Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Thursday, 21 January 2010

Surat kepada laman blog "berita muslim"

Jangan pernah timbulkan kontroversi! Nanti anda juga yang menyesal, Ini bukan suatu ugutan, tapi satu peringatan sebelum datang.

ini surat yang serius dan bukan main2

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu, selawat dan salam buat Rasulullah sebagai pembawa rahmat ke sekalian seterusnya sahabat2 blog yang berbahagia sekalian, semoga Allah mengekalkan iman dan Islam kita dan mematikan kita dalam aqidah yang benar iaitu Islam. Di bawah ini saya bicakan sedikit celoteh yang sangat penting dan kiriman sebuah surat kepada sebuah laman blog, moga2 sampai kepada penulis tersebut.

Bertemu kembali sahabat2 sekalian, saya ditanya mengenai pendapat tentang sebuah laman blog yang menghina Islam, malah turut menghina Allah, Nabi Muhammad dan ummat Islam. Dan saya pasti telah ramai ummat Islam yang membaca atau membuka blog ini. Secara peribadi saya mengutuk keras blog ini http://beritamuslim.wordpress.com/. Pendapat saya, blog ini harus ditutup dan penulis blog ini harus diambil tindakan, dalam masa yang sama memohon maaf dengan semua ummat Islam.

Kepada empunya laman blog http://beritamuslim.wordpress.com/

Saya selaku wakil blogger Islam menyeru kepada anda agar menghentikan segala perancangan jahat ini dan taktik kotor ini yang kelak hanya akan merugikan anda sendiri, anda mungkin tidak mengenali saya tapi saya lagilah tidak mengenali anda, namun selaku insan yang menganuti Islam, kami diajar supaya berbuat baik, bukan sahaja kepada orang Islam bahkan kepada orang yang bukan Islam, disuruh supaya menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Ini kerana persaudaraan terbahagi kepada dua, pertama persaudaran atas dasar Islam dan persaudaraan atas dasar kemanusiaan.

Maka disebabkan persaudaraan atas dasar kemanusiaan saya menulis surat ini kepada anda moga2 ianya sampai dengan tidak diubah suai kepada anda selaku pemilik blog yang dikutuk oleh ribuan manusia bahkan mungkin jutaan manusia atau hampir seluruh dunia atas lakaran & artikel yang mengutuk Islam yang anda paparkan dalam ruangan blog anda. Tindakan anda bukan sahaja pencetus kemarahan saya sebagai seorang Islam, bahkan seluruh ummat Islam yang berada di seluruh pelusuk dunia.

Tahukan anda, tindakan anda sangat melampau dan ekstrem, kalian bukan sahaja menghina Allah, Muhammad, Islam bahkan seluruh ummat Islam yang majoriti penduduk dunia adalah orang Islam. Tidakkah anda berfikir panjang dengan apa yang telan anda lakarkan dan tuliskan di dalam blog anda, tidakkan anda berfikir panjang kerana menghina agama lain lebih2 lagi agama Islam, lebih baik kalian fikirkan kembali apa yang saya perkatakan agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Jangan anda lupa, ada dikalangan penganut Islam yang sangat fanatik dengan Islam, sangat sensitif bila dicabar, dan juga sangat ekstrem, dibimbangi mereka ini akan bangkit sekiranya dapat mengenalpasti siapa anda yang sebenarnya. Ini bukan ugutan atau ancaman buat anda, tapi kami sendiri tidak mengenali mereka, yang pasti mereka ini ada dan akan muncul dengan tiba2 bila Islam itu dihina dan dicaci seolah-olah mereka ini diutus oleh Allah untuk memberi pengajaran kepada orang yang melakukan penghinaan kepada Islam seperti anda.

Buktinya telah ramai yang sebelum ini mati gara2 menghina Islam, baik dengan pena(tulisan) mahupun dengan karikatur(lukisan), mati mereka bukan mati biasa bahkan sangat dahsyat, tidak terbayang keadaan matinya, adakah anda ingin menempah nasib seperti mereka. Sesungguhnya yang menciptakan agama Islam itu adalah Allah, dan Dia telah bersumpah akan memelihara kesucian agama Islam, dan Dialah yang akan menghancurkan orang2 yang memusuhi Islam dan mengada-adakan tohmahan.

Apa yang saya cadangkan kepada anda sebelum terlambat adalah bertaubat sebelum apa2 yang tidak anda ingini dan cita2kan berlaku, kemudian perbaiki blog anda yang terkutuk ini atau tutup sahaja blog yang tidak sedikitpun menguntungkan anda yang menulisnya, akhirnya pohonlah kemaafan kepada semua ummat Islam, kalau malu untuk maaf secara terbuka cukuplah dengan menulisnya di dalam ruangan blog anda ini. Lakukanlah sebelum terlambat, ummat Islam sekarang tidak2 jemu2 melaknat tindakan terkutuk anda ini.

Sekian, wassalam...

*Saya juga menyeru kepada pihak yang berkenaan agar mengesan identiti empunya blog ini dan mengambil tindakan dengan segera dan yang sewajarnya, segera redakan kemarahan ummat Islam yang masih belum reda dengan tuntutan isu kalimah Allah, sekatan ke atas penduduk Palestin dan banyak lagi, ini ditambah lagi dengan penghinaan oleh seorang manusia yang tidak tahu menghormati hak orang lain dalam beragama. Islam tidak pernah menghina agama dan ajaran lain, namun siapa empunya blog ini yang begitu berani menghina Allah, Muhammad, Islam dan ummat Islam.

Mohd Ubaidillah Al-Mishri
Kuliah Usuluddin, Kaherah
ubaidillah_al_mishri@yahoo.com

3 comments:

UstazCahaya said...

Salam ziarah, Saudaraku yang dihormati.

Usaha yang baik. Boleh panjangkan surat anda kepada pihak wordpress.com. Juga, cuba usahakan untuk membuat laporan polis. Boleh juga saudara maklumkan kepada pihak media, mereka lebih arif.

Saya sudah maklum tentang blog itu, cuma saya tidak mahu menulis tentangnya kerana ia guna platform percuma wordpress. Bermakna ia bukan 'musuh' yang patut digeruni.

Saya juga ada membaca nasihat daripada Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) tentang bagaimana kita sepatutnya menghadapi serangan begini. Boleh baca nasihat Ustaz Hasrizal tersebut di majalah Al-Islam Januari 2010.

Semoga saudara sentiasa dirahmati Allah, Amin.

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

usaha yang baik, blog tersebut sangat biadap menghina Islam. semoga Allah memberi rahmat kpd saudara

Unknown said...

Salam saudara seislamku dan sahabat bloger.
Ini yg kita boleh lakukan

laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!

Dan ini satu lagi blog kurang ajar...
http://islamexpose.blogspot.com
Dan ini,
www.indonesia.faithfreedom.org
Dan ini
http://www.answering-islam.org
Ini juga
http://www.secularislam.org
Dan lagi
http://www.faithfreedom.org

Semoga Allah Memberikan hidayah kepada mereka sebagaimana Allah memberikan hidayahNya kepada saidina Umar yang juga menentang Islam di Zaman jahiliahnya.
Atau Allah membalas segala usaha Jahat mereka.
Amin..

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner