Coretan sempena ulangtahun kelahiranku
ikut nasab ubaidillah Al-Musawi, ikut suka ubaidillah Al-Mishri
Mohd Ubaidillah bin Deraman
Selasa 11 April 1989/4 Ramadhan 1409
Tinggal di KG Bukit Chatak, Dungun, Terengganu
Adik-beradik 17 orang, bongsu
Status bujang berpunya...ilmu
Cita2 Ulama' Muhaddith
Hobi mengarang sirah/artikel Islam
Telah kematian ibu 2 tahun yang lalu
Masih mempunyai ayah/nenek
Benci orang bercakap tanpa ilmu
dan berilmu tanpa bercakap
Suka bergaul dengan orang yang
tekun, ikhlas & istiqamah dalam ilmu
Suka makan kacang goreng + telur/telur
Suka minum air coklat
Tanggal 11 April 1989 adalah hari kelahiranku mengikut kalendar masihi, tapi kalau ikut kalendar hijri 4 Ramadhan 1409. Ana sengaja posting lambat berkait isu kelahiranku ini kerana aku lebih selesa begini. Tujuan memberitahu tarikh kelahiran ini bukan untuk menerima ucapan daripada teman2, tapi sekadar muhasabah kepada diri sendiri dan sedikit coretan buat ibu tercinta yang berada nun jauh di sana, dan pasti kita akan bertemu jua suatu hari nanti, moga2 kita sekeluarga dihimpunkan di bawah rahmat Allah bersama orang2 yang soleh.
Wahai ibu yang tercinta, sedar tidak sedar, anakmu kini sudah berusia 21 tahun, masih bujang, sedang meneruskan cita2mu iaitu belajar di Mesir, masih di tahun yang sama, sedikit menghampakan dirimu, moga2 engkau memaafkan diriku yang lemah ini, anakmu masih cuba menjadi anak kebanggaan dirimu, cuba menjadi anak yang soleh, tekun memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik, ke lorong2 yang diredhai Allah, moga dipeliharaNya sentiasa, moga2 kejayaan dan rahmatNya yang dikecapi.
Ibuku, bujang hidup anakmu bukan kerana tidak mahu berteman, namun belum tiba masanya, pastiku pegang pesananmu agar mencari isteri yang solehah agar rumahtangga utuh dan bahagia, kucuba berteman dengan buku (ilmu) sebagai pengganti buat sementara, pasti tiba saat manis itu jua, pasti Allah telah merencananya, orang yang baik adalah untuk orang yang baik, buku adalah teman yang istimewa, manusia teman yang sedikit hina kerana masing2 tidak sedar hakikat kehidupan mereka.
Begitu sukar memahami kehendak jiwa, ibu selalu berpesan agar tekad dalam keputusan, anakmu semakin lemah dihayun ombak lautan ujian yang penuh mencabar untuk melalui kehidupan Mesir yang penuh dengan mehnah, tiada teman yang setia dan sanggup berjuang bersama diri yang kerdil ini, untuk sama2 melayari bahtera perjuangan menuntut ilmu, sungguh sedih dan kecewa sekali, terasa ingin berkahwin saat itu juga sebagai pengubat duka. Tapi...
Namun, belum tentu itu penyelesaian yang terbaik, lalu buku/ilmu/ulama telah menjadi pilihan terbaik untuk kini, akan datang dan begitulah selamanya. Terima kasih ibu atas restumu, doamu dan juga nasihatmu yang menjadi panduan hidupku, moga2 diberkati Allah sentiasa. Anakmu faham peranannya kepada masyarakat bila pulang nanti, impianmu untuk melihat diriku yang hina ini menjadi ulama akan menjadi realiti dengan bantuan Allah. Amin. Moga2 usahaku dari semasa ke semasa bertambah baik.
