Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday, 24 January 2010

Bacalah sebagai renungan!

BERITA TERKINI


Gempa Bumi di HAITI

-Pihak Berkuasa Gempa Bumi HAITI telah mengesahkan bahawa jumlah mangsa gempa bumi sekarang melebihi 110 000, bilangan yang cedera pula sebanyak 93 000, dan 609 000 pula terpaksa menghuni di kem perlindungan sementara. Sebagaimana yang sedia maklum, ini adalah gempa bumi yang terbesar yang meragut nyawa ratusan ribu manusia, dahsyatnya peristiwa ini mengingatkan kita akan peristiwa 26 disember "tsunami" yang turut meragut nyawa lebih ratusan ribu. Jumlah tersebut, belum termasuk mereka2 yang masih tidak ditemui.


Rakyat Malaysia sedang menduduki peperiksaan

-Sekarang Mahasiswa2 Malaysia yang belajar di Mesir sedang menghadapi peperiksaan bagi fasa pertama yang bermula pada pertengahan januari dan berakhir pada awal februari, insyaAllah. Mereka terdiri dari pelajar pengajian Islam samada di bidang Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab, begitu juga dengan bidang perubatan. Mereka adalah dari Universiti Al-Azhar Kaherah, Universiti Al-Azhar peringkat cawangan, Universiti Ain-Syams, dan lain2 lagi.


Sultan Johor Mangkat

-Takziah diucapkan kepada rakyat Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar baru2 ini. Tidak dilupakan juga buat kaum kerabat diraja Johor, semoga kesabaran dapat bersama kalian semua dalam merelakan pemergian tuanku Sultan Johor. Semoga roh Tuanku Sultan Johor dicucuri rahmat oleh Yang Maha Penyayang dan semoga Tuanku ditempatkan bersama roh2 orang2 yang soleh.


Pemasyhuran Tunku Mahkota sebagai Sultan Johor

-Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru, semalam. Tahniah diucapkan dan takziah di atas kemangkatan ayahanda tunku baru2 ini. Selamat menjalankan tugas. Baru2 ini Tunku dilantik sebagai pemangku sultan Johor bagi kali ke-2 setelah kegeringan Sultan Johor, pada kali pertama semasa Sultan Johor dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung, dan kini telah dimasyhur secara sah setelah kemangkatan Sultan Johor.


Mahasiswa tuntut demokrasi

-ANGGOTA polis merampas kain rentang dan meminta pelajar institusi pengajian tinggi bersurai semasa mengadakan demonstrasi bagi menuntut pembebasan mahasiswa dan kembalikan demokrasi kampus di pekarangan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Mereka menuntut hak yang sepatutnya dikembalikan dan demonstrasi diadakan secara aman, pihak polis tidak sepatutnya bertindak sedemikian kata ahli potitik kampus. Iaitu tindakan menghalang niat baik pelajar itu sepatutnya disokong oleh pihak yang bertanggungjawab.


Ummat Islam Nigeria dibunuh dengan kejam

-Laporan Human Right Watch melaporkan bahawa ummat Islam di Nigeria dibunuh dengan kejam oleh puak Kristian. Krisis ini hampir sama dengan apa yang berlaku kepada ummat Islam di Ambon dan Bosnia. Kerajaan Nigeria sekarang sudah di kuasai oleh kelompok kristian PDP People Democratic Partu dibawah slogan liberal demokrat dan yang terbaru 150 penduduk Islam di Kuru Karama dekat dengan bandar Jos di bunuh beramai ramai dengan sangat kejam oleh penduduk Kristian. Nak tengok? klikk

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner