Hanya Allah yang Dapat Membalasnya
gambar bersama Syeikh Muhammad ketika penyerahan
cenderahati di Masjid Ayahnya iaitu Masjid Sidi Ibrahim.

Assalamualaikum w.b.t.
Salam kerinduan semua, buat teman2 yang dicintai dan ahli2 blog yang dikasihi sekalian. Ana menarik nafas yang lega, memuji Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad s.a.w., kerana dengan limpah, rahmat dan kasih-sayangnya, diri yang kerdil ini masih dan terus diberi peluang oleh Sang Pencipta untuk menukilkan kalam dalam ruangan dakwah ini. Moga2 ia dapat memberi manfaat kepada ana dan sahabat2 sekalian, amin...
Pada ruangan kali ini, sukalah untuk ana perkenalkan guru kesayangan/kebanggaan ana dan juga sahabat2 ana di bumi Mesir ini, iaitu tidak lain dan tidak bukan serta tidak asing lagi Syaikhuna Murabbi Al-Arif Billah Al-Allamah Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Husaini Al-Kattani As-Sakandari. Beliau merupakan salah seorang muhaddith dunia yang mencapai/memiliki darjat sanad yang tertinggi dan juga ahli keturunan Rasulullah.
Suatu kalam yang ingin ana kongsikan, kalau bukan sebab Nabi Muhammad, maka, tidak akan ada dunia ini, tidak akan ada kehidupan, tidak akan ada Iskandariah, dan tidak akan ada zuriat baginda yang soleh lagi wara' ini. Kalau bukan sebab Muhammad juga, sudah pasti Ismail akan terkorban, sudah pasti Abdullah akan terkorban dan begitulah seterusnya, menandakan rahmat yang dibawa oleh Nabi penyebab kepada semua yang kita kecapi.
Bukan nak tunjuk sangat gambar ana dengan Syeikh, tapi sekadar perkongsian, perjumpaan ana dengan Syeikh selama seminggu semata-mata untuk mendapatkan tahqiq dan susunan daripada Syeikh akan hadith 40 yang telah ana kumpulkan. Banyak perkongsian dan ujian ana dapat sepanjang berada di Iskandariah. Banyak perbahasan hadith yang sempat ana buka dan kaji daripada kitab2 ulama, yang sebahagiannya ana kongsikan dengan adik2 Medik.
Di atas, adalah kertas kerja pertama yang pada mulanya tidak diterima Syeikh kerana ada kecacatan. Maka ana meminta kebenaran membaiki daripada Syeikh setelah Syeikh mencadangkannya untuk dibaiki, akhirnya begitulah jadinya. Itulah perbahasan2 yang sempat ana ambil daripada Syeikh secara langsung dan tidak langsung sepanjang berada di Iskandariah. Setelah seminggu, Syeikh menerimanya dan akan menyusunnya.
Sekarang kertas hadith 40 berada di tangan Syeikh, dalam proses susunan. Ana sangat mengharapkan barakah daripada susunan Syeikh itu, doa2kan yer. Ana mahukan yang terbaik, semoga usaha ana itu diterima Allah dan bermanfaat untuk masyarakat sekarang dan juga akan datang. Meskipun demikian, Syeikh masih mengharapkan kedatangan ana untuk terus mendapatkan perbahasan dan pengetahuan tentang hadith2.
InsyaAllah Ubaidillah. Seterusnya jutaan terima kasih sekali lagi kepada adik2 Medik (Dr Afiq & Dr Hafiz-Kelantan, Dr Faiz & Dr Akram-Terengganu) khususnya dan Ustaz Khairul Nizam dari Terengganu atas bantuan yang memudahkan perjalanan/urusan ana di Iskandariah sehingga hampir 90% selesai. Tiada apa yang mampu ana hadiahkan melainkan doa semoga Allah membalas segala kebaikan kalian khusus adik2 Medik di Iskandariah. Ana kagum dengan antum sekalian.
Muhasabah: Janganlah sekali-kali kita meninggalkan solat fardhu secara berjemaah kerana yang demikian dititikberat dalam Islam, terutama dalam keadaan kita mampu untuk mengerjakannya. Sejahat-jahat amalan kita dan seburuk-buruk amalan kita biarlah kita benar2 menjaga ibadat solat kita secara berjemaah khususnya subuh kerana yang demikian itu merupakan maksiat kepada Allah s.w.t.. Moga2 kita ini dikalangan orang menjaga ibadah berjemaah kita, InsyaAllah.
Al-Faqir;
Muhammad Ubaidillah Al-Musawi Al-Mishri
Mohon bimbingan & tunjuk ajar sahabat2 sekalian
Masih dalam belajar, jika salah tolong betulkan
Salam kerinduan semua, buat teman2 yang dicintai dan ahli2 blog yang dikasihi sekalian. Ana menarik nafas yang lega, memuji Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad s.a.w., kerana dengan limpah, rahmat dan kasih-sayangnya, diri yang kerdil ini masih dan terus diberi peluang oleh Sang Pencipta untuk menukilkan kalam dalam ruangan dakwah ini. Moga2 ia dapat memberi manfaat kepada ana dan sahabat2 sekalian, amin...
Pada ruangan kali ini, sukalah untuk ana perkenalkan guru kesayangan/kebanggaan ana dan juga sahabat2 ana di bumi Mesir ini, iaitu tidak lain dan tidak bukan serta tidak asing lagi Syaikhuna Murabbi Al-Arif Billah Al-Allamah Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Husaini Al-Kattani As-Sakandari. Beliau merupakan salah seorang muhaddith dunia yang mencapai/memiliki darjat sanad yang tertinggi dan juga ahli keturunan Rasulullah.
