadi takut untuk melihat atau memerhati kawasan DEMO. Apa2 yang jelas, akan diberitahu oleh orang Mesir di kawsan ini kepada saya.


Khutbah di medan PERANG

KHUTBAH JUMAAT DI TAHRIR


Alhamdulillah, khutbah Jumaat tetap berlangsung meskipun di kawasan DEMO. Semangat JIHAD di kawasan DEMO terus membara di kalangan mujahid2 DEMO. Khutbah yang disampaikan oleh khatib antaranya di Tahrir, menyemai semangat untuk meneruskan intifadha ini dan menjatuhkan kezaliman HUSNI, dan hari ini hari terakhir kamu dan kezaliman kamu di bumi Mesir ini. “Berundurlah sebelum kamu diundurkan”.


Antara isi khutbah yg disampaikan ikhwan muslimin di TAHRIR (kawsan DEMO)

Kami mahukan keamanan, tidak lebih daripada itu, kami mahu kebebasan hak rakyat, kami tidak mahu ditindas, kami mahu keadilan. Kami Cuma mahu kamu berundur, kenapa kamu harus tetap di tempat kamu, tempat kamu bukan di sini. Kami mahu kamu mendengar suara kami, kenapa susah sangat untuk menunaikan hak kami.

Orang kerajaan hanya mendengar sahaja khutbah daripada penentang HUSNI, sambil bersorak-sorak.


AZHAR dikawal ketat

TERKINI JAM 12.00tgh ari, masuk ZOHOR

Al-Faqir barusan pulang dari kawasan Husain, meskipun dihalang oleh beberapa orang Mesir dan dinasihati agar tidak ke sana. Tetapi setakat tinjauan Al-Faqir, ternyata polis berkawal ketat di kawasan Husain, dan Ajnabi, warga selain Mesir tidak dibenarkan masuk, mereka diminta pasport, dan diancam untuk ditangkap. Oleh itu, saya langsung pulang, kerana tentera telah mengeluarkan perintah untuk menangkap ajnabi yang keluar waktu sekarang gara tuduhan sebahagian yg menyertai rusuhan adalah drp Ajanabi.


Solat Jumaat, tetap ada, tapi dalam keadaan tidak aman, kerana pelbagai kemungkinan, yang tidak boleh dijangka. Tunggu selepas solat Jumat sahaja. Internet sering putus, maaf kalau tidak terupdate.


KALAM SYEIKH YUSOF QARDHOWI

Beliau menyeru rakyat Mesir meneruskan intifadha MESIR ini, begi menegakkan haq dan menjatuhkan ‘batil’. Beliau member amaran kepada ulama’2 kerajaan, yang menyuarakan pandangan yg kononnya menyokong HUSNI dan sebagainya, Al-Qardhowi mengecam tindakan ulama’2 Kerajaan yg cuba menghalang intifadha ini dengan kenyataan2 buruk dan tidak islamik dan lebih kepada politik dunia smeata-mata.


Thursday, 3 February 2011

Fatwa Syeikh Ali Jumaah

PANDANGAN SOLAT JUMAAT


Selepas ini terserah kepada semua untuk pergi atau tidak solat jumaat. Sekiranya merakan tidak aman, harus begi sesiapa sahaja untuk tidak menghadiri solat Jumaat. Apa lagi dijangkakan perhimpunan “giant” akan diadakan selepas solat jumaat di seluruh Mesir, termasuk di kawasan masjid Azhar dan masjid Hussain, yang mana hari terakhir untuk HUSNI MUBARAK undur telah tiba. Sekiranya dia tidak undur rakyak akan undurkan.


Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner