Satu Malaysia, Satu Mesir, Satu Mansurah
satu Mansurah
isu di Mansurah: program fesyen pakaian, pendedahan arak, majlis hiburan, minum arak, hadiah tidur bersama bagi yang bergelar juara...
jgn cpt m'hukum, bace artikel di bawah dulu, btul ke pelajar2 Mansurah buat...?
jgn cpt m'hukum, bace artikel di bawah dulu, btul ke pelajar2 Mansurah buat...?
Alhamdulillah, ana diminta komen sedikit mengenai isu yang berkaitan dengan pelajar2 Malaysia yang berada di Mansurah. Mungkin apa yang akan ana bicara kali ini tidaklah ingin membela kemaksiatan yang berlaku di sana atau memburukkan sesiapa, cuma sekadar lontaran nukilan yang harus kita sama muhasabah kembali. Terbaru infokini mendedahkan perihal kemasiatan yang berlaku di sana dan yang telah menimpa pelajar2 kita di Mansurah, dan ana yakin sedikit sebanyak akan merunsingkan ibubapa yang berada di Malaysia.
Manakan tidak, harapan mereka menghantar anak2 mereka ke bumi Mesir adalah benar2 kerana ingin menyelamatkan anak2 mereka daripada terjerumus ke lembah maksiat. Cuma ibubapa harus ingat, bahawa Mesir bukan "tempat buangan". Bumi Mesir memang bumi berkat, tapi harus diketahui juga bahawa, bumi Mesir juga pernah dilaknat. Di sini manusia boleh menjadi 2 wajah, samada Nabi Musa mahupun Firaun, kalian bebas memilihnya. Mahu pilih lorong kanan atau lorong kiri.
Cuma tahniah ana ucapkan khas buat kerajaan Malaysia pimpinan Pak Najib, misi anda hampir berjaya untuk menghancurkan generasi ulama di bumi Mesir ini dengan menghantar buangan atau virus2 dari Malaysia melalui suatu program, kemudian merahsiakan kehadiran mereka di bumi Mesir ini sehingga sukar untuk ustaz2 di sini mengesannya. Ana yakin sebahagian besar isu yang berlaku di Mansurah bukan atas kehendak hati mereka ketika mereka mula2 pijak kaki ke bumi Mesir. Tapi kehendak hati setelah sekian lama berada di Mesir.
Sebelum itu, ana ingin menasihatkan agar sahabat2 jangan cepat hendak mengomen tentang isu ini kalau tidak tahu apa2, komen kalian hanya akan memburukkan keadaan, hanya akan menimbulkan sakit hati mereka, terkadang sampai komen melebih-lebih, sengaja nak cari pasal. Jangan3...Ana bukanlah orang yang layak untuk menyentuh isu ini samada ia adalah benar mahupun rekaan, yang pasti sahabat2 kita di sana lebih mengetahui, cuma apa yang ana ingin kongsikan suatu nasihat yang sangat berguna dan mesti kita teliti.
Seorang hamba Allah pernah bermimpi bertemu dengan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah seorang pakar hadith dan juga murid kepada Syeikh Zahid Al-Kauthari. Katanya: jangan kamu cepat menghukum/mencela orang yang melakukan maksiat melainkan kamu lihat 3 perkara:
1)boleh jadi pelaku maksiat itu "JAHIL"
2)boleh jadi pelaku maksiat itu "LALAI"
3)boleh jadi "PERSEKITARAN" yang menyebabkan maksiat itu berlaku
Apakah kalian telah menyelesaikan tiga2 perkara di atas, sekiranya tidak segala maksiat yang berlaku adalah berpunca daripada kalian (pendakwah/azhari/ustaz2). Manakan tidak, pernahkan kamu mengubati kejahilan dengan penerangan/pengetahuan agama kepada mereka, pernahkan kamu mengubati kelalaian dengan memberi peringatan kepada mereka, dan pernahkan kamu menyelamatkan mereka daripada persekitaran yang tidak baik itu yakni bergaul dan mengenali mereka...Tidak kan???
Kalau begitu, cukuplah kalian benci dalam hati dan tidak turut serta dalam maksiat tersebut, selebihnya biarkan kami (ustaz2) meneruskan usaha murni kami dalam menyelamatkan mereka, jangan sibuk nak tazkirah/komen tak tentu pasal, ini kerana niat baik kalian itu sedikit sebanyak akan membantutkan usaha murni kami dalam kerja dakwah. Nak suruh orang buat baik ni, bukan macam buat keropok lekor atau pisang goreng, lebih daripada tu lagi.
Oleh yang demikian, hayati betul2 kalam Syeikh Abdul Fattah (ulama kelahiran Syiria) tadi, moga2 kita semua dapat muhasabah diri kita berdasarkan kalam itu tadi. Dan bantulah ustaz2 dalam kerja dakwah mereka khususnya di Mansurah dengan memberi sokongan dan maklumat yang sepatutnya, jangan cepat2 memanipulasikan cerita yang asalnya tidak ada apa2 pun. Ana sangat berharap sahabat2 dapat memahami posting ana kali ni, fahamilah bahawa tugas kami (ustaz2) di sini sangat berat bukan setakat belajar sahaja.
1 comments:
=) isu panas
Post a Comment