Anakmu juga faham peranan untuk terus berbakti kepada ayah yang telah redup wajahnya, membanting tulang untuk mencari sesuap nasi, berjaga mata mengenangkan anaknya yang tercinta jauh dari pandangan, moga2 sentiasa dekat di hati, jutaan kerinduan kulafazkan moga2 ayah/ibu kedengaran, hanya kebaikan setiap hari yang kulakukan menjadi tanda kasih sayang kepada kalian semua. Buku2 menjadi saksi ibadahku kepada Allah dan hadiah buat dirimu. Doakan aku menjadi anak yang baik.
Anakmu juga faham peranan yang masih berbaki untuk berbakti kepada nenek yang berusia hampir 100 tahun/lebih, semoga dipanjangkan usiamu agar bisa kita bertemu suatu hari nanti, untuk melepaskan rinduku pada ibu tercinta yang tidak mungkin dapat ana zahirkan lagi, terasa ingin mengucup tanganmu yang penuh berjasa, mencium pipimu yang sentiasa disirami airmata kesedihan atas perbuatanku, dan juga mendakapmu sebagai mengenang dakapanmu saatku kecil dahulu...ibuuuuuuuuu(nenek)
Anakmu juga sedar akan tanda berterima kasih akan kakak dan abang yang tercinta yang memainkan peranan yang amat besar dalam menjayakan cita2mu ibu. Iaitu memastikan aku belajar di Mesir dan menjadi orang berguna kepada masyarakat nanti. Buat pengetahuan ibu yang sedang subuk dengan ziarah tetangga di alam roh, sebagai bukti anakmu telah bersedia berbakti untuk Islam, kini anakmu sedang menyiapkan 4 buat buku yang belum siap sepenuhnya, semoga Allah memelihara niat murniku ini.
Anakmu juga berjanji, bahawa suatu hari nanti, pasti anakmu akan bawa menantu impianmu menghadap rumahmu (kubur), sama2 sedeqahkan Yasin sebagaimana yang sering anakmu lakukan, saat itu pasti tiba sekiranya Allah mengizinkannya, insyaAllah, moga2 Allah perkenankan, moga2 ibu bersabar menanti saat manis itu, menantu impian pasti mulia/tulus sepertimu, menyayangi anaknya lebih dari segalanya, senggup bekerja, sanggup kehabisan wang, sanggup berhutang semata-mata ingin melihat anakmu berjaya. Syukran...
Kuabadikan namamu ibu Khatijah binti Ali. Sambil menahan airmata kesedihan menulis artikel ini, sambil mencoret sedikit nasihat dan renungan bersama. Khusus buat ibu2 yang sanggup mendera anaknya, membuang anaknya, dan membunuh anaknya dengan penuh kejam. Pernahkan kalian berfikir, ketika kalian melakukan hal yang terkutuk itu, pernahkan ibu kalian melakukan yang demikian kepada kalian, sehinggakan kalian sanggup melakukan yang demikian kepada anak2 kalian, mana rasa belas kasihan/sayang kalian kepada anak2 kecil, mana naluri keibuan kalian, yang dahulu kalian kecapi dengan penuh kasih sayang daripada ibu kalian, fikir2kanlah perbuatan kalian!!!
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Amirul, anak saudaraku, keluargaku dan keluarga angkatku, dan sahabatku Wais, kalau bukan sebab mesej selamat hari lahir daripada kalian, pasti coretan di sini masih belum terukir. Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, tiada apa yang aku harapkan melainkan hubungan kita yang sentiasa berkekala.
TINTA BUAT IBU
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Amirul, anak saudaraku, keluargaku dan keluarga angkatku, dan sahabatku Wais, kalau bukan sebab mesej selamat hari lahir daripada kalian, pasti coretan di sini masih belum terukir. Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, tiada apa yang aku harapkan melainkan hubungan kita yang sentiasa berkekala.
TINTA BUAT IBU
Selamat Tinggal Ibuku....
Al-Faqir 21 Mohd Ubaidillah
Coretan dari Kaherah, Mesir
0 comments:
Post a Comment