gambar sekadar hiasan
Dari Allah kita datang, kepada Allah-lah kita semua akan dikembalikan. Setiap yang bernyawa pula pasti akan merasai kematian. Begitulah lumrah kehidupan ini sahabat2 sekalian. Moga2 kita terdiri dari kalangan mereka2 yang sedar akan hakikat kehidupan dan tahu kenapa kita dihidupkan. Bukan seperti mereka2 yang beranggapan bahawa dunia ini adalah segala-galanya, akibatnya kita leka dengan kesenangan dunia sehingga lupa untuk urusan akhirat.
Baru2 ini, kita dikejutkan dengan satu berita kematian yang dahsyat dan ngeri bagi mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini, iaitu berita kematian sahabat kita daripada bidang perubatan Tanta yang jatuh dari tingkat 4 bangunan asrama. Peritiwa ini berlaku pada hari Khamis bersamaan 11 Mac 2010/25 Ramadhan 1431. Mangsa yang bernama Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan itu berasal daripada Sabak Bernam, Selangor dan merupakan pelajar tahun 1.
Arwah yang dikatakan jatuh berserta dengan kerusi disedari oleh beberapa orang teman yang terdengar bunyi yang kuat. Tiada seorangpun saksi yang melihat peristiwa itu berlaku. Sedar tidak sedar arwah sudah berlumuran dengan darah yang banyak di kepala. Dikatakan bahawa kepala arwah jatuh terlebih dahulu menyebabkan beliau meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak.
Arwah dikatakan berada di ruang beranda seorang diri. Kemudian tergelincir. Mendengar berita tersebut, keluarga arwah segera mencari penerbangan untuk ke Mesir, begitu juga dengan pimpinan PMRAM yang bergegas ke tempat kejadian. Jenazah yang telah disiapkan (dimandi & dikapan) kemudian dibawa ke Kaherah untuk solat jenazah dan pengebumian. Alhamdulillah ramai sahabat2 yang datang untuk memberikan penghormatan yang terakhir.
Alhamdulillah juga kerana arwah selamat disemadikan di perkuburah Haiyyu Asyier, Kaherah meskipun segala rentetan sedih (mandi, kapan, solat, kebumi) tidak disaksikan oleh keluarga mangsa, atas arahan ibubapa mangsa yang menyuruh Presiden PMRAM menyeselesaikan semua urusan yang berkaitan jenazan tanpa menunggu mereka yang masih dalam perjalanan, hasilnya jenazah dikebumikan tanpa menunggu ibubapa mereka yang akan tiba pada petang ini (Sabtu-13 Mac).
Sekarang ibubapa arwah berada di Asrama Pelajar Selangor, Kaherah, Mesir. Tidak tergambar bagaimana kehilangan anak yang tersayang, tanpa melihat pula tubuh kaku mereka yang terakhir. Sedih rasenya menulis posting ni dan teringat akan keadaan diri ini ketika kematian ibu yang tercinta 2 tahun yang lalu. Ketika itu ana belajar di Institut Al-Quran Negeri Terengganu. Takziah buat Pakcik, Makcik dan keluarga atas pemergian Ahmad Sarhan.
Memang lemah tatkala mendengar berita kematian tentang orang yang kita sayang. Semoga Allah beri kekuatan buat keluarga arwah agar dapat terima pemergiannya dengan baik, tenang dan redha. Sama2 lah kita doakan kebaikan agar roh si arwah mendapat ketenangan dan tempat di sisi Allah bersama orang2 yang soleh dan berjuang pada jalan Allah. Begitulah sabda Nabi s.a.w.: "Orang yang belajar sehingga dia pulang(mati), maka dia berada pada jalan Allah."
5 comments:
Salam Takziah dari saya,harap bersabar hadapi berita kematian mengejut sahabat tercinta.
Al-fatihah..
Semoga rohnya di tempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh.
Salam...Nak tanya, gambar yang berdarah tu, gambar arwah ke?
salam..
al fatihah..
takziah buat kluarga arwah.
ajal maut ketentuan Allah...
"sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepadaNYA jualah kita kembali,,,
semoga roh arwah dicucuri rahmat YANG ESA."
ajal maut d tgn Tuhan,
x dkira belasan atau puluhan,
yg penting agama dan keinsafan,
moge kita semua bahagia d hadapan TUHAN..
INSYAALLAH,,,,
Innalillahi wa innailaihi rajiun...
Post a Comment