Suatu kalam yang ingin ana kongsikan, kalau bukan sebab Nabi Muhammad, maka, tidak akan ada dunia ini, tidak akan ada kehidupan, tidak akan ada Iskandariah, dan tidak akan ada zuriat baginda yang soleh lagi wara' ini. Kalau bukan sebab Muhammad juga, sudah pasti Ismail akan terkorban, sudah pasti Abdullah akan terkorban dan begitulah seterusnya, menandakan rahmat yang dibawa oleh Nabi penyebab kepada semua yang kita kecapi.
Bukan nak tunjuk sangat gambar ana dengan Syeikh, tapi sekadar perkongsian, perjumpaan ana dengan Syeikh selama seminggu semata-mata untuk mendapatkan tahqiq dan susunan daripada Syeikh akan hadith 40 yang telah ana kumpulkan. Banyak perkongsian dan ujian ana dapat sepanjang berada di Iskandariah. Banyak perbahasan hadith yang sempat ana buka dan kaji daripada kitab2 ulama, yang sebahagiannya ana kongsikan dengan adik2 Medik.
Di atas, adalah kertas kerja pertama yang pada mulanya tidak diterima Syeikh kerana ada kecacatan. Maka ana meminta kebenaran membaiki daripada Syeikh setelah Syeikh mencadangkannya untuk dibaiki, akhirnya begitulah jadinya. Itulah perbahasan2 yang sempat ana ambil daripada Syeikh secara langsung dan tidak langsung sepanjang berada di Iskandariah. Setelah seminggu, Syeikh menerimanya dan akan menyusunnya.
Sekarang kertas hadith 40 berada di tangan Syeikh, dalam proses susunan. Ana sangat mengharapkan barakah daripada susunan Syeikh itu, doa2kan yer. Ana mahukan yang terbaik, semoga usaha ana itu diterima Allah dan bermanfaat untuk masyarakat sekarang dan juga akan datang. Meskipun demikian, Syeikh masih mengharapkan kedatangan ana untuk terus mendapatkan perbahasan dan pengetahuan tentang hadith2.
Itulah cita2 tertinggi ana setelah mengenali Syeikh Muhammad yang diperkenalkan oleh Ustaz Nazrul Nasir dari Kedah dalam kuliahnya. Cita2 ana untuk menjadi Muhaddith pada masa akan datang seperti Syeikh mungkin banyak diperlekehkan oleh sahabat2 yang sedang membaca entry ini dan juga sahabat2 yang berada di Mesir ini, mungkin hari ini sahabat2 perlekehkan cita2 ana yang kerdil ini, tapi satu hari nanti... ... ... ...hanya Allah yang tahu.
dr kanan: akram, fahmi, amir, ana, faiz, aliff, hifzi, ustaz, qayyumInsyaAllah Ubaidillah. Seterusnya jutaan terima kasih sekali lagi kepada adik2 Medik (Dr Afiq & Dr Hafiz-Kelantan, Dr Faiz & Dr Akram-Terengganu) khususnya dan Ustaz Khairul Nizam dari Terengganu atas bantuan yang memudahkan perjalanan/urusan ana di Iskandariah sehingga hampir 90% selesai. Tiada apa yang mampu ana hadiahkan melainkan doa semoga Allah membalas segala kebaikan kalian khusus adik2 Medik di Iskandariah. Ana kagum dengan antum sekalian.
Ingatlah semua, sekiranya kamu tunaikan haq2 Allah nescaya Allah akan tunaikan haq2 kamu. Oleh yang demikian, sekiranya kalian kamu mahu Allah menempatkan kamu di syurga kelak, beramal-lah dengan amalan2 ahli syurga serta kerjakanlah segala perintah Allah dan tinggal-lah segala larangannya. Tahanlah diri daripada berseronok dengan dunia yang sementara untuk mengecapi nikmat yang berkekalan di akhirat kelak, disebabkan kalian bertahan dengan keseronokan dunia pasti akan meringankan sakit ketika hendak mati, kalau mati itu sudah sakit yang teramat bagaimana pula dengan azab di akhirat yang ternyata lebih dahsyat daripada sakit ketika hendak mati dan sakit ketika diseksa dalam kubur. Maka sediakanlah amalan kita untuk menghadapi saat itu, kerana boleh jadi mati itu datang setelah satu jam kita menatap artikel ini.-sebahagian kalam Imam Laith As-Samarqandi
Muhasabah: Janganlah sekali-kali kita meninggalkan solat fardhu secara berjemaah kerana yang demikian dititikberat dalam Islam, terutama dalam keadaan kita mampu untuk mengerjakannya. Sejahat-jahat amalan kita dan seburuk-buruk amalan kita biarlah kita benar2 menjaga ibadat solat kita secara berjemaah khususnya subuh kerana yang demikian itu merupakan maksiat kepada Allah s.w.t.. Moga2 kita ini dikalangan orang menjaga ibadah berjemaah kita, InsyaAllah.
Al-Faqir;
Muhammad Ubaidillah Al-Musawi Al-Mishri
Mohon bimbingan & tunjuk ajar sahabat2 sekalian
Masih dalam belajar, jika salah tolong betulkan
4 comments:
assalamualaikum.. perkongsian yg baik
salam ust, mudah2an cita2 murni ust tercapai, ana doakan yang terbaik kpd ust :)
Salam,
di jemput ustaz bagi pandangan dlm isu panas dari Mansurah dlm N3 terbaru saya.
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/04/menyelami-masaalah-sosial-dan-pelbagai.html
Barakallahufiik...
Post a Comment